Bermain dengan garisanAntara peralatan lukisan yang sesuai digunapakai untuk mencari potensi entri adalah garis tren menurun (downtrendline).
Penggunaannya sangat mudah, tetapi perlukan pergerakan harga yang sesuai.
Boleh rujuk pada video nanti.
Potensi lebih baik jika harga bergerak dalam tren menaik atau menurun dan kurang sesuai jika harga masih tido lena (melintang).
Semoga terhibur.
Breakout
Breakout dalam tempoh masa berbezaKalau siri breakout lepas, kita hanya melihat pada carta harian, konsep yang sama juga terpakai pada carta-carta bagi tempoh masa berbeza.
Sebagai contoh, saya gunakan carta 5 minit IWCITY untuk melihat adakah konsep yang kita pelajari dulu wujud di situ.
Semoga terhibur.
Carta naik dan bantuan indikatorSiri terakhir untuk cerita breakout.
Kali ini kita gunakan bantuan alat penunjuk untuk menambahkan keyakinan yang carta dalam fasa menaik.
Antara penunjuk yang sesuai di gunakan adalah
1. Garis purata 200 (MA200) - jika harga berada keseluruhannya di atas MA200, carta dianggap bullish
2. Awan Ichimoku - jika harga berada keseluruhannya di atas awan, carta dianggap bullish
3. MACD - jika garis MACD dan Signal berada di atas 0, carta dianggap bullish
Jika kesemuanya menunjukkan isyarat bullish, kita hanya perlu mencari setup untuk membeli.
Sabar menantikan setup muncul juga satu stratergi yang sangat baik.
Carta yang naik pasti ada struktur tinggi rendahSambungan siri breakout.
Carta dalam tren menaik pasti ada siri tinggi rendah, yang mana tinggi semakin tinggi dan rendah semakin tinggi.
Kita akan anggap carta tersebut masih dalam tren menaik sehinggalah struktur nya telah berubah menajdi tinggi semakin rendah, dan rendah lagi rendah.
Ruang kosong dan beza volume ketika breakoutSambungan siri breakout.
Secara visual, harga mudah naik bila sebelah kirinya kosong. Menunjukkan tiada sebarang tenakan jualan berlaku.
Dan juga, perbezaan jumlah volum yang didagangkan juga sangatlah berbeza berbanding sebelumnya.
Dari ciri-ciri ini, boleh disimpulkan yang carta berkemungkinan sedang menuju fasa menaik.
Ciri-ciri breakout ketika harga sedang menaikKita sambung lagi siri breakout.
Kali ini kita meihat 3 ciri penting yang selalunya ada ketika harga sedang menaik
1. Harga naik lagi tinggi dari harga tertinggi
- nampak jelas lilin hari ini naik lagi tinggi dari yang sebelumnya.
2. Harga tutup di atas harga tertinggi sebelumnya
- ini adalah ciri yang paling penting.
- Tutup di atas harga tertinggi sebelumnya memberikan signal positif.
3. Sambung kenaikan
- Mengesahkan signal yang muncul
Akan bersambung lagi jika diberikan kesempatan.