HairulAzizi

DJI, Kekuatan kerbau membentuk pattern

CBOT_MINI:YM1!   Hadapan E-MINI DOW JONES ($5)
Semalam indeks Dow Jones DJI telah berjaya membentuk sempurna satu bentuk Bullish Harami. Kenaikan diteruskan sehingga hari ini membentuk seperti Bintang Pagi (Morning Star) jika semalam candle kedua membentuk abandoned baby atau Doji. Tetapi semalam menunjukkan Harami yang mana lebih kuat momentumnya. Menurut ThinkorSwim (2011), morning star pattern memerlukan lilin hari ke tiga tutup diatas paras tengah lilin hari pertama. Setelah dibuat nisbah Fibonacci, harga dibuka lebih tinggi dari paras tengah sehingga mencecah nisbah emas 0.618. Jika berjaya ditutup tinggi dijangka DJI akan meneruskan kenaikkan beberapa hari sebelum mungkin akan berlaku sedikit retracement akibat sentimen perang dagang Us-China.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.