USDJPY MENURUN SELEPAS KEGAGALAN TEKNIKALDolar AS mula menurun berbanding mata wang yen Jepun selepas pembeli gagal melepasi aras di atas aras tinggi bulanan yang penting pada bulan Mei, pada 111.39, pada hari Selasa. Pasangan USDJPY kini kembali ke aras sokongan 110.80, apabila penjual intrahari menguji ke aras tinggi-akhir julat dagangan pasangan ini sebelum ini. Pembeli akan cuba menuntut semula halangan 111.00, manakala penjual akan cuba menurunkan harga di bawah aras sokongan penting pada 110.80
Pasangan USDJPY hanya bulis sementara didagangkan di atas aras 110.80, rintangan yang penting kini ditemui pada aras 111.00 dan 111.39
Jika pasangan USDJPY bergerak di bawah aras 110.80, penjual akan digalakkan untuk menguji aras sokongan 110.45 dan 110.25
Cable
GBPUSD HANYA BULIS INTRAHARI DI ATAS ARAS 1.3255Paun British menurun dengan ketara berbanding dolar AS, mencecah 1.3188 selepas Setiausaha Asing British, Boris Johnson meletakkan jawatan daripada parti Konservatif sebagai protes terhadap pelan Brexit lembut Perdana Menteri Therese May. Pasangan GBPUSD menunjukkan kenaikan sebelum berita perletakan jawatan Boris Johnson, meningkat kepada 1.3361. Penjual Sterling perlu menahan harga di bawah aras 1.3205 untuk jualan intrahari selanjutnya, manakala pembeli akan cuba menstabilkan harga di atas aras 1.3255
Pasangan GBPUSD hanya bulis sementara didagangkan di atas aras 1.3255, rintangan yang penting ditemui pada aras 1.3313 dan 1.3361
Jika pasangan GBPUSD didagangkan di bawah 1.3205 untuk tempoh yang berterusan, jualan ke aras 1.3142 dan 1.3101 boleh berlaku
GBPUSD BERTERUSAN BULIS DI ATAS ARAS 1.3300Paun British terus didagangkan ke aras rintangan 1.3300 berbanding dolar AS, selepas satu lagi harga penutup mingguan yang bulis. Paun British juga menerima rangsangan daripada rancangan Perdana Menteri UK, Therese May untuk perjanjian Brexit yang lembut yang telah didedahkan pada hujung minggu. Bulis GBPUSD kini perlu menahan harga di atas aras 1.3300 untuk kenaikan selanjutnya, manakala penjual akan mencari penolakan di sekitar kawasan teknikal yang penting ini.
Pasangan GBPUSD bulis dengan kukuh sementara didagangkan di atas aras 1.3300, rintangan yang penting ditemui pada aras 1.3373 dan 1.3400
Jika pasangan GBPUSD gagal sekitar aras 1.3300, penjual mungkin akan menguji aras sokongan 1.3255 dan 1.3205
BULIS GBPUSD PERLU MEMPERTAHANKAN ARAS 1.3255Paun British mula mengembalikan keuntungan berbanding dolar AS, apabila harga kembali menurun ke aras sokongan yang penting pada 1.3205. Pasangan GBPUSD mula menurun dari aras 1.3273, apabila indeks dolar AS kukuh susulan pengumuman Minit Mesyuarat FOMC. Bulis kini perlu menuntut semula aras 1.3255 untuk kenaikan seterusnya, manakala penjual akan cuba mempertahankan harga di bawah aras sokongan yang penting pada 1.3205
Pasangan GBPUSD kekal bulis sementara didagangkan di atas aras 1.3205, rintangan yang penting kini ditemui pada aras 1.3273 dan 1.3313
Jika pasangan GBPUSD didagangkan di bawah aras 1.3205, sokongan teknikal yang penting ditemui pada aras 1.3170 dan 1.3142
GBPUSD MASIH BULIS DI ATAS ARAS 1.3205Paun British telah meningkat ke aras tinggi dagangan bulanan yang baru berbanding dolar AS, mencapai 1.3248 apabila sentimen dagangan sekitar pasangan GBPUSD masih terus meningkat. Pasangan GBPUSD menunjukkan harga penutup harian bulis di atas aras 1.3205, dengan harga kekal di atas harga pembukaan mingguan. Sekarang pedagang GBPUSD menunggu ucapan yang dijadualkan daripada Gabenor Bank of England, Mark Carney pada pagi ini dan kemudiannya pengumuman laporan kerja ADP AS
Pasangan GBPUSD kekal bulis intrahari sementara didagangkan di atas aras 1.3205, rintangan yang penting ditemui pada aras 1.3248 dan 1.3300
Jika pasangan GBPUSD bergerak di bawah aras 1.3205, sokongan teknikal yang penting ditemui pada aras 1.3194 dan 1.3170