Meem

VTOL: Memecahkan Corak Carta

NYSE:VTOL   Bristow Group, Inc.
Saham syarikat Bristow Group dilihat bergerak menurun sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Jika diperhatikan, pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta berlian ketika harga bergerak mendatar
Jurang harga dilihat berlaku beberapa hari dagangan sebelum ini sekaligus memecahkan corak carta berkenaan
Secara kebiasaannya ini merupakan isyarat perubahan arah daripada trend menaik sebelum ini
Walaubagaimanapun harga dilihat membuat kenaikan semula daripada sokongan RBS sebelum ini
MA200 harian dilihat bertindak sebagai rintangan dinamik terdekat menghalang kenaikan harga

Adakah harga akan menyambung penurunan atau sebaliknya?

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.