17-Mac-2019: WTI menghampiri 50% fibo dan apa yang akan berlaku

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

WTICOUSD

Analisa: (Analisis Chart 1D)
1. Jika merujuk kembali kepada analisis pada 6-Mac-2019 yang lepas, ternyata WTI dan berjaya memecahkan channel yang pergerakan harga sebelum ini.
2. Trendline masih meghala ke atas.
3. Pergerakan pada carta 1D jelas menunjukkan harga semakin menghampiri paras 50% fibo
4. MA semasa menghala ke atas dan harga berada diatas MA merah(masih kuat untuk ke atas - untuk jangka masa pendek)
3. MACD juga masih berada diatas paras 0 dan membentuk crossing.
4. RSI masih berada di dalam zon 50-70 (uptrend)

Jangkaan:
1. Harga dijangka akan naik sehingga 59.++ (rasanya telah berjaya dicapai minggu lepas)
2. Reaksi pasaran perlu diperhatikan samaada berjaya naik atau ia akan turun semula ke upper band channel yang dilukis sebelum ini.
3. Menilai daripada MACD dan RSI, kita menjangkakan akan berlaku pergerakan keatas namun perlu diingat, jumaat lepas candle ditutup dengan DOJI. ini menunjukkan pasaran sedang ingin membuat keputusan.
4. Perhatian juga perlu diberikan pada news CRUDE OIL INVENTORI pada rabu ini memandangkan pasaran sering beraksi apabila news sebegini diumumkan.

Strategi / trading plan:
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (intraday @ short swing) saya melihat masih ada peluang untuk harga naik keatas berdasarkan carta 1 Hari
2. Berdasarkan analisis asas TA, walaupun harga berada pada zon bullish namun ianya masih lagi belum meyakinkan untuk mengatakan harga akan terus naik.
3. Saya lebih suka untuk menunggu terlebih dahulu di paras 50% fibo...dan sekiranya MCAD dan RSI semakin kebawah saya akan mencari peluang untuk SELL...
4. Sekiranya terdapat momentum yang kuat menghala ke atas pada paras 50% fibo... saya akan melakukan scalping singkat dan menyasarkan paras 61.8%
mac19Trend Analysis

Penafian