GOB masih uptrend dan masih menarikGOD dilihat masih lagi dalam fasa uptrend dan Moving Average 5 akan merentasi Moving Average 11 pada esok atau lusa. Dengan membuat jurang kelmarin, ia dijangka membuat sedikit penurunan sebelum menyambung kenaikan semula. Boleh perhatikan pada bentuk geometri segi empat untuk menentukan kemungkinan paras sokongan dan rintangan yang sesuai.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
Analisis Candlestick
SYSTECH kelihatan membuat Lilin Shooting StarSYSTECH dilihat membuat lilin Shooting Star dengan kenaikan sebanyak 3.28% pada hari ini. Hari ni adalah hari raya buat geng Intraday. Dijangka ia akan membuat sedikit penurunan dahulu sebelum membuat kenaikan seterusnya. Boleh perhatikan garis tren untuk menentukan paras sokongan yang sesuai.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
LIONIND baru membuat permulaan gelombang pertamaLIONIND dilihat membuat Reverse Candlestick Pattern dan telah melantun pada paras sokongan yang kuat pada 0.515 sebanyak dua kali. Ia juga dilihat telah melengkapkan fasa penurunan dan baru saja membuat permulaan fasa pertama gelombang elliot wave. Potensi untuk kenaikan pada minggu hadapan dilihat sangat cerah untuk kaunter ini. Paras rintangan dilihat pada 0.58.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
basic bearish engulfAsalamualaikum..
ini adalah asas bagi siapa yang ingin mengenali bearish engulfing.
mugkin nampak biasa saja,namun ianya sangat berguna dalam kita menjangka arah trend bulish ataupun bearish..
Pengalaman saya dalam membaca chart mengunakan idea engulf ini selalu saja membuahkan hasil yang baik..asal kita sentiasa sedar akan resiko yang bakal kita tempuhi insyaALLAH kita akan lebih berhati2 dan selamat...
Menuju sbrCarta harian
~mod downtrend
~harga paras lantai
~terbentuk morning star
~stoch bersilang
~macd menuju garis bullish
~sekadar pandangan dan ianya tidak tepat sama sekali
Bukan buycall
SYMLIFE Perlu Menutup Jurang pada 0.645SYMLIFE dilihat sedang berada pada gelombang pertama Elliot Wave. Kenaikan yang dibuat oleh kaunter ini sangat menarik jika dilihat menerusi corak carta garis selari. Boleh perhatikan paras sokongan dan rintanngan menerusi saluran selari. Paras sokongan yang jauh dan kuat dilihat pada 0.52 manakala paras rintangan pada 0.67.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
KAJIAN 7: Morning Star dan Evening StarKAJIAN 7: Morning Star dan Evening Star
- Morning star dan evening star merupakan candlestick reversal pattern.
- Morning star kebiasaanya akan terbentuk di penghujung penurunan menandakan penurunan telah tamat dan akan membuat kenaikan.
- Evening star pula kebiasaanya akan terbentuk di penghujung kenaikan menandakan kenaikan telah tamat dan akan membuat penurunan.
- Kekuatan morning star dan evening star boleh dibahagikan kepada tiga:
1) Weak / Lemah: Candlestick ketiga tutup tidak melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
2) Normal / Biasa: Candlestick yang ketiga tutup melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
3) Strong / Kuat: 'Body' candlestick yang ketiga lebih besar daripada 'body' candlestick yang pertama.
Nota kaki :
* Candlestick reversal pattern merupakan candlestick yang terbentuk yang menukar arah 'trend sedia ada' kepada 'trend yang baru'.
* Seeloknya, para pelabur perlu menggabungkan candlestick reversal pattern ini dengan teknik² yang lain juga supaya lebih berkayinan untuk membuat keputusan samada untuk open position (entry) atau close position (exit).
------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Terma atau istilah KAJIAN yang digunakan dalam idea analisis ini hanya tertumpu kepada info, tips, pendidikan dan pembelajaran semata. Jadi, KAJIAN ini bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham. Penulis / penganalisis juga bukanlah penasihat kewangan dan pelaburan.
