mhb- bullish atau bearish wedge in the making ?N OTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
1. anticipate membentuk bullish wedge ?
2.jika perkara diatas berlaku berkemungkinan akan
membuat pergerakan seperti di carta.
-boleh kaji sambil mencari peluang jika kena dengan kajian masing2
.trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
~bolehlah dikaji bersama
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "upper dead cross "
`RSI :49.49
`obv: menurun
`bb:3.90% (upper band-4 hari)
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
Idea komuniti
Jetson Banyak Shark Doo Doo Masuk? Volum Mencanak!Kaunter: Jetson
Sektor: Industri Produk & Auto Parts
Jetson trending harga berjaya 'breakout dengan volum' memecah harga 220-225.
Dijangka akan mencari resitance gann seterusnya sekitar harga 255-280.
Kaunter secara keseluruhan sedang dalam fasa menaik:
-berada di atas mid BB (ma20)
-berada di atas ema 50
-berada di atas ema 100
swing short term ok, swing long term tunggu bo atas sma 200 dulu, harga masih di bawah sma200.
-stochrsi biru bersilang ke atas merah (bullish)
Sekadar kajian tujuan pembelajaran sahaja. Bukan buycall. Tayor
3 tip untuk membina satu set minda profesional 🎯Hai Semua! 👋
Hari ini, kami akan bercakap mengenai pembinaan satu set minda profesional. Walaupun topik ini sudahpun menjadi subjek untuk pelbagai buku-buku dan sastera perdagangan selama bertahun-tahun, kami fikir ia adalah menarik untuk mengambil beberapa bahagian paling penting untuk komuniti TradingView. Mari kita bermula!
1.) Mula berfikir dalam Kebarangkalian 🔢
Mari kita lihat dengan pantas kepada satu daripada konsep-konsep paling penting di dalam Dagangan dan di dalam kehidupan: Nilai Jangkaan.
Nilai Jangkaan adalah hanya satu nombor yang menunjukkan, berdasarkan pada kebarangkalian, nilai apabila melakukan sesuatu tindakan. Ia boleh menjadi positif atau negatif. Bolehkah dagangan ini menghasilkan wang? Patutkah saya menukar kerjaya? Patutkan saya mengahwini pasangan saya? Semuanya akan pergi kepada Nilai Jangkaan. Sekarang - Apakah yang membuat Nilai Jangkaan? 2 perkara: %Nisbah Bat dan Menang/Kalah.
Nisbah Bat adalah peratusan kemenangan lawan hasil keseluruhan. Menang/Kalah adalah saiz kemenangan purata dibahagikan kepada saiz kekalahan purata. Apakah peluang perkara ini akan terjadi? Sebesar mana kemenangan? Sebesar mana kekalahan? Apabila anda menggabungkan nombor-nombor ini, anda akan dapat memahami dengan lebih jelas samada ia masuk akal atau tidak untuk melakukan sesuatu tindakan.
Katakan sebagai contoh, bahawa satu idea dagangan tertentu mempunyai 50% peluang untuk menjadi. Satu kemenangan akan memberikan anda $2, manakala satu kekalahan akan merugikan anda $1. Patutkah anda mengambil dagangan itu?
Jom kita cuba. Di dalam contoh ini, anda mengambil dagangan ini 100 kali. 50 kali, anda menang $2, dan 50 kali anda rugi $1. Anda akan berakhir dengan satu jumlah keuntungan sebanyak $50! ((50x2)-(50x1)). Sudah jelas bahawa dagangan ini mempunyai nilai dijangka yang positif! Jadi, walaupun jika anda mengambil dagangan dan berakhir dengan satu kekalahan, anda masih membuat satu keputusan yang tepat, jika anda melihat daripada satu pendirian Nilai Jangkaan .
Kesulitan dengan menggunakan Nilai Jangkaan adalah Nisbah Bat dan Menang/Kalah adalah bukan nombor tepat. Mereka adalah anggaran. Jadi, membina satu perasaan bahawa kemungkinan sesuatu akan terjadi, dan membina satu pemahaman untuk amplitud kemenangan dan kekalahan adalah satu kemahiran untuk dibina samada untuk berdagang dan kehidupan. Satu jalan mudah untuk menentukur antena anda untuk ini adalah hanya dengan membuat satu nota apa yang anda jangkakan akan terjadi di dalam jurnal dagangan anda. Selepas anda melakukan banyak pengulangan secara berterusan, keupayaan anda untuk meneka hasil yang akan terjadi akan bertambah baik.
