naimmp98

CONSUMER (Berjayakah Melantun di atas Garis Trend?)

MYX:CONSUMER   Bursa Malaysia Consumer Products Index
Sektor CONSUMER dilihat berada dalam uptrend dengan menjadikan trend line sebagai support. Sektor CONSUMER juga berjaya membuat pergerakan HHHL. Terkini, sektor CONSUMER dilihat bertenggek di atas trend line.

Adakah sektor CONSUMER berjaya rebound di atas trend line ini? Jika berjaya, sektor CONSUMER berpotensi menuju ke paras 650 mata. Jika tidak berjaya, support seterusnya adalah pada 617 mata yang merupakan RBS bagi sektor ini. Jika harga tidak dapat bertahan di atas paras 617 mata ini, kemungkinan sektor CONSUMER bertukar arah kepada downtrend dan paras support seterusnya adalah pada 582 mata.

Nota kaki:
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.