BPLANT - Setup Box Trading (T+ Channel) - 11 April 2022Sektor : Tanaman
1. TREND MINGGUAN – Menaik
TREND Semasa (Hari) – Menaik
2. Market Structure
Mingguan - Berada di Paras kerendahan tertinggi (LH)
Daily - Berada di Paras kerendahan tertinggi (LH)
3. Hari ni kaunter ini naik dengan volume. Maka dapat disimpulkan candle hari ini ialah T+0. Sekiranya esok harga kekal di atas harga terkini. Strategi (Spring A) sesuai digunakan. Namun, sekiranya harga melakukan pullback, strategi (Spring B) boleh digunakan. Perhatikan pergerakan harga pada T+3. Major support (1.06).
4. Harga perlu melepasi paras harga (1.18) untuk meneruskan kenaikan. Selagi mana ia tidak memecahkan lilin hijau pada 10hb April, ia masih ada momentum ke atas. Perlu memecahkan paras validation untuk meneruskan kenaikan. Peluang ketika lilin membuat ketinggian terendah di tempoh masa yang lebih rendah.
5. Paras Sokongan (1.06), Paras Rintangan (1.16)
6. Paras harga pengesahan (Validation) : 1.10
7. Daily 64%, Weekly RSI 70%
Penafian = Saya sedang belajar, bukan pakar saham. Perkongsian ini BUKAN saranan membeli & menjual @ nasihat pelaburan, tapi sekadar perkongsian teknikal dalam pembelajaran terhadap kaunter di Bursa Malaysia, sebarang beli jual atas risiko masing². Dagangan atas kertas adalah DIUTAMAKAN.😉
Idea komuniti
TANCO - Cecah aras fibo 161.8%. Sambung atau retrace?Sektor:
- Property
Idea analisis:
Sudut Teknikal
- TANCO dilihat dalam fasa mark up/uptrend.
- TANCO dilihat sudah mencapai aras fibo 161.8% dan menjadi persoalan sambung kenaikkan atau retrace?
- Di dalam carta, jelas volume belian masih menguasai pasaran.
- Keberangkalian, aktiviti profit taking akan berlaku dan disarankan berwaspada dengan trading plan anda.
- Indikator RSI menunjukan TANCO masih berada di kawasan RSI 70 dan berada di dalam kawasan OVERBOUGHT.
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Penampakan Bullish Divergence Pada Kaunter MflourSecara keseluruhan kaunter Mflour dilihat mampu membuat kenaikan seperti jangkaan lakaran di dalam carta.
Kesan dividen*
Namun begitu, seperti yang kita sedia maklum kaunter yang memberi dividen, selalunya akan membuat pelarasan harga.
Harga selalunya turun terlebih dahulu sebelum rebound dan membuat kenaikan semula, maka sila trade dengan
berhati-hati, jika harga tidak berjaya bertahan mungkin akan mencari support 560.
Maka adalah lebih baik untuk tunggu harga break downtrend line sebelum entry. Pastikan harga kekal berada atas 620.
Boleh menggunakan bollinger bands sebagai rujukan, setelah harga berjaya naik di atas middle BB (MA20) boleh sahaja ride the trend.
Untuk swing harga di jangka bergerak mencari 705/710,845/850 seterusnya mencari zone snd (980 dan ke harga psikologi RM1).
Perhatikan ada gap yang perlu ditutup juga.
Sekadar kajian & pandangan saya semata-mata. Bukan buycall. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan anda #tayor
ANALISA XAG USDFOREXCOM:XAGUSD
Xag Usd masih berada di dalam keadaan market yang mendatar (candle berada di dalam keadaan BB yang mendatar)
Berlakunya keadaan CANDLE ARAH SELL KUKUH sebelum ini (trending SELL yang berterusan).
Market sebelum ini telah menyentuh resistance tertinggi pada harga (25.970 - 26.500). Market juga menyentuh support terendah pada harga (24.460).
Ini disebabkan keadaan pasaran yang mendatar.
Market di anggarkan akan terus membuat penurunan sehingga support terendah pada harga (23.900 - 23.300).
Sekiranya candle menaik melepasi garisan MA50 dan MID BB market akan bertukar arah BUY dan dijangka menurun sehingga resistance tertinggi
pada harga (25.400 - (25.900).
Bagaimana mencari penganalisa yang tepat di TradingViewHai semua! 👋
Minggu lepas, kami telah menyiarkan satu siaran mengenai beberapa penulis-penulis yang semakin dikenali di platform kami, yang telah mencetuskan banyak maklum balas yang bagus daripada komuniti. Dan, sementara kami merancang untuk mengeluarkan senarai “kompilasi” itu secara bulanan pada masa hadapan, kami fikir ia adalah bagus untuk menonjolkan beberapa cara anda boleh mencari penulis-penulis yang berwawasan / berkemahiran yang berdagang perkara yang sama dengan anda.
