Pendidikan dan Kajian

Pennant

Pennant boleh digunakan sebagai corak kemasukan untuk kesinambungan sesuatu trend yang telah wujud. Pembentukannya selalu berlaku selepas pergerakan harga yang tajam yang mengandungi jurang (dikenali sebagai layar atau pusat pennant) di mana pennant mewakili satu tempoh ketidakpastian dipertengahan pergerakan penuh, menyatukan pergerakan sebelumnya. Harga dikandung oleh segitiga simetri yang kecil yang mulanya melebar dan menguncup ke satu titik selama corak ini terbentuk.

Bullish pennant terbentuk selepas trend menaik, bearish pennant pula terbetuk selepas trend menurun. Corak ini disempurnakan apabila harga memecahkan segitiga tersebut dengan arah trend yang sebelumnya, yang pada sesuatu ketika akan menyambung gerakan ke arah tersebut. Pedagang yang konservatif akan melihat pengesahan tambahan kepada trend yang bersambung. Sasaran boleh dianggarkan menggunakan teknik ukuran panjang layar yang dipanjangkan pada arah harga pecah keluar. Paras henti biasanya di luar daripada pennant di arah bertentangan arah harga pecah keluar. Pennant tidak sepatutnya di salah tanggap sebagai triangle, yang merupakan corak harga yang sama sekali berbeza.