Saya gunakan script yang sama dan hanya ubah sedikit untuk jadikan label muncul sebelum breakout berlaku. Mungkin akan disambung lagi kalau saya free.
Ada yang bertanya bolehkah kita letak label kalau tak guna overlay = true ? Jawapannya - boleh ! Nak letak ape saja pun boleh asalkan tahu di mana lokasi x dan y.
Gunakan sebaik mungkin dan keep contribute to community..
Saya cuma tukar kedudukan x pada label dan pindahkan kepada punca harga tertinggi dan terendah. Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020.
Salah satu cara penggunaan syminfo.mintick untuk dapatkan minimum bid bagi setiap carta. Tak cukup sekadar syminfo.mintick. Jadi saya buat sedikit cerita untuk padankan dengan minimum bids yang bursa malaysia pakai.
Kita gabungkan label dan lines dalam satu script untuk dapatkan jarak harga dari harga semasa ke 52w high dan 52w low. Konsep yang sama boleh diguna pakai untuk membuat support atau resistance dan mengira jarak harga sama ada dalam nombor atau peratus. Ikut kreativiti masing-masing. Note : Dulu dah pernah buat. Kali ini saya tambah garisan vertical.
Saya mudahkan sedikit cara untuk letakkan text dalam label guna pine script. Kalau ikutkan, ada banyak cara. Terpulang pada kita. Janji hasilnya tetap sama.
Ada beberapa perkara yang boleh dan tak boleh jika kita cuba ambil data financial guna pinescript. Dan saya buatkan contoh untuk warnakan latar belakang label ikut nilai NET MARGIN.
Kita cuba gunakan kelebihan yang ada pada lebel.new untuk buat trading plan mudah berdasarkan kemunculan candle berbentuk doji.
Kita guna pembolehubah bina dalam 'time' untuk menggerakkan posisi ke kanan atau ke kiri..
Posisi label atau text boleh diletakkan pada mana-mana paksi X dan paksi Y di carta. Dan seperti biasa ada banyak cara untuk dibuat. Untuk video ini, saya tunjuk 'cara jahat' dulu.
Kalau saham itu mudah, membuat kod juga seharusnya mudah. Bukan mudah buat, tapi mudah untuk kita sendiri baca dan lihat. Saya tunjukkan sedikit contoh untuk mengurangkan barisan kod dan menjadikan kod kita lebih kemas dan teratur.
Berjumpa kembali dan kali ini kita tengok cara untuk melukis label pada carta menggunakan pine script. Semoga terhibur.