Prestasi semasa FBM KLCI pada tahun 2018 (sehingga 14 September)Soalan yang sering tertanya oleh para investor dan trader,
Bagaimanakah prestasi FBM KLCI pada tahun 2018?
Sebelum ini, kita da membincangkan idea mengenai prestasi Bursa Malaysia selepas PRU
kali ini, kita akan membincangkan mengenai prestasi bagi tahun 2018
Oleh kerana Malaysia cuti selepas PRU, maka,kita tandakan perbandingan dan analisis selepas BURSA dibuka semula pada 14 Mei 2018 (Isnin)
* Perbandingan ini bukanlah bersifat dan berunsurkan politik, hanya untuk melihat keadaan pasaran Malaysia selepas PRU sahaja
Pertama, kita akan membandingkan dengan 2 pasaran yang mempunyai correlation terdekat dengan KLCI
DJI (US) dan Nikkei (Jepun)
Menagapa?
1) correlation berbanding pasaran lain
2) leader bagi Dunia dan Asia-Pacific
Berdasarkan pemerhatian, kita dapat lihat:
- Kenaikan tertinggi +6.33%
- Kejatuhan terendah -6.73%
- Peratusan semasa +1.18% (menghampiri atau hampir dengan Nikkei)
Apakah pendakat anda, adakah bursa mampu memecahkan paras tertinggi?
Di Luar Analisis Teknikal
Prestasi FBM KLCI selepas PRU 14Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah prestasi FBM KLCI selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke-14 pada 9 Mei 2018 (Rabu)?
Oleh kerana Malaysia cuti selepas PRU, maka,kita mulakan perbandingan dan analisis selepas BURSA dibuka semula pada 14 Mei 2018 (Isnin)
* Perbandingan ini bukanlah bersifat politik, hanya untuk melihat kekuatan pasaran Malaysia selepas PRU
Kita akan membuat beberapa perbandingan,
mencari persamaan dan correlation diantara KLCI dan Indeks-indeks utama yang lain
1) KLCI (Kuala Lumpur COmposite Index, Malaysia) - Biru
2) DJI (Dow Jones Index, US) - Merah
3) NI225 (Nikkei 225, Jepun) - Oren
4) HSI (Hang Seng Index, Hong Kong) - Hijau
5) XLY0 (Shanghai Composite, China) - Pink
DJI atau pasaran US mewakili indeks utama dan rujukan bagi Market seluruh dunia
Manakala, yang lain pula akan mewakili leader Market di Asia-Pacific, iaitu pasaran Jepun, Hong Kong dan China
Jika dilihat dengan lebih lanjut:
- KLCI lebih cenderung untuk mengikuti atau correlation dengan DJI dan Nikkei
- Pasaran kita sentiasa melemah dan tidak pulih selepas dari PRU, hanya meningkat naik pada minggu pertama (+0.49%) dan peningkatan ini adalah paling tinggi sejak bulan Mei. Ini adalah kerana aliran keluar duit oleh investor/trader dari luar negara selama beberapa minggu dan bulan (boleh dikatakan sehingga sekarang masih belum stabil dan pulih sepenuhnya)
- Pasaran menglami kejatuhan teruk sehingga -10.09%, dan cuba untuk pulih dan mendaki sehingga kini
- Kini, pasaran kita masih berada pada -2.52%. Semoga KLCI akan mengikuti Nikkei (+1.00%) dan DJI (+5.04%), atau dengan memecahkan paras tertinggi KLCI
SAPRNG marubozu!Setelah mengumumkan right issues, saham SAPURA ENERGY telah mengalami kejatuhan yang mendadak pada 24/8/2018. Kemudian saham ini telah membuat bottom pada harga 0.335 dan dari situ ia membuat kenaikan sehinggalah hari ini saham ini telah tutup pada harga 0.445 iaitu sebanyak 12 sen kenaikan dengan momentum dan volume dagangan yang tinggi. Overall kaunter ini masih lagi downtrend, siapa yang entry bottom mesti bercita-cita untuk hold dari bottom, namun persoalannya adakah 0.335 itu benar-benar bottom? Jawapannya kita tunggu...