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DGC + morubozuCarta harian
~gc1 atas garis 0
~rsi paras 50
~stoch paras 70
~harga tutup membentuk candle morubozu
~jika volum tinggi dan melepasi candle sebelumnya maka harga mampu pecahkan harga tertinggi 52w high atau sempurnakan sab wave sebelunmpecahkan harga tertinggi 52w high
~sekadar pandangan dan ianya tidak tepat sama sekali
Bukan buy call
WIDAD sedang tidur?WIDAD dilihat sedang membuat pengumpulan dan berada pada fasa sideway yang agak lama. Ia dilihat membuat paras sokongan yang kuat pada 0.385 manakala paras rintangan pada 0.450. Untuk jangka panjang boleh perhatikan untuk tanda-tanda breakout. Buat masa sekarang, biarkan dia terus lena...
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
SMETRIC Membuat Corak Bendera yang MenarikSMETRIC dilihat sedang berada dalam corak bendera dibahagian sokongan. Ia melantun banyak kali dibahagian sokongan pada paras 0.145 manakala paras sokongan yang kuat pada 0.175. Jika corak seperti ini berterusan, ia boleh memberi petanda yang baik untuk masuk sementara ia berada pada paras sokongan. Paras rintangan terdekat dilihat pada 0.170.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
CENSOF sedang berada pada fasa sidewayCENSOF dilihat sedang membuat sideway dan diijangka mencari rintangan pada 0.52 sebelum melantun semula kebawah. Jika ia berjaya memecah rintangan kedua pada 0.545 dan seterusnya rintangan ketiga pada 0.565 ia akan membuat 52 Minggu Tertinggi dan membuat breakout. Jika ia tidak berjaya ia akan terus membuat sideway atau membuat sedikit penurunan dan meniti pada paras garis trend sokongan (garis biru). Semoga bermanfaat.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
PRIVA - Menarik untuk diperhatikanektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, Satelit based, ICT, Wireless Broadband
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- PRIVA melakukan retracement dan berada di atas garisan RBS pada paras harga 0.22
- Volume menunjukkan pembeli masih menguasai pasaran (Buyer in Control) berdasarkan volume belian melebihi volume jualan
- Indikator RSI juga membuktikan PRIVA masih mempunyai momentum kerana masih berada di atas RSI 50.
- Support terkuat berada pada paras harga 0.19. Sekiranya paras harga tutup di bawah paras harga ini, tindakan cutloss ataupun menjual pegangan adalah tindakan yang wajar.
- Paras harga PRIVA juga masih di atas garisan MA 50 menandakan trend masih kuat dan masih mempunyai momentum untuk meneruskan kenaikan.
Dari sudut fundamental
- Dari segi pendapatan bersih syarikat PRIVA kembali membuat keuntungan bersih sebanyak 283K berbanding Q4 2020 yang mengalami kerugian sebanyak 3.82 juta. Hal ini merupakan sudut positif bagi syarikat PRIVA kerana dapat menjana keuntungan dikala kerugian yang teruk. Tambahan lagi pada musim COVID19.
- NTA syarikat PRIVA 0.100 membawa maksud syarikat PRIVA dikategorikan sebagai berada pada paras tinggi daripada penilaian.
- EPS semasa syarikat iaitu -0.86 membawa maksud syarikat PRIVA masih dikategorikan sebagai negative earning.
Highlight
- PRIVA mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan CEO yang baharu mengantikan CEO yang lama.
