Terdapat 2 Jenis Fibonacci iaitu Retracement dan Extension Nilai Retracement adalah di bawah 1 atau 100%. Nilai Extension adalah melebihi 1 atau 100%. Retracement biasanya diwarnakan sebagai warna merah. Extension biasanya diwarnakan sebagai warna biru. Garis warna unggu adalah garis yang perlu dipantau semasa market sedang berjalan.
Fibonacci retracement (0.23, 0.382, 0.500, 0.618, 0.786) Contoh Fibonacci retracement adalah apabila sesuatu saham itu mula membuat pembalikan selepas uptrend. Pembalikan harga yang menurun boleh dijangka berdasarkan Fibonacci retracement. Sila lihat nisbah Fibonachi yang di sebelah kiri carta dan perhatikan pergerakan harga seperti mematuhi nisbah Fibonacci itu.
Indeks KLCI sedang cuba bertahan daripada meneruskan perjalanan menurun. Batang lilin (candlestick) bagi 4 hari minggu lepas seakan menyokong penyataan ini. Jika dilihat pada carta mingguan, ia menunjukkan corak batang lilin hijau yang kuat iaitu 'Piercing Pattern'. Indikator MACD pula telah menghasilkan 'Bullish Divergence' sebagai tambahan. Jangkaan: Indeks...