GBPJPY, Bearish Gartley. Bersedia untuk JualKawasan jual dijangka pada 146.5 atau maksimum 148
Critical sell structure pada 149-150, di mana buy strucuture wujud jika kawasan ini dipecahkan
Secara jangka panjang, trend masih dalam downtrend (primary trend)
Trend jangka pendek adalah uptrend (secondary trend)
Minggu ini BOE akan mengumumkan kadar faedah
Minggu hadapan BOJ akan mengumumkan polisi
Warant Ijacob menunggu motherKenaikan waran ijacob dilihat lebih seiring dengan mother share.
Namun aras sokongan garisan merah dan aras rintangan garisan biru boleh dijadikan panduan bagi yang ingin melabur disini.
Apa yang menarik lilin lilin yang terbentuk adalah valid setelah pembuangan dihari pertama disenaraikan.
Selamat berdagang.
Myeg menunggu tempat sasaranMyeg terbaik setakat ini dengan melakukan kenaikan yang valid dengan kemasukan volume.
Bersedia menunggu jika ia terus melakukan sedikit lagi retrcement untuk sauk berjemaah.
Myeg antara syarikat yang mantap dari segi urus tadbir perniagaan.
Selamat mengkaji dan berdagang.
Weida kenaikan drastikDengan volume yang agak tinggi boleh dikatakan kenaikan yang normally setelah berlakunya distribution di atas carta.Apa yang menarik historynya ia telah melakukan tripple bottom yang amat dalam bagi traders mencuba nasib.Garisan moving average 50 kemungkinan akan brsilang kembali dengan 100.Nantikan.Tiada cadangan entri disebabkn permulaan gap up yang menyebabkan buyer berhati-hati lagi.
Silver bertukar jadi SuasaDengan kemasukan volume yang tinggi sebelum ni dapat kita meramalkan kaunter ini telah mula mnunjukkan minat belian dari pedagang.Sedikit cadangan untuk pembelian.Cloud menunjukkan penurunan namun pembentukan lilin doji dapat disimpulkan minat masih teragak- agak lebih-lebih lagi bila bursa cuti am.
Muda, Potensi Atas "KERTAS"Muda mendapat manfaat daripada kenaikan harga dunia kertas untuk industri, seterusnya meningkatkan margin keuntungan.
Ini disebabkan oleh langkah China menghadkan import kertas recyle atas alasan untuk mengawal pollution.
Peluang kenaikan tambahan mampu wujud sekiranya laporan 'quarter report' yang bakal dikeluarkan nanti bagus.
DAYANG membentuk dua kali dasar dan dua kali tukul1. Hari ni kita melihat market cuba menyerap gegaran dari krisis US-Turki. Banyak kaunter jatuh seperti dibincangkan dalam post sebelum ini tetapi beberapa saham berjaya melawan arus, dan boleh terus dipantau. Saham-saham tersebut ialah EDARAN, LIONIND, SCOMNET, SAM dan macam2 lagi.
2. Selain mencari saham melawan arus, satu lagi strategi yang mantap semasa berlaku gegaran market (marketquake) ialah mencari tukul-tukul (hammer) yang bertenaga. Saham-saham ini berlaku jualan panik pada sebelah pagi, tetapi berlaku kehadiran "duit bijak" pada sebelah tengah hari dan petang. Salah satu saham yang dikesan ialah DAYANG.
3. DAYANG, dua hari berturut-turut membentuk tukul, dan kenaikan minggu lepas juga bermula dengan tukul juga. Saham ini turut membentuk corak dua kali dasar (double bottom) dengan target price minima 90 sen. Entry price pada garisan2 hijau dalam carta, dan cut loss sekiranya jatuh kuat dari garisan hijau melintang. Pelabur disarankan untuk menjaga posisi cut loss kerana keadaan kewangan dan fundamental saham ini agak tertekan disebabkan terkesan dengan kejatuhan harga minyak sejak penghujung 2014.
4. Saham ini disokong kuat oleh jerung Tabung Haji dan jerung KWAP.
SAM melawan arus gegaran US-Turki1. Hari ni kita menyaksikan banyak saham bergegar kuat dek kemelut US-Turki. Indeks turun 16 mata (direkodkan pada 10.19 pagi), dan kaunter menurun lebih kurg 5 kali ganda kaunter menaik.
2. Pada masa ini satu strategi terbaik ialah kita melihat kepada saham yang melawan arus kerana ada kekuatan untuk menyerap jualan panik dan terus mara keatas.
