XAUUSD 29 Mei 2024 Adakah pembetulan menaik berakhir?Melihat pada H1 semasa, kita melihat bahawa harga telah mencapai sasaran pertama gelombang 4
Melihat kepada ramalan awal penunjuk ekonomi AS malam esok kita lihat.
- KDNK awal q/q menurun daripada 1.6% kepada 1.2%
- Tuntutan Pengangguran meningkat daripada 215K kepada 218K
- Jualan Rumah Tertunda m/m menurun 3.4% kepada -1.1%
Penunjuk ekonomi AS menunjukkan bahawa keadaan ekonomi nampaknya semakin lemah berikutan dasar monetari yang diperketatkan. Mengekalkan kadar faedah yang tinggi pada hari ini menyukarkan orang ramai dan perniagaan untuk mengakses modal, menyebabkan penurunan permintaan rakyat terhadap penggunaan perumahan, selain menaikkan harga bahan mentah, yang membawa kepada peningkatan harga komoditi menyukarkan untuk mengekalkan operasi kilang , membawa kepada peningkatan orang yang memohon faedah pengangguran. Ini terus memberi tekanan kepada Fed untuk melonggarkan dasar monetari dalam masa terdekat.
Melihat pada H1 semasa, kita melihat bahawa harga telah mencapai sasaran pertama gelombang 4 dan harga bertindak balas secara mengiring di kawasan ini. Jika harga menembusi di bawah kawasan 2352 dan kemudian pulih tanpa melebihi kawasan puncak sebelumnya, ini adalah isyarat jual turun yang sangat baik.
- Jika harga naik di atas kawasan 2364, kami menunggu gelombang sasaran nombor 2 gelombang 4 untuk mencari isyarat jual.
- Selepas harga melengkapkan gelombang 4, ia akan meneruskan trend dengan gelombang 5. Daripada data semasa, kita akan mendapat sasaran jangkaan gelombang 5 pada zon sasaran 1 pada 2322 dan sasaran 2 pada zon 2311.
- Di kawasan sasaran gelombang 5, kami akan menemui keadaan yang sesuai untuk memasukkan pesanan BELI
Di Luar Analisis Teknikal
5 Petua Untuk Menguruskan Dagangan Yang Gagal Mengalami kerugian dalam dagangan adalah perkara biasa. Ia merupakan sebahagian daripada satu perjalanan pedagang. Tidak ada pedagang atau pelabur yang akan menang setiap masa. Semua pelabur dan pedagang terkenal yang anda ketahui telah mengalami KERUGIAN berkali-kali dalam karier mereka. Ini adalah perkara normal. Adakah anda tahu pengurus dana lindung nilai terkemuka Ray Dalio pernah kehilangan semuanya semasa berumur 30an? Dia telah bangkrup dan perlu bermula semula dari bawah.
Catatan ini akan menjelaskan apakah makna mengalami kegagalan dalam dagangan dan bagaimana untuk menghadapinya.
Sebelum kita bermula, anda perlu tahu bahawa:
- Berwaspada dengan orang-orang yang mendakwa mereka tidak pernah mengalami kerugian.
- Jauhi mereka yang mempamerkan kadar kemenangan atau kejayaan yang mustahil untuk dicapai.
- Dagangan yang gagal terjadi kepada semua orang! Anda tidak keseorangan.
Sekarang kita akan mulakan tentang apakah maksud dagangan yang tidak bagus dan 5 petua untuk menanganinya:
Nombor 1: Satu dagangan yang gagal adalah berbeza dari satu dagangan yang tidak bagus
Pedagang-pedagang yang paling berpengalaman memahami risiko mereka sebelum melakukan satu dagangan. Setiap dagangan yang gagal merupakan satu komponen kecil dalam satu proses yang lebih besar yang berkait dengan satu sistem, pelan atau strategi yang telah diuji dan dipelajari dengan teliti. Satu dagangan yang gagal adalah keadaan yang sudah dilakukan pengiraan untuk pedagang yang berpengalaman. Mereka mendefinasikan risiko mereka, saiz posisi, henti rugi dan sasaran keuntungan. 🎯
Berbeza pula dengan satu dagangan yang tidak bagus. Dagangan yang tidak bagus menunjukkan seseorang yang merisikokan wang jerih perih mereka tanpa adanya rancangan atau proses. Ia merupakan satu dagangan yang melulu dan sembarangan. Ini selalunya terjadi kepada pelabur-pelabur atau pedagang-pedagang baru yang masih belum memahami masa, pembelajaran dan penyelidikan yang diperlukan untuk membina satu pelan yang kukuh. Pastikan anda mengingati perbezaan di antara satu dagangan gagal yang telah dilakukan pengiraan dan satu dagangan tidak bagus tanpa adanya rancangan atau proses.
Petua TradingView: ada beberapa cara untuk bermula dengan satu perancangan, sistem atau proses. Dagangan kertas, ujian belakang dan/atau bekerja dengan pedagang yang mahir yang dapat memberikan maklumbalas berguna merupakan beberapa cara untuk bermula. Jangan risikokan wang anda tanpa melakukan penyelidikan terlebih dahulu.
Nombor 2: Setiap dagangan yang gagal membekalkan data untuk penambahbaikan
Seperti yang kami telah sebutkan beberapa kali sebelum ini, dagangan yang gagal terjadi kepada semua. Tetapi ingat, dagangan yang gagal juga mempunyai maklumat dan data bernilai. Anda boleh belajar banyak perkara dari menganalisa dagangan yang gagal.
Pada setiap hari, minggu atau bulan dagangan, pedagang berpengalaman akan menganalisa dagangan mereka yang gagal dengan terperinci. Apakah corak yang muncul? Apa yang sama tentang semua ini? Mengapa mereka terjadi? Dengan maklumat ini, seorang pedagang atau pelabur dapat melaraskan strategi mereka berdasarkan penemuan mereka.
Nombor 3: Jangan biarkan dagangan yang gagal mengganggu kesihatan anda
Kesihatan mental dan fizikal anda adalah sama penting dengan kesihatan kewangan anda. Jangan biarkan dagangan yang gagal mempengaruhi kedua-duanya.
Jika sistem anda mengalami masalah atau beberapa dagangan yang gagal mula mengganggu emosi anda, jarakkan diri dari komputer atau telefon. Tutup semua itu dan pergi. Pasaran telah dibuka semenjak beratus-ratus tahun dahulu dan ia akan kekal dibuka. Apabila anda bersedia untuk bermula semula, ia masih kekal di situ.
Bangun, dapatkan udara segar dan kembali ke arena selepas anda sudah bersedia semula.
Nombor 4: Kongsi pengalaman anda dengan yang lain
Pedagang dan pelabur seluruh dunia mahu mempelajari sesuatu dari cerita dan dagangan anda yang gagal. Ini adalah pengalaman yang sangat berharga yang kami semua kongsikan bersama-sama. Rangkaian sosial membantu anda untuk bersembang, berkongsi dan berjumpa mereka yang melalui semua perkara ini. Kita semua boleh belajar dari satu sama lain.
Sudah pasti, keinginan untuk berkongsi kemenangan atau berlagak seperti anda salah seorang pedagang terhebat yang wujud di dunia ini sangat menggoda 😜 - tetapi adalah jelas kita semua belajar bersama-sama dan menjadi lebih baik apabila kita berkongsi pengajaran daripada kegagalan. Di sini di mana hasrat paling dalam ditemui dan bersama-sama, di mana kita semua boleh berkembang sebagai satu komuniti pedagang yang semuanya cuba untuk mengatasi pasaran.
Kongsi dan minta maklumbalas yang membina!
Nombor 5: Teruskan Usaha
Pasaran merupakan satu permainan pembelajaran, pembelajaran semula dan bergerak ke hadapan. Tema-tema baru, arah aliran dan cerita muncul dan hilang setiap hari. Perjalanan ini adalah panjang dan tidak pernah berhenti. Apabila melaksanakan pelan dagangan atau pelaburan anda, adalah penting utnuk melakukannya dengan memikirkan dalam jangka masa panjang. Satu atau dua dagangan yang gagal dalam satu hari atau minggu adalah satu pecahan kecil dalam lebih banyak yang akan terjadi dalam banyak bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang. 🌎
Teruskan perjuangan. Teruskan membina. Kekal menambahbaik rancangan anda. Periksa data.
Kami harap anda menyukai catatan ini!
Kami harap anda mempelajari sesuatu yang baru atau lebih berinformasi!
Sila tinggalkan apa-apa komen di bawah dan pasukan kami akan membacanya.
- TradingView ❤️
5 perkara perlu diingat tentang Pasaran BulisHai anda semua! 👋
Pasaran bulis merupakan satu masa penuh optimis dan pertumbuhan, dan ia boleh menjadi satu peluang besar untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa pasaran bulis tidak akan kekal selamanya, dan adalah penting untuk menghadapi mereka dengan berhati-hati dan pada masa yang sama mengekalkan sasaran jangka panjang anda. 🙂
Ada beberapa perkara yang perlu anda ingati semasa berdagang dan melabur di dalam pasaran bulis:
🚨 Jangan terjebak dalam kegilaan spekulasi
Adalah penting untuk kekal tenang dan mengelakkan daripada melakukan keputusan terburu-buru berdasarkan kepada keuntungan jangka pendek. Ambil masa secukupnya untuk menyelidik apa-apa dagangan yang anda sedang pertimbangkan. Ia merupakan satu perkara yang bagus untuk kekal fokus kepada idea-idea yang mempunyai asas yang kukuh dan juga teknikal.
📚 Sentiasa perhatikan kepada penilaian
Di dalam satu pasaran bulis, adalah satu kebiasaan untuk harga naik, kadang-kala kepada satu tingkatan yang tidak berdasarkan kepada asas disebalik aset itu. Untuk pelabur, adalah penting untuk memerhatikan kepada penawaran dan permintaan, penilaian dan lain-lain untuk memastikan aset yang anda punyai adalah berharga wajar.
🔔 Jaga-jaga dengan balikan
Seperti semua perkara yang menyeronokkan, pasaran Bulis juga akan sampai ke pengakhirannya. Jadi, adalah penting untuk bersedia dengan penurunan. Perkara yang bagus untuk mengurus pendedahan risiko adalah dengan menggunakan teknik-teknik seperti kepelbagaian, lindung nilai dan lain-lain.
💸 Jaga risiko anda
Bertahan pada satu posisi yang menguntungkan adalah satu perkara biasa yang dilakukan, akan tetapi adalah penting untuk diingat bahawa pasaran bulis akan akhirnya sampai ke penghujungnya.
Jika anda mendapat keuntungan yang banyak, melakukan hentian jejak (trailing) mungkin merupakan satu pilihan yang bagus untuk mengunci keuntungan jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. Membiarkan aset anda yang paling menguntungkan kekal menaik dengan selalu melakukan hentian jejak kepada posisi anda adalah satu strategi yang bagus untuk menambahbaik nisbah Risiko-Ganjaran untuk satu dagangan.
📈 Kekalkan satu perspektif jangka panjang
Berdagang ialah satu marathon dan bukannya pecutan. Pasaran bulis boleh menjadi satu peluang yang hebat untuk mendapatkan keuntungan, tetapi adalah penting untuk mengekalkan satu perspektif jangka panjang untuk sasaran anda. Adakah anda terlepas peluang besar? Jangan marah dan lakukan keputusan yang tidak bagus. Akan ada lagi peluang kelak untuk anda menggunakan ilmu yang anda pelajari.
Pasaran bulis boleh memberikan peluang-peluang yang terbaik, akan tetapi, ia perlu dihadapi dengan waspada dan dengan sasaran peribadi teliti. Pertimbangkan risiko dan ganjaran untuk setiap pelaburan, perhatikan penilaian dan sentiasa bersedia untuk penurunan.
Kami harap anda menyukai catatan ini! Sentiasa tulis apa-apa petua tambahan atau nasihat di dalam bahagian komen di bawah.
– Pasukan TradingView ❤️
Wir stellen vor: Die Gedanken! 5 Dinge, die Sie wissen müssen.Die sozialen Netzwerke haben sich zu einem wichtigen Tool für Trader und Investoren entwickelt. Über die bekanntesten Marktnarrative auf dem neuesten Stand verbleiben, Top-Ideen teilen und lesen, direkt mit anderen zusammenarbeiten, all dies macht dieses Medium zu einem wesentlichen Bestandteil des Analyseverfahrens. Aus diesem Grund freuen wir uns auch, nun den nächsten Schritt in dieser Evolution ankündigen zu können – Die Gedanken!
In dem heutigen Post werden wir ein paar Weisen hervorheben, wie Sie mit den Gedanken verbessern können, was Sie teilen, wem Sie folgen, und wie Sie über Ihre Lieblingssymbole chatten können. Letztendlich gilt ja: Wissen ist Macht, insbesondere auf den Märkten, und dies ist ein weiteres Tool, das Sie in Ihren Arbeitsfluss einbauen können:
1.) Stellen Sie sich die Gedanken als Feed vor, der von Ihren Kollegen erstellt wird – Er ist vollgepackt mit ihren Meinungen, Notizen und geteilten Newsthemen. Immer relevant zu dem Ticker, den Sie sich gerade ansehen.
2.) Die Gedanken können verwendet werden, um schnell die allgemeine Marktstimmung zu erfassen , für jedes Symbol. Stellen Sie sich selbst die Frage, worüber sprechen die Leute, und sind sie in einer Bullen- oder Bärenlaune?
3.) Erhältlich auf allen Symbolseiten und in der rechten Leiste (Icon: Gedankenblase), dieses einzigartige Format ermöglicht Ihnen, mit anderen Communitymitgliedern zu chatten, während Sie sich Ihren Chart ansehen. Behalten Sie die Entwicklungen auf Ihrem Chart und die Gespräche einfach zur selben Zeit im Auge.
4.) Möchten Sie ein Feedback über ein bestimmtes Symbol erhalten? Dann besuchen Sie den Gedanken-Feed für dieses Symbol und teilen Sie Ihre Fragen und Kommentare . Andere Trader werden dann Ihre Posts in dem Gedanken-Feed sehen. Sie können dann selbst einen Kommentar hinterlassen, ein Upvote oder Downvote abgeben, um Sie so wissen zu lassen, was ihre erste Reaktion ist. Sie können dann dieses Feedback nutzen, um Ihr Verständnis für das Symbol auszubauen.
5.) Die Gedanken können verwendet werden, um schnell die neuesten News über Ihre Lieblingssymbole zu erfassen. Besuchen Sie ein Gedanken-Feed und schauen Sie sich an, was die Leute zu sagen haben. Gibt es Breaking News? Links? Charts? Etwas anderes? Im Laufe der Zeit werden dann die Gedanken zu einem für Sie unentbehrlichen Newsfeed werden.
Die Gedanken befinden sich zurzeit in der Betaversion, senden Sie uns also auch weiter Ihr Feedback ein! Seien Sie versichert, wir sind fortwährend bemüht, dieses Feature immer weiter zu verbessern.
Und noch ein kleines Schlusswort: Die Gedanken sind für alle unsere Nutzer für das Lesen, Folgen und Abstimmen erhältlich, aber nur zahlende Mitglieder (Pro, Pro+ und Premium) können zurzeit in dem Gedanken-Feed posten und Kommentare hinterlassen, nicht unähnlich zu den anderen Social-Tools auf unserer Webseite.
Lassen Sie uns wissen, wie es Ihnen gefällt! Schauen Sie es sich einmal genauer an und posten Sie noch heute Ihren ersten Gedanken!
-Team TradingView ❤️❤️
Memperkenalkan Minda! 5 perkara anda patut tahu.Media sosial telah berkembang maju menjadi satu alat penting untuk pedagang dan pelabur. Sentiasa kekal termaklum dengan naratif pasaran, berkongsi dan membaca idea-idea terbaik dan berkoloborasi secara terus dengan yang lain dapat menjadikan ia satu media yang penting untuk proses penyelidikan. Disebabkan ini, kami teruja untuk mengumumkan langkah seterusnya dalam evolusi ini - Minda!
Dalam catatan hari ini, kami akan menunjukkan beberapa cara untuk menggunakan Minda untuk menambahbaik cara anda mengikuti, berkongsi dan bersembang tentang simbol-simbol kegemaran anda. Ini kerana dalam pasaran, maklumat adalah segalanya dan ini merupakan salah satu alat untuk membina jalan kerja anda:
1.) Fikirkan Minda sebagai satu suapan yang dicipta oleh rakan sebaya anda – dipenuhi dengan pandangan mereka, nota dan tajuk-tajuk berita yang dikongsi, semuanya relevan kepada apa-apa ticker yang anda sedang lihat sekarang.
2.) Minda boleh digunakan untuk mengukur dengan pantas sentimen keseluruhan untuk apa-apa simbol. Tanya diri anda, apa yang semua orang sedang perkatakan dan adakah ia bulis atau bearis.
3.) Boleh diakses dari mana-mana halaman simbol atau dari bahagian rel kanan (dengan ikon belon fikiran), format unik ini membenarkan anda untuk bersembang dengan peserta-peserta lain dalam komuniti bersama-sama carta anda. Perhatikan carta dan perbualan sosial pada masa yang sama.
