Ada satu pilihan dipanggil volum relatif. Secara ilmiahnya, saya sendiri tak faham untuk apa, tapi secara logik akal, boleh nampak macam mana nak guna. Selamat hari raya .
Kita cuba gunakan kelebihan yang ada pada lebel.new untuk buat trading plan mudah berdasarkan kemunculan candle berbentuk doji.
Saya ulang semula cara-cara untuk tandakan breakout candle. Nilai breakout dan sumber (open, high, low, close) boleh di ubah ikut citarasa.
Dalam pinescript, kita bukan saja boleh plot garisan atau label , kita juga boleh plot candlestick berdasarkan data open, high, low dan close. Boleh lihat pada penunjuk di atas yang dibuat oleh simpelyfe
Masih lagi berasaskan keadaan MACD yang positif, dan kita akan cuba mencari carta yang ada perubuhan harga melebihi 4%.
Dah siap script untuk tandakan di carta, kali ini kita gunakan penyaring di tradingview untuk cuba cari sama seperti yanng kita tandakan. - kita akan cuba cari carta yang memenuhi syarat MACD + DOJI
Mewarnakan dan menandakan candle yang layak jadi NR 4 atau NR 7.
Fokus kali ini untuk menandakan kemunculan 3 candle bullish berturut-turut dan melihat pergerakan harga selepas itu.
Menunggu kemunculan doji tak semestinya di aras support dan resistance. Sepanjang pergerakan trend menaik atau menurun, akan ada doji yang muncul dalam pelbagai bentuk. Kali ini, kita cuba tandakan doji pada carta yang histogram macd dalam keadaan positif.
Kita cuba gabungkan idea dari 2 video tadi dan jadikan satu signal mudah pada carta.
Ada yang boleh dan ada yang tidak boleh.
Buil-in function hari ini = change( ) , mudah dan ringkas.
Sila share dan selamat beramal
Maaf, terguna bahasa inggeris. Kalau guna tajuk "penyaring dan senarai lihat", takde orang nak tengok. Kita saring, kita buat list dan kita bersedia.
Sepanjang bulan April, tidak ada tekanan jualan yang betul-betul kuat. Rata-rata harga sudah kembali semula ke aras sebelum permulaan kejatuhan bulan lepas.
Tidak ada halangan untuk menggabungkan beberapa script yang berbeza menjadi satu, selagi versi sama dan kita faham macamana nak plot pada chart nanti.
Senarai lihat sudah boleh sort by volume.
Cara mudah - lihat script yang dah siap dan ubahsuai ikut kesesuaian. Pastikan script yang dirujuk adalah sama versi atau kita boleh gunakan fungsi convert untuk tukar script kepada versi 4 secara automatik.