3. Salah satu saham yang dikesan pada pagi ini ialah SAM MYX:9822 , dengan kenaikan gap dan melepasi corak segi tiga.
4. Syarikat ini juga mempunyai fundamental yang kuat dan konsisten, dan ditambah lagi dengan sektor yang sedang kuat menaik (dimana banyak saham dalam sektor ini sudah mula membuat new high).
5. Saham ini dipegang kuat oleh institusi dan menjadi kegemaran pengurus-pengurus dana dari Public Bank/Investment/Asset Management/Fund.
6. Chart Pattern target price ialah RM9.50
Krisis Turki Dan Kesan Global. USD Index terus meroket.Krisis kewangan yang melanda Turki, iaitu negara yang bersempadan dengan European Union secara tidak langsung telah juga menyumbang kepada kelemahan matawang Euro.
Faktor utama kepada krisis kewangan Turki ialah :
===================================================
1. Paras infalasi yang tinggi sehingga 15%
2. Tidak lagi menaikkan kadar faedah untuk membendung inflasi.
3. Erdogan melantik menantu nya sebagai menteri kewangan
4. Menolak bantuan IMF
5. Sekatan yang dikenakan oleh Amerika terhadap Turki kerana penahanan paderi dari Amerika.
6. Turki mengeksport barangan keluli ke Amerika dan sekatan melemahkan eksport.
Euro terkesan dengan krisis Turki ialah kerana kebimbangan ECB terhadap sistem perbankan Eropah yang berkait dengan negara Turki.
Kesan Krisis Ini:
===============
1. Turkish Lira dijangkan akan terus melemah pada minggu mendatang.
2. Euro akan turut terpalit dengan krisis ini.
3. Pasaran akan memasuki fasa RISK ON.
4. Risk ON akan menguatkan matawang safe haven seperti USD dan YEN dan Swiss Franc.
5. YEN dijangkan menjadi matawang yang paling kukuh dalam situasi ini.
Sekian. Semoga bermanfaat.
Sekiranya anda rasakan artikel ringkas ini bermanfaat, Jangan lupa share dengan klik button FB dibawah. Sharing anda akan memberi saya azam untuk terus menulis dan berkongsi pandangan.
MUDA terus menongkah keatas dengan corak K&B Terbalik1. Semalam kita menyaksikan indeks masih bertahan kuat diatas 1800, namun keadaan market global seperti Dow Jones agak bergoyang kuat. Saranan untuk pelabur terus berhati-hati, dan dalam masa sama cuba mencari peluang beli pada "dips" sekiranya kejatuhan berlaku.
2. Satu saham yang naik dan menongkah keatas dengan baik ialah MUDA MYX:3883 dimana harga berjaya merentasi dua downtrend line, dan breakout dengan pattern Kepala & Bahu Terbalik (Inverted Head & Shoulder) - satu pattern reversal yang sangat kuat untuk mencari permulaan uptrend.
3. Mid Term uptrend untuk saham ini juga telah dapat dilihat secara jelas dengan pattern Higher High Higher Low (HH HL). Target price berdasarkan pattern K&B Terbalik ialah RM2.34.
4. Malam masih muda untuk saham MUDA.
FAJAR Baru Menyingsing1. Hari ni kita menyaksikan market kembali meriah dengan cubaan FTSEMYX:FBMKLCI memecahkan paras 1800, dan bergerak terus kehadapan dari paras breakout downtrend line.
2. Foreign funds juga kembali mengepam dana ke dalam saham2 di bursa malaysia dengan 5 hari net buy sepanjang seminggu dua ini. Kekuatan permulaan uptrend dapat dilihat pada banyak saham.
3. Keadaan saham global juga menunjukkan market serantau sedang cuba kembali bertenaga kerbau (Bullish).
4. Satu saham yang kuat pada hari ini dan boleh terus dipantau ialah FAJAR MYX:7047 - permulaan uptrend sudah jelas kelihatan serta downtrend line juga berjaya diterobos kuat dengan volume yang tinggi.
5. Target price boleh diletakkan sekitar RM0.60-0.61, manakala cut loss sekiranya paras RM0.485 tidak berjaya dipertahankan.
MBM Si Roda KromiumDari aspek fundamental, MYX:5983 dilihat sebagai calon 'Bullish' yang agak kukuh berikutan permintaan kereta tempatan yang semakin meningkat.
Untuk pengetahuan semua, adalah pembekal Rim untuk kereta jenama Perodua dan dikhabarkan sedang membida perjanjian untuk menjadi pembekal kepada Proton pula.Jika ia berjaya, kemungkinan untuk syarikat ini berkembang makin tinggi dek penantian kemunculan SUV Proton yang ditunggu-tunggu.
Dari segi teknikal pula, unjuran Phytagoras menunjukkan kadar 0.5 diatas harga RM 2.615 iaitu 'resistance' terdekat ber'support'kan RM 2.295.
Purata Harga 12 bulan terkini adalah pada sekitar RM 2.98+- , manakala ia pernah mencapai harga RM3.30
Nisbah potensi 'upside' ke 'downside' kaunter ini agak bagus, berkadaran 1 ke 2 kali ganda.
VITROX mapan dari segi fundamental dan teknikal1. Melihat kepada penilaian sektor berpotensi, sektor semikonduktor masih berada di tangga-tangga tertinggi menunjukkan fokus boleh terus diberikan pada sektor ini.
2. Ada banyak saham yang berpotensi dalam sektor ini seperti INARI, VITROX, GTRONIC dan VIS, tetapi fokus harini diberikan pada kaunter VITROX.
3. VITROX MYX:0097 merupakan kaunter paling stabil dari segi fundamental (FCON ratio), lebih sedikit berbanding INARI, sesuatu yang tidak boleh dipandang rendah pada potensi kenaikan pada masa akan datang, lebih2 lagi saham teknologi yang secara kebiasannyaa boleh naik berganda2 dan lebih tinggi dari sektor lain.
4. Saham ini juga dipegang kuat oleh fund2 luar seperti DBS Bank, Citibank New York, dan Fidelity Funds ASEAN, menunjukkan keyakinan fund yang lebih agresif pada masa depan syarikat.
5. Dari segi teknikal, saham berada pada fasa mid term sideway (4-bulan), dimana sebelum itu saham bergerak dalam momentum strong uptrend. Kekuatan saham meneruskan kenaikan boleh membawa saham ke target price menjangkaui RM8.50.
6. Saham telah berjaya melepasi paras down-trend-line (DTL) dan double bottom, serta kena dengan trend kenaikan sektor pada masa ini. Satu pemilihan kaunter yang baik untuk mereka yang nak saham sederhana dan tidak terlalu murah.
NOTION melawan arus1. Hari kita menyaksikan market jatuh dengan kuat berbanding 2 hari kejatuhan sepanjang 18 hari momentum market kuat dan menaik
2. Pada masa ini, sangat penting untuk pedagang mencari saham seperti berikut:
a) fundamental bagus dan berada paras profit taking yang sihat
b) saham yang melawan arus
3. Salah satu saham melawan arus mengikut screener iSaham Relative Strength dan ada volume yang kuat ialah NOTION. Garisan DTL utk mid & long term berada betul2 pada paras harga semasa
4. Pedagang boleh ikut rapat saham ini, dan sekiranya berjaya naik dengan kuat pada keesokan dan hari2 mendatang, fokus boleh diberikan pada saham ini kerana saham dikira masuk kedalam fasa permulaan uptrend yang baru.
5. Cut loss sekiranya harga gagal naik, dan turun di bawah paras 0.590. TP 0.625, 0.695, 0.730 untuk short term.
BRENT OIL- Minyak mentah dan kenaikan jangka masa pendek1. Minyak mentah brent berdagang pada paras 75 USD/Barrel.
2. Harga Minyak mentah dijangka berdagan dengan harga lebih tinggi kerana harga pasaran masa hadapan untuk Minyak mentah didagangkan tinggi.
3. Faktor geopolitical seperti sekatan Iran dan juga perang dagangan antara US dan China menyebabkan effek kenaikan harga Minyak mentah.
4. Arab Saudi dan negara OPEC boleh mempunyai keupayaan untuk merendahkan lagi pengeluaran minyak. mereka boleh mengawal juga pengeluaran minyak secara besar besaran kerena kos pengeluaran mereka sangat rendah berbanding negara-negara pengeluar minyak lain.