4.) Mahukan maklum balas tentang satu simbol khusus? Pergi ke suapan Minda untuk simbol itu dan kongsi soalan atau komen anda . Pedagang lain akan nampak catatan anda di dalam suapan Minda. Mereka boleh memberikan komen, undian sokong atau tidak sokong untuk memberitahu anda apakah reaksi awal mereka. Maklum balas ini boleh digunakan untuk menambahbaik pemahaman anda tentang sesuatu simbol.
5.) Minda boleh digunakan untuk mengetahui dengan cepat semua berita mengenai simbol kegemaran anda. Pergi ke suapan Minda dan periksa apa yang mereka sedang perkatakan. Ada berita terkini? Pautan? Carta? Sesuatu yang lain? Lama kelamaan suapan-suapan ini akan menjadi suapan berita penting untuk anda.
Minda sekarang berada dalam fasa beta, jadi sila hantarkan kepada kami maklum balas anda yang ada! Ketahuilah bahawa kami sedang bekerja keras untuk memperbaikinya.
Akhir kata - pada masa ini Minda adalah terbuka untuk semua pengguna untuk membaca, mengikuti dan mengundi, akan tetapi hanya pelanggan berbayar (Pro, Pro+ dan Premium) yang boleh membuat catatan di dalam suapan Minda dan meninggalkan komen, sama seperti alat sosial lain dalam laman kami.
Beritahu kami adakah anda menyukainya dan pergi tinggalkan catatan pertama Minda anda hari ini!
-Pasukan TradingView ❤️❤️
Pendapat kami mengenai Skrip Pine™ janaan kecerdasan buatanPernyataan bahawa GPT boleh menjana kod Skrip Pine™ telah mendapat perhatian baru-baru ini. Dari segi perspektif, memberikan permintaan melalui bahasa lazim kepada satu kecerdasan buatan untuk menjana kod adalah menarik, malangnya ia bukan sesuatu yang pedagang-pedagang patut gunakan sebagai gantian kepada mempelajari bahasa atau menjadi pekerja upahan yang akan melakukan pengaturcaraan untuk mereka jika mereka tidak berminat untuk mempelajari kod.
Secara mudah, asas kepada masalah ini adalah kod yang dijana oleh perisian seperti GPT adalah tidak boleh dipercayai dan hanya seseorang yang memahami Pine boleh menganalisanya dan melakukan perubahan yang diperlukan untuk kod itu berfungsi seperti yang diingini.
Adakah anda mahu bergantung kepada kod yang anda tidak boleh percayai untuk mendagangkan wang anda? Untuk yang menjawab "ya" kepada soalan ini, anda adalah penjudi — bukannya pedagang — dan mereka mungkin tidak akan membaca nota ini pun. Disebabkan anda membaca nota ini, kami mengandaikan anda adalah atau berharap untuk menjadi seorang pedagang, di mana kes pengurusan paling asas akan menentukan bahawa anda memikirkan bahawa kod Pine berasaskan GPT adalah mencurigakan dan tidak akan menggunakannya sebagai kaedah dagangan anda.
Beberapa masalah biasa yang anda boleh jangkakan dari kod Skrip Pine™ berasaskan GPT adalah logiknya tidak akan melakukan apa yang anda pinta untuk lakukan, dan ia akan sentiasa gagal untuk melakukan kompilasi disebabkan sintaks yang dijana adalah tidak sempurna, kerana ia menggabungkan beberapa versi Pine.
Disebabkan itu, kami memutuskan untuk tidak membenarkan permintaan untuk membetulkan kod berkaitan GPT di dalam forum Soal Jawab di mana PineCoders menjawab soalan-soalan pengaturcaraan. Kami percaya ini adalah cara terbaik untuk menyokong sukarelawan penting dalam komuniti kami yang menyumbang masa dan ilmu mereka untuk membantu pengaturcara-pengaturcara Pine menghadapi cabaran pengaturcaraan. Forum Soal Jawab kami bukanlah perkhidmatan untuk menulis penunjuk untuk pedagang-pedagang yang tidak mahu melakukan pengekodan dalam Pine. Untuk hal ini, pedagang boleh menggunakan senarai kami Pengaturcara Skrip Pine™ Dipercayai untuk Diupah untuk mencari seorang pekerja bebas yang boleh dipercayai yang boleh melakukan kerja untuk mereka.
Forum Soal Jawab kami untuk pengaturcara Skrip Pine™ ialah:
• Stack Overflow
• Ruang "Soal Jawab Skrip Pine™" di Telegram
• Laman sembang "Soal Jawab Skrip Pine™" di TradingView
Jika anda berminat untuk mempelajari Skrip Pine™, mula di sini .
Tidak mengira anda boleh melakukan pengaturcaraan ataupun tidak, jangan terlepas peluang untuk mengenali 100,000 Skrip Komuniti kami yang telah diterbitkan oleh TradingViewers yang ikhlas berkongsi kerja mereka dengan komuniti kami.
Penafian
Penerbitan ini tidak bermaksud ia adalah satu pembuangan penggunaan untuk GPT-3. Secara asalnya, ia direka bentuk untuk memproses permohonan untuk menjana teks, versi-versi seterusnya GPT telah bertukar menjadi semakin beradaptasi pada situasi mengeluarkan teks berkualiti yang sangat bagus, terlalu bagus sehinggalah sukar untuk manusia mengesan teks itu ditulis oleh satu program. Lihat pada carta di atas, sebagai contoh, teksnya sendiri pada subjek yang kami terokai dalam penerbitan ini, atau pada kertas ini yang ia telah tulis mengenai dirinya sendiri . Kami meramalkan akan ada banyak kegunaan untuk teks yang dijana oleh GPT, walaupun ia akan memberikan satu keadaan sukar dalam persoalan mengenai etika.
Lihat dahulu. Kemudian terjun.
EIB : ASCENDING TRIANGLE, PENGUMPULAN KEPADA PENGAMBILANRentetan carta menunjukkan bagaimana rutin trader beraksi dalam pasaran yang memberi kesan kepada
pergerakan harga. Rutin ini membentuk fasa dan struktur harga yang berkait dengan masa dan tempat untuk
membeli dan menjual iaitu mengumpul dan mengambil untung.
Fasa pengumpulan tidak memberi wajah yang sebenar. Kerana ia berdikit. Retailer tidak akan tertarik.
Fasa pengambilan seakan memberi keceriaan kepada trader. Kerana ia hijau berbukit. Retailer akan mula masuk.
Smart money mula mengambil tempat. Pump n dumb. Ratailer menggigit.
Fahami circle trading.
PENAFIAN:
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
Ramalan XAUUSD 3 FEB 2023 Analisis Fundamental dan TeknikalFaktor Asas
1) Saham meningkat pada hari Rabu akibat pelabur mengikuti kenyataan Powell bahawa usaha Fed mula mendapat tarikan dan kurang memberi perhatian kepada kenyataannya tentang kenaikan kadar tambahan.
2) Bank Pusat Eropah dan Bank England, dengan kedua-dua kos peminjaman yang dijangka meningkat sebanyak 50 mata asas semasa mereka cuba mengawal inflasi yang tinggi telah meneruskan peningkatannya sebanyak 50 mata asas.
3) Konflik Rusia-Ukraine adalah faktor utama untuk menentukan arah aliran harga emas pada masa hadapan dan ia masih menjadikan para pelabur melihat emas sebagai syurga yang selamat.
Trendnya ialah Bullish
Julat Asas : 1889.01 - 1937.46
Analisis Teknikal
Semak di Sokongan dan Rintangan Rangka Masa Harian untuk Fibonacci.
Semak berdasarkan masa semasa untuk Sokongan dan Rintangan apabila anda ingin berdagang.
Kawasan Rintangan : 1947.25,1958.68,1977.19
Kawasan Sokongan : 1910.23,1898.80.1880.29
Titik pangsi : 1928.74
Sahkan dengan penunjuk teknikal dan berdasarkan analisis teknikal anda sendiri untuk arah aliran.
Semak investing.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang akan dipaparkan oleh kebanyakan penunjuk
Semak tempoh masa yang lebih tinggi juga untuk pengesahan lanjut untuk kemasukan dalam jangka masa Harian.
Paparan penunjuk teknikal menjual dalam Harian dan belian kukuh dalam mingguan dan belian kukuh dalam jangka masa bulanan.
Gunakan regresi linear untuk mendapatkan aliran pengesahan setiap hari kerana ia tidak tersedia .
Regresi linear menunjukkan aliran menaik pada jangka masa harian .Boleh menyemak aliran regresi linear dalam mingguan dan bulanan untuk pengesahan lanjut. Untuk mingguan, ia adalah aliran menurun dan untuk bulanan, ia menunjukkan aliran menaik.