Jom kita mula.
Langkah 1 : Buka satu carta apa-apa yang anda mahu dagangkan.
Ini boleh jadi mana-mana aset, pada mana-mana rangka masa lebih tinggi daripada 15 minit - kami tidak membenarkan sesiapa untuk menyiarkan apa-apa pada rangka masa lebih rendah daripada 15 minit.
Langkah 2 : Aktifkan Idea Terlihat Komuniti
Pergi ke rel kanan, dan pastikan anda telah memilih tab strim idea. Ini adalah ikon mentol lampu bergoncang. Dari menu ini, pilih mentol lampu di bahagian atas. Ini akan menjadikan semua idea-idea yang diterbitkan untuk simbol anda dan rangka masa untuk muncul pada carta anda! Jika anda tidak melihat apa-apa, cuba pergi kepada satu simbol yang lebih 'biasa' atau rangka masa. Periksa carta harian untuk AAPL atau BTCUSD.
Langkah 3 : Siapakah yang mendapat kedudukan atas atau bawah?
Dengan tafsiran visual untuk callouts idea panjang dan singkat, ia sepatutnya mudah untuk mencari siapakah yang telah melakukan kerja dengan baik dalam meramalkan apa yang akan terjadi seterusnya. Siapakah yang pertama ke larian besar? Siapakah yang betul dalam mengambil sedikit keuntungan?
Sebaik sahaja anda menjumpai seseorang yang kelihatan melakukan satu kerja yang bagus untuk ini, ia adalah sangat penting untuk melihat bagaimana idea-idea mereka yang lain telah terjadi! Pastikan anda pergi ke profil mereka dan lihat jika kebanyakan idea-idea mereka adalah tepat, atau jika mereka berjaya menjumpai satu juara yang sebenar.
Langkah 4 : Ikuti mereka!
Ini adalah satu cara yang mudah untuk membina satu aliran informasi berkualiti tinggi, dan menyangga proses penjanaan idea anda. Walaupun jika mereka tidak melakukan satu kerja yang bagus dalam mendagangkan idea mereka, masih ada kelebihan di dalamnya untuk seseorang yang mempunyai latihan dagangan yang bagus. Satu strim ikutan dipilih susun secara teliti boleh menjadi satu sumber alfa yang ketara!
Bonus Langkah 5 : Bersihkan strim idea anda.
Satu perkara yang anda juga boleh lakukan adalah menghadkan idea-idea terlihat pada carta anda kepada orang yang anda ikuti. Ini akan menjadikan keseluruhannya jelas jika seseorang yang anda ikuti adalah selalu melakukan kesalahan. Jika sebegini, anda boleh membuang mereka dengan mudah dari suapan janaan idea anda dengan tidak mengikuti mereka lagi. Jadikan suapan idea bekerja untuk anda, dan bukan menyerabutkan anda!
-Pasukan TradingView
JNPR: Memecahkan Rintangan?Juniper Networks Inc dilihat bergerak dalam fasa mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini harga dilihat memecahkan garisan rintangan sekaligus memecahkan paras tertinggi 52 minggu (52W)
Volum penyertaan dilihat menyokong pergerakan harga ketika 'breakout' berlaku
Lilin pada selang harian juga dilihat seakan membentuk corak carta cawan & pemegang (cup&handle)
Pergerakan harga dilihat disokong oleh MA20 dan MA50 sebagai sokongan dinamik terdekat
Petunjuk RSI juga berada di kawasan positif belian menunjukkan kehadiran momentum
Walaubagaimanapun, RSI mingguan dilihat seakan hendak menunjukkan kehadiran 'divergence'
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
FCPO! : CUBAAN BREAKS DOWNTREND LINESAnalisis merujuk kepada Gelombang pembetulan dan garisan arah pergerakan harga semasa pada minggu sebelum.
> masih kekal pada paras sokongan 5900
> harga semasa menuju ke rintangan 1 iaitu daily target dalam saluran regrasi. Jika DTL berjaya break maka sasaran seterusnya
ialah pada rintangan 2 iaitu weekly target.
> Fibo daily sebagai rujukan bagi paras sokongan dan rintangan untuk anggaran perubahan harga dalam seminggu.
PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
Teknik Untuk Mendapatkan Harga Yang Lebih Baik 🎯Hai semua! 👋
Kami telah menerbitkan satu idea mengenai tiga jenis pesanan utama yang digunakan oleh peserta-peserta pasaran. Pesanan pasaran, Pesanan had dan Pesanan renti.
