Bergantung pada minat dan kemahiran kita, mencari signal tidak semestinya ketika carta sedang naik sahaja. Setiap hari akan ada saja signal baru muncul. Kalau market turun, kita cari signal yang sesuai ketika market turun. Begitu juga kalau market secara keseluruhan naik, signal yang dicari sudah semestinya yang naik lah.
T7GLOBAL berjaya melepasi resistance 0.480 dan sudah menyentuh resistance 0.530, tertinggi pada 0.540 dan tutup pada 0.520.
Tadi google engulfing dalam bahasa melayu dipanggil "menelan". Maka saya panggil lah lilin yang menelan. Lilin menelan secara asasnya adalah " harga tertinggi hari ini lebih tinggi dari semalam dan harga terendah hari ini lebih rendah dari semalam" Video hari ini lebih kepada bearish engulfing - satu signal yang berpotensi untuk memulakan penurunan ke...
Doji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat. Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya. Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin...