Di Luar Analisis Teknikal
SIRI PINE SCRIPT - Bentuk label yang ada di tradingviewSaya tunjukan beberapa contoh rupa bentuk label yang ada.
Nampaknya sudah ada pilihan label left, label right dan label center.
Code :
// This source code is subject to the terms of the Mozilla Public License 2.0 at mozilla.org
// © BURSATRENDBANDCHART
//@version=4
study("Jenis Label" , overlay = true)
labelsaya = label.new(bar_index, high, 'High :' +tostring(high,"##.###")+
' Low :' +tostring(low,"##.###"),
color = close > open ? color.green : color.red,
textcolor = color.white,
style=label.style_label_left,
size = size.huge)
label.delete(labelsaya )
// © BURSATRENDBANDCHART
SIRI PINE SCRIPT - Gabungan plot, label dan nilai peratusSaya cuba gabungkan antara plot, buat sedikit kiraan peratus dan masukkan ke dalam label.
Dengan gunakan templat yang sama, lebih banyak lagi yang info kita boleh masukkan ke dalam label, tidak limit kepada nilai open, high, low dan close sahaja.
Code dalam video :
// This source code is subject to the terms of the Mozilla Public License 2.0 at mozilla.org
// © BURSATRENDBANDCHART
//@version=4
study("52WHL" , overlay = true)
weekly_h = security(syminfo.tickerid, "W", highest(high, 52), lookahead=barmerge.lookahead_on)
weekly_l = security(syminfo.tickerid, "W", lowest(low, 52), lookahead=barmerge.lookahead_on)
high_percent = tostring((close - weekly_h) / weekly_h, "##.##%")
low_percent = tostring((close-weekly_l)/weekly_l, "##.##%")
labelhighlow = label.new(bar_index, na, 'High :' +high_percent+
' Low :' +low_percent,
color = color.blue,
textcolor = color.white,
style=label.style_labeldown, yloc=yloc.abovebar)
label.delete(labelhighlow )
plot(weekly_h, title='52 Week High', trackprice=true, color=color.orange, offset=-9999)
plot(weekly_l, title='52 Week Low', trackprice=true, color=color.orange, offset=-9999)
// End
Sumber code 52week high : 52 Week High/Low oleh BacktestRookies
SIRI PINE SCRIPT - Garisan plot yang berbezaSementara menunggu market kembali mengaum, saya sambung lagi siri pine script.
Kalau semalam kita buat garisan mendatar, kali ini kita buat garisan plot yang bentuknya seakan garisan moving average.
Dan sedikit perbezaan diantara stail garisan, garisan putus dan garisan langkah serta hasilnya.
25-FEB-2020: KETIDAKTENTUAN PASARAN, RAMAI TERKENA!!!Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Fuh... bahaya betul, habis semua TA out, :)
Penerbitan ini bukan untuk mengulas TA DOW tapi lebih kepada nak membincangkan keadaan pasaran sekarang. Apa petanda dari DOW, sentimen semasa, kenapa emas menjadi pilihan dan apa tindakan yang perlu kita lakukan.
PETANDA DOW
Untuk pengetahuan, secara peribadinya ketidaktentuan yang berlaku sekarang BUKANLAH petanda nak CRASH, agak mengejutkan masih ramai yang berpegang pada teori 10 year cycle. Tiada salahnya untuk berhati-hati tapi saya buka tidak bersetuju dengan pandangan ini at least buat masa sekarang. Tapi tindakan sifu2 saham local kita ni, menjerit tak sudah2 mengatakan nak crash ni menyebabkan ramai orang panik lps tu semua pakat cutloss, bukan sedikit oooo ada yang boleh beli sebuah HONDA CIVIC secara CASH...
Ujung tahun 2018 pun sama jugak dok jerit CRASH(masa tu dow dalam 21000) ramai jugak yang cutloss rumah corner lot 2 tingkat, myvi, yamaha R6.... tapi lps tu apa jadi? Market rebound.
fuhhhh, lps tu lek ja sifu masing2 kata takpa kita fight back.... igt senang ka nak recover sebuah rumah corner lot 2 tingkat kalau setakat dpt 500-1000 sehari? Tu pun bukan hari2 untung.
Saya terangkan pemerhatian saya berdasarkan DOW. kalau setakat pergerakan 500 mata satu direction benda yang sangat biasa bagi DOW. Kalau korang perhatikan pergerakan dow ni turun naik dalam sehari, boleh kata mencecah 1000-2000 (korang perhati US30-future indice ya).