Minggu ini, kami merasakan kami perlu menambahkannya lagi, dan berbincang mengenai teknik-teknik yang pedagang-pedagang profesional gunakan untuk mendapatkan harga yang lebih baik, menggunakan tiga jenis pesanan. 🎯
Teknik 1: Gunakan pesanan Limit-Thru selain dari pesanan Pasaran 📈
Ini adalah satu teknik popular dikalangan pedagang-pedagang di dalam hampir semua keadaan. Jika anda melihat kepada "ambil” kecairan (anda adalah pihak agresif di dalam dagangan), menggunakan satu pesanan Limit-thru adalah sentiasa menjadi pilihan yang lebih baik daripada menggunakan pesanan Pasaran. Pesanan Limit-thru adalah dinamakan sebegitu kerana mereka adalah pesanan Had - “Saya mahu membeli saham pada harga ini dan bukan di bawah” - tetapi harga yang dinyatakan adalah di atas tawaran terbaik.
Sebagai contoh, mari kita lihat kepada AAPL sekali lagi. Katakan saham adalah dibida pada harga $175.01 dah ditawarkan pada harga $175.03. Satu pesanan belian Limit-thru boleh diletakkan pada harga $175.05. Satu pesanan Had seperti ini adalah “menerusi” harga tawaran terbaik, dan adalah “boleh dipasarkan”.
Sebab kenapa pesanan Limit-thru adalah lebih baik daripada pesanan pasaran adalah kerana struktur mikro pasaran.
Jika anda meletakkan pesanan Limit-thru seperti yang dijelaskan di atas, kemudian pesanan anda mungkin tidak dapat diisi semuanya, tetapi anda tidak perlu membayar terlebih banyak dari apa yang anda jangkakan. Dengan satu pesanan pasaran, pembuat pasaran mungkin akan mengisikan 100 saham pertama anda, dan kemudiannya menaikkan tawaran pada pertukaran lain di mana anda akan mendapat semua saham yang anda mahukan.
Pertukaran BATS adalah lebih dekat kepada Manhattan daripada pusat data NY4, yang menempatkan banyak pelayan-pelayan pertukaran yang lebih besar. Ini bermakna pesanan anda mungkin mengenai BATS sebelum pertukaran-pertukaran lain. Jika satu pembuat pasaran mengetahui adanya minat belian di dalam sesuatu, mereka akan mengambil 100 saham pertama untuk sesuatu, kemudian menghantar pesanan anda yang lain kepada pertukaran-pertukaran lain yang mempunyai lebih kecairan dan berpotensi untuk menaikkan tawaran mereka, menyebabkan anda mendapat harga yang lebih buruk.
Ini tidak selalunya terjadi, tetapi keadaan pasaran ditetapkan untuk membenarkan kejadian seperti ini berlaku. Professional akan menggunakan pesanan Limit-thru (dimana harga pesanan adalah tawaran+-0.02c, sebagai contoh) untuk mengetepikan isu-isu ini. Perkara yang sama terjadi apabila menyongsangkan untuk menjual aset.
Teknik 2: Jalankan pesanan anda. 💪
Fakta Menarik: Buku Pesanan yang anda lihat mungkin bukannya Buku Pesanan sebenar. Ianya benar!
Apabila bercakap mengenai pasaran untuk mana-mana ekuiti, ada dua jenis pesanan had: pesanan "Lit" dan pesanan "Dark". Apabila melihat kepada kedalaman pasaran, anda hanya melihat sebahagian sahaja daripada keseluruhan!
Kadang-kadang, akan ada pesanan tersembunyi di antara harga yang anda mahukan dan harga yang ditunjukkan. Dengan meletakkan pesanan anda di antara spread, ia adalah boleh untuk anda mendapat harga yang lebih baik daripada yang anda mungkin dapat daripada pesanan dark / pegs / dll.
Tambahan kepada ini, jika anda meletakkan pesanan anda di antara spread, pesanan anda menjadi harga terbaik yang baru pada bahagian anda. Ini akan menggalakkan seseorang untuk mengambil bahagian berlawanan pada dagangan untuk datang dan menjumpai anda di mana anda berada. Ini adalah benar di dalam pasaran opsyen di mana spread selalunya lebar dan bergerak perlahan. Menjalankan pesanan anda (meletakkannya, dan menggerakkannya ke sana sini) akan hampir pasti mendapatkan pesanan anda untuk terisi daripada menekan harga terbaik dipaparkan pada dagangan sebaliknya.
Pastikan anda tidak terlepas aksi semasa menunggu pesanan diisi!
Teknik 3: Mengambil peluang pada Buku Pesanan. 🧾
Ia adalah jarang terjadi, tetapi kadang-kadang pemain pasaran yang kurang terlatih akan "menunjukkan tangan mereka" di dalam pasaran. Ini selalunya melibatkan satu pesanan had lit yang besar yang terjojol keluar seperti tunggul di dalam buku pesanan. Jika orang ini memulakan isyarat agresif, anda mungkin mampu mendapatkan satu harga yang menarik pada aset yang anda mahukan.
