CONSUMER (Tiga Sentuhan Menatijahkan Tiga Rumusan)Idea analisis :
- Sektor CONSUMER masih berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan trend line sebagai support.
- Sekarang merupakan kali ketiga sektor CONSUMER membuat rejection di atas trend line. Jadi, penulis juga akan mengemukakan 'tiga JIKA' sebagai rumusan:
1) JIKA sektor CONSUMER mampu bertahan di atas trend line, indeks mampu mencapai paras 650 mata.
2) JIKA harga tidak mampu bertahan di atas trend line, support seterusnya adalah pada paras RBS iaitu pada paras 582 - 589 mata.
3) JIKA indeks tidak mampu bertahan di atas RBS, sektor CONSUMER mungkin telah membuat reversal.
Nota kaki :
* Rejection = Keadaan dimana indeks menyentuh paras tertentu samada resistance atau support.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Consumer
CONSUMER (Berjayakah Melantun di atas Garis Trend?)Sektor CONSUMER dilihat berada dalam uptrend dengan menjadikan trend line sebagai support. Sektor CONSUMER juga berjaya membuat pergerakan HHHL. Terkini, sektor CONSUMER dilihat bertenggek di atas trend line.
Adakah sektor CONSUMER berjaya rebound di atas trend line ini? Jika berjaya, sektor CONSUMER berpotensi menuju ke paras 650 mata. Jika tidak berjaya, support seterusnya adalah pada 617 mata yang merupakan RBS bagi sektor ini. Jika harga tidak dapat bertahan di atas paras 617 mata ini, kemungkinan sektor CONSUMER bertukar arah kepada downtrend dan paras support seterusnya adalah pada 582 mata.
Nota kaki:
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
SEKTOR CONSUMER : PERLAHAN DALAM KENAIKAN1. Sektor CONSUMER meneruskan kenaikan tetapi pada kadar perlahan selepas melakukan PULLBACK pada 23 Dis 2020.
2. Kaunter berkaitan kepenggunaan boleh diperhatikan.
3. Jika memecahkan rintangan 622.18 akan kembali kepada trend kenaikan.
#sekadarpandanganperibadi
Volum tinggi untuk PELIKANPELIKAN kini kembali dengan minat pembelian tinggi sejak hujung bulan Disember 2019 lalu.
-monitor jika harga mampu untuk mengatasi rintangan seterusnya pada aras 0.385 untuk harga terus rally.
-sokongan boleh dirujuk pada 0.340
KHEESAN, untuk contoh pelaburan nyataJarang konsisten profit?
KHEESAN untuk contoh pelaburan nyata bagi stok market.
FOMO (fear of missing out) adalah satu emosi yang perlu di ditinggalkan, lebih2 lagi kepada pedagang2 yang baru. Boleh rujuk contoh dalam carta bagaimana fasa lazim untuk pelaburan dalam stok market. Cuba abaikan news, dan fokus untuk carta di mana semuanya telah di terjemah pada carta.
Kheesan telah trending, dan telah rebound dan pullback di kawasan harga sebelumnya.
Pedagang seharusnya melatih diri untuk lebih kepada pelabur, dan tunggu untuk masa yang sesuai sebelum melabur supaya tidak melebur. Keuntungan pastinya tidak akan datang sekelip mata.
SERNKOU - kembali menarik minat pelabur dgn keputusan YoY baikSERNKOU, volum dagangan kini dapat dikesan selepas gradual QoQ improvement, seterusnya dengan keputusan YoY yang semakin baik.
-peningkatan volum dapat dikesan sejak Jun lalu
-Harga kini akhirnya trending semula pada atas EMA50 dan SMA200.
-Harga terkini juga mampu untuk mengatasi rintangan semasa pada 0.595.
-Destinasi seterusnya pada rintangan 0.640
SALUTICA - juga untuk diperhatikan SALUTICA masih lagi kekal untuk bertahan pada sokongan atas 0.59 dan kini dalam cubaan untuk membentuk pennat. Jika lepas, destinasi seterusnya adalah pada rintangan 0.650.