- Untuk mengetahui lebih terperinci tentang market stage , boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
TASHIN dijangka membuat double bottomTASHIN dijangka akan membuat sedikit lagi penurunan disebabkan oleh sentimen semasa yang tidak memberangsangkan. Paras sokongan yang kuat kelihatan pada 0.490 dan dijangka menyentuh paras ini dalam beberapa hari mendatang sebelum membuat pantulan kenaikan dan melengkapkan corak double bottom yang sempurna. Paras rintangan terdekat dilihat pada 0.555. Petunjukkan RSI 14 memberi isyarat ia menuju kepada lebihan jualan. Boleh perhatikan kaunter ini jika anda suka membeli pada harga lantai. Pastikan anda membuat penisbahan risiko dan ganjaran yang ketat untuk mengurangkan kerugian dan memaksimakan keuntungan.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
PRLEXUS Perlu menutup jurang yang besar diatasPRLEXUS sangat menarik untuk diperhatikan bagi pedagang jangka pendek dan sederhana. MA 5 11 baru sahaja merentas keatas dua hari ni dan sepanjang minggu lepas ia membuat kenaikan yang perlahan dan steady. Jurang yang besar dibahagian atas pasti akan ditutup dalam masa terdekat. Garis trend bahagian bawah boleh dijadikan paras sokongan manakala garis trend sebelah atas boleh dijadikan paras rintangan. Jika mengikut corak carta yang dibuat, ia mempunyai potensi besar untuk terus membuat kenaikan jika tiada berita besar mengenai politik dalam negara dan jumlah kes jangkitan covid tidak melonjak.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
CENSOF- Garisan MA50 sebagai supportSektor - Teknologi
Perniagaan : Software, Aplikasi, Pengurusan Kewangan, Pembayaran elektronik.
Dari sudut teknikal
1. CENSOF masih dalam keadaan major trend menaik. Ini berdasarkan paras harga masih di atas garisan menaik
2. CENSOF masih berada di atas garisan moving average 50 dan garisan ma50 boleh dijadikan sebagai paras support.
3. CENSOF juga kelihatan terdapat tanda Hidden Bullish Divergence dan ini merupakan tanda CENSOF akan membuat kenaikan.
4. CENSOF masih berada di kawasan RSI 50 berdasarkan indikator RSI 50. Ini membawa maksud CENSOF masih mempunyai momentum yang kuat untuk menyambung kenaikan.
5. Berdasarkan dari sudut teknikal, CENSOF kebarangkalian berpotensi mencapai sasaran 1 dan 2.
Dari sudut fundamental
1. Revenue syarikat meningkat daripada 23.73m QR3 2021 menjadi 32.71m pada pada QR4 2021.
2. Pendapatan bersih syarikat turut meningkat dari 2.01m juta pada QR3 2021 menjadi 12.71m pada QR terkini.
3. Berdasarkan revenue dan pendapatan bersih dirumuskan bahawa CENSOF boleh dikategorikan sebagai growth stock serta sebuah syarikat yang mampu membuat keuntungan dikala musim COVID19 melanda negara kita.
4. Maklumat ringkat fundamental CENSOF:
- EPS = 4.85 👍
- NTA = 0.1589 👎
- Aliran Tunai Bebas = 24.43M 👍
- Fair Value = 0.675👍
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
JAG baru memulakan gelombang ke-4JAG dilihat kaunter yang menaik untuk diperhatikan dan masa yang sesuai untuk masuk. Ia telah pun mengesahkan Break Out Down Trend Line pada 5 Julai lalu dan dilihat membuat paras sokongan yang kuat pada 0.305. Pada MA 5 11 ia baru membuat Golden Cross. Peluang yang sangat cerah untuk meneruskan kenaikan. Rintangan terdekat pada 0.34 manakala sokongan terdekat pada 0.28. Selamat membuat keuntungan.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
EFORCE Cuba Melepasi EMA 100 EFORCE telah membuat kenaikan yang sangat tinggi pada 6 Julai yang lepas tapi dengan volume yang rendah. Ia telah membuat retrace pada hari ini dan kemungkinan akan ada lagi sedikit penurunan sebelum ia melepasi EMA 100 sepenuhnya dan meneruskan kenaikan ke paras rintangan terdekat. Rintangan dikenalpasti pada 0.61 dan paras sokongan terdekat pada 0.53. Menarik untuk diperhatikan oleh peminat kaunter modal kecil.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
QES membuat breakout dan Friday Rule?QES adalah kaunter kegemaran ramai. Jumaat lepas (2 Julai 2021) telah membuat breakout dengan volume yang agak besar 116.213 juta. Ia telah menjadikan kaunter ini calon sesuai untuk Friday Rule. Secara teknikalnya ia telah memecah harga tertinggi dalam setahun pada 0.940. Paras rintangan yang disyorkan R1 0.96, R2 1.01, R3 1.06 manakala paras sokongan yang stabil pada 0.815. Selamat ber 'untung'. :)
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.