2.) Kesedaran diri 😵💫
Di dalam dagangan, perlakuan semua peserta-peserta pasaran adalah didorong oleh 2 ketakutan: ketakutan terlepas peluang dan ketakutan kerugian . Dalam kata lain, ketakutan dan ketamakan. Bergantung kepada keadaan otak dan pengalaman hidup anda, berkemungkinan salah satu daripada ketakutan-ketakutan ini akan memberikan impak kepada anda lebih kuat dari yang lain.
Cuba fikirkan senario berikut: Anda membuat satu dagangan, dan posisi itu mula bergerak mengikut arah yang anda mahukan. Aset itu kemudiannya mula bergerak ke sisi. Mari kita meneliti dua jalan pergerakan ini boleh pergi:
a - anda menutup posisi anda. Kemudian aset itu mula bergerak sekali lagi ke arah yang anda mahukan, harga kemudian naik tiga kali ganda. Anda terlepas pergerakan ini, kerana sekarang anda telah keluar dari posisi anda untuk satu keuntungan yang kecil.
b - anda tidak keluar dari posisi, dan aset itu berundur semula kepada titik renti rugi anda, dan anda mengambil satu kerugian pada dagangan.
Yang manakah di antara senario-senario ini lebih menyakitkan kepada anda? Tiada jawapan yang *betul* atau *salah*, tetapi ia adalah penting untuk mengetahui ketakutan manakah yang lebih kuat memberikan kesan kepada keadaan membuat keputusan di dalam otak anda. Jika anda mendapati anda adalah lebih cenderung kepada FOMO, cuba cari satu strategi di mana anda boleh memeras sebanyak mungkin keuntungan untuk satu dagangan yang berjaya. Jika anda lebih cenderung kepada ketakutan mengalami kerugian, cuba cari satu strategi di mana kemungkinan untuk mengambil kerugian besar atau konsisten itu paling kurang terjadi.
3.) Kebolehgunaan strategi adalah sangat penting ✅
Tip ini merujuk kembali kepada tip terakhir mengenai kesedaran diri, dan ia benar-benar menekankan mengenai kepentingan konsistensi dalam berinteraksi dengan pasaran.
Apabila anda berinteraksi dengan pasaran, mempunyai satu pelan dagangan yang ditulis dan difahami sepenuhnya adalah kunci kepada kejayaan. Dana lindung nilai terbesar dan paling elit di dunia mempunyai mandat pelaburan yang ditakrifkan dengan jelas, amalan terbaik dan pelan perniagaan. Kenapa anda fikir anda tidak memerlukan satu pelan?
Berkenaan itu, bukan semua pelan-pelan dagangan adalah dicipta serupa, dan walaupun pelan-pelan yang disusun rapi terbaik...dll.
Apabila mereka satu pelan dagangan, banyak pedagang-pedagang baru atau pertengahan menfokuskan sepenuhnya kepada aspek membuat duit. Seperti, 'strategi apakah yang boleh memberikan saya keuntungan paling tinggi pada satu jangka masa yang ditentukan.' Bagaimana saya mendapat kelebihan? Biasanya ujian belakang, penyelidikan asas, visi, dan lain-lain memainkan satu peranan di dalam membantu menjelaskan kriteria untuk satu strategi yang menguntungkan.
Akan tetapi, pedagang-pedagang mahir mengetahui bahawa ada sesuatu yang lebih penting daripada mentakrifkan kelebihan anda; memastikan konsistensi .
Sebagai contoh, katakan anda telah mendapat satu strategi dagangan yang sempurna yang sepatutnya, dalam teori, di masa hadapan, membenarkan anda berdagang dengan sangat efisyen. Pelan itu memaparkan satu set kriteria yang sempurna untuk membeli kawasan terendah dalam pasaran, dan menjual di kawasan tertinggi pasaran. Untuk orang-orang baru, ini adalah cawan suci. Akan tetapi, hanya kerana anda *memahami* satu strategi tidak bermaksud anda mampu *melaksanakan* strategi.
Anda boleh menguji strategi sempurna ini di dunia nyata, dan jika anda tidak mempu melaksanakan set peraturan yang anda telah bentangkan untuk diri anda di dalam masa kejadian disebabkan oleh keadaan psikologi anda, ia adalah tidak bermakna sebanyak mana pun kelebihan yang strategi itu ada. Anda tidak boleh melaksanakannya.
Jadi, mencari satu strategi yang anda boleh mendorong diri anda melakukannya dengan konsisten, tidak kira apa yang terjadi di dalam pasaran, ia adalah tersangat penting.
Di dalam terma nilai jangkaan dan kesedaran diri, mempunyai satu strategi yang 30% efisyen tetapi anda boleh melaksanakan dengan 100% kepastian adalah lebih berharga daripada satu strategi yang 70% efisyen yang anda hanya boleh laksanakan dengan tepat hanya 40% pada satu-satu masa.
