GUH membentuk Segitiga Symmetrical1. Resistance R1 pada 0.59 dan R2 pada 0.66.
2. Support S1 pada 0.525.
3. MACD menunjukkan bullish momentum masih lemah.
4. SmartMCDX menunjukkan big money belum masuk.
5. Volume masih bawah daily average.
6. Garisan downtrend menjadi resistance yang kuat.
7. Candle mungkin akan bergerak di sideway.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
Idea komuniti
Bahan Mentah Bullish Season FCPO: THPLANT. Mampukah?Overall Chart THPLANT Monthly TF: Sejarah Penuh Perjalanan.
2012: THPLANT buat EL2 Sell dengan membuka pintu IB dan CB1. Maka bermulalah downtrend yang panjang dan menjemukan. Fibo pintu CB1 M1 ni akhirnya telah hit TP2. Di sini trend menurun akhirnya menunjukkan tanda reversal apabila:
1. Terbuka pintu 1: dominan break M1
2. Terbuka pintu 2: CB1 M1
3. Struktur market berubah, middle line downtrend channel di pecahkan.
Fibo Musang menggunakan dominan break dah pun hit TP2 alhamdulillah, kawasan ini juga pernah jadi SNR level tahun 2009.
Fibo Musang yang menggunakan CB1 M1 pulak masih belum mengena, inshaAllah akan menjadi next target sekiranya:
1. Di kawasan rehat TP dominan break sekarang ini tidak ada pintu bearish yang dipecahkan. Sebarang pergerakan turun adalah PULLBACK semata-mata. Sekiranya candle putih penentu (open 0.550) tidak dapat bertahan dan dibolosi maka status ini berubah.
2. Pullback berakhir dan pintu baru akan dibuka musang untuk teruskan perjalanan ke atas. Di mana ending pullback? Dimana pintu bullish yang perlu dipecahkan musang? Dimana entry level paling musang sekali? Semua ini dapat diperhatikan di lower TF.
Target sudah ada. CL level pun ada. Mari cari EP di TF kecil.
FCPO janganlah memberi harapan palsu! Bismillah inshaAllah ada rezeki..
Jumpa di ulasan TF kecil.
NSM
Pantech dan Diamond
MA50 berada di atas MA200 menunjukkan trend yang masih bullish .
Harga membuat Breakaway Gap iaitu melepasi rintangan downtrend dan juga rintangan harga mendatar 0.620 beserta dengan volume. Biasanya breakaway gap wujud bila didorong oleh fundamental yang kuat.
Setelah itu harga kembali menutup gap 0.600 tetapi kemudiannya melantun balik dan membentuk corak Diamond .
Apakah Pantech akan break ke atas atau ke bawah corak Diamond? Bersandarkan pada breakaway gap yang berlaku, keuntungan syarikat untuk tahun kewangan 2022 yang meningkat baik, serta pemberian dividen (ex-date 25 Februari 2022), ada kemungkinan besar untuk ia breakout ke atas.
Rintangan kuat seterusnya terletak di 0.660 iaitu harga 52 Weeks High .
OPCOM - Mungkinkah sejarah berulang?Sektor - Telekomunikasi dan media
Idea analisis
Dari sudut teknikal
1. OPCOM jelas menunjukkan tren menaik apabila berjaya breakout garisan menurun.
2. Volume belian dilhat menguasai pasaran dan dilihat pembelian menguasai kadar penjualan.
3. MACD atas paras 0 menunjukkan OPCOM mempunyai momentum yang solid untuk meneruskan perjalanan.
4. RSI7 menunjukkan OPCOM berada dalam aras RSI60 dan RSI14 menunjukkan OPCOM berada di aras RSI60.
5.Persoalannya adakah OPCOM akan mengulangi sejarah breakout garisan menurun yang lepas?. History will repeat itself bak kata ayahanda warren buffet.
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
RSAWIT - Masa untuk diperhatikan.KAJIAN ANALISA.
RIMBUNAN SAWIT BERHAD – Industri Perladangan - Minyak Sawit.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa –Sedang Mendaki.
QR (Quarter Reports) dari iSaham:
Perolehan dan keuntungan yang baik.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.345 pada 03.06.2021.
Harga membuat penurunan semula.
Harga terendah di 0.200 pada 15.12.2021.
Harga sedang bergerak secara zigzag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Area 0.200 adalah kawasan Support terdahulu.
Terdapat Double Bottom di kawasan Support.
Harga masih berada di line UPTREND.
Dijangka akan membuat kenaikan disebabkan harga pasaran minyak sawit yang tinggi.
Harga semasa - 0.240 pada 28.01.2022.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
StochRSI - Valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
EFI- Valid EP bila menujah keatas.
Accum Dist - Valid EP bila menghijau dan bergerak keatas.
Indi Ratings MA & OSC - Strong Buy
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.260,0.300,0.320,0.345
Manakala CL yang terdekat pada bawah sokongan - 0.190.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
Samaiden- volume semakin rancak?NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah be yangrtujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
-volume semakin hari semakin rancak nampaknya...jika boleh sustain
sangat la baik kan.
1.jika berjaya kekal di 1.25 bolehla aftifkan SL di 1.15
2.harga juga di tutup di atas ema100&ema200
3.trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
~bolehlah kaji bersama.
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "upper golden cross "
`RSI :71.01
`obv:menaik
`bb :10.20 % (lower band,13 hari)
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
Sejauh Mana Kejatuhan Dow Jones Industrial (DJI)?Kita merujuk pada carta mingguan untuk gambaran yang lebih jelas.
DJI minggu ini telah pun membuat breakout downward corak Ascending Broadening Wedge, setelah sebelumnya membuat formasi bearish reversal Tower Top.
Akan sampai ke mana kah kejatuhannya sebelum kemungkinan berlaku pantulan teknikal?
Untuk breakout downward corak ini, unjuran kejatuhan adalah sebanyak 58% saiz Broadening Wedge, iaitu pada paras 31000 mata.
Dan ia bersamaan dengan Span B dan juga Moving Average 100.
CUSCAPI (s) WL Januari 2022Dalam keadaan major uptrend (harga di atas white rainbow) = Safer
Ia sedang buat pullback utk gerakan BO-pullback-BO (BPB) jangka pendek = Bullish
Jika tekanan belian masih kuat, mungkin juga pullback tidak berlaku dan menjadi peluang intraday
Candle berada di dalam upper BB band = Bullish
Harga masih belum menyentuh zon sokongan yg ditanda
Red bar vs green bar sudah jadi majoriti dengan 100% vs 0% = Bullish
Perhatikan zon-zon yg dilukis sebagai S&R
Sebarang carta yg dikongsikan disini merupakan carta yg menarik perhatian penulis utk dikaji secara lebih mendalam pada masa yg dikeluarkan sahaja. Ia hanyalah pandangan penulis berdasarkan analisa teknikal yang terbatas, tiada sebarang jaminan terhadap pergerakan harga kaunter tersebut di masa hadapan, ia bukan nasihat pelaburan dan juga bukan nasihat belian. Sebarang keputusan pelaburan yg anda buat adalah keputusan anda sendiri di mana anda MESTI kaji sendiri dan anda perlu merujuk penasihat pelaburan berlesen anda atau DR anda.
3 Elemen Terbaik Pada Pelan Dagangan Yang BagusHi semua! 👋
Pada bulan ini, di dalam persiapan menyambut tahun baru, kami telah menemakan catatan kami sepanjang konsep membina satu pelan dagangan yang kukuh. Catatan pertama kami menanyakan kepada anda untuk memikirkan mengenai jenis-jenis faktor yang boleh meramalkan kejayaan jangka panjang. Catatan kedua kami pula melihat kepada kenapa pelan dagangan adalah sangat penting. Kedua-dua catatan ini anda boleh dapati dari pautan di akhiran 👇
Setelah bercakap mengenai *apa* dan *kenapa*, sekarang adalah masa untuk bercakap mengenai *bagaimana*.
Hari ini kita akan melihat kepada 3 elemen terpenting yang dijumpai di dalam semua pelan-pelan dagangan yang bagus!
1️⃣ Elemen 1: Setiap pelan dagangan yang bagus tahu kenapa ia menang.
Di dalam dagangan, ada dua pembolehubah yang perlu: Kadar Bat dan Menang/Kalah.
► Kadar Bat menjelaskan apakah peratusan masa satu dagangan akan berakhir dengan kemenangan. Seorang pedagang dengan 90% kadar bat memenangi 9 dari 10 dagangan.
► Menang / Kalah menceritakan mengenai sebesar mana kemenangan purata, relatif kepada kekalahan purata. Seorang pedagang dengan 0.5 Menang / Kalah mengambil kekalahan sebanyak dua kali saiz kemenangannya.
