Ramalan dan Analisis

Crab

Crab Pattern adalah satu struktur lanjutan 5-mata ketidakseimbangan yang telah ditemui oleh Scott Carney pada tahun 2000. Ia mempunyai ukuran-ukuran Fibonacci yang specifik bagi setiap mata di dalam strukturnya dan ia adalah penting untuk difahami bahawa D bukannya satu mata, sebaliknya adalah satu zon dimana harga mungkin diterbalikkan yang dipanggil sebagai Potential Reversal Zone (PRZ). Unduran balik mata B bagi kaki XA utama terletak di antara 0.382 dan 0.618 serta PRZ tersebut terdiri daripada 3 tahap pengumpulan harmonik : 1) lanjutan 1.618 bagi kaki XA utama, 2) corak AB=CD, sama ada setara,1.27 atau 1.618 dan 3) Unjuran Extreme BC untuk 2.24, 2.618, 3.14 atau 3.618.

Sasaran pertama ialah 382 unduran balik AD dan sasaran kedua ialah 618 unduran balik AD. Tahap-tahap hentian biasa adalah terletak di belakang tahap struktur berikutnya selepas mata D atau sambungan 2.0 bagi XA. Pelabur yang konservatif akan mencari lebih pengesahan tambahan untuk analisa ini. Corak-corak ini boleh menjadi bearish dan bullish. TradingView mempunyai alat lukisan yang pintar untuk mengenalpasti secara visual struktur-struktur pembalikan 5 mata ini pada carta.
Tunjukkan Lebih Banyak Idea
1
2
1
2