Tidak menjadi tertekan daripada satu kerugian adalah satu kekuatan sebenar. Reka untuk mencegah kesilapan, bukan kerugian.
-
Apapun, terima kasih sekali lagi kerana membaca, dan selamat berhujung minggu! Beritahu kami dengan satu komen di bawah jika anda telah mempelajari apa-apa, dan kami akan mempertimbangkan untuk melakukan satu siri penuh mengenai psikologi dagangan gunaan.
Selamat!
- Pasukan TradingView
INARI bearish momentum berkurangan1. Resistance R1 pada 3.16 dan Resistance yang terdekat pada Downtrend Line.
2. Support S1 pada 2.73, S2 pada 2.565 dan S3 pada 2.27.
3. MACD menunjukkan bearish momentum berkurangan.
4. SmartMCDX menunjukkan big money belum masuk.
5. Volume masih di bawah daily average.
6. Jika candle dapat stay atas S1 maka ada kemungkina break Downtrend Line 1.
7. Jika gagal break DTL 1 maka akan bergerak di sideway sementara volume dan big money masuk.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
KRETAM - Bertapak di sokongan RBSSektor:
- Plantation
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- KRETAM jelas dalam tren menaik apabila masih atas garisan menaik.
- KRETAM dilihat berada di sokongan RBS 0.695.
- Volume dilihat volume belian masih menguasai pasaran.
-KRETAM berada pada kawasan RSI 60 berdasarkan indikator RSI yang menandakan momentum kuat untuk meneruskan perjalanan.
Dari sudut pemilihan kaunter
- Breakout garisan menurun - Reversal sign
- Momentum stock - RSI60-80
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
CUSCAPI : HIDEN VOLUME DI PARAS BAWAH SALURAN MENAIKKebanyakan para pedagang akan menunggu harga breaks resistance atau trendline ketika harga telah pun mencapai jajaran ambilan untung. Berbeza dengan pedagang institusi atau istilah "jerung" yang dilihat mula memasuki pasaran pada ketika harga dalam sideway dan ketika isyarat teknikal 25%(potensi reversal). Secara keseluruhan, sosoknya dikesan selepas selling pressure berlaku.
IDEA :
1. Paras harga di bawah (dalam keadaan sideway/trend menaik)menjadi tumpuan banker/institusi untuk dagangan
singkat/sederhana.
2. Harga sokongan dan rintangan merupakan zon penting sebagai instrumen dalam menyusun pelan dagangan.
3. Memasuki pasaran ketika harga at the bottom/sokongan adalah satu kawalan emosi iaitu mengurangkan trap of market
ketika harga di puncak.
*analisis ini berdasarkan kajian & pandangan admin semata-mata, kemungkinan ia berbeza dengan kefahaman anda.
PENAFIAN:
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
SDS membentuk bentuk wedge1. Resistance R1 pada 0.40 dan R2 pada 0.48.
2. Support S1 pada 0.35 dan S2 pada 0.315.
3. MACD menunjukkan bullish momentum berkurangan.
4. Bolliner Band macam nak mengecil.
5. Volume agak rendah.
6. SmartMCDx menunjukkan big money masih ada.
7. VPVR menunjukkan pembelian tinggi berlaku pada harga 0.43.
8. Jika candle bertahan di atas garisan uptrend maka boleh test R1 dan Garisan Resistance.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
19 April 2022 | Pound menguat Analisa ringkas pandangan peribadi dagangan tempoh singkat peribadi GBPAUD tempoh semasa.
.
Perkara yang kita perlu perhatikan pada carta GBPAUD
1. Berpandukan pada carta harian, trend harga harga adalah bearish ekoran dari kesan sentimen perang Rusia-Ukraine.
2. Aliran harga adalah bearish tetapi telah berjaya memecahkan trendline bearish yang mana perubahan trend bakal terbentuk.
3. Unjuran juga meramalkan pembentukan harga new high berkemungkinan bakal terbentuk.
4. Perlu berhati hati pada paras mata harga rintangan kerana berlakunya perubahan reaksi harga pada paras tersebut.
5. Pada sudut fundamental, pihak bank pusat England juga menyatakan polisi kewangan baharu pada Pound agar kadar inflasi dapat dikawal. Manakala bank pusat Australia masih kekal dengan polisi sedia ada. Situasi ini akan lebih memihak kepada matawang Pound.
.
Selamat Berdagang.
.
*PENAFIAN : Keputusan pelaburan/dagangan di pasaran saham, niaga hadapan & derivatif melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan . Ilustrasi/Peringatan ini hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu instrumen perdagangan. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
Sudah sampai masa meneruskan perjalanan?Hongseng telah memantul di MA200 yang mana sebelum itu ia telah berikan isyarat bullish reversal iaitu Bullish Engulfing.
