XAUUSD - Pembentukan Bearish Engulfing Di Jangka Masa Harian

48
syot kilat

Nampaknya aras harga 1236.32 adalah satu aras rintangan yang sukar ditembusi, kotak biru adalah bayangan dimana harga cuba untuk melepasi aras tersebut tetapi gagal. Candlestick terakhir membentuk Doji menunjukkan pasaran masih mencari arah untuk meneruskan perjalanan ke atas atau ke bawah.

Persoalan ke Candlestick Doji tersebut telah terjawab dengan pembentukkan Candlestick Bearish Engulfing yang cuba melangkaui keseluruhan Doji tersebut, ia memberi isyarat bahawa para penjual sedang menguasai pasaran.

Sebarang keputusan sebelum meletakan posisi pembelian atau penjualan hendaklah berpandukan jangka masa harian untuk melihat arah pergerakan pasaran ,dan seterusnya ke jangka masa 4 jam untuk meletakkan posisi yang sepatutnya.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.