Gunakan Bolinger Band Strategy Tester dan RSI Strategy Tester untuk mendapatkan lebih banyak pengesahan untuk arah aliran dan peratusan yang menguntungkan. Semak pada jangka masa yang lebih besar juga seperti mingguan dan bulanan.
Pastikan kedua-dua strategi RSI dan Bolinger Band Strategy memberikan melebihi 50%. untuk peratusan yang menguntungkan
Penguji strategi RSI dan Penguji Strategi Bolinger Band pada harian dan mingguan mempunyai peratusan lebih tinggi daripada 50% , dan bulanan mempunyai kurang daripada 50% untuk Penguji strategi RSI dan Penguji Strategi Bolinger Band.
Cari beli pada carta harian dengan menggunakan titik sokongan 1, 1910.23 dan ambil untung akan berada pada titik pangsi , 1928.74 (LIHAT HARGA PASARAN SEMASA)
Lihat pasaran semasa dan cari titik sokongan terdekat untuk kemasukan dan ambil untung pada titik pangsi.
Analisis fundamental dan teknikal mesti diselaraskan
10 sebab kebanyakan pedagang kerugianHai semua!
Berdagang & melabur bukannya mudah. Jika ia mudah, semua orang sudah menjadi kaya.
Di sini ada beberapa sebab kenapa pedagang alami kerugian dan beberapa petua untuk membantu anda kembali kepada perkara asas.
Kurang pengetahuan 📘
Kebanyakan pedagang melompat masuk ke dalam pasaran tanpa memahami dengan mendalam bagaimana ia berfungsi dan apa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Disebabkan ini, mereka melakukan kesilapan yang mahal dan hilang wang dengan cepat.
Pengurusan risiko yang lemah 🚨
Risiko ialah sebahagian daripada dagangan dan penting menguruskannya dengan efektif untuk melindungi modal dan memaksimumkan peluang kejayaan anda. Akan tetapi, banyak pedagang tidak mempunyai satu strategi pengurusan risiko yang jelas dan ini mengakibatkan mereka lebih terdedah kepada kerugian yang besar.
Pembuatan keputusan beremosi 😞
Adalah mudah untuk mengalami emosi yang kuat semasa berdagang. Akan tetapi, melakukan keputusan berdasarkan emosi dan bukannya analisa rasional boleh membawa anda kepada jalan kemusnahan. Banyak pedagang melakukan keputusan yang tidak bagus apabila mereka merasa terbeban, tamak atau takut dan ini boleh mengakibatkan kerugian besar.
Kekurangan disiplin 🧘♂️
Dagangan yang berjaya memerlukan disiplin tetapi banyak pedagang mengalami masalah untuk kekal dengan pelan mereka. Ini sangat berat apabila pasaran tidak stabil atau apabila pedagang itu melalui detik-detik kerugian. Cipta satu sistem untuk diri anda yang memudahkan anda untuk setia kepadanya!
Terlebih berdagang 📊
Ramai pedagang melakukan kesalahan terlebih berdagang yang bermaksud mereka melakukan terlalu banyak dagangan dan tidak membiarkan dagangan mereka berjalan dengan sepatutnya. Ini membawa kepada lebihan risiko, kos brokeraj lebih tinggi dan kemungkinan lebih besar untuk mengalami kerugian. Perancangan yang jelas yang anda sukai dapat membantu anda mengasingkan peluang-peluang yang bagus daripada yang biasa.
Tiada pelan dagangan 📝
Satu pelan dagangan memberikan peraturan dan garis panduan yang jelas untuk diikuti apabila melakukan dagangan. Tanpa satu pelan, pedagang mungkin akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjadi berbahaya dan selalunya mengakibatkan kerugian.
Tidak maklum mengenai data dan maklumat penting ⏰
Pasaran dan naratif biasa akan sentiasa berevolusi dan penting untuk pedagang sentiasa berada di hadapan dengan keadaan terkini untuk memastikan anda dapat membuat keputusan termaklum.
Tidak keluar secepat mungkin semasa mengalami kerugian ✂️
Tiada pedagang mampu mengelakkan daripada kerugian tetapi kuncinya ialah meminimumkan impak kerugian itu kepada akaun anda. Satu cara yang bagus untuk melakukan ini ialah memotong kerugian anda dengan pantas apabila satu dagangan tidak bergerak ke arah yang anda mahukan. Akan tetapi, ramai pedagang bertahan dalam dagangan yang rugi dalam jangka masa yang lama, dengan berharap kerugian itu akan dapat dipulihkan dan ini boleh membawa kepada kerugian yang lebih besar daripada yang dijangkakan.
Tidak memaksimumkan dagangan yang untung 💸
Sebagaimana pentingnya keluar dengan cepat dari dagangan yang rugi, adalah penting juga untuk memaksimumkan keuntungan pada dagangan yang untung. Ramai pedagang gagal melakukan perkara ini, berkemungkinan mereka tiada pelan langsung yang memberitahu mereka bila dan bagaimana untuk keluar dari satu dagangan. Disebabkan itu, mereka terlepas keuntungan lebihan.
Tidak beradaptasi 📚
Menyesuaikan diri kepada keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah adalah penting kepada kejayaan di dalam pasaran kewangan. Rejim bertukar, kelebihan dagangan hilang dan muncul, dan sistem yang menyokong segala-galanya sentiasa berbolak-balik. Hari ini strategi dagangan menjadi, di lain hari tidak. Pedagang perlu sentiasa mengadaptasi untuk menjana wang pada jangka masa panjang atau mengalami risiko kegagalan dalam pasaran.
Secara keseluruhan, majoriti pedagang akan mengalami kerugian kerana mereka gagal untuk bersedia menghadapi halangan-halangan di dalam pasaran. Dengan belajar secara kendiri, membangunkan satu pelan dagangan yang ampuh dan melakukan perancangan sebelum mengambil apa-apa tindakan, pedagang boleh memperbaiki peluang mereka untuk berjaya dan menghindari kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan.
Kami harap anda menyukai nota ini! Jangan malu-malu untuk memberikan apa-apa petua atau nasihat di dalam seksyen komen di bawah!
Jumpa lagi minggu hadapan. 🙂
– Pasukan TradingView
10 perkara tentang pasaran bearis, ketidakstabilan dan panikDagangan & pelaburan bukannya mudah. Jika mudah, semua orang sudah jadi kaya.
Satu perkara yang paling sukar untuk semua pedagang dan terutamanya pelabur, adalah apabila pasaran menjadi bearis secara tidak normal, arah aliran menurun ke bawah atau ke satu arah yang bertentangan dengan arah posisi mereka. Menambahkan lagi kepada kesusahan itu adalah apabila ketidakstabilan semakin menaik dan ketidaktentuan pula meninggi. Perkara-perkara sebegini telah terjadi sepanjang sejarah pasaran dan sepatutnya telah diambil kira dalam dagangan. Setiap pedagang atau pelabur sepatutnya ingat satu kenyataan yang mudah: pasaran akan berlawanan dengan anda pada satu-satu masa tertentu. Jadi bersiap sedia.
Belajar untuk berdagang atau melabur di dalam pasaran bearis dan tidak stabil memerlukan kemahiran yang hebat, pengalaman dan kekuatan minda. 12 bulan lepas telah menunjukkan perkara ini. Saham, bon, forex, kripto dan hadapan telah dilihat mengalami ketidakstabilan yang menaik dalam masa 12 bulan lepas. Jadi, apakah yang kita patut lakukan? Sekarang bagaimana?
Mari kita kembali kepada perkara asas - kemahiran, sifat dan pola fikiran yang diperlukan untk melalui detik-detik ini.
1. Rancang kehadapan 🗺
Rancang dagangan anda, dagang rancangan anda. Setiap dagangan, setiap pelaburan, sepatutnya mempunyai satu pelan disebaliknya. Tulis soalan-soalan asas sebelum anda membeli atau menjual. Contohnya, apakah harga masuk yang anda mahukan? Apakah harga keluar yang anda mahukan? Apakah henti rugi anda? Sebanyak mana wang yang anda akan risikokan? Kenapa anda lakukan dagangan atau pelaburan ini? Di dalam masa ketidakstabilan, soalan-soalan ini adalah lebih penting dari keadaan biasa. Kembali kepada perkara asas.
2. Jangan terburu-buru 🧘♂️
Ketidakstabilan dan terutama sekali pasaran yang panik, akan menyebabkan orang melakukan tindakan yang gopoh. Tekanan, aksi harga pantas, selalunya memaksa seseorang untuk bertindak tanpa sempat memikirkan kembali rancangan asal mereka. Jangan lakukan ini! Ambil masa anda. Kekal tenang dan lakukan apa yang anda telah rancangkan.
