Segitiga Meningkat
CHGP - Volume inSaya mempunyai kenangan manis dengan kaunter ini, yang mana saya pernah meraih keuntungan 50% dalam masa 2 minggu selepas ia break out ascending triangle pada bulan Januari yang lalu.
Walaupun QR tak berapa menarik tapi secara teknikal ia kelihatan menarik. Pada bulan 26 Oktober 2021 kelihatan candle ekor terbentuk di kawasan support, biasanya memberi petanda ia akan menuju ke situ.
Terkini ia kelihatan sudah break out garisan resistance dengan volume yang baik.
Dari segi EW, ia sedang membuat wave 5 . Jangkaan ke fibo 0.618 dengan target keuntungan 23%.
Hidden bullish divergence sudah kelihatan memberi petanda kemungkinan besar ia akan meneruskan kenaikan. AO sudah ke parah positif. Ma 20 50 dan 200 juga sudah tersusun cantik.
Adakah ia akan mengulangi sejarah yang lalu? Sama2 kita tungguu..
Hanya kajian saya , bukan Signal Pembelian.
SASBADI(5252): Sejak QR Lepas Kenaikan.Sasbadi telah menunjukkan perubahan volum yang drastik semenjak laporan suku tahun nya keluar yang menunjukkan kenaikan keuntungan untuk suku tahun ke-2 sebanyak 2,524.64%. Ia telah meletakkan kepercaya pelabur kepada kaunter ini.
Carta:
-Membentuk Segi Tiga Menaik.
-Kekal di atas EMA20 & EMA50.
Teori:
- Jika sasbadi dapat momentum yang cukup untuk keluar daripada segi tiga itu. Berkemungkinan dia berpotensi untuk mencari 0.355 (TP Jauh)
- Buat masa ini. Untuk pedagang harian. Rintangan terdekat ialah pada 0.270 dan seterusnya 0.30.
Sekadar kajian dan pembelajaran.
YBS(0025): Segi TIga Menaik.YBS Syarikat Pengeluar yang mempunyai rekod keuntungan yang baik pada penyata tahunan yang lepas sedang membentuk corak segi tiga menaik.
Jika di masukkan indikator Ichimoku. Rintangan terdekat ialah pada 0.370.
Berjaya kekal di atas 0.370. akan mencari 0.405. Jika pecah 0.405. Kita cerita lain.
Lilin juga sudah berada di atas EMA50.
Semoga menyusuri keatas tanpa bocor.
Sekian kajian dan pembelajaran.
NOVAMSC(0026): Segi Tiga Menaik & EW.Novamsc untuk kajian kali ini tidak pakai indikator. Carta menunjukkan corak segi tiga menaik dengan rintangan menjadi aras sambutan pada harga 0.165.
Jika berjaya kekal di atas 0.165. Ia ada potensi untuk naik sehingga ketinggian kepanjangan segi tiga sebelum ini iaitu pada 0.22.
Merujuk pada carta terdapat corak Elliot Wave di mana jika berjaya memecahkan 0.185. ia akan pergi ke 0.230.
Sekadar kajian dan pembelajaran.
Harbour(2062): Pandangan mata kasar.Harbour ialah syarikat pengangkutan dimana syarikat ini merekodkan keuntungan berturut turut untuk 3 suku pertama tahun ini. Mari kita lihat carta teknikal analisis:
1) Teknik asas ichimoku dimana, lilin sudah berada di atas awan bererti di dalam kawasan 'bullish/uptrend'.
2) Harga bermain di dalam kotak (0.85 - 1.01)
3) Pembentukan segitiga menaik. 'Bullish Pattern'.
Aras sambutan boleh mengikut garisan melintang di carta.
Panduan 'CutLoss':
Jika harga bocor 0.905, dia akan mencari 0.850
Jika gagal kekal di atas 0.850. boleh lari laju laju sebab jika harga berada di bawah awan. itu sudah menunjukkan trend bearish.
INNATURE(5295): Pandangan Mata KasarInnature ialah syarikat dagangan runcit baru sahaja berada di dalam bursa pada tahun lepas Februari. Berdasarkan carta.
- Pembentukkan segi tiga menaik kecil telah siap.
- Pengukuran segi tiga menghasil kan satu rintangan di 0.905. Kemungkinan jika kuat akan sampai di sana.
- Carta akan berlegar di 0.720 - 0.665.
- Garisan di carta adalah panduan aras rintangan dan sambutan.
- Percaya pada Trading Plan. Jika perlu CL, CL. Terima kasih
Sekian pandangan dari pedagang baru.
GRANFLO Bakal Mencuba Untuk Breakout?Sektor: Teknologi, IT Solutions / IT Produk, Perkhidmatan Digital
Analisa Fundamental
-Market Cap: 383 Juta
-Number of Shares: 603 Juta
-Perolehan : RM15.476 Juta
-Keuntungan sebelum cukai: RM461,000
-Keuntungan bersih: RM 78,000
-Merupakan syarikat yang konsisten membuat keuntungan walaupun sedikit kecuali pada tahun 2016.
- GRANFLO turut konsisten memberikan dividen kecuali pada tahun 2016, 2019 dan 2020.
Analisis Teknikal
Ciri-ciri pembentukan corak segi tiga ini ialah harga bergerak atas garisan selari manakala garisan bawah menunjukkan harga saham dalam keadaan menaik.
Kebiasaannya harga saham akan membuat breakout setelah membentuk corak ini. Breakout ini boleh berlaku ke atas atau ke bawah.
Merupakan continuation pattern yang akan meneruskan pergerakan sedia ada.
Psikologi pedagang melihat ini sebagai paten bullish.
Rumusan Carta GRANFLO
1. GRANFLO sedang melakukan uptrend. Setelah berjaya bertahan di atas garisan sokongan berkemungkinan akan menguji paras halangan pada RM0.66
Pergerakan akan menjadi menarik sekiranya berjaya memecahkan paras halangan pada harga RM0.660
2. Momentum RSI melebih 50 menunjukkan momentum belian yang semakin meningkat.
2. Indicator MACD di paras positif setelah melakukan Golden Cross.
Bagaimana mengawal risiko dengan sebaiknya?
1. Buy on weakness: Boleh menunggu dan melihat samada harga saham GRANFLO mampu bertahan di garisan sokongan atau tidak.
2. Buy on Breakout: menanti sehingga mampu melakukan breakout halangan pada RM0.66 beserta volum minat belian yang melebih hari sebelumnya.
Ingat jangan membeli di garisan halangan. Garisan halangan adalah masa untuk mejual. Membelilah di support untuk meminimakan risiko.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
Analisis Ringkas Potensi FLEXIFlexidynamic Holdings Berhad membentuk Ascending Triangle
Sektor: IPO, Industrial Products & Services.
Analisis Teknikal
Ciri-ciri pembentukan pattern ini ialah harga bergerak atas garisan selari manakala garisan bawah menunjukkan candle saham dalam keadaan menaik. Kebiasaannya harga saham akan membuat breakout setelah membentuk pattern ini. Ascending Triangle merupakan chart pattern yang digunakan dalam analisis teknikal.
Pedagang seringkali akan menunggu untuk breakout bentuk segi tiga ini. Breakout ini boleh berlaku ke atas atau ke bawah.
Merupakan continuation pattern yang akan meneruskan pergerakan sedia ada.
FLEXI sedang melakukan uptrend dan masih berjaya bertahan di atas garisan sokongan. Cubaan memecahkan halangan pada hari ini tidak berjaya.
Pergerakan akan menjadi menarik sekiranya berjaya memecahkan paras halangan pada harga RM0.525.
Bagaimana mengawal risiko dengan sebaiknya?
1. Buy on weakness : Boleh menunggu dan melihat samada harga saham FLEXI mampu bertahan di garisan sokongan atau tidak.
2. Buy on Breakout : menanti sehingga mampu melakukan breakout halangan pada RM0.525. beserta volum minat belian yang melebih hari sebelumnya.
Analisa Fundamental
Market Capital (RM) : RM154.72 juta
Bilangan saham : 283.89 juta
1QFY21: mencatatkan jualan sebanyak RM24.818 juta. Untung sebelum cukai (PBT) RM0.422. Untung bersih di paras -RM0.382 juta.
FLEXI merupakan IPO yang ditawarkan pada harga RM0.20. FLEXI menyediakan sistem pengklorinan sarung tangan dalam dan luar negara. Sebagai contoh Hartalega, Kossan dan sebagainya.
Walaupun saham sarung tangan getah tidak akan rally seperti tahun lepas namun saham sektor Penjagaan Kesihatan merupakan antara defensive stocks.
Salah satu perkara yang diambil kira oleh para pelabur sebelum melabur dalam sesuatu syarikat adalah prospek .
Lanjuta daripada Quarter Report pertama tahun 2021 prospek FLEXI dibahagikan seperti berikut:
1. FLEXI dalam proses untuk pengambilalihan 2 kilang baharu dan dalam perancangan untuk menambahkan mesin bagi meningkatkan kapasiti pembuatan long and cylindrical products .