Jika anda mendarabkan nombor-nombor ini, anda akan mendapat satu "Nilai Jangkaan".
Sebagai contoh, seorang pedagang dengan Kadar Bat sebanyak 50% (menang separuh sepanjang masa) dan satu Menang / Kalah sebanyak 1 (Kalah sama saiz dengan menang) adalah seorang pedagang yang betul-betul pulang modal.
Untuk membuat duit jangka panjang, apa yang anda perlu lakukan adalah membuat penggandaan untuk nilai-nilai ini menjadi nilai positif. Seorang pedagang yang balik modal hanya memerlukan untuk menang 51% untuk membuat duit, jika M/K dia adalah tetap,
☝🏽Untuk mendapatkan nombor-nombor ini di dalam kawasan "nilai dijangka" positif, setiap pelan dagangan yang bagus memerlukan kita merangka satu jalan yang sistematik untuk mencari peluang-peluang dagangan yang ia rasa boleh berjaya. Input dari sistem ini adalah terserah sepenuhnya kepada pedagang, tetapi mereka selalunya telah berakar di dalam corak harga yang berulang, pemerhatian kepada asas, arah aliran makro, atau corak lain dan kitar-kitar. Ujian belakang adalah berguna untuk mendapatkan idea umum samada satu idea untuk satu strategi dagangan adalah terbukti betul dari semasa ke semasa.
Pendek kata, tidak kisahla bagaimana ia kelihatan, pelan-pelan dagangan yang bagus mengenalpasti keupayaannya sebelum merisikokan modal. Kenapa memulakan satu perniagaan tanpa satu pelan perniagaan?
2️⃣ Elemen 2: Setiap pelan dagangan yang bagus mengambil kira karakter emosi pedagang.
Ini merupakan elemen yang paling susah untuk dikuantitikan, tetapi boleh dikatakan satu perkara yang paling mustahak di dalam satu pelan dagangan yang ditulis dengan baik - keupayaan untuk bekerja sepanjang kekuatan dan kelemahan pedagang secara individu. Perkara ini adalah kurang penting untuk bank dan dana lindung nilai, kerana keputusan di ambil secara pengawasan, tetapi untuk pedagang runcit, tiada sesiapa yang anda untuk mengawal kelemahan peribadi anda.
Anda boleh melakukan apa sahaja anda mahukan! - tetapi ia datang dengan risikonya sendiri yang pelan dagangan perlu sediakan untuk anda.
Dengan kata lain, anda boleh mendapatkan idea di mana anda adalah paling lemah secara emosi dengan melihat kepada sejarah dagangan anda. Tiada siapa boleh melakukannya untuk anda, jadi ia memerlukan sedikit kesedaran diri. Bagaimanapun, ganjaran mengeluarkan risiko emosi dari satu pelan dagangan adalah berbaloi.
😱 Kesemua dagangan adalah berdasarkan kepada ketakutan. Anda perlu memahami ketakutan manakah yang paling kuat - ketakutan terlepas kapal atau ketakutan kehilangan modal. Fikirkan mana yang lebih kuat dan rancang sebaiknya.
Hanya kerana anda memahami satu jenis strategi dan orang lain membuat duit mendagangkannya, ia tidak bermaksud anda akan mampu untuk Melakukannya dengan ketekalan 100% pada kecekapan 30% adalah lebih penting daripada mencari satu strategi dengan 100% kecekapan tapi anda hanya boleh berdagang dengan ketekalan 10%. Jadikan hidup anda lebih mudah!
3️⃣ Elemen 3: Setiap pelan dagangan yang bagus menggariskan risiko.
Samada anda mempunyai satu ribu ringgit atau satu billion ringgit, mengabaikan risiko adalah satu cara yang pasti untuk mengalami ketidaktentuan monetari dan emosi yang meningkat secara besar-besaran, yang boleh memberi kesan negatif yang besar terhadap keuntungan jangka panjang. Di sini ada beberapa cara yang mudah untuk dilaksanakan yang Bank, Dana Lindung Nilai dan Firma Prop lakukan untuk mengurangkan risiko dengan ketara - pelan-pelan dagangan yang bangus tidak mengabaikan ini.