5. Harga emas masa hadapan menunjukkan keadaan masih lagi dalam fasa kebawah.
6. Faktor lain masih menunjukkan keadaan ekonomi masih lagi dalam fasa expansion tapi dalam masa yang sangat singkat.
Technical Analysis
1. Harga menghampiri paras pemecahan pada awan ichimoku.
2. Awan semakin menipis menunjukkan kebarangkalian harga yang tinggi.
3. Paras rintangan adalah sekitar 76-77 USD/barrel.
Pandangan saya mengenai Kaunter-kaunter minyak di dalam pasaran Bursa Malaysia.
1. Perubahan kaunter-kaunter minyak sangat berkait rapat dengan harga minyak dunia
2. Apabila harga minyak naik kebanyakkan saham minyak akan naik dan begitu sebaliknya.
3. Sektor yang harus di perhatikan adalah UPSTREAM dan juga downstream. Untuk Syarikat pembuatan kapal atau yard akan mengambil masa lebih banyak untuk menaik
4. Kaunter yang popular adalah seperti SAPRNG, HIBISCUS, DIALOG, PETDAG, PETCHEM, UZMA dan lain-lain.
Ada beberapa sebab mengapa saya mengambil kira harga Brent-Oil berbanding Crude Oil US. Sila tinggalkan komen untuk mengetahui lebih lanjut
BRENT OIL- Minyak mentah dan kenaikan jangka masa pendek1. Minyak mentah brent berdagang paa paras 75 USD/Barrel.
2. Harga Minyak mentah dijangka berdagan dengan harga lebih tinggi kerana harga pasaran masa hadapan untuk Minyak mentah didagangkan tinggi.
3. Faktor geopolitical seperti sekatan Iran dan juga perang dagangan antara US dan China menyebabkan effek kenaikan harga Minyak mentah.
4. Arab Saudi dan negara OPEC boleh mempunyai keupayaan untuk merendahkan lagi pengeluaran minyak. mereka boleh mengawal juga pengeluaran minyak secara besar besaran kerena kos pengeluaran mereka sangat rendah berbanding negara-negara pengeluar minyak lain.
5. Harga emas masa hadapan menunjukkan keadaan masih lagi dalam fasa kebawah.
6. factor-factor lain masih menunjukkan keadaan ekonomi masih lagi dalam fasa expansion tapi dalam masa yang sangat singkat.
Pandangan saya mengenai Kaunter-kaunter minyak di dalam pasaran Bursa Malaysia.
1. Perubahan kaunter-kaunter minyak sangat berkait rapat dengan harga minyak dunia
2. Apabila harga minyak naik kebanyakkan saham minyak akan naik dan begitu sebaliknya.
3. Sektor yang harus di perhatikan adalah UPSTREAM dan juga downstream. Untuk Syarikat pembuatan kapal atau yard akan mengambil masa lebih banyak untuk menaik
4. Kaunter yang popular adalah seperti SAPRNG, HIBISCUS, DIALOG, PETDAG, PETCHEM, UZMA dan lain-lain.
Ada beberapa sebab mengapa saya mengambil kira harga Brent-Oil berbanding Crude Oil US. Sila tinggalkan komen untuk mengetahui lebih lanjut
LBS terus membina kekuatan momentum1. Semalam (Khamis, 26-Jul-2018) kita menyaksikan market berkurangan momentum selepas 2 minggu berturut dalam keadaan super bullish.
2. Peluang ini boleh digunakan untuk meyambut saham2 yang jatuh sementara waktu selepas berjaya bangkit dari fasa sideway kearah permulaan uptrend.
3. Salah satu saham yang boleh dikuti rapat ialah LBS, dimana saham baru saja melepas paras down trendline (DTL) dan naik dengan volume yang memuaskan.
4. Saranan entry ialah pada 0.915 (Resistance becomes Support - RBS) ataupun pada 0.900 (iSaham Fibo-Box Entry), dan target price pada paras psikologi, paras iSaham Fibo-Box Target, dan Support becomes Resistance - SBR iaitu 1.00.
5. Sekiranya saham tidak menunjukkan kekuatan, boleh sell sekiranya saham menunjukkan slow-down (iSaham ST-SELL) atau pada paras cut loss dibawah support (bawah 0.890/0.875)
6. Saham disokong kuat oleh KWAP, Gaterich Sdn Bhd, CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund dan Kenanga Growth Fund (berdasarkan Annual Report terakhir).