Volum dagangan belum lagi meyakinkan, dan teruskan monitor untuk jika harga mampu untuk BO pennant pattern.
BJLAND - masih bertahan pada sokongan BJLAND masih lagi mampu untuk bertahan pada sokongan kuat 0.20, dan kini mencuba untuk naik semula dengan harga tertinggi 0.215 pada hari ini.
Volume dagangan masih belum meyakinkan untuk harga terus naik keatas.
Jika momentum pembelian berterusan rintangan seterusnya pada 0.23 dan seterusnya pada 0.24
SIME DARBY - Mungkin petanda untuk kembali uptrendSIME DARBY kini telah mampu untuk bertahan pada atas SMA200, setelah sekian lama dalam keadaan downtrend/consolidation.
Garis major downtrend juga mampu di atasi, dan telah membentuk sokongan pada kawasan 2.26 yang juga di sokong dengan SMA200 untuk stok tersebut.
Harga juga terus bertahan dan rebound pada sokongan kuat pada kawasan 2.04-2.10
Untuk kepastian perubahan trend dan peluang entri, tunggu jika harga mampu untuk mengatasi rintangan pada aras 2.36.
PWROOT - Biar carta berbicara PWROOT, merujuk kepada post saya sebelum ini telah terus rally selepas berjaya untuk break major trendline.
Target untuk TP masih lagi jauh.
QR yang baik baru2 ini juga menjadi pemangkin untuk harga terus naik.
Peluang entri + confirmation pada aras 1.50
Target seterusnya pada kawasan rintangan double top, 2.29
FOCUSD - Cubaan untuk diperhatikanFOCUS DYNAMICS - telah berjaya membentuk sokongan pada aras 0.32 dan kini membuat cubaan untuk melepasi garis trend.
Rintangan seterusnya pada R1 0.375 dan R2 harga tertinggi pada 0.395
Melalui analisis volum, volum penjualan masih rendah (pelabur masih banyak diam dalam). Dan volum hari ini untuk cubaan trend keatas juga adalah agak rendah. Monitor untuk momentum pembelian seterusnya.
PADINI - tunggu pembentukan sokongan untuk rebound semulaPADINI baru2 ini telah melonjak naik, selepas mencapai sokongan terendah (3.22), yang pernah terbentuk pada hujung Dis 2018 lalu. QR pada bulan ini juga agak meyakinkan, selepas berjaya kembali untuk mengaut keuntungan yang agak baik.
Kini masih lagi dalam keadaan koreksi dan cuba untuk membentuk sokongan pada 3.6. Sokongan seterusnya adalah pada aras 3.54.
Jika harga mampu untuk bertahan pada aras ini, rintangan pada 3.77 dan seterusnya pada 3.90
PCCS - singal untuk break trend keduaPCCS jumaat lepas, mendapat kenaikkan kenaikkan harga dengan volume dagangan yang agak significant, menandakan signal untuk terus rally.
-Harga hampir melepasi DTL kedua
-Harga masih berada di atas EMA50 dan SMA200, yang kini sedang mengambil angle untuk rising keatas (good uptrend)
-Sokongan kedua terbentuk pada 0.355, selepas koreksi panjang.
-Sokongan kedua pada aras 0.45
-Monitor jika harga berjaya melepasi trendline dan destinasi seterusnya pada rintangan semasa, 0.5
FA Rating 4.1/10
TEOSENG - Masih lagi Uptrend untuk jangka panjangTEOSENG telah melalui koreksi yang agak kuat sejak keputusan QR1 FY19 yang lalu.
-Telah rebound pada Sokongan 1.02, kini harga telah menyentuh EMA50
-Melalui analisis volum, minat pembelian makin bertambah sejak minggu lalu
-Stoch kini telah merentasi Oversold area, dan kini menuju ke atas
-R1 berada pada aras 1.24
-Mengumumkan dividen tertinggi, 3 sen dan EX-Date pada 17Jun19
-Monitor untuk momentum pembelian seterusnya
FA Rating - 5.5/10