WIDAD-WA 14 April 21 - Teknik Analisa

Salam,

Setelah mengalami penurunan, warrant Widad mula melakukan rebound pada Moving Average 50 (rujuk gambar). Kenaikan sehingga tengahari sebanyak 21% setelah kaunter berhenti berehat. Sentimen belian juga kelihatan positif dengan Volume semasa melebihi volume semalam dan 2 hari lepas.

Kenaikan harga telah melepasi garisan Trend pada harga 32 sen. Jika kaunter ditutup pada petang melepasi aras ini, dijangka sentimen positif berterusan.

Dua penunjuk RSI dan Stochastic.

a) signal RSI sudah mula menunjukkan saham pembelian
b) penunjuk Stochastic belum menunjukkan signal entry yang mana garisan silang lintang belum berlaku sepenuhnya.

Cadangan Enty

EP: 0.330 - 0.335
TP1: 0.350
TP2: 0.400

SL: 0.315

Walaubagaimana pun, ini hanyalah cadangan. Pergerakan saham warrant bergantung kepada saham induk WIDAD. Sila rujuk saham induk bagi melihat situasi sebenar. TAYOR.

Sekian.
JUKA 91
Technical IndicatorsTrend Analysis

Penafian