Sasaran jangka pendek ialah di RM3.00 iaitu sekitar 12% ROI dari harga semasa.
52 Weeks High terletak di RM3.84 yang akan menjadi benchmark samaada ia akan sambung rally atau masih lagi dalam konsolidasi yang panjang.
Hongseng merupakan syarikat turn around iaitu kembali membuat keuntungan. Boleh dilihat revenue dan net profit pada 2 suku terakhir sangat baik berbanding pendapatan selama beberapa tahun kebelakangan.
Ini menunjukkan Hongseng kini dalam keadaaan yang sangat baik dan menjadi ramuan untuk melepasi 52 weeks high dan seterusnya rally untuk jangka masa panjang.
Ditambah pula berada dalam kategori Teknologi yang dikatakan evergreen terutama untuk growth stock.
KAJIAN: ANALISIS STRATEGI BREAKOUT,CHART PATTERN,UNJURAN NILAI Analisis di atas adalah salah satu kajian ringkas berkaitan strategi breakout yang boleh digunakan dalam sesuatu dagangan. Ia menunjukkan pola pembentukan harga daripada paras bawah dan bermulanya harga breakout kali pertama dan seterusnya serta sehinggalah kepada harga tertinggi yang dicapai.
ANALISIS BREAKOUT
= kali pertama ( FRESHBREAKOUT )breakout menunjukkan volume semakin meningkat, fresh breakout ini berlaku ketika harga sebelum berada dalam sideway atau tren menurun.
= kali kedua ( 52WH BREAKOUT),volume semakin bertambah, harga 52 minggu telah pecah.
= kali ketiga ( ATH BREAKOUT ), harga tertinggi telah dicapai, ini menunjukkan momentum harga akan lebih kuat. Perubahan harga mencapai lebih 80% bermula dari breakout kali pertama.
= ENTRY area adalah kawasan petak berwarna purple iaitu support area dimana ia adalah harga yang break sebelum ini. Ia dinamakan RESISTANCE BECOME SUPPORT(RBS)
*pedagang perlu menganalisis FALSE BREAKOUT bagi mengenalpasti kemenjadian sesuatu BREAKOUT.
ANALISIS CHART PATTERN.
= Pola pergerakan harga harian telah membantuk satu corak yang dinamik dimana ia membentuk " CHART PATTERN".
= dalam analisis ini, terdapat dua corak iaitu PENNANT PATTERN dan FLAG PATTERN.
= PENNANT > candle panjang terbentuk sebelum pembentukan pattern, dalam keadaan uptrend, tempohnya dalam sebulan sahaja.
= FLAG PATTERN > selepas pembentukan candle bullish yang panjang ia membuat pembetulan dalam beberapa hari sahaja sebelum harga naik semula. Ideanya adalah entry ketika harga pembetulan(pullback/support RBS).
UNJURAN NILAI
= daripada analisis di atas ia menunjukkan harga membuat perubahan menaik yang ketara selepas berlakunya breakout.
= dalam tempoh di atas, ia membuat unjuran sebanyak 40% sehingga 80% setiap kali breakout.
= unjuran lebih tinggi boleh dibuat apabila harga telah memecah harga 52 minggu dan ia menunjukkan trend yang semakin menaik.
* analisis ini adalah berdasarkan analisis teknikal sahaja.
* terdapat analisis lain ( teknikal/fundamental ) yang perlu ditimbang tara
PENAFIAN:
CATATAN INI ADALAH KAJIAN DAN IDEA ANALISIS UNTUK PENDIDIKAN SAHAJA. PLEASE TAKE NOTE, TRADE AT YOUR OWN RISK.
TENAGA Hampir Bersedia Nak Ke BulanHenlo uolls
Ok, so Tenaga ni kalau tengok di Monthly Chart dah hampir selesai buat corrective wave Grand Supercycle Wave 4. So dia nak sambung buat Grand Supercycle Wave 5. An impulsive wave, 1-2-3-4-5 ke atas insyaAlloh.
Kalau tengok di Weekly chart pulak, market tengah buat falling wedge/ending diagonal. Kalau breakout resistance wedge tu insyaAlloh ke bulan lah dia.
Teknikal lain yang menguatkan analisis:
- Resistance 1 dah pun break decisively
- EL7 & retest
- CMF pun ada divergence dan molek sangat bawah 0 line.
So, duit KWSP masuk nanti bolehlah taram bebanyak lot k. Tunggu breakout resistance dulu. Peram lah sampai bini beranak 4.
Please do your own research, this is for educational purpose only.
FRONTKN membentuk segitiga symmetrical1. Resistance R1 pada 2.92, R2 pada 3.095 dan R3 pada 3.30.
