Sambungan siri pine script. Hari ini kita lihat bagaimana cara nak mewarnakan ruang kosong di antara 2 moving average. Semoga terhibur.
Memandangkan market masih mencari bakal pembeli baru, kita belajar buat sendiri custom indicator menggunakan pine script. Buat permulaan, kita ambil yang sudah siap dan buat sedikit penambahan. Semoga terhibur.
Contoh penggunaan penyaring tradingview untuk mencari carta yang moving average cantik tetapi harga sedang menurun.
Contoh bila market kurang meriah. Misi mencari carta yang sudah naik berhari-hari dan tunggu semula jika ada penurunan harga untuk mencari peluang entri.
Menyambung cerita pagi tadi. Saya tukar dari 5 minit kepada 15 minit untuk lebih ketenangan. Melihat carta yang lebih rendah tempoh masa akan memberikan kita idea bilakah waktunya market akan bergerak aktif dan tidak aktif. Tapi, bukanlah perkara wajib tengok. Yang penting, adalah harga tutupnya di mana.
Contoh penggunaan penyaring data masa nyata bagi carta 5 minit. Hasil saringan bergantung pada setting yang kita buat. Karektor 5 minit takkan sama dengan carta harian walaupun cara membaca lilin tetap sama.
Kita nak mencari kenaikan dari awal tahun kemudian melihat kebarangkalian harga akan naik mengikut teknikal analisis
Sambungan yang pagi tadi
Melihat data masa nyata di tradingview.
Tengok contoh sebelah petang pula. Sudah ada penambahan walaupun masih kurang meriah. Langganan masa nyata bukanlah wajib - hanya perlu jika kita tau macamana nak gunakan dengan baik.
Pada yang belum pernah menggunakan penyaring masa nyata di Tradingview, saya tunjukkan contoh bagaimana : - penyaring berfungsi - notifikasi - kemeriahan market Setakat video ini dibuat, market belum nampak meriah. Saya akan buat satu lagi video bila market meriah tak ingat nanti. Harap maklum, penyaring saya hanya fokus kepada carta 30 sen ke atas.
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan.
Selain dari menggunakan cara yang tadi, kita juga boleh menguna pakai kombinasi garis moving average sebagai alat bantu untuk membuat pemilihan carta. Dengan berpandangan yang sekiranya harga masih di atas semua garis moving average, harga sedang trending menaik dan sebaliknya jika harga berada di bawah semua garis moving average, harga sedang trending menurun.
Teknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal. Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal. Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti. Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting - TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
Dengan kenaikan mendadak pada hari isnin lepas, ada carta yang meneruskan kenaikan dan ada yang naik kejap lepas tu turun semula. Untuk minggu depan, boleh fokus kepada carta yang harga tutup mingguan lebih tinggi dari EMA 8 dan buat pelan dagangan sekitar tinggi dan rendah minggu ini. atau cari carta yang naik tinggi Isnin lepas dan fokus pada harga tertinggi...
Tambahan sama seperti TRENDBAND GUIDE tempohari. Dan saya tambah fungsi alert untuk menunggu signal-signal dari trendband. Apa beza dua2 ? TRENDBAND GUIDE - guna saja, tanpa perlu pening kepala TRENDBAND NAKED - khas untuk mereka2 yang suka memeningkan kepala NOTA - Tengok sampai habis sebab ada juga kemaskini untuk TRENDBAND GUIDE !
Dalam minggu terakhir bulan MAY yang lepas, kita dihidangkan dengan henjutan kenaikan harga dan volum. Minggu ini selepas cuti raya, nampak reaksi market agak baik. Nota : Menunggu tanpa buat apa-apa sambil menantikan setup juga satu strategi berdagang yang baik.
Ada beberapa tambahan yang dibuat untuk penunjuk Trendband Guide. Antaranya : Tambahan Input untuk - breakout candle - trailing stop - break weekly low - uptrust - oversold mode Untuk Trendband Naked masih belum update. Tungguuu