Kalendar

Soalan Lazim


Kalendar Ekonomi adalah satu alat yang menunjukkan tarikh dan penerbitan untuk peristiwa penting ekonomi yang berpotensi mempengaruhi harga aset tertentu atau keseluruhan pasaran.
Kalendar Ekonomi adalah alat serba boleh. Anda boleh menggunakannya untuk penyelidikan — kerana adalah penting untuk mengetahui apakah yang terjadi dalam pasaran kewangan dan sektor yang anda mempunyai kedudukan. Anda juga boleh mempelajari mengenai penunjuk ekonomi dan apakah yang boleh dipengaruhi oleh mereka. Dalam Kalendar kami, anda boleh membandingkan data sebenar dan sejarah dan melihat perbezaan dari ramalan untuk memahami trend dengan lebih baik. Semua ini dapat membantu anda mereka strategi lebih berorientasikan peristiwa yang mudah untuk disesuaikan dalam ekonomi sejagat.
Beberapa penapis boleh bekerja dengan Kalendar Ekonomi dengan mudah. Pertama, anda boleh memilih tempoh masa: pilih minggu yang anda mahu dalam Kalendar pada bar alat atas atau pilih satu hari tertentu. Kemudian, anda boleh memilih negara dan zon masa untuk menyegerakkan peristiwa dengan keperluan strategi anda. Akhir sekali, anda boleh menapis peristiwa dengan kepentingan mereka dan juga menghadkan aliran peristiwa dengan kategori tertentu untuk melihat hanya keluaran KDNK atau pengumuman cukai.
Salah satu daripada ekonomi utama Eropah, UK juga merupakan salah sebuah daripada pusat kewangan dunia yang menarik pedagang seluruh dunia. Anda boleh memerhatikan dengan dekat ekonomi UK pada Kalendar Ekonomi kami. Berikut adalah beberapa penunjuk yang perlu diperhatikan.
- KDNK, ukuran sejagat kekuatan ekonomi.
- Penunjuk mengukur pengeluaran: pengeluaran industri dan pengeluaran pengilangan.
- Keputusan kadar faedah BoE menentukan kadar depo untuk diaplikasikan untuk membuka operasi pasaran Bank of England dengan kumpulan rakan niaga (bank, persatuan bangunan, firma sekuriti).
- Data pekerjaan, diukur dengan kadar pengangguran, bilangan tuntutan dll yang datang dari laporan Pandangan Keseluruhan Pasaran Buruh yang diterbitkan sebulan sekali oleh Office for National Statistics.
- Inflasi dan inflasi teras.
Mengandungi banyak negara berbeza-beza, EU memainkan tugas penting dalam ekonomi dunia. Berikut adalah beberapa penunjuk untuk diikuti apabila menganalisa ekonomi Kesatuan Eropah.
- KDNK EU atau pertumbuhan KDNK untuk melihat dinamik penunjuk.
- Kadar faedah, cara paling mudah untuk melihatnya adalah dengan menjejak keputusan kadar faedah ECB.
- Inflasi EU.
- Indeks EU ZEW, mengukur tahap optimistik yang penganalisa rasakan mengenai pembangunan ekonomi yang dijangkakan dalam enam bulan akan datang.
- CPI.
Perancis merupakan salah satu daripada ekonomi terbesar seluruh dunia, dan berikut adalah beberapa peristiwa ekonomi yang dapat membantu anda menjejak pertumbuhannya:
- Paling penting KDNK.
- Penunjuk pekerjaan seperti kadar pengangguran, faedah, pencari kerja dan lain-lain.
- Kadar inflasi.
- Eksport — kebanyakannya terdiri daripada peralatan pengangkutan, peralatan mekanikal, bahan kimia, minyak wangi, kosmetik dan kategori eksport lain.
- Imbangan perniagaan.
Mempunyai kelebihan dari sumber asli dan manusia yang banyak, ekonomi Brazil adalah salah satu dari yang terbesar di dunia dan kedua di Amerika, jadi rama pedagang menjejak dinamiknya. Berikut adalah beberapa penunjuk utama untuk diikuti.
- KDNK Brazil.
- Pertumbuhan KDNK, untuk menilai penunjuk utama dalam dinamiknya.
- Keputusan kadar faedah BCB.
- Kadar inflasi, berkait rapat dengan pasaran.
- Kadar pengangguran.
Kadar faedah semasa AS adalah 4.75%.
Kadar inflasi AS yang dilaporkan sebelum ini (13 Nov 2024) adalah 2.4%.
Kalendar memberikan lebih daripada 300,000 penunjuk ekonomi dari lebih daripada 190 negara, tetapi anda boleh memilih peristiwa untuk negara-negara tertentu sahaja atau memaparkan terbitan dari ahli G20.