Sebagai contoh: Katakan anda mahu membeli beberapa saham AAPL, dan anda melihat buku pesanan (kedalaman pasaran). Dari sini, anda boleh melihat satu pesanan had yang besar yang menggerakkan harganya turun dan turun di dalam usaha untuk menjadikannya diisi. Tekanan jualan yang ketara ini boleh membawa kepada satu pergerakan harga ketara disebabkan penggerak pasaran menjalankan semua kecairan yang paus ini sedang mencari. Ini akan berterusan untuk beberapa ketika sehinggalah paus ini dapat menjual. Apabila ini berlaku, saham ini besar kemungkinan telah menjumpai satu kawasan permintaan, yang mungkin satu harga yang lebih bagus daripada yang anda jangkakan apabila anda melihat kepada buku pesanan. Kesimpulannya, ia adalah berbaloi untuk mengambil kesempatan ke atas situasi ini jika anda melihat mereka sebelum menghantar pesanan.
Itu sahaja! Beberapa petua dan helah untuk mendapatkan harga yang lebih baik menggunakan pesanan dan buku pesanan.
-Pasukan TradingView 💘
Jika anda terlepas, ini adalah idea permulaannya:
EPMB- Menguji kekebalan rintanganSektor - Auto Parts, Industrial Products & Services
Perniagaan : Manufacturing and distribution of tire retreading materials( Pembuatan dan penyediaan peralatan kenderaan).
Idea analisis
Dari sudut teknikal
1. EPMB memberi tanda-tanda reversal apabila berjaya rebound pada aras fibo 61.8%.
2. EPMB dilihat kembali menguji kekuatan rintangan 1.21 yang merupakan paras RBS lama yang kini dilabel sebagai SBR (Support Become Resistance)
3. Paras harga yang berada di atas awan ichimoku menandakan strong bullish trend.
4. Indikator RSI juga menunjukan EPMB mempunyai momentum yang kuat untuk meneruskan kenaikan apabila berada di atas aras RSI 50..
5. Menarik sekiranya paras harga dapat kekal di atas RM 1.21 untuk meneruskan kenaikan.
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
KLSE BullishKLSE masih dalam keadaan Bullish!
Setelah membuat throw-over dari corak Broadening Wedge yang mencetuskan panik pada ramai traders, keesokannya ia telah membuat isyarat bullish reversal iaitu Bullish Harami .
Kini ia telah membuat retracement sebanyak 61.8% yang mana adalah perkara biasa dalam fasa kick off.
ADX pula telah hampir dengan paras 20 setelah correction (-DI > +DI) mengambil alih bullish sebelum ini (+DI > -DI). ADX berada berhampiran paras 20 menandakan keadaan yang telah tenang setelah correction dan bersedia untuk membuat continuation pada trend sebelum ini (bullish).
Sasaran selamat adalah pada 1630 point iaitu sekurang-kurangnya melengkapkan corak Broadening Wedge .
Analisis ini terbatal (voided) jika indeks terus turun bawah dari 1555. Dan kritikal sekiranya indeks turun melebihi 1541.
Bagaimana Untuk Mencari Saham Baru Untuk DidagangkanHai Semua! 👋
Pernahkah anda merasa penat melihat pada ticker yang sama? Berminat untuk mempelajari sektor-sektor berlainan di dalam ekonomi? Mahu membesarkan bilangan aset yang anda dagangkan?
Periksa Sparks kami.
Kami mencipta Sparks untuk memberi inspirasi dengan cepat kepada anda untuk menggali lebih dalam, untuk mencari peluang-peluang baru dan menarik di dalam pasaran. Sparks adalah senarai amatan yang dibina sepanjang tema-tema menarik.
Di sini ada beberapa contoh:
Saham AI : Apabila anda mahu bertaruh kepada kebangkitan mesin 🤖
Saham Legasi : Syarikat-syarikat yang telah dipegang oleh satu keluarga yang sama untuk beberapa generasi ⌛
Industri Mati : Seseorang harus membuat duit pada keranda, kan? 💀
Saham Angkasa Lepas : Apabila anda mahu portfolio anda berlepas ke kosong G. 🚀
-Pasukan TradingView
Adakah SNC sudah bersedia membuat pantulan wave ke atas?Carta menunjukkan satu bentuk carta Flat expanded yang mana correction flat wave B menepati rule" ew iaitu tamat pada 123.60% (harga 765)
dan telah expand wave c ke fibo 161.80% (harga 510)
Untuk memastikan pantulan wave ke atas berlaku, harga tidak boleh jatuh melepasi flat wave c dan iaitu tidak membuat new lower low. Untuk itu invalidation area adalah pada harga sekitar (520-500) sekiranya jatuh melepasi aras harga ini adalah baik untuk secure profit terlebih dahulu dengan melakukan cutloss. Sekiranya invalidation bocor counting jangkaan wave correction tamat perlu dilakukan semula.
