Di Luar Analisis Teknikal
Jumlah volume bulanan kejatuhan terlalu tinggivolume tertinggi urus niaga bulan ini sebelum keluar nya right issue warrants pada 21july ini
penanda aras RSi masih kekal kuat pada 39 peratus
harga terlebih jualan March 2020 terendah 0.05
apakah ini pertanda sesuatu kerugian terjadi atau sebaliknya?
pelabur yang berfikir peluang dalam bisnes
ini adalah tujuan pelajaran dan bukan nya buy call
KAJIAN 7: Morning Star dan Evening StarKAJIAN 7: Morning Star dan Evening Star
- Morning star dan evening star merupakan candlestick reversal pattern.
- Morning star kebiasaanya akan terbentuk di penghujung penurunan menandakan penurunan telah tamat dan akan membuat kenaikan.
- Evening star pula kebiasaanya akan terbentuk di penghujung kenaikan menandakan kenaikan telah tamat dan akan membuat penurunan.
- Kekuatan morning star dan evening star boleh dibahagikan kepada tiga:
1) Weak / Lemah: Candlestick ketiga tutup tidak melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
2) Normal / Biasa: Candlestick yang ketiga tutup melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
3) Strong / Kuat: 'Body' candlestick yang ketiga lebih besar daripada 'body' candlestick yang pertama.
Nota kaki :
* Candlestick reversal pattern merupakan candlestick yang terbentuk yang menukar arah 'trend sedia ada' kepada 'trend yang baru'.
* Seeloknya, para pelabur perlu menggabungkan candlestick reversal pattern ini dengan teknik² yang lain juga supaya lebih berkayinan untuk membuat keputusan samada untuk open position (entry) atau close position (exit).
------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Terma atau istilah KAJIAN yang digunakan dalam idea analisis ini hanya tertumpu kepada info, tips, pendidikan dan pembelajaran semata. Jadi, KAJIAN ini bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham. Penulis / penganalisis juga bukanlah penasihat kewangan dan pelaburan.
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
KANGER: ni boleh jadi ke Tiga Askar Putih Three White Soldiers
Ini adalah corak kenaikkan 3 candles yang menyiratkan a pembalikan di bahagian bawah aliran menurun.
Ketiganya askar adalah candlestick bullish yang terbuka di dalam badan candle sebelumnya dan dekat berhampiran hari yang tinggi.
Ini berlaku untuk semua tiga lilin; mereka semua mesti kuat candles kenaikkan, dengan sumbu kecil dan dekat bahagian atas.
Penutupan tinggi ini menunjukkan pembalikan yang kuat dari sentimen pasaran menurun ke bullish.
kita tengok apabila masa tutup hari ni jadi kedak...
Naim - Gap kebawah walaupun dividen yang menarik ditawarkanUntuk renungan dan bukan suruh beli saham ini. Hari ini 14/7/2021 NAIM gap kebawah walaupun dividen yang menarik akan ditawarkan pada para pemegang saham pada 26/7/2021. Seperti tiada kesan yang menarik berbanding dengan pemberian dividen pada November 2020.
Pelikan - Tidak ada kesan walaupun penyataan dividen khas 20 senTidak ada pengerakan yang ketara terhadap kenyataan pada 13/7/2021 tentang pemberian dividen khas sebanyak 20 sen pada setiap saham. Ini mungkin pemberian dividen khas ini mengambil masa terlalu lama. Jangka waktu dalam masa 6 bulan. Ini tidak mendapat sambutan dari para pelabur. Kenapa ya!!. Anda sendiri fikirkan. Sekadar untuk renungan dan bukan untuk suruh beli saham ini.
TGL: Strategi Kontra?TGL baru-baru ini dilihat telah membentuk candlestick marubozu disertai dengan volum
RSI menunjukkan kaunter ini seakan-akan mempunyai momentum untuk terus melakukan kenaikan
Namun kehadiran volum merah ultra pada beberapa hari sebelumnya menimbulkan keraguan untuk kaunter ini terus melakukan kenaikan
Justeru, jalan terbaik adalah dengan menunggu pembentukan candlestick T2 atau T3 untuk strategi kontra
Sekiranya candlestick yang terbentuk tidak melepasi harga terendah marubozu hijau, strategi ini boleh dipertimbangkan
Menarik untuk diperhatikan jika disertai dengan kehadiran volum
Nota:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang like sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
MTRONIC kaunter goreng?MTRONIC kaunter ini dilihat membuat kenaikan dan penurunan yang sangat ketara sejak September 2020. Mengikut media sembang, ramai menkategorikan kaunter ini sebagai kaunter goreng. Adakah betul? anda saja yang boleh tentukan. Sejak membuat penurunan yang sangat ketara dari 2 Julai 2021 hari ini dan semalam boleh dilihat ia berada pada paras sokongan yang kuat pada 0.04. Sukar untuk membuat jangkaan untuk kaunter seperti ini, mungkin belum sesuai untuk masuk jika berminat. Boleh perhatikan lagi pada minggu depan untuk mendapat lebih gambaran arah yang lebih tepat untuk kaunter ini. Paras rintangan dilihat pada 0.08. Nasihat: Perlu lebih berhati-hati dengan kaunter super penny.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
INNATURE: Trading plan
Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Tanda Bullish Divergence
Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Cara Melukis Saluran FibonacciSaluran Fibonacci adalah digunakan untuk menentukan tahap sesuatu sokongan dan rintangan fibonacci dalam arah trend yang telah dikenal pasti.
Saluran ini dapat dilukis dengan mudah sama ada dalam trend manaik atau menurun untuk mencari kawasan yang berpotensi untuk perubahan harga.
Trend menaik
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menaik, trend yang dikenal pasti perlu berada pada tahap rendah yang lebih tinggi berbanding sebelum.
Untuk melukis dan menandakan saluran, pilih dua titik rendah pada trend dahulu. Kemudian pilih titik tinggi di antara mereka.
Setelah saluran dilukis, tahap Fibonacci yang dikira dapat digunakan untuk membantu membuat spekulasi tindakan harga dengan melihat kawasan tersebut sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Trend Menurun
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menurun, trend yang dikenal pasti perlu dibuat dengan tahap yang lebih tinggi dibuat.
Untuk melukis saluran, pilih dua titik tinggi pertama yang ditentukan oleh arah trend dahulu. Kemudian pilih titik rendah di antara mereka.
Adakah anda menggunakan Saluran Fib?
Sekiranya ada, kongsi idea anda dalam komen di bawah!
Penggunaan Saluran Regresi LinearSaluran Regresi Linear adalah cara yang baik untuk mengenalpasti aras utama yang berpotensi untuk aksi harga masa hadapan dengan menggambarkan distribusi normal sebuah trend.
Semasa menggunakan alat Trend Regresi(terletak di panel lukisan di bawah kumpulan "Alat Garis Trend")dua titik pada trend dipilih, biasanya pada awal dan akhir trend.
Apabila dua titik pada carta dipilih, distribusi normal data dikira antara dua titik yang dipilih dan dipaparkanda dalam bentuk saluran regresi linear.
Garis tengah dalam saluran ini ialah Garisan Regresi Linear atau Purata, dan garis atas dan bawah adalah sisihan piawai Atas dan Bawah daripada purata seperti yang ditentukan dalam tetapan alat ( tetapan lalai adalah sisihan piawai +2 dan -2 daripada purata)
Korelasi hubungan linear dipaparkan sebagai koefisien korelasi Pearson atau Pearson R. Ia boleh dipaparkan atau disembunyikan di carta dengan memilihnya di menu gaya.
Pearson R menunjukkan kekuatan korelasi dan arahnya, dengan nilai bergerak di antara -1 dan 1. Semakin jauh Pearson R bergerak dari sifar, kekuatan hubungan linear antara harga dan masa meningkat. Semasa menggunakan alat Trend Regresi, Pearson akan sentiasa ditetapkan sebagai nilai mutlak(positif), tetapi arah trendnya boleh dikenalpasti secara visual.
Pembalikan purata
Apabila trend regresi mempunyai korelasi tinggi, ini disebabkan konsistensi aksi harga berada di sepanjang purata (garis tengah), dengan lebih sedikit poin yang bergerak di atas dan di bawah garis purata ke atas dan bawah aras sisihan piawai.
Salah satu cara untuk melakukan perdagangan saluran regresi linear adalah dengan berdagang aksi harga apabila ia bergerak dari dan balik ke purata.
Semasa menggunakan alat ini, harap maklum bahawa saluran yang mempunyai lebih banyak bar dan korelasi yang tinggi akan lebih cenderung bergerak dalam trend itu berbanding saluran yang mempunyai beberapa bar dan korelasi yang tinggi.
Panjang trend ini harus dipertimbangkan semasa berdagang dengan saluran ini.
Dengan alat Trend Regresi, anda boleh mulai memanfaatkan analisis statistik dalam strategi perdagangan anda hanya dengan beberapa klik!
SLP MEMECAH 1.25SLP akan membuat trend menaik dengan adanya dinamika jerung
harga ingin dicapai adalah melepasi RM1.25
sudah pasti banyak ujian yang akan dilalui kaunter ini..
saksikan kesungguhan SLP semoga berjaya..
----------------------------------------
Ini adalah pandangan dan cadangan idea sahaja. Apa-apa pergerakan hanya ditentukan oleh pasaran dagangan ari semasa ke semasa. Tiada “panggilan Belian” sekadar kajian dan pembelajaran ilmiah.
boleh follow saya melalui idea-idea dan pandangan pemikiran yang berbeza.
Sekian.
------------------------------------------
HEXIND-WA: dah breakout pulak hari ni.HEXIND-WA: dah breakout pulak hari ni pada harga 0.075.. Jerung pun ada hari ni, valume pun banyak ..
PWF-WA: Dah sampai 52 Week LowPWF-WA: Dah sampai 52 Week Low pada harga 0.015.. juga dibawah low BB. adah kah boleh turung lagi dibawah 0.015 ini