naimmp98

CONSUMER (Tiga Sentuhan Menatijahkan Tiga Rumusan)

MYX:CONSUMER   Bursa Malaysia Consumer Products Index
Idea analisis:
- Sektor CONSUMER masih berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan trend line sebagai support.
- Sekarang merupakan kali ketiga sektor CONSUMER membuat rejection di atas trend line. Jadi, penulis juga akan mengemukakan 'tiga JIKA' sebagai rumusan:
1) JIKA sektor CONSUMER mampu bertahan di atas trend line, indeks mampu mencapai paras 650 mata.
2) JIKA harga tidak mampu bertahan di atas trend line, support seterusnya adalah pada paras RBS iaitu pada paras 582 - 589 mata.
3) JIKA indeks tidak mampu bertahan di atas RBS, sektor CONSUMER mungkin telah membuat reversal.

Nota kaki:
* Rejection = Keadaan dimana indeks menyentuh paras tertentu samada resistance atau support.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.