YONGTAI (Kembali Meneruskan Perjalanan)Sektor:
- Trading & Services, Apparels, Property, Vaccine.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, YONGTAI lebih banyak mencatatkan kerugian daripada keuntungan. Hasil (revenue) YONGTAI juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -54.01% dan -37.37%.
- Dari sudut Teknikal, awalnya YONGTAI membentuk ascending triangle kemudian breakdown dengan tutup di bawah MA 50 dan MACD juga turun ke bawah paras 0. Keadaan ini menjadikan YONGTAI berada dalam keadaan downtrend.
- Ketika harga di bawah MA 50, berlaku 'strong' bullish divergence dimana stochastic RSI menunjukkan peningkatan tetapi harga menurun.
- Kemudian, harga terus menaik dan BDTL. MACD juga telah cross up ketika ini.
- Harga terus menaik dan berjaya tutup di atas MA 50. MACD juga ketika ini berada di atas paras 0.
- YONGTAI berpotensi meneruskan kenaikan jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan MACD mampu mendaki sepenuhnya ke atas paras 0.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Breakdown = Jatuh ke bawah.
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Reversal = Bertukar arah.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'ascending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Divergence Bulis
MIECO (Kuat Melawan Arus)Sektor:
- Industrial Products & Services, Wooden Products, Exports.
Idea analisis:
- MIECO masih berada dalam uptrend corridor dan di atas MA 50.
- Ketika dalam uptrend corridor ini, MACD telah menunjukkan strong bearish divergence. Sepatutnya harga jatuh tetapi MIECO cuba melawan arus secara perlahan² dengan menunjukkan signal medium bearish divergence.
- Seterusnya, MIECO memecahkan resistance dan MACD menunjukkan signal medium bullish divergence . Signal ini menunjukkan bahawa harga akan menaik.
- Adakah ini permulaan MIECO untuk naik lebih tinggi atau MIECO cuba melawan arus bullish pula kali ini (harga jatuh walaupun signal menunjukkan kenaikan)?
#TAYOR #BAYOR
----------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PTRANS : Sideways Pada RSI Bullish Divergence1. Jika dilihat secara keseluruhan, kaunter ini masih lagi dalam uptrend kerana berada atas MA200 dan jelas kenaikannya.
2. Harga sekarang dalam keadaan sideways.
3. Namun indikator RSI menunjukkan bullish divergence. Ini menunjukkan semakin ada momentum terhadap kaunter ini
4. Boleh entry pada support dan target price pada resistance. Atau hold untuk jangka masa lama
Puncak : Struktur Kaunter1. Jika dilihat pada struktur kaunter ini, sentiasa membuat low baru dan high baru dan berada atas MA200. Ini menunjukkan kaunter ini jelas dalam uptrend.
2. Pada indikator RSI, telah berlaku bullish divergence dan telah mencapai overbought.
3. Kemudian telah berlaku bearish divergence pada RSI(puncak RSI rendah berbanding puncak sebelum ini. Ini menunjukkan kelemahan trend pada kaunter ini.
4. Adakah kaunter ini akan membuat Higher Low/HL yang baru.Jika tidak berjaya harga akan mengalami minor downtrend.
5. Jika harga mampu bertahan pada support, ia akan mencipta Higher Low/HL yang baru
6. Perhatikan juga RSI, jika berlaku bullish divergence( akar bawah lebih tinggi berbanding sebelumnya). Ini menunjukkan harga kembali ada momentum untuk meneruskan kenaikan yang lebih tinggi serta membuat struktur Higher High/HH yang baru.