Video terakhir dalam siri candlestick yang sesuai guna di bursa malaysia. Kemunculan mereka tidak bermakna tanpa bantuan analisis-analisis yang lain.
Sambungan kepada kisah doji. Kali ni kita buat spinning top pulak. Kalau tak ikut buku 100% pun takpelah. Janji saya tau apa nak di tengokkan.
Walaupun tradingview sudah ada indicator untuk doji, tapi tidak memenuhi kehendak saya. Jadi, saya kongsikan cara saya menandakan doji di carta menggunakan pine script. Boleh tambah lagi indicator untuk filter kemunculuan doji, kalau nak lah.
Kita cuba warna dan labelkan candle yang ada ciri inside bar semasa MACD dalam keadaan positif. Kemunculan insidebar ketika harga sedang trending lebih menarik berbanding harga yang masih sideway. Selamat Hari Raya.
Kita cuba gunakan kelebihan yang ada pada lebel.new untuk buat trading plan mudah berdasarkan kemunculan candle berbentuk doji.
Dah siap script untuk tandakan di carta, kali ini kita gunakan penyaring di tradingview untuk cuba cari sama seperti yanng kita tandakan. - kita akan cuba cari carta yang memenuhi syarat MACD + DOJI
Menunggu kemunculan doji tak semestinya di aras support dan resistance. Sepanjang pergerakan trend menaik atau menurun, akan ada doji yang muncul dalam pelbagai bentuk. Kali ini, kita cuba tandakan doji pada carta yang histogram macd dalam keadaan positif.
Penamat kepada siri kemaskini trendband guide. Saya cerita pasal kemaskini inside bar, breakout candle, alert + contoh hasil webhook ke telegram. Kalau ada sebarang kesalahan atau ada yang tak berfungsi, boleh mesej saya dan saya cuba kemaskini semula.
Proses menyaring baru langkah pertama. Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian. Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu. Ulang proses yang sama. Semoga terhibur.
Melawat kembali senarai carta yang ada kemasukan volum dan kenaikan harga yang membentuk corak lilin engulfing. Banyak muncul, tapi setakat yang ada dalam senarai saja. Kesimpulan : - memilih carta yang ada kaitan dengan katalis semasa - signal yang muncul beramai-ramai menunjukkan ada minat belian yang asli - konsep satu jalan yang lain jalan masih boleh...
Ada satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut. Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik. Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi...
Bergantung pada minat dan kemahiran kita, mencari signal tidak semestinya ketika carta sedang naik sahaja. Setiap hari akan ada saja signal baru muncul. Kalau market turun, kita cari signal yang sesuai ketika market turun. Begitu juga kalau market secara keseluruhan naik, signal yang dicari sudah semestinya yang naik lah.
Tadi google engulfing dalam bahasa melayu dipanggil "menelan". Maka saya panggil lah lilin yang menelan. Lilin menelan secara asasnya adalah " harga tertinggi hari ini lebih tinggi dari semalam dan harga terendah hari ini lebih rendah dari semalam" Video hari ini lebih kepada bearish engulfing - satu signal yang berpotensi untuk memulakan penurunan ke...
Doji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat. Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya. Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin...