CoinbaseFx

Teknikal Analisis Usdjpy 2 November 2018

FX:USDJPY   Dolar A.S. / Yen Jepun
Semasa saya menulis analisis ini harga pasaran terletak betul betul di tengah tengah rintangan dan sokongan. Ini berikutan ketidaktentuan pasaran akibat dari unjuran kemaskini NFP dan 'Unemployment rate' kira kira sejam dari sekarang. Kami menyarankan agar pemain pemain baru melihat dahulu arah tuju pasaran ini. Jika pasaran bertindak memecahkan rintangan kecil garis merah putus yang saya tandakan pada carta, maka pasaran akan menguji untuk memecahkan garis rintangan besar merah yang saya tandakan di 113.23. Dan jika rintangan itu pecah maka pasaran bakal memecut mencari TP pada garis 113.85. Namun jika berlaku tujahan menembusi garis sokongan kecil putus putus biru dan berjaya menembusi garis sokongan besar biru pada titik 112.62, maka pasaran bakal menjunam mencari TP pada garis biru 111.74 Semoga berjaya!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.