2. Telah mengambil 2 orang jurutera jualan untuk melakukan aktiviti jualan dan pemasaran bagi mengembangkan pelanggan sedia ada.
Permintaan tetap yang akan meningkat disebabkan penggunaan sarung tangan yang berterusan dalam penjagaan kesihatan di seluruh dunia disebabkan oleh:
i. Pemberian vaksin secara besar-besaran
ii. Kesedaran yang semakin tinggi sarung tangan untuk menghadapi wabak pandemik,
iii. Peningkatan populasi dan peningkatan ageing population , peningkatan penyakit kronik dan penyakit berjangkit lain.
Ini disokong oleh syarikat FLEXI sendiri positif bahawa faktor di atas akan menyumbang kepada pertumbuhan industri sarung tangan seiring dengan peningkatan permintaan terhadap sarung tangan getah.
Apa pula pendapat anda?
Ini bukan cadangan jualan mahupun belian tetapi sekadar idea untuk tujuan pembelajaran bersama.
Sediakan Trading Plan anda sebaiknya.
#TAYOR #BAYOR
XRP (Percubaan untuk Mendaki)Beberapa hari ini, harga XRP dilihat meningkat setelah berjaya memecahkan (break) ascending triangle. Jika XRP mampu bertahan di atas support terbaru iaitu RM 2.00, XRP berpotensi menuju ke resistance sebelum ini iaitu RM 2.60.
Nota kaki:
* RBS = Resistance Become Support.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'ascending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
YONGTAI (Kembali Meneruskan Perjalanan)Sektor:
- Trading & Services, Apparels, Property, Vaccine.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, YONGTAI lebih banyak mencatatkan kerugian daripada keuntungan. Hasil (revenue) YONGTAI juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -54.01% dan -37.37%.
- Dari sudut Teknikal, awalnya YONGTAI membentuk ascending triangle kemudian breakdown dengan tutup di bawah MA 50 dan MACD juga turun ke bawah paras 0. Keadaan ini menjadikan YONGTAI berada dalam keadaan downtrend.
- Ketika harga di bawah MA 50, berlaku 'strong' bullish divergence dimana stochastic RSI menunjukkan peningkatan tetapi harga menurun.
- Kemudian, harga terus menaik dan BDTL. MACD juga telah cross up ketika ini.
- Harga terus menaik dan berjaya tutup di atas MA 50. MACD juga ketika ini berada di atas paras 0.
- YONGTAI berpotensi meneruskan kenaikan jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan MACD mampu mendaki sepenuhnya ke atas paras 0.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Breakdown = Jatuh ke bawah.
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Reversal = Bertukar arah.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'ascending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
TECFAST Cadangan Dagangan SingkatTECFAST jika dilihat pada corak carta yang besar adalah berbentuk corak segitiga menaik dan candle masih merayau-rayau didalam segitiga. Belum jumpa jalan keluar lagi. Jadi, cadangannya hanya untuk dagangan singkat selagi tak jumpa jalan keluar. Untuk itu, kita gunakan indicator EMA9 (garisan berwarna gold). Dapat dilihat TECFAST bertahan beberapa hari di atas EMA9, jadi boleh jadikan aras sokongan secara teorinya. Aras rintangan yang kuat adalah di 0.565. Jika tidak berjaya juga dipecahkan, harga akan kembali turun. Jadi untuk dagangan singkat target harga adalah di aras rintangan 0.565 dan juga di garisan menurun lebih kurang di kawasan 0.650. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).
LTC (Mengumpul Momentum)Litecoin (LTC) masih berada di atas trend line dan MA 50. Sebelum ini, jika LTC jatuh di atas MA 50, harga akan rebound kembali. LTC juga membentuk ascending triangle dan jika mengikut teori ascending triangle, harga kebiasaanya akan breakout. Stochastic RSI juga hampir bersilang menandakan harga akan rebound. Kemungkinan harga akan melengkapkan dahulu ascending triangle pattern ini sebelum breakout atau harga akan menaik dan terus breakout.
CYPARK (Bentuk Combo)Sektor:
- Green Tech, Industrial Products & Services, Solar, Water Utilities, Trading & Services.
Idea analisis:
- Cypark telah break 'combo pattern' iaitu ascending triangle dan inverted head and shoulder.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS @ support 1 @ support 2.
- CL jika harga 'tutup' di bawah RBS @ neckline atau;
- CL jika harga 'tutup' di bawah support 1 @ support 2.