2. Support S1 pada 2.765 dan S2 pada 2.54.
3. SmartMCDX menunjukkan big money belum masuk.
4. MACD menunjukkan bearish momentum berkurangan.
5. Volume masih di bawah daily average.
6. Garisan downtrend menjadi resistance yang kuat.
7. Jika candle bertahan di atas S1 mungkin bergerak di sideway sementara big money masuk.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
BPLANT - Setup Box Trading (T+ Channel) - 11 April 2022Sektor : Tanaman
1. TREND MINGGUAN – Menaik
TREND Semasa (Hari) – Menaik
2. Market Structure
Mingguan - Berada di Paras kerendahan tertinggi (LH)
Daily - Berada di Paras kerendahan tertinggi (LH)
3. Hari ni kaunter ini naik dengan volume. Maka dapat disimpulkan candle hari ini ialah T+0. Sekiranya esok harga kekal di atas harga terkini. Strategi (Spring A) sesuai digunakan. Namun, sekiranya harga melakukan pullback, strategi (Spring B) boleh digunakan. Perhatikan pergerakan harga pada T+3. Major support (1.06).
4. Harga perlu melepasi paras harga (1.18) untuk meneruskan kenaikan. Selagi mana ia tidak memecahkan lilin hijau pada 10hb April, ia masih ada momentum ke atas. Perlu memecahkan paras validation untuk meneruskan kenaikan. Peluang ketika lilin membuat ketinggian terendah di tempoh masa yang lebih rendah.
5. Paras Sokongan (1.06), Paras Rintangan (1.16)
6. Paras harga pengesahan (Validation) : 1.10
7. Daily 64%, Weekly RSI 70%
Penafian = Saya sedang belajar, bukan pakar saham. Perkongsian ini BUKAN saranan membeli & menjual @ nasihat pelaburan, tapi sekadar perkongsian teknikal dalam pembelajaran terhadap kaunter di Bursa Malaysia, sebarang beli jual atas risiko masing². Dagangan atas kertas adalah DIUTAMAKAN.😉
TANCO - Cecah aras fibo 161.8%. Sambung atau retrace?Sektor:
- Property
Idea analisis:
Sudut Teknikal
- TANCO dilihat dalam fasa mark up/uptrend.
- TANCO dilihat sudah mencapai aras fibo 161.8% dan menjadi persoalan sambung kenaikkan atau retrace?
- Di dalam carta, jelas volume belian masih menguasai pasaran.
- Keberangkalian, aktiviti profit taking akan berlaku dan disarankan berwaspada dengan trading plan anda.
- Indikator RSI menunjukan TANCO masih berada di kawasan RSI 70 dan berada di dalam kawasan OVERBOUGHT.
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Penampakan Bullish Divergence Pada Kaunter MflourSecara keseluruhan kaunter Mflour dilihat mampu membuat kenaikan seperti jangkaan lakaran di dalam carta.
Kesan dividen*
Namun begitu, seperti yang kita sedia maklum kaunter yang memberi dividen, selalunya akan membuat pelarasan harga.
Harga selalunya turun terlebih dahulu sebelum rebound dan membuat kenaikan semula, maka sila trade dengan
berhati-hati, jika harga tidak berjaya bertahan mungkin akan mencari support 560.
Maka adalah lebih baik untuk tunggu harga break downtrend line sebelum entry. Pastikan harga kekal berada atas 620.
Boleh menggunakan bollinger bands sebagai rujukan, setelah harga berjaya naik di atas middle BB (MA20) boleh sahaja ride the trend.
Untuk swing harga di jangka bergerak mencari 705/710,845/850 seterusnya mencari zone snd (980 dan ke harga psikologi RM1).
Perhatikan ada gap yang perlu ditutup juga.
Sekadar kajian & pandangan saya semata-mata. Bukan buycall. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan anda #tayor
ANALISA XAG USDFOREXCOM:XAGUSD
Xag Usd masih berada di dalam keadaan market yang mendatar (candle berada di dalam keadaan BB yang mendatar)
Berlakunya keadaan CANDLE ARAH SELL KUKUH sebelum ini (trending SELL yang berterusan).
Market sebelum ini telah menyentuh resistance tertinggi pada harga (25.970 - 26.500). Market juga menyentuh support terendah pada harga (24.460).
Ini disebabkan keadaan pasaran yang mendatar.
Market di anggarkan akan terus membuat penurunan sehingga support terendah pada harga (23.900 - 23.300).
Sekiranya candle menaik melepasi garisan MA50 dan MID BB market akan bertukar arah BUY dan dijangka menurun sehingga resistance tertinggi
pada harga (25.400 - (25.900).