3. Bersabar dengan titik masukan 🎯
Ramai pedagang & pelabur bercakap tentang membeli junaman, tetapi perkataan ini menjelaskan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan. Jangan beli junaman tanpa satu rancangan. Anda rancang dahulu strategi anda, kemudian tunggu masa titik masukan yang tepat, dan biar pasaran yang datang kepada anda. Apabila pasaran berada dalam arah aliran menurun dan ketidakstabilan adalah tinggi, adalah sangat penting anda kekal tenang semasa menunggu masa masukan yang tepat. Gunakan pesanan had dengan bijak.
4. Tahu rangka masa anda ⏰
Adakah anda berdagang untuk satu hari? Satu bulan? Atau 5 tahun? Soalan-soalan asas ini akan mengingatkan anda tentang apa yang anda cuba lakukan dan bagaimana keadaan mental anda yang sepatutnya. Mereka juga akan mengingatkan anda tentang carta yang anda patut lihat, sama ada anda patut zum ke dalam carta 30 minit atau zum keluar ke carta mingguan untuk melihat sejarah tahunan harga.
5. Ada strategi untuk keluar 🚨
Satu strategi untuk keluar bermaksud walau apapun yang terjadi, anda tahu di mana henti rugi anda dan anda tahu di mana sasaran keuntungan anda. Tidak kira apa terjadi, pasaran naik atau turun atau ke sisi, anda ada rancangan keluar. Jangan hanya bergantung kepada nasib. Cipta satu strategi keluar anda sebelum anda lakukan dagangan dan kekal mengikutinya.
6. Ketatkan saiz posisi 💪
Tambahan ketidakstabilan dan ketidakketentuan hendaklah difaktorkan kepada pelan dagangan anda sebelum ia bermula. Akan tetapi, ramai pelabur dan pedagang baru terlupa untuk melakukan ini. Jika itu ialah anda, sekarang adalah masanya untuk anda mengubahsuai strategi dan rancangan anda, untuk julat dagangan dan ketidakstabilan yang lebih besar. Arah aliran tahunan yang membentuk satu pasaran sebelum ini sudah kurang tepat.
7. Zum keluar untuk konteks sejarah 🔎
Zum keluar carta anda, Kemudian zum keluar lagi. Sekarang zum keluar lagi dan lagi. Bulatkan lilin, garisan atau pergerakan harga terkini dan jadikan ia sebagai satu peringatan tentang di mana harga berada sekarang berbanding dari mana ia datang sebelum ini. Ada yang mengatakan, sekiranya ragu-ragu, zum keluar. Jangan sesat di dalam masa sekarang dengan hanya melihat kepada harian atau mingguan, tetapi lakukan penyelidikan untuk keseluruhan sejarah harga. Pelajari apa yang telah terjadi di masa lalu.
8. Tunai ialah satu posisi 💸
Mahu lakukan purata kos wang kepada satu dagangan? Mahu beli lebih banyak? Mahu berdagang lebih banyak? Anda memerlukan tunai untuk melakukannya. Adalah satu kelegaan untuk mampu menyertai ketidakstabilan pada bila-bila masa anda mahukan. Tunai ialah satu posisi dan dapat menjamin keadaan ini.
9. Elakkan panik, FUD, dan FOMO 😳
Apabila emosi menjadi tidak terkawal, ada beberapa kesilapan psikologi akan terjadi. FUD bermaksud ketakutan, ketidaktentuan, dan kemusnahan. FOMO pula bermaksud ketakutan akan ketinggalan. Ini adalah dua emosi biasa yang terjadi semasa di dalam pasaran yang menjunam. Separuh orang merasakan pengakhiran sudah hampir dan separuh lagi merasakan setiap pergerakan kecil adalah larian bulis yang baru. Jangan biarkan emosi-emosi ini menguasai anda.
10. Berehat sebentar 😀
Kadang-kadang adalah lebih baik untuk tidak memasuki pasaran. Log keluar, tutup aplikasi anda, keluar berjalan-jalan dan bersenam. Kembali ke pasaran apabila anda sudah bersedia semula. Minda anda juga pada masa ini sudah mendapat rehat yang mencukupi.
Kami harap anda menyukai catatan ini dan semoga ia dapat membantu anda untuk menelusuri pasaran.
Anda dialu-alukan untuk menulis tip tambahan atau nasihat di dalam seksyen komen di bawah!
Bagaimana membina pelan dagangan yang mantapHai semua! 👋
Pada hari ini, kita akan melihat kepada bagaimana untuk membina satu pelan dagangan yang mantap di dalam beberapa langkah mudah.
Pada masa ramai pedagang yang berjaya selalunya menggunakan pelbagai 'pembolehubah' yang berbeza apabila mengenalpasti dagangan, keputusan utama dalam melakukan proses pemilihan untuk semua pelan dagangan yang bagus akan selalunya kekal sama. Jadi, kami akan melihat kepada beberapa perkara utama yang anda sepatutnya pertimbangkan untuk pelan dagangan anda sendiri. Jom kita bermula 👇
Pemilihan Aset 🏦🏦
Semua pelan dagangan yang bagus perlu mendefinasikan bagaimana mereka akan memilih jenis aset untuk di dagangkan. Untuk pedagang Pasaran Hadapan dan FX, ini ialah satu proses yang mudah kerana kepelbagaian simbol yang boleh didagangkan adalah kecil. Akan tetapi, untuk pedagang Ekuiti dan Kripto, kepelbagaian simbol adalah sangat besar. Bagaimanakah anda mengetahui simbol yang mana mewakili peluang yang paling besar dan risiko/ganjaran terbaik? Mempunyai satu set kriteria untuk mencari peluang yang anda mahu dagangkan adalah sangat penting untuk memaksimumkan nilai jangkaan strategi anda.
Sebagai contoh, seorang pedagang harian saham mungkin mencari saham-saham yang membuat lonjakan jurang semalaman yang lebih dari 4%, pada X jumlah volum/saham didagangkan. Atau, seorang pedagang ayunan kripto mungkin mencari matawang kripto yang cair dengan keadaan terlebih jual atau terlebih beli yang boleh memberikan satu peluang balikan yang bagus.
Tidak kira apapun aset, untuk pedagang selalunya ada dua perkara utama yang perlu anda perhatikan:
Ketidakstabilan ✅
Kecairan ✅
Jika satu aset tidak mempunyai kecairan yang cukup, ia akan menyukarkan anda untuk masuk dan keluar dari posisi dagangan yang besar dari masa ke semasa.
Jika satu aset tidak mempunyai ketidakstabilan yang cukup, ia akan menjadi sukar untuk menjana keuntungan mutlak dari julat dagangan yang kecil. Namun ini bukanlah selalunya terjadi, kerana ada beberapa pilihan strategi untuk mendapat keuntungan daripada ketidakstabilan yang kecil, tetapi untuk pedagang semerta, perkara ini sangat penting.
Logik Pelaksanaan 🧠🧠
Sebaik sahaja anda mengetahui apakah aset yang anda mahu dagangkan, langkah seterusnya adalah untuk menentukan apakah yang dianggap sebagai peluang dagangan. Hampir semua aset bergerak setiap hari - apakah "persediaan" yang anda boleh definasikan untuk diri anda yang dapat menawarkan risiko/ganjaran terbaik?
Pelan dagangan terbaik mempunyai logik yang kelihatan seperti satu salasilah keputusan, supaya pedagang tidak perlu memikirkan terlalu banyak mengenai proses - kesemua keputusan sukar telah dilakukan sebelum situasi semasa berlaku.
Salasilah keputusan ini boleh menjadi sangat kompleks, tetapi selagi mana anda mencipta dan selesa dengan logik pelaksaan anda sendiri, anda akan boleh mengikutinya dan menambahbaik dari masa ke semasa.
Ada dua elemen penting untuk diambilkira apabila mencipta logik keputusan:
Arah ✅
Pelaksanaan ✅
Ada beberapa pedagang selesa melakukan dagangan di mana-mana arah, akan tetapi ramai pedagang yang hanya selesa melakukan satu arah dagangan sahaja, kerana ia adalah lebih mudah untuk meringkaskan apa yang anda cari dalam satu dagangan. Disebabkan ini, kebanyakan dana dan pedagang akan mendapatkan satu "pandangan" dahulu.
Sebagai contoh: "Saya hanya akan mencari dagangan panjang apabila aset lebih tinggi daripada moving average 20 hari nya."
ATAU
"Jika ISM PMI ialah lebih besar daripada 50, ketika itu baru saya akan mula memikirkan untuk membeli saham."