- TP menggunakan strategi inverted head & shoulder pada 1.810.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* RBS = Resistance Become Support
#TAYOR #BAYOR
ETH (Percubaan Memecahkan Segitiga Menaik)ETH membentuk pattern ascending triangle. Kebiasaanya, jika harga membentuk ascending triangle, harga akan mula terbang apabila breakout pattern tersebut. Sama² kita nantikan apa yang akan berlaku. Untuk mengurangkan risiko, boleh cuba untuk entry apabila harga membuat support terbaru setelah break pattern ascending triangle atau entry berdekatan trend line.
MESTRON (Dalam Segi Tiga)Sektor:
- Metals.
Idea analisis
- MESTRON mula disenaraikan di Bursa pada awal Jun 2019.
- MESTRON membentuk ascending triangle.
- Transaksi paling banyak dilakukan sejak pembentukan trend line & MACD cross up adalah pada 0.200. 0.200 ini merupakan harga psikologi.
- MACD terus mendaki ke atas paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran harga psikologi 0.200 @ support 0.185 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance 0.230 @ ATH 0.245 untuk BOB atau;
- Entry berhampiran trend line.
- CL jika harga 'tutup' di bawah support @ trend line @ MA 50.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* ATH = All Time High (Harga paling tinggi pernah dicapai)
* BOB = Buy On Breakout
* BOD = Buy On Dip
ADVENTA (Berhenti daripada Berehat)Sektor:
- Healthcare
Idea analisis:
- Break ascending triangle.
- Volume melebihi VOL MA.
- Harga cross up MA 200 dan tutup di atas MA 200.
- MACD hampir cross up.
- Stochastic RSI mendongak ke atas.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 1.720 atau;
- Tunggu sehingga MACD cross up.
- CL jika harga tutup dibawah RBS 1.720 atau;
- MACD cross down atau;
- STOCH RSI mula menunduk dibawah paras 80.00.
- TP jika STOCH RSI menunduk di atas paras 80.00.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Break ascending triangle - Boleh rujuk idea saya di
* RBS - resistance become support. Boleh rujuk horizontal line oren.
BINTAI (Berjaya Memecahkan Segitiga dengan Momentum)Sektor:
Industrial Products & Services, Vaccines, Trading & Services
Idea analisis:
- Berjaya memecahkan ketiga² ascending triangle dengan volume yang tinggi sepanjang 4 hari berturut².
- Muncul candle marubozu setelah ascending triangle merupakan suatu peluang terbaik untuk entry.
- Adakah BINTAI akan meneruskan kenaikan sehingga vaksin diagihkan pada suku pertama tahun depan?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran paras resistance 0.940.
- CL jika harga tutup dibawah 0.940.
Petunjuk/Nota tambahan:
* Nombor 1 = candle mula memecahkan ascending triangle yang pertama.
* Nombor 2 = candle mula memecahkan ascending triangle yang kedua.
* Nombor 3 = candle mula memecahkan ascending triangle yang terakhir.
* Nombor 4 = Contoh bentuk ascending triangle dan pergerakan candle jika harga telah melepasi ascending triangle.
* Line biru = short uptrend line.
* Line hitam = long uptrend line.
* Marubozu = Satu candle solid yang tiada ekor sama ada di bawah atas di atas.
KRONO Cubaan Memecahkan Pattern Segitiga MenaikKRONO pada hari ini berjaya naik ke atas EMA200 disokong oleh volume yang kuat. Esok dijangka KRONO akan menguji pattern segitiga menaik (ascending triangle) dan jika berjaya memecahkan pattern segitiga ini aras target untuk peraman panjang adalah di 1.260. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
LUXCHEM Memecahkan Pattern Segitiga MenaikLUXCHEM hari ini memecahkan pattern segitiga menaik (ascending triangle) disokong oleh volume yang kuat. Aras target seterusnya adalah di aras tertinggi sepanjang hayat (all time high) iaitu di aras 1.01. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Mampukah LKL memecahkan rekod 52weeks high ?Berdasarkan chart, jelas menunjukkan LKL sekarang telahpun berjaya memecahkan majordowntrend line dan sekarang cuba untuk menguatkan trend untuk kearah uptrend.
LKL juga cuba membentuk ascending triangle pattern dimana ia memberikan identifikasi awal bahawa ia akan mencuba untuk membuat kenaikan. Pengesahan penyambungan kenaikan berlaku setelah harga mampu mencapai dan bertahan pada 0.285 dan keatas.
Mampukah ia ? Sama2 kita nantikan....
Perlu tahu, LKL merupakan sektor Healthcare, dimana kita tahu di musim Covid, sektor ini byk menunjukkan perubahan dan kekuatan positif.
Best ep - pada @ atas 0.285