Tapi kalau korang nampak DOW turun sekurang2nya 5% sehari (agak2 dalam 2000-2500 mata) untuk 3 hari berturut2 baru la logik nak declare pre-crash tu. Kenapa? yelah, kalu 2500 turn tu kalau 3 hari dah 7500 mata
So perhatikan pasaran mcm mana dan perhatikan reaksi harga saham apabila menghampiri Support@ resistant
SENTIMEN SEMASA
Seperti kita sedia maklum sentimen semasa yang hangat sekarang ni berkaitan Covid-19, Bukan kes PM kita ya... pasaran dunia merudum sbb covid ni melumpuhkan operasi syarikat. Contoh kat korea samsung memberhentikan operasi. Kat Itali, even liga pun dorg stopkan sementara. Wabak ni sangat tak terkawal sekarang dan tak tau bila akan berakhir. So selagi duni tak tau mcm mana nak tangani masalah ni, selagi itu la ketitaktentuan pasaran akan berlaku.
Walaupun macam tu , ada ja stock yang tak terkesan sbnrnya... (betulka ada?) adaaaaa.... stock2 US yang tak ambik supply daripada chain dan hanya menjual di dalam US sahaja... mmg tak terkesan... if yg ada jualan global tu mmg confirm terkesan la contoh mcm Apple/AMD sbb ada barang dorg beli dari china gak.
APAKAH INSTRUMENT PILIHAN
Seperti yang korang sedia maklum emas akan naik masa ni. Kenapa? sbb orang berpendapat bila pasaran saham merudum... pelaburan dlm metal adalah yang selamat. yelah...emas ni bukan berdasarkan kepada jumlah pegangan saham org jualan beli product tapi emas tu sendiri ada value dia dimata manusia... contoh la... kalau korang diberi pilihan nk amik salah satu samaada Iphone 11 PRO yang berat 110gram dan gold bar 110gram, agak2 korang ambik apa? Just simple analogi.
APA TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEKARANG
Mudah ja,
1. Jauhkan diri dari market dulu, maknanya tak perlu nak buy @sell sbb market tgh tak stabil...
2. Teruskan memerhati market dan buat kajian....masa ni la paling bagus nak memerhatikan SNR... x yah la nak EW sangat sbb count2 semua lek2 ja sentimen langgar..
3. Simpan duit untuk stanby BUY LOW sekiranya pasaran tak crash... x yah nak rasa kena tinggal bas sbb kekadang bas tu patah balik sbb driver tertinggal wallet (harap faham la)
Ingat.... JANGAN PANDAI2 NAK SHORT MARKET .... kalau betul la pasaran crash , korang rasa broker boleh bayar ka duit untung korang tu? silap2 dengan broker2 skali melingkup...
Jadi setakat itu ja untuk pendapat kali ni...sekiranya salah tolong betulkan...
semoga bermanafaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
sudah jatuh ditimpa iconminggu lepas saham icon telah melakukan consolidation dan harga telah berubah daripada asal 0.035
peringatan untuk semua, kalau ada pegang kaunter consolidate, hati hati jangan terlebih jual kerana jumlah unit yang anda pegang sudah dikurangkan, setimpal dengan kenaikan harga.
maka, jika berlaku over sell dan anda tidak beli semula saham yang anda terlebih jual, ana akan didenda oleh bursa. anda akan rugi lebih banyak.
kebiasaannya saham yang melakukan consolidation adalah saham berharga bawah seposen, atau pun super penny. tak pernah nampak lagi saham harga mahal consolidate. saham mahal biasanya split, atau buat bonus issue untuk jatuhkan harga.
saham consolidate ni saya boleh cop sebagai saham cokia. sebelum harga menjadi super penny, anda sepatutnya dah lama cutloss. apabila saham consolidate, harga naik, dan kemudian pergi semula kepada harga sebelum consolidate, anda dah rugi berkoyan koyan.
kesimpulannya, ikut trading plan, pastikan ada trading plan.
KHEESAN, untuk contoh pelaburan nyataJarang konsisten profit?
KHEESAN untuk contoh pelaburan nyata bagi stok market.
FOMO (fear of missing out) adalah satu emosi yang perlu di ditinggalkan, lebih2 lagi kepada pedagang2 yang baru. Boleh rujuk contoh dalam carta bagaimana fasa lazim untuk pelaburan dalam stok market. Cuba abaikan news, dan fokus untuk carta di mana semuanya telah di terjemah pada carta.
Kheesan telah trending, dan telah rebound dan pullback di kawasan harga sebelumnya.
Pedagang seharusnya melatih diri untuk lebih kepada pelabur, dan tunggu untuk masa yang sesuai sebelum melabur supaya tidak melebur. Keuntungan pastinya tidak akan datang sekelip mata.
Permulaan bagi Advancecon (5281.kl)?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Harga berada pada penghujung Stage 1 (Accumulation) / awal Stage 2 (Mark-Up).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideway (Mei hingga awal Okt'19) dengan beberapa kali cucian.
c) Harga & Volume:
- Terdapat tanda-tanda SOS yang kuat dari Sep'19, diikuti dengan sokongan harga pada aras 40sen.
- Vol. juga rendah sebelum harga melonjak naik dan ditutup tinggi pada 7 & 8 Okt'19.
Berdasarkan pemerhatian diatas, saya akan trade saham ini melalui partial entry dan selebihnya ketika pullback.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap trading adalah 50-50 dan perlunya ada Trading Plan untuk kita ikuti.
Anatomi "Stoploss Hunting"Beberapa orang mengejek saya sebagai seorang "Conspiracy Theorist" tetapi fakta adalah harga memerlukan "liquidity" untuk ia bergerak. Liquidity wujud di tempat-tempat dimana banyak penyertaan (participation). Tempat-tempat harga yang terlalu "obvious" adalah satu tempat besar kemungkinan terdapat liquidity.
Terma bahasa Inggeris dan terjemahannyaKebanyakan sumber rujukan Analisa Teknikal adalah dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri terbiasa menggunakan terma terma dalam bahasa Inggeris apa bila mengajar dalam kelas dan mengeluarkan idea di TradingView. Saya akan ringkaskan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang popular digunakan bersama makna dan sedikit perjelasan berkaitan terma tersebut.
Support and Resistance - Paras Sokongan dan Rintangan. biasa ditanda pada carta sebagai S dan R
Bulish - sentimen kenaikan (positif)
Bearish - sentimen penurunan (negatif)
Market - pasaran saham secara umum, atau merujuk kepada instrumen tertentu
Trend / Trendline - arah pergerakan harga - menaik, menurun atau tiada trend (mendatar / sideways)
Break out - harga telah melepasi suatu paras rujukan (ke atas atau ke bawah)
Break down - harga telah melepasi ke bawah suatu paras rujukan
Volume - jumlah unit saham yang bertukar tangan.
Risk/reward ratio, RR, RRR - had risiko terhadap potensi keuntungan. risiko kan 1 unit untuk potensi 2 unit, RR 1:2.
Chart : carta / graf yang merekodkan pergerakan harga sesuatu instrumen (saham, forex, komoditi dsb)
Candle stick: batang lilin - suatu cara untuk merekod pergerakan harga Buka, Tutup, Harga Tertinggi dan Harga Terendah pada sela masa yang pilih.
Chart pattern - pergerakan harga membentuk corak tertentu pada carta. Antaranya corak segi tiga, dan corak bendera. Melalui chart pattern, keadaan psikologi pasaran boleh ditentukan.
Candle stick pattern - kombinasi dua atau lebih candlestick, yang melambangkan psikologi keadaan pasaran
Timeframe / TF : sela masa untuk sesebuah carta. Antara yang popular, sela masa 1 hari (harian), 1 minggu (mingguan) dan 1 bulan (bulanan). untuk traders jangka masa pendek, time frame 30 minit, 1 jam dan 4 jam merupakan kebiasaan.
Short term, Medium term, Long Term - merujuk kepada jangka masa - terpulang kepada time frame carta yang anda gunakan
Secara peribadi, saya selesa dengan anggaran lebih kurang 10 candlestick ke hadapan.
Short term
Carta 1 jam - jangkaan 10 jam kehadapan
Carta 4 jam - jangkaan 40 jam kehadapan
Carta Harian - jangkaan 10 hari kehadapan
Medium term
Carta Mingguan - jangkaan 10 minggu kehadapan
Long term
Carta Bulanan - jangkaan 10 bulan kehadapan
Jika ada terma lain yang saya tertinggal, sila komen dibawah ye. Terima kasih!
Siri Pine Script - warnakan aras tertentu di oscillatorSambung lagi sebab takda carta yang menarik untuk dibualkan.
Dalam oscillator selalunya terbahagi kepada beberapa aras sebagai penunjuk samada harga berada dalam kekuatan, kelemahan, terlebih beli dan terlebih jual.
Hari ini kita lihat bagaimana membuat skrip untuk mewarnakan aras-aras tersebut.
Semoga terhibur.