Kemudian, sebaik sahaja anda tahu arah mana yang anda mahu dagangkan (boleh jadi kedua-dua arah!), memikirkan secara TEPAT apa yang menyebabkan anda masuk dan keluar satu dagangan menjadi kepentingan untuk anda.
Sebagai contoh: "Jika saya mencari satu masukan panjang di dalam satu aset menaik, saya hanya akan membeli pada 30 hari tertinggi dan menetapkan henti saya pada 30 hari terendah."
Mempunyai kedua-dua arah dan pelaksanaan membantu menjelaskan dengan lebih tepat apakah yang dimaksudkan dengan satu peluang dagangan, dan apakah ia hanya satu corak yang wujud di dalam fikiran anda sahaja. Ia juga penting untuk mengawal risiko anda dan mengeluarkan anda dari keadaan yang buruk sekiranya ia terjadi.
Pengurusan Tunai 💵💵
Mencari aset untuk didagangkan dan mendagangkan mereka mengikut pelan berkualiti tinggi tidak memberikan makna sekiranya anda kehilangan semuanya di dalam satu dagangan yang anda letakkan posisi saiz terlalu besar. Disebabkan ini, pelan dagangan terbaik akan memasukkan elemen risiko dan penurunan dengan merancang untuk senario terburuk.
Strategi biasa yang digunakan untuk mengawal risiko berkisar dalam membina saiz posisi (sebagai contoh, merisikokan tidak lebih daripada 1-5% modal anda pada satu-satu masa) menggunakan had tema, had sektor dan lain-lain. Risiko ialah satu keputusan yang anda lakukan semasa perjalanan masuk, bukannya pada perjalanan keluar.
Apabila meletakkan satu dagangan, mengetahui ~ dengan tepat apa yang anda risikokan, dan bagaimana ini memenuhi strategi pengurusan posisi menyeluruh anda. Lihat artikel ini untuk maklumat lebih lanjut.
Itu dia! Tiga langkah pantas untuk membina satu pelan dagangan gagah yang sedia untuk menerima tumbuk terajang pasaran.
Jadi, apa lagi anda tunggu? Pergi bekerja 😉
-Pasukan TradingView ❤️
Profil Volum: Semua Yang Anda Perlu TahuHai Semua! 👋
Jika anda telah berada di dalam pasaran agak lama, anda mungkin pernah mendengar satu alat dipanggil "Profil Volum". Hari ini, kami akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenainya, menerangkan bagaimana ia berfungsi dan memberikan anda beberapa cadangan yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan keupayaan analisa anda.
Apakah Profil Volum? 🤔
Profil Volum ialah satu alat pencartaan termaju yang memaparkan aktiviti dagangan pada kedudukan harga tertentu sepanjang satu jangka masa yang ditetapkan. Pada carta, ia akan memplotkan satu histogram mendatar yang menunjukkan kawasan dimana volum dagangan yang penting terbentuk.
Perbezaan dengan Volum Tradisi 👀
Perbezaan utama di antara Volum Tradisi dan Profil Volum ialah bagaimana mereka menggunakan volum kepada masa dan harga.
Dalam maksud lain, Volum Tradisi memberitahu anda bila volum terjadi dan Profil Volum memberitahu anda dimana ia terjadi.
Peristilahan Profil Volum 🔤
Alat Profil Volum mempunyai beberapa komponen unik & peristilahan yang anda patut ketahui:
Point of Control (POC) – Kedudukan harga tunggal dalam satu jangka masa diberikan dimana volum terbanyak didagangkan.
Profile High – Kedudukan harga tertinggi yang dicapai dalam jangka masa ditentukan.
Profile Low – Kedudukan harga terendah yang dicapai dalam jangka masa ditentukan.
Value Area (VA) – Julat dimana satu peratusan ditentukan untuk semua volum didagangkan dalam suatu jangka masa. Selalunya peratusan ini ditetapkan pada 70%.
Value Area High (VAH) – Kedudukan harga tertinggi dalam kawasan nilai.
Value Area Low (VAL) – Kedudukan harga terendah dalam kawasan nilai.
Petua & Tipu Helah 😎
Seperti juga alatan dan pembelajaran lain, Profil Volum mempunyai beberapa penggunaan.
Satu strategi biasa ialah menganalisa dimana kawasan nilai jangka masa sebelumnya berada lawan harga semasa. Jika harga semasa berada di luar satu kawasan nilai untuk jangka masa sebelumnya, boleh dijangkakan bahawa aset itu sedang menaik. Jika harga masih berada di dalam kawasan nilai untuk jangka masa sebelumnya, ia mungkin boleh dilabelkan bahawa aset itu berada dalam keadaan penyatuan. Menentukan arah aliran dan penyatuan selalunya digunakan bersama-sama dengan ikutan arah aliran dan pelaksanaan strategi balikan purata.
Satu lagi strategi biasa yang digunakan ialah menggunakan "Virgin" Point of Control (VPOC's) sebagai kedudukan utama dalam satu aset. VPOC ialah kedudukan yang masih belum diuji dan kekal tidak pernah disentuh oleh pergerakan harga semasa dari semenjak mereka dibentuk. Ideanya ialah jika ada banyak pergerakan pada satu harga tertentu, berkemungkinan besar pemain-pemain pasaran yang terbesar mempunyai posisi dari kedudukan itu. Ini boleh menjadikan kelakuan boleh diramalkan yang boleh digunakan sebagai peluang kepada pedagang-pedagang yang bermata tajam.
Terima kasih kerana membaca!
Salam mesra!
- Pasukan TradingView ❤️
Pemberitahuan: 3 sebab mereka jadikan anda pedagang lebih baikHai Semua! 👋
Walaupun pemberitahuan mempunyai begitu banyak kegunaan di dalam dagangan, mereka selalunya kurang digunakan kerana ia mengambil masa dan kepintaran untuk membina satu sistem yang boleh menggunakan mereka dengan baik. Jom kita lihat beberapa sebab penggunaannya adalah berbaloi .
1. Mereka boleh membantu dalam pembinaan tabiat yang baik 💪
Berhenti sebentar jika ini biasa anda dengari: anda dengar satu cerita pelaburan yang hebat dan terus pergi ke pasaran dan membeli aset itu tanpa membuat apa-apa rancangan.
Walaupun kaedah ini masih boleh berjalan lancar, ia bukannya satu strategi yang bagus untuk kejayaan jangka masa panjang kerana dalam keadaan sebenar, adalah sangat sukar untuk kekal dalam kedudukan itu tanpa satu rancangan dan mendagangkannya dengan efektif. Anda mungkin memilih untuk keluar dari posisi berdasarkan hanya kepada ketamakan dan ketakutan sementara, dan kelakuan seperti ini boleh menghalang ketekalan dan keuntungan jangka panjang.
Pemberitahuan adalah sangat bagus kerana mereka dapat mengeluarkan sifat meneka semasa masuk atau keluar satu posisi. Hanya cipta satu pemberitahuan untuk harga yang anda mahukan, kemudian masuk posisi hanya jika keadaan ini dicapai. Kemudian, biarkan pasaran melakukan kerja mereka dan kebarangkalian bekerja untuk anda.
Pemberitahuan dapat menukarkan pengalaman berdagang dari satu kaedah yang sentiasa mencari satu idea - dan sentiasa rasa ketinggalan - kepada satu situasi rehat sambil menunggu keadaan yang anda telah tetapkan untuk tercetus sebelum melakukan apa-apa. Secara ringkas, pemberitahuan boleh menjadikan anda lebih bersedia untuk pergerakan naik turun pasaran.
2. Mereka memberikan lebih kebebasan dan mengurangkan tekanan 🧘
Ada satu pepatah yang sangat popular di dalam dagangan dan kehidupan iaitu emosi negatif akan dirasakan dua kali ganda lebih kuat daripada emosi positif. Pepatah ini mempunyai banyak kegunaan lain, tetapi ia berguna untuk memahami kehidupan sebagai seorang pedagang.
Perhatikan pelabur-pelabur berikut:
Seorang doktor gigi yang memeriksa laporan kewangan suku tahunan daripada brokerajnya
Satu pedagang posisi yang memeriksa posisinya sekali sebulan
Seorang pedagang ayunan yang memeriksa posisinya sekali seminggu
Seorang pedagang Harian yang memeriksa posisinya sehari sekali, atau mungkin lebih
Dengan keadaan biasa ketidaktentuan yang dihadapi oleh pasaran, peserta pasaran manakah yang paling kurang berpotensi akan menjadi marah dan kecewa? Doktor gigi. Kenapa? Kerana dia mendapat maklumat data yang paling sedikit dari pasaran. Pedagang terbaik dunia sebenarnya terdedah kepada situasi negatif beratus-ratus kali sehari untuk posisi mereka pada keadaan harian disebabkan oleh ketidaktentuan yang diluar kawalan mereka. Tingkatan simulasi negatif ini boleh menganggu kesihatan mental dan keberkesanan dagangan.
