Screener mudah untuk saham klik dan entryScreener mudah untuk saham klik dan entry
Screener Bandevo adalah screener yang mudah dan sangat sesuai untuk digunakan bersama indikator Bandevo. Terdapat dua jenis screener, iaitu screen untuk Normal Entry dan Breakout entry. Anda tidak perlu susah untuk membuat kajian teknikal dan ia mengambil masa yang sangat singkat untuk anda membuat pemilihan kaunter. Sebarang pertanyaan boleh dibuat pada ruang komen atau anda boleh private message saya pada personal akaun. sekian terima kasih.
Smokevo
Mudahnya scalping pada pasaran FCPO (Part 1)Indikator ini adalah indikator yang dilengkapi dengan beberapa ciri yang khusus untuk berdagang di dalam pasaran FCPO atau Saham. Ciri tersebut adalah
1. Dapat melihat momentum pergerakan pasaran samaada ke atas atau ke bawah.
2. Dapat menentukan entry point atau entry level yang sesuai.
3. Dapat menunjukkan confirmation entry.
Berbezanya indikator ini dengan yang lain adalah;
1. Tidak perlu melukis pada carta harga.
2. Hanya melihat pada satu timeframe.
3. Mudah dikuasai oleh newbie.
Panduan Entry Pada PullbackSalah satu entry yang selamat atau mempunyai risiko yang rendah dalam saham adalah enry pullback. Sekiranya anda jumpa dengan breakout, jangan terus masuk, tunggu pada level breakout dan entry pada level breakout atau tunggu kotak hitam muncul. Contoh seperti dalam chart mengikut nombor.
{1} Harga telah breakout pada line biru, harga kembali semula setelah breakout. Entry dibuat pada level breakout.
{2} Harga kembali pada level breakout tetapi tidak melepasi level breakout dan membuat shadow. Entry boleh dibuat pada level ini.
{1} Harga breakout tetapi jatuh dibawah level breakout. Sekiranya harga naik semula pada level breakout dengan membuat higher low, entry boleh dibuat pada level breakout.
{4} Entry dibuat setelah harga breakout dan bertemu dengan kotak hitam.
Panduan Entry Pada BreakoutSebelum ini saya berkongsi berkenaan dengan entry pullback, tetapi kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan entry pada breakout. Entry yang berisiko tinggi tetapi jika kita tahu caranya risiko boleh menjadi rendah. Untuk entry breakout, anda perlu mencari kaunter yang sideways, kemudian tunggu pada garisan breakout. Secara praktikalnya anda boleh meletakkan alarm pada level breakout. Ketika harga bergerak dan mencecah level breakout, dari timeframe daily, anda boleh tukar kepada timeframe 15 minit. Pada timeframe 15 minit pastikan harga berada di atas awan iaitu baru melepasi awan. Hold selagi harga berada di atas awan.Cutloss sekiranya harga melepasi bawah awan pada hari yang sama (pukul 4.50 petang). Sekiranya harga tidak melepasi bawah awan anda boleh hold sampai keesokan harinya dan cutloss anda adalah dibawah level breakout. Dan anda boleh bertukar kepada timeframe daily untuk monitor harga seterusnya. Ke unikan indikator Bandevo ini adalah support dan resistance tidak bergerak atau berubah pada mana-mana timeframe. Yang berubah hanyalah awan untuk entry breakout dan momentum harga. Rujuk pada gambar di bawah. Selamat berdagang.
Entry dan Cutloss dalam sahamTrading adalah satu bentuk probability atau kemungkinan yang akan berlaku dari kajian yang dibuat menggunakan data yang terdahulu. Oleh itu apa yang penting adalah cara kajian, entry dan cutloss untuk mengurangkan risiko kerugian. Bila kita kata kemungkinan pastinya akan ada kaunter yang loss dan untung. Dinasihatkan kepada trader untuk membeli kaunter lebih dari satu supaya ada kaunter yang kita untung dan dapat cover kerugian. Secara ringkasnya :-
1 - Guna teknik yang telah terbukti berkesan untuk memaksimumkan keuntungan
2 - Entry perlu pada tempat yang betul supaya jika kajian tidak menjadi kita boleh cutloss pada kerugian yang sedikit
3 - Beli 3 atau 5 kaunter bagi meningkatkan peratus keuntungan. Jika beli satu kaunter ditakuti akan loss dan mengakibatkan trader patah semangat. Jika beli lebih dari 1 akan ada kaunter yang untung dan boleh cover loss. Secara purata akan untung.
Selamat berdagang