Pedagang selalunya memerhatikan penunjuk yang boleh mempengaruhi strategi mereka, tetapi ada juga beberapa penunjuk yang mempengaruhi pasaran sejagat secara umum dan akibatnya, kepada strategi semua orang. Berikut adalah beberapa penunjuk utama yang semua pedagang perlu ketahui.
- KDNK. Mengukur nilai pasaran untuk semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara sepanjang satu tempoh masa tertentu. Ia boleh membantu anda memahami prestasi negara dan memberikan pandangan dalaman kepada pasaran sahamnya. Ekonomi yang berkembang boleh mempengaruhi dengan positif harga saham.
- Kadar faedah. Jumlah yang dikenakan oleh pemiutang (bank pusat) selalunya mempunyai hubung kait terbalik dengan pasaran saham. Apabila kadar faedah naik, harga saham jatuh dan bon akan menjadi lebih menarik.
- Consumer Price Index (CPI). Mengukur naik turun awam dalam harga pengguna. Ia selalunya digunakan sebagai penunjuk utama inflasi dan dijejak oleh ramai pedagang kerana kenaikan CPI mencadangkan kenaikan inflasi dan potensi pasaran menurun.
- Consumer Confidence Index (CCI). Mengukur sentimen pengguna mengenai ekonomi dan keselamatan kewangan peribadi. Nilai yang tinggi selalunya menunjukkan kenaikan perbelanjaan yang memacu pertumbuhan ekonomi.
Sebagai tambahan kepada data syarikat, adalah penting untuk menjejak keadaan keseluruhan ekonomi negara, terutama sekali tentang pemimpin-pemimpin dunia. Berikut adalah beberapa penunjuk ekonomi yang boleh membantu anda menilai ekonomi AS.
- KDNK. Dikira oleh Bureau of Economic Analysis dengan data dikumpulkan oleh Bureau of Labor Statistics. Dalam kalendar kami, anda boleh menjejaknya dengan kadar pertumbuhan KDNK.
- Keputusan kadar faedah Fed.
- Angka pekerjaan. Ini termasuk kadar pengangguran, pembayaran gaji dan peluang pekerjaan.
- Penunjuk yang mengukur inflasi, seperti Consumer Price Index (CPI) dan Producer Price Index (PPI).
- Pengeluaran industri.
- Gelagat pengguna dengan penunjuk perbelanjaan peribadi dan pendapatan. Ia membantu mengukur kesihatan perbelanjaan pengguna.
Salah satu negara maju dan terbesar di dunia, ekonomi Kanada diperhatikan oleh pedagang-pedagang seluruh dunia dan ada beberapa penunjuk utama untuk diikuti.
- KDNK Kanada
- Keputusan kadar faedah BoC.
- Laporan polisi monetari BoC.
- Jumlah pekerjaan, termasuk kadar pengangguran dan perubahan pekerjaan.
- Eksport Kanada, produk eksport terbesar adalah tenaga, minyak mentah dan bitumen mentah, kereta dan alat ganti, dan barangan pengguna.
Jerman mewakili satu daripada ekonomi utama Eropah. Di bawah adalah peristiwa utama ekonomi untuk membantu anda mengikuti ekonomi Jerman:
- KDNK Jerman.
- Pertumbuhan KDNK.
- Angka pengangguran, termasuk kadar pengangguran, perubahan dan penganggur.
- Kadar inflasi.
- Eksport Jerman, dengan eksport utama adalah kenderaan motor, mesin dan peralatan, bahan kimia, komputer, produk elektronik dan optik, produk farmaseutikal dll.
Negara dengan ekonomi besar, Jepun menarik pelabur seluruh dunia. Berikut adalah beberapa peristiwa ekonomi utama yang akan membantu anda menilai ekonomi Jepun:
- Pertumbuhan KDNK, kepada memahami dinamik KDNK.
- Inflasi.
- Eksport Jepun, termasuk kenderaan, jentera, elektronik, import bahan api mineral, peralatan elektronik dan mesin.
- Kadar pengangguran.
- Keputusan kadar faedah Bank of Japan dan pengumuman lain, minit mesyuarat dan ucapan eksekutif.
Salah satu dari tiang seri ekonomi dunia, ekonomi China adalah besar dan pelbagai. Berikut adalah beberapa penunjuk utama yang boleh membantu anda menjejak prestasinya..
- KDNK China dan pertumbuhan KDNK.
- Eksport dan import China. Peralatan elektronik dan pengangkuta menyumbang bahagian tertinggi dalam eksport, manakala litar bersepadu dan minyak mentah adalah import tertinggi China.
- Kadar pengangguran.
- Kadar inflasi.
- China Foreign Direct Investment (FDI), di mana modal asing digunakan.
KDNK AS telah mencecah ‪27.36 T‬ USD dalam 2023.
Pada 1 Nov 2024, kadar pengangguran AS adalah 4.1%.