Pemberitahuan membenarkan pedagang yang bersedia dengan kebolehan untuk melangkah kebelakang dari pasaran dan membenarkan dagangan datang kepada mereka.
3. Pemberitahuan kami tidak membenarkan apa-apa terlepas ✅
Dua sebab sebelum ini adalah kebaikan dari penggunaan pemberitahuan harga, pemberitahuan kami turut menjadi lebih baik dari segi utiliti pengguna. Sebaik sahaja anda ada persediaan yang anda mahu dagangkan, anda boleh menetapkan pemberitahuan pada garisan arah aliran, penunjuk teknikal, skrip tersuai dan banyak lagi, membenarkan anda memastikan persediaan kesukaan anda tidak terlepas.
Ia boleh jadi semudah seorang pelabur jangka panjang menetapkan pemberitahuan RSI pada saham Dow 30 untuk membeli penurunan untuk saham-saham yang kuat, kepada aktiviti lebih kompleks seperti tetapan pemberitahuan untuk pedagang saham singkat spread hadapan harian untuk menentukan ketakcekapan harga dalam lingkungan 40 kontrak teratasnya.
Pemberitahuan tersuai kami boleh membenarkan pedagang yang tersusun untuk menangkap semua peluang yang mereka mahukan.
Dan itu dia! 3 sebab untuk anda menggunakan pemberitahuan dan semua kebaikan yang ia berikan.
Terima kasih kerana membaca dan jaga diri!
Dengan penuh kasih sayang,
Pasukan TradingView ❤️❤️
Ramalan 13 Dec 2022 for Fundamental dan Teknikal AnalysisRamalan untuk XAUUSD 13 DIS 2022 untuk Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal
Faktor Asas
1) CPI m/m dijangka berada pada 0.3% sama seperti sebelumnya dan untuk CPI tahunan, ia dijangka berada pada 7.3%. CPI teras m/m kekal tidak berubah pada 0.3%
2) Fed berkemungkinan akan meningkatkan kadar faedah mereka sehingga 50 mata asas dalam mesyuarat akan datang pada 14 DIS.
3) Ramai pelabur tidak sabar untuk menjangkakan penurunan harga dalam pergerakan FED yang sebenarnya akan menjadikan dolar AS lebih kukuh.
Trend adalah ke arah Bearish
Julat Asas : 1,780.99 - 1,784.90
Analisis Teknikal
Semak pada Sokongan dan Rintangan Rangka Masa Harian untuk Fibonacci.
Semak berdasarkan masa semasa untuk Sokongan dan Rintangan apabila anda ingin memasuki perdagangan.
Kawasan Rintangan : 1793.40,1798.30, 1806.24
Kawasan Sokongan : 1777.52, 1772.62,1764.68
Titik pangsi : 1785.46
Sahkan dengan penunjuk teknikal dan berdasarkan analisis teknikal anda sendiri untuk arah aliran.
Semak investing.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang akan dipaparkan oleh kebanyakan penunjuk
Semak tempoh masa yang lebih tinggi juga untuk pengesahan lanjut untuk kemasukan dalam jangka masa Harian.
Penunjuk teknikal memaparkan belian kukuh dalam Harian dan belian kukuh dalam mingguan dan jual dalam jangka masa bulanan.
Gunakan regresi linear untuk mendapatkan aliran pengesahan setiap hari kerana ia tidak tersedia dalam investing.com
Regresi linear menunjukkan aliran menurun neutral tetapi sedikit pada jangka masa harian .Boleh menyemak aliran regresi linear secara mingguan dan bulanan untuk pengesahan lanjut. Untuk mingguan, ia adalah aliran menurun dan untuk bulanan, ia menunjukkan aliran menaik.
Gunakan Bolinger Band Strategy Tester dan RSI Strategy Tester untuk mendapatkan lebih banyak pengesahan untuk arah aliran dan peratusan yang menguntungkan. Semak pada jangka masa yang lebih besar juga seperti mingguan dan bulanan.
Pastikan kedua-dua strategi RSI dan Bolinger Band Strategy memberikan melebihi 50%. untuk peratusan yang menguntungkan
Penguji strategi RSI dan Penguji Strategi Bolinger Band pada harian dan mingguan mempunyai peratusan lebih tinggi daripada 50% , menyokong ke arah aliran menurun neutral atau sedikit berbanding dengan jangka masa lain seperti Bulanan.
Cari jualan pada carta harian dengan menggunakan rintangan pertama, 1793.40 dan ambil untung akan berada pada titik pangsi ,1785.46 (LIHAT HARGA PASARAN SEMASA)
Lihat pasaran semasa dan cari titik rintangan terdekat untuk kemasukan dan ambil untung pada titik pangsi.
Analisis fundamental dan teknikal mesti diselaraskan
Holy Grail Pelabur - Kitaran Perniagaan/EkonomiKitaran perniagaan menerangkan bagaimana ekonomi berkembang dan menguncup dari semasa ke semasa. Ia adalah pergerakan menaik dan menurun keluaran dalam negara kasar bersama-sama dengan kadar pertumbuhan jangka panjangnya.
Kitaran perniagaan terdiri daripada 6 fasa/peringkat:
1. Pengembangan
2. Puncak
3. Kemelesetan
4. Kemurungan
5. BAWAH
6. Pemulihan
1) Pengembangan
Sektor Terjejas : Teknologi, budi bicara Pengguna
Pengembangan adalah peringkat pertama kitaran perniagaan. Ekonomi bergerak perlahan ke atas, dan kitaran bermula.
Kerajaan mengukuhkan ekonomi:
* Menurunkan cukai
* Tingkatkan perbelanjaan.
- Apabila pertumbuhan perlahan, bank pusat mengurangkan kadar untuk menggalakkan perniagaan meminjam.
- Apabila ekonomi berkembang, penunjuk ekonomi berkemungkinan menunjukkan isyarat positif, seperti pekerjaan, pendapatan, upah, keuntungan, permintaan dan penawaran.
- Peningkatan dalam pekerjaan meningkatkan keyakinan pengguna meningkatkan aktiviti dalam pasaran perumahan, dan pertumbuhan menjadi positif. Tahap permintaan yang tinggi dan bekalan yang tidak mencukupi menyebabkan kenaikan harga pengeluaran. Pelabur mengambil pinjaman dengan kadar yang tinggi untuk mengisi tekanan permintaan. Proses ini berterusan sehingga ekonomi menjadi baik untuk pengembangan.
2) Puncak:
Sektor Terjejas : Kewangan, tenaga, bahan
- Peringkat kedua kitaran perniagaan ialah puncak yang menunjukkan pertumbuhan maksimum ekonomi. Mengenal pasti titik akhir pengembangan adalah tugas yang paling kompleks kerana ia boleh bertahan selama bertahun-tahun.
- Fasa ini menunjukkan pengurangan dalam kadar pengangguran. Pasaran meneruskan tinjauan positifnya. Semasa pengembangan, bank pusat mencari tanda-tanda tekanan harga bangunan, dan peningkatan kadar boleh menyumbang kepada kemuncak ini. Bank pusat juga cuba melindungi ekonomi daripada inflasi pada peringkat ini.
- Memandangkan kadar pekerjaan, pendapatan, gaji, keuntungan, permintaan & penawaran sudah tinggi, tiada kenaikan lagi.
- Pelabur akan menghasilkan lebih banyak lagi untuk mengisi tekanan permintaan. Oleh itu, pelaburan dan produk akan menjadi mahal. Pada ketika ini, pelabur tidak akan mendapat pulangan disebabkan oleh inflasi. Harga jauh lebih tinggi untuk pembeli membeli. Daripada situasi ini, kemelesetan berlaku. Ekonomi berbalik dari peringkat ini.
3) Kemelesetan:
Sektor Terjejas : Utiliti, penjagaan kesihatan, keperluan pengguna
- Dua suku berturut-turut penurunan berturut-turut dalam keluaran dalam negara kasar membentuk kemelesetan.
- Kemelesetan diikuti oleh fasa puncak. Dalam fasa ini penunjuk ekonomi mula lebur. Permintaan terhadap barangan tersebut menurun kerana harga yang mahal. Bekalan akan terus meningkat, dan sebaliknya, permintaan akan mula merosot. Itu menyebabkan "lebihan bekalan" dan akan menyebabkan kejatuhan harga.
4) Kemurungan:
- Dalam kemelesetan yang lebih berpanjangan, ekonomi memasuki fasa kemurungan. Tempoh malaise dipanggil kemurungan. Kemurungan tidak kerap berlaku, tetapi apabila ia berlaku, nampaknya tiada jumlah rangsangan dasar yang boleh mengangkat pengguna dan perniagaan keluar daripada kemerosotan mereka. Apabila ekonomi merosot dan jatuh di bawah pertumbuhan yang stabil, peringkat ini dipanggil kemurungan.
- Pengguna tidak meminjam atau berbelanja kerana mereka pesimis terhadap prospek ekonomi. Apabila bank pusat mengurangkan kadar faedah, pinjaman menjadi murah, tetapi perniagaan gagal memanfaatkan pinjaman kerana mereka tidak dapat melihat gambaran yang jelas tentang bila permintaan akan mula meningkat. Permintaan untuk pinjaman akan berkurangan. Perniagaan akhirnya bergantung pada inventori & pengeluaran pare back, yang telah mereka hasilkan.
- Syarikat memberhentikan semakin ramai pekerja, dan kadar pengangguran meningkat dan keyakinan semakin mendatar.
5) BAWAH:
- Apabila pertumbuhan ekonomi menjadi negatif, prospek kelihatan tiada harapan. Kemerosotan selanjutnya dalam permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan akan menyebabkan lebih banyak kejatuhan harga.
- Ia menunjukkan keadaan negatif maksimum apabila ekonomi mencapai titik terendah. Semua penunjuk ekonomi akan menjadi lebih teruk. Cth. Kadar pengangguran tertinggi, dan Tiada permintaan untuk barangan dan perkhidmatan(paling rendah), dsb. Selepas selesai, masa yang baik bermula dengan fasa pemulihan.
6) Pemulihan
Sektor yang terjejas : Perindustrian, bahan, hartanah
- Akibat harga yang rendah, ekonomi mula pulih daripada kadar pertumbuhan negatif, dan permintaan dan pengeluaran kedua-duanya mula meningkat.
- Syarikat berhenti membuang pekerja dan mula mencari untuk memenuhi tahap permintaan semasa. Akibatnya, mereka terpaksa mengupah. Apabila bulan berlalu, ekonomi sedang berkembang.
- Kitaran perniagaan adalah penting kerana pelabur cuba menumpukan pelaburan mereka kepada pelaburan yang dijangka akan berjaya pada masa tertentu kitaran.
- Kerajaan dan bank pusat juga mengambil tindakan untuk mewujudkan ekonomi yang sihat. Kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan dan juga mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran.
Selepas fasa pemulihan, ekonomi kembali memasuki fasa pengembangan.
Syurga Selamat/Stok Defensif - Ia mengekalkan atau menjangkakan nilainya semasa krisis, kemudian melakukannya dengan baik. Kita juga boleh mengharapkan pulangan yang baik dalam kelas aset ini. Cth. utiliti, penjagaan kesihatan, barang keperluan pengguna, dsb. ("KITA AKAN MEMBINCANGKAN LEBIH LANJUT DALAM ARTIKEL AKAN DATANG AKIBAT PANJANG ARTIKEL.")
Maafkan saya atas halangan komunikasi.
@Money_Dictators
4 petua untuk bertahan dalam kejadian Black SwanHei semua! 👋
Mengambil kira kejadian yang berlaku dalam beberapa hari lepas, kami merasakan sekarang merupakan masa yang terbaik untuk melawat semula beberapa perkara yang bagus untuk anda lakukan, sebagai seorang pedagang dan juga manusia biasa, untuk menyelamatkan diri anda daripada terjebak dengan kejadian Black Swan. Kejadian satu pertukaran kripto gergasi telah jatuh bangkrup adalah contoh paling terkini untuk kejadian Black Swan, namun kejadian Black Swan boleh berlaku di dalam semua keadaan yang berbeza - peribadi, politik, persekitaran dan banyak lagi. Disebabkan itu, kami akan membawa anda menelusuri beberapa petua bagaimana anda boleh menjaga diri anda daripada kejadian buruk yang tidak disangka-sangka.
1) Jangan simpan semua pelaburan anda di dalam satu tempat.
Ini merupakan perkara sangat utama melihatkan apa yang terjadi kepada FTX baru-baru ini, tetapi memecahkan aset-aset anda dalam beberapa penyedia jagaan adalah satu pertahanan yang sangat bagus sekiranya mana-mana antara mereka mengalami masalah kebangkrapan. Dengan cara itu, anda sentiasa dipelihara dari risiko penyedia tunggal. Pelbagai kerajaan sejagat telah cuba mengambil inisiatif untuk mengurangkan kejadian ini (insurans FDIC, pengawalan kewangan), tetapi tiada siapa yang akan menjaga kepentingan anda sebaik diri anda sendiri. Jadi, pastikan diri anda terjamin.
Jangan simpan aset-aset anda di satu tempat juga terpakai untuk kelas aset dan geografi. Punyai banyak hartanah di satu wilayah tunggal? Anda tiba-tiba boleh terdedah kepada bencana alam yang boleh terjadi kepada tempat itu, pertukaran politik yang drastik dan banyak lagi. Hanya punyai satu kelas aset? Mungkin situasi makro boleh berubah secara tiba-tiba kepada anda dan ia akan bernilai kurang daripada apa yang anda jangkakan.
Kepelbagaian ialah namanya, bukan hanya dari satu perspektif posisi, tetapi pada satu perspektif semua risiko. Di manakah tempat yang anda paling terdedah kepada risiko?
2.) Simpan sedikit tunai di dalam tangan.
Ini juga terbukti untuk mereka yang sekarang tidak dapat mengakses dana mereka disebabkan kejadian yang berlaku baru-baru ini, tetapi menyimpan tunai untuk menyelesaikan perbelanjaan jangka pendek merupakan penyelamat yang anda perlukan. Kepada yang lain, kehilangan pekerjaan adalah satu contoh terbaik untuk kejadian Black Swan peribadi dan sesuatu yang boleh merugikan seseorang untuk beberapa tahun dalam kewangan peribadi. Pastikan anda berada di dalam posisi yang anda tidak akan tertekan secara kewangan jika sesuatu tidak normal terjadi dalam kehidupan harian anda.
3.) Jangan berhutang.
Ada beberapa pembelian dalam kehidupan kita selalunya menyebabkan kita berhutang, tetapi mereka yang punyai posisi kukuh semasa krisis adalah mereka yang tidak berhutang kepada yang lain secara kewangan. Dengan mengira kebanyakan kejadian Black Swan selalunya menyebabkan pelbagai kemusnahan kewangan kepada mangsa, mempunyai liabiliti boleh menambahkan tekanan yang mengurangkan pilihan kepada mereka yang sepatutnya boleh mendapatkan kelebihan dalam situasi itu. Tambahan lagi, mereka dengan posisi kewangan yang kukuh selalunya mereka yang mampu menambahbaik kedudukan mereka semasa situasi buruk berlaku seperti membeli aset pada harga yang selalunya tidak akan dapat diperolehi. Hutang boleh menahan tingkatan fleksibiliti ini dan untuk mengurangkan risiko, anda sepatutnya tidak mempunyai hutang.
4.) Simpan beberapa aset pada tangan, secara peribadi.
Petua ini untuk kejadian Black Swan yang berskala lebih besar seperti terputus bekalan kuasa yang lama, kegagalan rangkaian komunikasi, hentaman meteor, perang dan perkara-perkara lain yang bersamaan di dalam kategori itu.
Tetapi, di dalam konteks kegagalan yang lebih luas dari segi keruntuhan masyarakat serantau atau lebih besar, mempunyai aset di dalam tangan adalah perkara yang terbaik untuk diri anda. Di dalam satu situasi dimana anda tidak mampu mengakses infrastruktur masyarakat lebih besar yang boleh dibeli, mempunyai lebihan wang di tangan dimana anda tinggal merupakan satu selimut insurans terbaik. Sama ada tunai, emas, benih atau makanan, jangan terperangkap tanpa ada apa-apa rancangan.
Kami tahu topik ini bukanlah satu topik yang menarik untuk dibincangkan, namun jika anda mengikuti petua-petua ini, berkemungkinan besar anda terjaga daripada semua kejadian buruk yang boleh terjadi di dalam dunia.
Jaga diri anda!
-Pasukan TradingView ❤️❤️
AEMULUSAemulus... Aemulus...
Adakah ini permulaan untuk terbang ke awan...?
Yang pasti.. GARISAN KUNING tu double line tau...
Jika dah sampai ke garisan merah tu,,, Cuba perhatikan apa yang patut...
Kalau ada peluang, merilah terbang bersama sama.. JIka tiada peluang, mari kita duduk tepi sambil makan popcorn...