Bagaimana mencari penganalisa yang tepat di TradingViewHai semua! 👋
Minggu lepas, kami telah menyiarkan satu siaran mengenai beberapa penulis-penulis yang semakin dikenali di platform kami, yang telah mencetuskan banyak maklum balas yang bagus daripada komuniti. Dan, sementara kami merancang untuk mengeluarkan senarai “kompilasi” itu secara bulanan pada masa hadapan, kami fikir ia adalah bagus untuk menonjolkan beberapa cara anda boleh mencari penulis-penulis yang berwawasan / berkemahiran yang berdagang perkara yang sama dengan anda.
Jom kita mula.
Langkah 1 : Buka satu carta apa-apa yang anda mahu dagangkan.
Ini boleh jadi mana-mana aset, pada mana-mana rangka masa lebih tinggi daripada 15 minit - kami tidak membenarkan sesiapa untuk menyiarkan apa-apa pada rangka masa lebih rendah daripada 15 minit.
Langkah 2 : Aktifkan Idea Terlihat Komuniti
Pergi ke rel kanan, dan pastikan anda telah memilih tab strim idea. Ini adalah ikon mentol lampu bergoncang. Dari menu ini, pilih mentol lampu di bahagian atas. Ini akan menjadikan semua idea-idea yang diterbitkan untuk simbol anda dan rangka masa untuk muncul pada carta anda! Jika anda tidak melihat apa-apa, cuba pergi kepada satu simbol yang lebih 'biasa' atau rangka masa. Periksa carta harian untuk AAPL atau BTCUSD.
Langkah 3 : Siapakah yang mendapat kedudukan atas atau bawah?
Dengan tafsiran visual untuk callouts idea panjang dan singkat, ia sepatutnya mudah untuk mencari siapakah yang telah melakukan kerja dengan baik dalam meramalkan apa yang akan terjadi seterusnya. Siapakah yang pertama ke larian besar? Siapakah yang betul dalam mengambil sedikit keuntungan?
Sebaik sahaja anda menjumpai seseorang yang kelihatan melakukan satu kerja yang bagus untuk ini, ia adalah sangat penting untuk melihat bagaimana idea-idea mereka yang lain telah terjadi! Pastikan anda pergi ke profil mereka dan lihat jika kebanyakan idea-idea mereka adalah tepat, atau jika mereka berjaya menjumpai satu juara yang sebenar.
Langkah 4 : Ikuti mereka!
Ini adalah satu cara yang mudah untuk membina satu aliran informasi berkualiti tinggi, dan menyangga proses penjanaan idea anda. Walaupun jika mereka tidak melakukan satu kerja yang bagus dalam mendagangkan idea mereka, masih ada kelebihan di dalamnya untuk seseorang yang mempunyai latihan dagangan yang bagus. Satu strim ikutan dipilih susun secara teliti boleh menjadi satu sumber alfa yang ketara!
Bonus Langkah 5 : Bersihkan strim idea anda.
Satu perkara yang anda juga boleh lakukan adalah menghadkan idea-idea terlihat pada carta anda kepada orang yang anda ikuti. Ini akan menjadikan keseluruhannya jelas jika seseorang yang anda ikuti adalah selalu melakukan kesalahan. Jika sebegini, anda boleh membuang mereka dengan mudah dari suapan janaan idea anda dengan tidak mengikuti mereka lagi. Jadikan suapan idea bekerja untuk anda, dan bukan menyerabutkan anda!
-Pasukan TradingView
JNPR: Memecahkan Rintangan?Juniper Networks Inc dilihat bergerak dalam fasa mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini harga dilihat memecahkan garisan rintangan sekaligus memecahkan paras tertinggi 52 minggu (52W)
Volum penyertaan dilihat menyokong pergerakan harga ketika 'breakout' berlaku
Lilin pada selang harian juga dilihat seakan membentuk corak carta cawan & pemegang (cup&handle)
Pergerakan harga dilihat disokong oleh MA20 dan MA50 sebagai sokongan dinamik terdekat
Petunjuk RSI juga berada di kawasan positif belian menunjukkan kehadiran momentum
Walaubagaimanapun, RSI mingguan dilihat seakan hendak menunjukkan kehadiran 'divergence'
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
FCPO! : CUBAAN BREAKS DOWNTREND LINESAnalisis merujuk kepada Gelombang pembetulan dan garisan arah pergerakan harga semasa pada minggu sebelum.
> masih kekal pada paras sokongan 5900
> harga semasa menuju ke rintangan 1 iaitu daily target dalam saluran regrasi. Jika DTL berjaya break maka sasaran seterusnya
ialah pada rintangan 2 iaitu weekly target.
> Fibo daily sebagai rujukan bagi paras sokongan dan rintangan untuk anggaran perubahan harga dalam seminggu.
PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
Teknik Untuk Mendapatkan Harga Yang Lebih Baik 🎯Hai semua! 👋
Kami telah menerbitkan satu idea mengenai tiga jenis pesanan utama yang digunakan oleh peserta-peserta pasaran. Pesanan pasaran, Pesanan had dan Pesanan renti.
Minggu ini, kami merasakan kami perlu menambahkannya lagi, dan berbincang mengenai teknik-teknik yang pedagang-pedagang profesional gunakan untuk mendapatkan harga yang lebih baik, menggunakan tiga jenis pesanan. 🎯
Teknik 1: Gunakan pesanan Limit-Thru selain dari pesanan Pasaran 📈
Ini adalah satu teknik popular dikalangan pedagang-pedagang di dalam hampir semua keadaan. Jika anda melihat kepada "ambil” kecairan (anda adalah pihak agresif di dalam dagangan), menggunakan satu pesanan Limit-thru adalah sentiasa menjadi pilihan yang lebih baik daripada menggunakan pesanan Pasaran. Pesanan Limit-thru adalah dinamakan sebegitu kerana mereka adalah pesanan Had - “Saya mahu membeli saham pada harga ini dan bukan di bawah” - tetapi harga yang dinyatakan adalah di atas tawaran terbaik.
Sebagai contoh, mari kita lihat kepada AAPL sekali lagi. Katakan saham adalah dibida pada harga $175.01 dah ditawarkan pada harga $175.03. Satu pesanan belian Limit-thru boleh diletakkan pada harga $175.05. Satu pesanan Had seperti ini adalah “menerusi” harga tawaran terbaik, dan adalah “boleh dipasarkan”.
Sebab kenapa pesanan Limit-thru adalah lebih baik daripada pesanan pasaran adalah kerana struktur mikro pasaran.
Jika anda meletakkan pesanan Limit-thru seperti yang dijelaskan di atas, kemudian pesanan anda mungkin tidak dapat diisi semuanya, tetapi anda tidak perlu membayar terlebih banyak dari apa yang anda jangkakan. Dengan satu pesanan pasaran, pembuat pasaran mungkin akan mengisikan 100 saham pertama anda, dan kemudiannya menaikkan tawaran pada pertukaran lain di mana anda akan mendapat semua saham yang anda mahukan.
Pertukaran BATS adalah lebih dekat kepada Manhattan daripada pusat data NY4, yang menempatkan banyak pelayan-pelayan pertukaran yang lebih besar. Ini bermakna pesanan anda mungkin mengenai BATS sebelum pertukaran-pertukaran lain. Jika satu pembuat pasaran mengetahui adanya minat belian di dalam sesuatu, mereka akan mengambil 100 saham pertama untuk sesuatu, kemudian menghantar pesanan anda yang lain kepada pertukaran-pertukaran lain yang mempunyai lebih kecairan dan berpotensi untuk menaikkan tawaran mereka, menyebabkan anda mendapat harga yang lebih buruk.
Ini tidak selalunya terjadi, tetapi keadaan pasaran ditetapkan untuk membenarkan kejadian seperti ini berlaku. Professional akan menggunakan pesanan Limit-thru (dimana harga pesanan adalah tawaran+-0.02c, sebagai contoh) untuk mengetepikan isu-isu ini. Perkara yang sama terjadi apabila menyongsangkan untuk menjual aset.
Teknik 2: Jalankan pesanan anda. 💪
Fakta Menarik: Buku Pesanan yang anda lihat mungkin bukannya Buku Pesanan sebenar. Ianya benar!
Apabila bercakap mengenai pasaran untuk mana-mana ekuiti, ada dua jenis pesanan had: pesanan "Lit" dan pesanan "Dark". Apabila melihat kepada kedalaman pasaran, anda hanya melihat sebahagian sahaja daripada keseluruhan!
Kadang-kadang, akan ada pesanan tersembunyi di antara harga yang anda mahukan dan harga yang ditunjukkan. Dengan meletakkan pesanan anda di antara spread, ia adalah boleh untuk anda mendapat harga yang lebih baik daripada yang anda mungkin dapat daripada pesanan dark / pegs / dll.
Tambahan kepada ini, jika anda meletakkan pesanan anda di antara spread, pesanan anda menjadi harga terbaik yang baru pada bahagian anda. Ini akan menggalakkan seseorang untuk mengambil bahagian berlawanan pada dagangan untuk datang dan menjumpai anda di mana anda berada. Ini adalah benar di dalam pasaran opsyen di mana spread selalunya lebar dan bergerak perlahan. Menjalankan pesanan anda (meletakkannya, dan menggerakkannya ke sana sini) akan hampir pasti mendapatkan pesanan anda untuk terisi daripada menekan harga terbaik dipaparkan pada dagangan sebaliknya.
