Pengenalan editor pine di tradingviewVideo bukan menunjukkan cara guna atau nak buat skrip, tapi lebih kepada pengenalan saja.
Yang bagusnya editor pine, sekiranya kita ada sistem berdagang sendiri,kita boleh terjemahkan dia dalam bentuk visual pada carta. Mungkin untuk tandakan kawasan beli, jual dan sebagainya.
Pengetahuan asas bahasa pengaturcaraan amat diperlukan sekiranya kita ingin membuat skrip sendiri.
Secara ringkasnya, bahasa pine sangat mudah untuk dipelarai..tapi ade beberapa kekangan yang saya rasa mungkin boleh dipertingkatkan lagi dari pasukan tradingview..
Corak Carta
Fungsi makluman di tradingviewDalam tradingview, ada fungsi makluman yang kita boleh guna pakai mengikut apa saja yang kita nak, samada makluman di bahagian pengimbas atau berdasarkan pergerakan harga di carta.
Untuk video ni, saya tunjukkan cara menggunakan garisan dengan kondisi sekiranya harga melepasi, melintasi atau apa saja pilihan yang ada di pilihan makluman.
# maaf atas kesilapan tarikh..bukan 23, tapi 13 haribulan..
Semoga terhibur.
Chin Well - menanti trend yang lebih sempurnaSaya cuba terangkan secara ringkas kenapa carta chin well tidak begitu menarik bentuknya dan serba sedikit pandangan untuk berdagang sekiranya ada cubaaan untuk membuat satu trend baru.
Hanya pendapat sahaja.
Tidak semestinya betul dan benar. Sila rujuk dengan pakar kewangan atau remiser untuk maklumat yang lebih tepat.
Mengukur potensi target selepas breakout menggunakan garis FIBOSebelum tu , mohon maaf atas kesilapan menyebut TRIANGLE pada awal video..Sepatutnya RECTANGLE.
Bila sesuatu carta mula tembus aras rintangan lama, kita boleh buat beberapa cara untuk mencari potensi target ke atas.
Dalam video ini, saya cuba menerangkan serba ringkas menggunakan tools FIBONACCI RETRACEMENT yang ada di tradingview. Yang kita nak lihat adalah extension ratio.
Penerangan di atas juga boleh diterbalikkan untuk carta yang tembus aras sokongan bagi mencari potensi target ke bawah.
Semoga terhibur.
Kepentingan aras tertinggi cartaSelalu kita rasa takut bila carta sudah mula melepasi harga tertinggi yang dia pernah buat. Memang sudah lumrah, lagi2 kalau kita sudah beli dari bawah.
Bagi carta yang syarikatnya ada cerita, ada kisah yang baik, bila harga berjaya naik melepasi harga tertinggi menunjukkan ada suatu kuasa minat belian yang kuat.
Sebagai trader, carta2 seperti inilah yang sepatutnya berada dalam pemerhatian kita.
Semoga terhibur.
Kepentingan garis Moving Average 200Secara umumnya, dengan melihat kedudukan harga semasa dengan garis MA 200, kita boleh sesuaikan teknik berdagang kita samada untuk berdagang secara breakout, pullback, jangka pendek atau jangka panjang..
Harga di atas MA 200 - carta dikategorikan sebagai bullish.
Harga di bawah MA 200 - carta dikategorikan sebagai bearish.
Struktur asas carta seperti HIGH, LOW, HIGHER HIGH, HIGHER LOW, LOWER HIGH dan LOWER LOW juga perlu diberikan perhatian bagi menentukan samada carta itu dalam trend menaik, menurun atau melintang.
Setiap trend pasti ada peluang untuk berdagang.
Melihat corak lilin (candlestick pattern) pada penapisPada yang mengguna pakai alat penapis (screener) di tradingview, ada satu kolum tambahan yang kita boleh letak untuk melihat corak lilin (candlestick pattern).
Ruangan kolum juga ada icon bagi menggambarkan corak yang sedang berlaku. Sangat membantu kita untuk membuat pemilihan carta dan melakukan analisis lanjut.