Projection harga jangkaan swing mengikut wave:
TP 1 Harga dijangka akan mencari area 595-610 (area BO resistance)
TP2 Harga seterusnya akan mencari area fibo 50%, 61.80% iaitu 650 dan 675 dan akan membuat pullback (untuk wave correction)
TP 3 Harga dijangka membuat projection mencari area 710 dan seterusnya 765
Ini hanyalah jangkaan menggunakan fibonacci sahaja, ingin dimaklumkan harga bergerak secara zigzag dan akan sentiasa berlaku retracement
pada timeframe kecil.
Cadangan entry menggunakan MA5 & MA 20
Ingin dimaklumkan bahawa harga perlu melepasi 560 terlebih dahulu sebelum mencari area BO 595-610
Jika anda entry sekarang ada perlu menghadap rintangan di MA20 (Mid bollinger bands) dijangka pada 560 dan dynamic support anda adalah MA 5.
Anda boleh right the trend selagi harga tidak bocor MA 5.
Anda juga boleh tunggu MA5 cross up MA20 (golden cross) terlebih dahulu untuk entry dan menjadikan MA20 sebagai support dan right the trend
selagimana tidak bocor MA20
Jangan lupa untuk mengira risk & reward anda sebelum memasuki sesuatu kaunter.
Sekadar kajian dan catatan journal pembelajaran elliot wave & chart pattern saya sahaja. Saya dalam proses pembelajaran tidak sekali membuat buycall. Untung rugi masuk keluar seseuatu kaunter adalah tanggungjawab anda! #tayor
Pantech Dilihat Dalam Corak Carta Wave Menaik Pantech Kaunter Bermomentum Dijangkakan Akan Meneruskan Kenaikan
-Pantech berjaya tutup atas support dynamic sma 5.
-Trending di atas EMA 10, EMA 20
-Berjaya tutup di atas mid BB (sma20) strong bullish
- RSI diatas 50 (strong bullish)
Wave
Dijangkakan akan menyiapkan impulse wave di fibo 161.80% sekitar harga 75 sen, namun perlu melepasi fibo 123.60% di area 69 sen.
Seterusnya dijangkakan membuat pullback (motive wave) retrace samada di fibo 23.60% sekitar harag 590-59.5 sen atau 38.2% sekitar harga 53 sen. (kedua-dua area fibo ini dijangkakan akan menjadi invalidation area sebelum meneruskan kenaikan impulse yang baru).
Cara trade teknik traffic light & mid BB
-Sesiapa menggunakan teknik GBS traffic light boleh ride sahaja selagi membuat susunan traffic light, keluar apabila candle
bocor di bawah line hijau traffic light
-Boleh juga ride menggunakan mid BB selagi berada di atas mid BB layan sahaja trend, keluar apabila bocor beberapa bid di bawah mid BB. (sekadar cadangan swing sahaja)
-Boleh juga menggunakan rujukan ema 10.
Gann Support: 0.61/0.57 | Resistance: 0.69/0.73
Sekadar kajian dan untuk journal pembelajaran elliot wave, fibonacci dan corak carta bagi saya sahaja. Bukan bertujuan buycall. Sila kaji terlebih dahulu. Tentukan risk & reward anda. Saya tidak bertanggungjawab di atas keuntungan mahupun kerugian anda. #tayor
BURSA ENERGY VS BRENT OIL - LEADER & LAGGARDIndex - Bursa Energy , Index minyak brent
Idea analisis
Dari sudut teknikal
1. Secara keseluruhan, kita boleh lihat index Bursa Energy tidak senada dengan Index minyak dunia brent.
2. Dari sudut carta, Index minyak brent dalam fasa mark up ataupun fasa menaik manakala index bursa energy dalam fasa mark down / menurun. Hal ini perbezaan keberadaan paras index di trendline.
3. Bursa Energy masih jelas gagal untuk breakout garisan menurun manakala Brent Oil jelas dalam fasa menaik paras index berada di atas garisan menaik.
Dari sudut cataylst
1. Rata-rata trader mempersoalkan " Mengapa harga minyak dunia brent meningkat tetapi paras index Bursa Energy menurun?" , Hal ini kemungkinan disebabkan faktor permintaan dan penawaran.
2. Kita boleh lihat jumlah kes COVID19 Malaysia berbanding dengan negara yang lain. Rata-rata negara luar sudah bebas melaksanakan aktviti ekonomi berbanding dengan negara Malaysia.
3. Isu peperangan Russia dengan Ukraine memberi impak yang besar terhadap harga minyak dunia. Kebarangkalian brent oil akan bergerak terlebih dahulu (Leader) dan Bursa Energy akan menyusul kemudian(Laggard).
PENAFIAN:
-Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
- Penulis menulis berdasarkan pandangan peribadi yang tidak semestinya betul.
ANALISA GBP CADFX:GBPCAD
Gbp Cad masih berada di dalam keadaan market mendatar (pergerakan candle berada di dalam keadaan BB mendatar.
Berlakunya keadaan CANDLE STICK MOMENTUM SELL sebelum ini (Trending SELL berterusan).
Market sebelum ini telah pun menyentuh resistance pada paras harga (1.72700 - 1.73140), dan juga telah menyentuh support pada paras
harga terendah (1.70870 - 1.70440).
Ini disebabkan keadaan market yang mendatar.
Market di anggarkan akan terus membuat penurunan sehingga paras support terendah pada harga (1.68760 - 167570).
Sekiranya candle menaik melepasi garisan MA50 dan MID BB market akan bertukar ke arah BUY dan di jangka menaik sehingga paras resistant terdekat
pada harga (1.72100 - 1.71700).
prestar-apakah anda melihat apa yang saya lihat ?NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah be yangrtujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
-secara TA nya kita boleh simpulkan yang ianya berkemungkinan membuat
membuat kenaikan jika dapat breakout & kekal seperti di carta
1 .chart pattern seolah sudah mem complete kan inverted h&s nya
dan adakah berpontensi ke utara ?
2.konter ini juga sempat membuat consolidation setelah terbentuk
pattern tersebut ( adakah akan membuat strong bullish ?)
3.sepatutnya ini pertanda sangat baik kecuali tiba tiba ada usaha
untuk berubah arah sebaliknya
4. dari FAnya pula , konter agak baik kerana berjaya mengekalkan prestasinya
baiknya 10 tahun berturut2
5.untuk rekod yang terkini membuat :
Revenue ↑ 41.2% Profit ↑ 111.8%
YoY +113% QoQ +39.1% dy
PE 2.5 ROE 22 Margin 22.2%
disaat company lain agak struggle di saat pandemik ini
-tahniah untuk itu
6.trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
~bolehlah kaji bersama.
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "upper dead cross "
`RSI :37.79
`obv:menurun
`bb :7.50 % (upper band,3 hari)
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
BOKF: Mampukah Bertahan?
BOK Financial Corporation dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan carta pada selang masa harian, harga dilihat seakan membentuk corak carta 'Head & Shoulder' dengan bahu kedua dilihat terbentuk lebih rendah daripada bahu pertama
Harga terkini dilihat berada berdekatan dengan sokongan RBS rintangan sebelum ini yang juga bertemu dengan sokongan trend menaik jangka masa panjang
Harga dikatakan masih cenderung membuat lantunan semula daripada sokongan selagimana ia belum memecahkan garisan menurun corak carta 'Head & Shoulder'
Perlu juga diambil kira bahawa garisan sokongan RBS dan trend menaik juga dilihat bertemu dengan sokongan dinamik MA200 harian
Petunjuk RSI harian bagaimanapun dilihat belum menunjukkan kehadiran momentum yang kuat
Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Hubungkait pasaran KLCI semasa dan pada tahun 2008.Untuk kita faham apa yang berlaku dalam keadaan semasa dan apa kemungkinan yang bakal berlaku seterusnya, kita perlu lihat kembali apa yang pernah berlaku sebelumnya.
(To understand the future, we have to go back in time.)
Kita ambil contoh krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008.
Kalau dilihat daripada relationship daripada market yang lain;
6 bulan sebelum masuk tahun 2008. Gold & komoditi yang bullish memberi kesan bearish kepada USD.
Serta mengakhirkan US stock market yang telah lama berada dalam keadaan bullish & sentiasa melakukan new high.
KLCI juga kalau dilihat boleh dikatakan terkena tempias(dalam tempoh 6bulan sebelum 2008) dengan melakukan terjunan melebihi 200pts diikuti last momentum bullish sebelum melakukan correction almost 700pts sepanjang 2008.
Kalau dilihat daripada keadaan market semasa, seperti ada sign yang sama.
6 bulan sebelum tahun 2008, market dah start react memberikan sign dengan lebih awal.
Ofcourse pada masa tu yang paling terkesan adalah mereka yang gagal mengawal risiko.
Prestasi masa lalu tidak semestinya menentukan prestasi akan datang. Tapi… history juga selalunya akan repeat itself.
Hati2 ketika trade.
GOLD (Kenaikan Drastik Berikutan Krisis)• Harga emas naik dengan drastik berikutan krisis yang berlaku antara Russia dan Ukraine.
• Krisis yang berlaku ini telah menyebabkan para pelabur berpindah kepada emas yang merupakan aset selamat.
• Harga dijangka akan meneruskan kenaikan untuk melengkapkan intermediate wave (3) sehingga:
i. 2,001.67 USD - 2,025.04 USD yang merupakan 3.618 - 4 kali ganda kenaikan intermediate wave (1).
ii. 2,075.14 USD yang merupakan ATH bagi emas.
• Harga juga berkemungkinan telah melengkapkan intermediate wave (3) dan sedang membuat intermediate wave (4).
• Intermediate wave (4) dijangka berakhir pada:
i. Upper trend line berwarna kelabu.
ii. 1872.55 USD - 1,877.15 USD yang merupakan RBS bagi emas (rujuk garisan oren).
• Setelah melengkapkan intermediate wave (4), harga akan meneruskan kenaikan sekali lagi sebelum membuat penurunan yang agak drastik atau penurunan mendatar yang mengambil masa yang lama.
• Kiraan wave ini adalah valid selagimana harga tidak jatuh dibawah invalidation level pada 1,780.36 USD.
• Harga emas ketika penulisan ini dibuat adalah 1,923 USD.
Nota Kaki :
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER :
⚠️ Penulis / penganalisis bukan perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
Bagaimana Jenis Pesanan Berbeza BerfungsiHai semua! 👋
Hari ini kami mahu membawa anda melihat 3 jenis pesanan utama yang wujud apabila anda berinteraksi dengan pasaran, dan menjelaskan lebih lagi mengenai apa yang mereka lakukan, dan bila mereka adalah berguna.
Ok tak? Jom teruskan! 🚀
Sebelum kami membincangkan mengenai jenis-jenis pesanan berbeza yang anda boleh lihat apabila anda meletakkan satu dagangan menerusi platform TradingView, ia adalah penting untuk memahami bagaimana hampir semua pasaran berfungsi dahulu.
Bila ia datang kepada mana-mana pasaran, pada bila-bila masa, akan ada satu “BIDA TERBAIK”, dan satu “MINTA TERBAIK”. 🔢
BIDA TERBAIK adalah harga tertinggi dimana seseorang sanggup membayar untuk satu aset yang diberikan, dan MINTA TERBAIK adalah harga paling rendah dimana seseorang sanggup menjual untuk satu aset yang diberikan,
Cuba kita fikir sekali lagi. Apabila ianya mengenai saham, sebagai contoh, broker anda akan memberikan anda dengan satu pesanan pasaran yang disatukan (buku pesanan) untuk satu-satu saham. Katakan anda di dalam pasaran untuk beberapa saham Apple. Anda dapat melihat saham adalah "didagangkan pada" $175.50. Apakah maksud itu?
Ia bermaksud bahawa harga terendah yang seseorang sanggup menjual saham Apple mereka adalah mungkin pada harga $175.52, dan harga tertinggi yang seseorang sanggup membayar untuk saham Apple adalah mungkin pada harga $175.49. 💹
Bagaimanakah peserta-peserta pasaran membuat niat mereka diketahui? Dengan meletakkan PESANAN HAD. ⌛
1.) Satu PESANAN HAD adalah satu jenis pesanan yang anda hantar kepada tempat dagangan apabila anda mahu membeli atau menjual pada sesuatu harga.
Di dalam contoh Apple di atas, katakan anda mahu membeli beberapa Apple, tetapi anda tidak mahu membayar satu sen lebih dari $175.25. Apabila anda menghantar pesanan ini dan klik “hantar”, pesanan anda pergi ke tempat dagangan, dan MENYERTAI buku pesanan, pada harga $175.25. Anda sekarang adalah “LANSUNG” dan di dalam pasaran. Broker akan menolak tunai yang ia perlukan untuk memenuhi pesanan dari kuasa belian anda semasa pesanan anda adalah secara langsung.
Soalan seterusnya: Jika individu mempunyai had pesanan keluar di dalam buku pesanan, bagaimanakah harga akan sampai kepada anda? 🔽
Ada beberapa cara, tetapi salah satu cara yang paling biasa adalah: PESANAN PASARAN ⌚
2.) Satu PESANAN PASARAN adalah satu pesanan yang dihantar ke pasaran dan terus dilaksanakan untuk membeli atau menjual satu aset pada apa-apa harga yang tersedia.
Ramai orang menggunakan pesanan pasaran kerana mereka secara virtual menjamin bahawa anda akan mendapat posisi yang anda inginkan secara terus. Keburukannya pula. sebaik sahaja anda menghantar satu pesanan pasaran, anda tidak dapat mengawal apakah harga yang anda akan dapat. Harga boleh berubah sekelip mata, dan anda boleh berada pada satu kedudukan pada harga yang anda tidak lagi mahukan.