Pastikan anda tidak terlepas aksi semasa menunggu pesanan diisi!
Teknik 3: Mengambil peluang pada Buku Pesanan. 🧾
Ia adalah jarang terjadi, tetapi kadang-kadang pemain pasaran yang kurang terlatih akan "menunjukkan tangan mereka" di dalam pasaran. Ini selalunya melibatkan satu pesanan had lit yang besar yang terjojol keluar seperti tunggul di dalam buku pesanan. Jika orang ini memulakan isyarat agresif, anda mungkin mampu mendapatkan satu harga yang menarik pada aset yang anda mahukan.
Sebagai contoh: Katakan anda mahu membeli beberapa saham AAPL, dan anda melihat buku pesanan (kedalaman pasaran). Dari sini, anda boleh melihat satu pesanan had yang besar yang menggerakkan harganya turun dan turun di dalam usaha untuk menjadikannya diisi. Tekanan jualan yang ketara ini boleh membawa kepada satu pergerakan harga ketara disebabkan penggerak pasaran menjalankan semua kecairan yang paus ini sedang mencari. Ini akan berterusan untuk beberapa ketika sehinggalah paus ini dapat menjual. Apabila ini berlaku, saham ini besar kemungkinan telah menjumpai satu kawasan permintaan, yang mungkin satu harga yang lebih bagus daripada yang anda jangkakan apabila anda melihat kepada buku pesanan. Kesimpulannya, ia adalah berbaloi untuk mengambil kesempatan ke atas situasi ini jika anda melihat mereka sebelum menghantar pesanan.
Itu sahaja! Beberapa petua dan helah untuk mendapatkan harga yang lebih baik menggunakan pesanan dan buku pesanan.
-Pasukan TradingView 💘
Jika anda terlepas, ini adalah idea permulaannya:
EPMB- Menguji kekebalan rintanganSektor - Auto Parts, Industrial Products & Services
Perniagaan : Manufacturing and distribution of tire retreading materials( Pembuatan dan penyediaan peralatan kenderaan).
Idea analisis
Dari sudut teknikal
1. EPMB memberi tanda-tanda reversal apabila berjaya rebound pada aras fibo 61.8%.
2. EPMB dilihat kembali menguji kekuatan rintangan 1.21 yang merupakan paras RBS lama yang kini dilabel sebagai SBR (Support Become Resistance)
3. Paras harga yang berada di atas awan ichimoku menandakan strong bullish trend.
4. Indikator RSI juga menunjukan EPMB mempunyai momentum yang kuat untuk meneruskan kenaikan apabila berada di atas aras RSI 50..
5. Menarik sekiranya paras harga dapat kekal di atas RM 1.21 untuk meneruskan kenaikan.
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
KLSE BullishKLSE masih dalam keadaan Bullish!
Setelah membuat throw-over dari corak Broadening Wedge yang mencetuskan panik pada ramai traders, keesokannya ia telah membuat isyarat bullish reversal iaitu Bullish Harami .
Kini ia telah membuat retracement sebanyak 61.8% yang mana adalah perkara biasa dalam fasa kick off.
ADX pula telah hampir dengan paras 20 setelah correction (-DI > +DI) mengambil alih bullish sebelum ini (+DI > -DI). ADX berada berhampiran paras 20 menandakan keadaan yang telah tenang setelah correction dan bersedia untuk membuat continuation pada trend sebelum ini (bullish).
Sasaran selamat adalah pada 1630 point iaitu sekurang-kurangnya melengkapkan corak Broadening Wedge .
Analisis ini terbatal (voided) jika indeks terus turun bawah dari 1555. Dan kritikal sekiranya indeks turun melebihi 1541.
Bagaimana Untuk Mencari Saham Baru Untuk DidagangkanHai Semua! 👋
Pernahkah anda merasa penat melihat pada ticker yang sama? Berminat untuk mempelajari sektor-sektor berlainan di dalam ekonomi? Mahu membesarkan bilangan aset yang anda dagangkan?
Periksa Sparks kami.
Kami mencipta Sparks untuk memberi inspirasi dengan cepat kepada anda untuk menggali lebih dalam, untuk mencari peluang-peluang baru dan menarik di dalam pasaran. Sparks adalah senarai amatan yang dibina sepanjang tema-tema menarik.
Di sini ada beberapa contoh:
Saham AI : Apabila anda mahu bertaruh kepada kebangkitan mesin 🤖
Saham Legasi : Syarikat-syarikat yang telah dipegang oleh satu keluarga yang sama untuk beberapa generasi ⌛
Industri Mati : Seseorang harus membuat duit pada keranda, kan? 💀
Saham Angkasa Lepas : Apabila anda mahu portfolio anda berlepas ke kosong G. 🚀
-Pasukan TradingView