izzaire15

Adakah akan breakout 0.185?

Panjang
MYX:VELESTO   VELESTO ENERGY BERHAD
Selamat Datang kepada semua Traders dan Pelabur. Ini ialah kajian atas kertas dan bukan buy call. Komen membina amatlah dialu-alukan.

Sentimen
-Harga minyak crude oil sekarang sudah kembali ke paras 60 dollar per barrel, semalam di chart Crude oil ada bullish engulfing tetapi tadi di bursa tiada apa yang menarik berlaku. Harga masih sideways.
-Dengar khabar, Velesto dapat tender projek cari gali minyak dari petronas.
-Bila vaksin sudah distribute, logistic dan airlines perlukan minyak, demand akan naik.
-Texas sekarang dilanda musim sejuk, pengeluaran minyak terjejas. Texas merupakan pengeluar minyak terbesar di US.

Fundamental Analisis
-Kompeni minyak buat drilling.
-Quarter Report meningkat positif daripada quarter sebelum, tetapi QR untuk bulan 2 belum keluar lagi.
-Kaunter gajah, berat sikit nak bergerak.
-Ada fund besar dalam ini, seperti PNB, EPF, Urus hartajamaah dan lain-lain. Tetapi ada yang sudah disposed, tak tahu la kalau ada fund ni collect balik..

Teknikal Analisis
-Tengah uptrend
-MACD uptrend
-Sto. RSI paling tinggi dalam 95%, Sekarang 90.5%. 2 hari lepas ada volume besar, candle doji. Tetapi semalam, harga masih maintain. tak jatuh. Apa yang saya perasan, ada jerung mula collect, kalau rajin, tengok sendiri dalam platform broker. Saya tengok ada satu transcation, lebih kurang 1.5 million MYR. Bukan sekali dua, ada beberapa kali dia collect pada range harga 0.170 dan 0.175.
-Candle pun atas awan Ichimoku, awan pun besar bermaksud support yang kuat.
-Selagi candle atas EMA 20, nak hold lama-lama pun boleh. Tunggang trend, jangan tunggang agama.

#TAYOR #Selamatberdagang #ideatrading #silabuatkajiansendiri
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.