Kembali kepada contoh kami: jika anda menunggu untuk mengisi pesanan anda untuk AAPL, membeli saham pada $175.25, kemudian sesiapa yang membayar anda akan merentasi spread, mungkin dengan satu pesanan pasaran. 💵
Mari kita andaikan pesanan anda dipenuhi untuk pembelian saham APPL pada $175.25, dan anda mahu keluar dari posisi anda jika saham itu didagangkan di bawah $175. Dalam kes ini, anda hendaklah menggunakan satu PESANAN RENTI. 🛑
3.) PESANAN RENTI adalah pesanan-pesanan yang anda hantar kepada pasaran yang berjalan secara langsung pada pelayan Nasdaq/NYSE. Mereka mempunyai satu harga cetusan, dan sebaik sahaja harga cetusan terkena, mereka melaksanakan satu Pesanan Had atau satu Pesanan Pasaran bergantung kepada input anda. Ini semua adalah PESANAN HAD RENTI, dan PESANAN PASARAN RENTI.
Ia kedengaran agak rumit tetapi ia adalah lebih mudah daripada apa yang disangka.
Sekali lagi; balik kepada contoh kami. Katakan pesanan anda dipenuhi untuk pembelian AAPL pada 175.25, tetapi apabila pesanan renti anda terkena pada 174.99 (anda mahu keluar jika saham itu turun di bawah 175).
Jika pesanan renti adalah satu pesanan pasaran, anda akan terkeluar dari posisi anda, tidak kira berapa harga. Ia adalah semudah itu! ✅
Minggu hadapan, kami akan membincangkan beberapa teknik pesanan yang digunakan oleh pedagang-pedagang profesional untuk mendapatkan harga yang lebih baik. 🦾
Jaga diri anda!
-Pasukan TradingView 👀
VINVEST - Sektor:
- Technology ,Software, business management
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- VINVEST jelas menunjukan tren menurun dan dilihat breakout setelah accumulation/sideway yang agak lama.
- VINVEST dilihat membuat pattern RBR -RALLY BASE RALLY yang mana breakout kotak sideway/base.
- VINVEST juga dilihat menunjukkan tanda-tanda reversal apabila membentuk siri minor struktur HH dan HL.
- VINVEST bermungkinan menguji ketahanan RBS -0.495 sebelum menyambung kenaikan ATAUPUN terus breakout SBR- 0.565 untuk mencari rintangan 0.645.
- RSI7 memberi tanda untuk retrace apabila mendongak ke bawah kemungkinan mencari kawasan RSI50 untuk pullback.
Nota Kaki :
RBS- Resistance become support
SBR- Support sebagai rintangan.
SSR - Significant Support Resistance
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
HARBOUR dah meniti di atas Mid BBHarbour sudah BO DTL ,
MA sudah tersusun cantik
Sudah habis 1 wave besar,
sama ada sekarang ingin membuat double top sebelum junam ke bawah,
atau ia ingin membuat cycle baru .
Harga sekarang adalah tempat yang low risk entry. Pecah support terus CL .
TP berdasarkan candle, nampak candle bearish terus TP.
Sekadar idea dan kajian saya, TAYOR
inari-bakal ke selatan jika.....NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
~Sebelum itu kita rujuk dulu situasi 1 seperti di carta:
1.pada waktu itu berlaku pemecahan trend yang boleh
mengakibatkan kejatuhan.Tetapi bullish berjaya mengawal
kedudukan dan membawa ke atas dengan jayanya walaupun
pada awalnya agak struggle .Tahniah untuk itu..
`Situasi ke 2 kali ini berbeza dengan yang sebelumnya ini kerana :
1.kejatuhannya kali ini benar agak menggusarkan pada holder nya,
kerana kelihatannya membuat lower low dan mengesahkan kedudukan
lower low disitu dengan kelihatan harga sudah mula rebound di area tersebut.
2.Jika benar mahu menstabilkan dan mengagalkan usaha bearish , harga
perlu memecahkan area " brick " itu yang dijangkakan berkemungkinan besar
akan menjadi satu resistan yang kuat buat masa sekarang SELAGI structure
low nya di RM3.190( rujuk carta)itu kekal.
3.Untuk point 2 diatas jika berlaku kenaikan pun hanyalah untuk meng completeka n
structurenya sahaja ( buat masa sekarang)
4.Selebihnya saya tinggalkan pada para trader yang bijaksana membuat
sedikit kajian untuk membuat sebarang keputusan dengan bijak
5.trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
~bolehlah kaji bersama
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "lower golden cross "
`RSI :41.36
`obv:menurun
`bb :6.80 % (upper band,1 hari)
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku