LUXCHEM Pecah Kotak dan Bersedia Untuk Meneruskan PendakianLUXCHEM pada hari ini telahpun memecahkan kotak pengumpulan selama sebulan dengan disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya akan meneruskan pendakian ke atas. Ianya juga telahpun memecahkan garisan menurun (downtrendline) sebelum ni. Jika dilihat pada indicator Ichimoku, Luxchem merupakan kaunter yang sedang bullish. Aras target berdasarkan pattern kotak adalah di 0.860 dan juga di 0.980. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Box-breakout
TADMAX Kotak Pengumpulan Telah DipecahkanTADMAX telahpun memecahkan kotak pengumpulan disokong oleh volume yang kuat pada trading day Jumaat 22 May 2020 yang lalu. Jika berjaya bertahan diatas kotak iaitu di aras 0.225, kemungkinan besar TADMAX akan perlahan-lahan mendaki untuk memecahkan garisan menurun di aras 0.305 - 0.320. Tadmax juga telahpun memecahkan kumo cloud dan didagangkan diatas awan ichimoku. Menarik untuk diperhatikan. Sama-sama kita sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
FAJAR Sudah Pecah Kotak dan Akan Mencari EMA200FAJAR telahpun memecahkan kotak (box pattern) disokong oleh volume yang kuat pada hari Jumaat lepas. Begitu juga dengan aras EMA50, FAJAR ditutup diatas aras EMA50 dan target seterusnya adalah di aras EMA200 di 0.325. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Adakah RGTECH Telah Bersedia Untuk Meneruskan Perjalanan Menaik?RGTECH telahpun berjaya memecahkan kotak pengumpulan dan dalam masa yang sama melintasi aras EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Terdapat satu aras rintangan di 0.290 yang perlu dilepaskan. Jika berjaya dilepaskan, RGTECH mempunyai cukup kekuatan untuk mengubah trend kepada trend menaik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar Kajian dan Pembelajaran).
SPRING Adakah Cukup Kuat Untuk Memulakan Perjalanan Ke Atas?Spring telah berjaya keluar dari kotak pengumpulan disokong dengan volume yang kuat. Hala tuju seterusnya Spring cuba untuk memecahkan garisan trendline menurun. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. Sekadar kajian dan pembelajaran.