pada ketika ini, banyak saham-saham berkaitan minyak naik, ini berkemungkinan kerana harga minyak mentah yang sedang naik pun ikut sama meransang saham-saham berkaitan untuk turut naik bersama. Melihat pada carta harian WTI, ketika ini di lihat WTI telah pun keluar daripada awan, tapi pergerakan keluarnya adalah secara mendatar, walau bagaimanapun ia masih di kira sebagai sedang naik atau bullish kerana ia telah keluar dari awan dan berada di atas awan, walaupun dalam pergerakan mendatar. di lihat pada garisan CHIKOU, ia masih lagi kukuh berada di atas harga semasa 26 hari yang lalu, ini bermakna harga WTI adalah masih dan dilihat sebagai sesuatu yang berpotensi. Melihat trend melalui petunjuk MACD, ia bersetuju dengan pergerakan harga yang mana, MACD di lihat sedang dalam keadaan mendatar juga.
Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.