Pelabur

DAYANG membentuk dua kali dasar dan dua kali tukul

Panjang
MYX:DAYANG   DAYANG ENTERPRISE HOLDINGS BHD
1. Hari ni kita melihat market cuba menyerap gegaran dari krisis US-Turki. Banyak kaunter jatuh seperti dibincangkan dalam post sebelum ini tetapi beberapa saham berjaya melawan arus, dan boleh terus dipantau. Saham-saham tersebut ialah EDARAN, LIONIND, SCOMNET, SAM dan macam2 lagi.
2. Selain mencari saham melawan arus, satu lagi strategi yang mantap semasa berlaku gegaran market (marketquake) ialah mencari tukul-tukul (hammer) yang bertenaga. Saham-saham ini berlaku jualan panik pada sebelah pagi, tetapi berlaku kehadiran "duit bijak" pada sebelah tengah hari dan petang. Salah satu saham yang dikesan ialah DAYANG.
3. DAYANG, dua hari berturut-turut membentuk tukul, dan kenaikan minggu lepas juga bermula dengan tukul juga. Saham ini turut membentuk corak dua kali dasar (double bottom) dengan target price minima 90 sen. Entry price pada garisan2 hijau dalam carta, dan cut loss sekiranya jatuh kuat dari garisan hijau melintang. Pelabur disarankan untuk menjaga posisi cut loss kerana keadaan kewangan dan fundamental saham ini agak tertekan disebabkan terkesan dengan kejatuhan harga minyak sejak penghujung 2014.
4. Saham ini disokong kuat oleh jerung Tabung Haji dan jerung KWAP.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.