💵 Henti Akaun Penuh
Sama seperti namanya: bila sahaja anda rugi satu peratusan modal anda, anda berhenti berdagang, cairkan posisi anda dan kenalpasti apa yang silap. Hanya apabila anda berpuas hati yang anda telah membaiki isu itu, barulah anda dibenarkan untuk memasuki semula pasaran. Di dalam industri, peratusan ini adalah 10%.
💵 Risiko Setiap Tema
Ini untuk memastikan anda tidak terlalu menumpukan kepada satu "pertaruhan" tunggal, walaupun pertaruhan itu disesarkan sepanjang beberapa instrumen. Contohnya jika anda mempunyai beberapa syarikat di dalam sektor yang sama, prestasi mereka akan pasti berkaitan walaupun mereka mempunyai produk atau servis berlainan. Menambah satu had kuat kepada risiko jenis ini akan secara besar-besaran mengurangkan peruntukan yang berisiko dan terlalu menumpu.
💵 Risiko Setiap Posisi
Banyak Pedagang Professional dan Dana Lindung Nilai menggunakan konsep "Modal Bebas" untuk menguruskan risiko. "Modal Bebas" adalah jumlah wang di dalam tunai yang menjadi penimbal kepada ekuiti semasa akaun dan nombor akaun henti penuh.
Sebagai contoh, sekiranya seorang pedagang matawang di satu bank mempunyai 10% jumlah akaun henti keluar dan mengendalikan satu buku matawang $10,000,000, jadi dia hanya boleh “hilang” $1,000,000 sebelum ketuanya menarik dia ke tepi untuk memberikan sepatah dua kata. “Modal Bebas” nya adalah $1,000,000. Dia akan kemudiannya mengukur posisi ke mana dia hanya boleh merisikokan 1-5% dari Modal Bebas nya untuk setiap dagangan. Dengan cara ini, dia mempunyai ruang untuk membuat kesilapan dalam minimum 20 berturut-turut sebelum apa-apa masalah negatif berlaku. Melakukan had risiko “modal bebas” untuk setiap posisi memastikan yang anda ada BANYAK ruang untuk kesilapan.
Ya, kaedah ini mencegah anda daripada menggandakan akaun anda semalaman, tetapi sekali lagi, itu bukanlah matlamat. Matlamat adalah mencapai keuntungan jangka panjang.
Ada orang memanggil risiko untuk setiap posisi ini sebagai "one R"(satu unit risiko)
☝🏽 Bagaimana pun ia kelihatan, memasukkan satu pelan untuk menguruskan risiko andah adalah penting untuk *sebenarnya* mengurus risiko anda. Jika pelan-pelan ini tidak ditulis dan dilaksanakan, mereka adalah sangat senang untuk diabaikan.
🙏🏽 Terima kasih kerana membaca; kami berharap untuk melakukan 2022 sebagai satu tahun mencipta rekod bersama-sama anda. 📈
Jika anda mendapat sesuatu dari catatan ini, pastikan anda berkongsi dengan kawan anda supaya mereka juga dapat memasuki tahun 2022 sebagai seorang pedagang yang lebih baik! 🍀
- Pasukan TradingView ❤️❤️
GOLD: Cup n Handle?GOLD dilihat bergerak dalam trend mendatar mematuhi rintangan dan sokongan saluran singkat sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika dilihat pada selang masa bulanan, harga seakan membentuk corak carta 'Cup and Handle' yang kebiasaannya merupakan isyarat kenaikan
Pembentukan corak carta tersebut juga dilihat pernah terjadi sekitar tahun 2004 yang lalu (tidak ditunjukkan)
RSI bulanan ketika ini dilihat menguji kekuatan garisan MA RSI, dan berada di zon positif belian
Histogram MACD pula dilihat masih di bawah paras positif namun seakan menunjukkan kehadiran momentum
Garisan isyarat dan garisan MACD dilihat masih belum melakukan persilangan
Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagi harga belum memecahkan paras ATH sebelum ini
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih
NGGB - Menarik untuk diperhatikanSektor:
- Industrial Products & Services,green technology, namely printing and publishing
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- NGGB dilihat menarik disebabkan kesemua garisan moving average dibawah paras harga/candle.
- NGGB dilihat dalam cubaan untuk breakout garisan menurun namun gagal untuk kekal.
-Volume dilihat sederhana belum menunjukkan heavy buying.
- Support terkuat pada 0.94 dan masih valid untuk hold sekiranya support ini tidak dipecahkan.
- RSI atas paras RSI50 menunjukkan momentum masih sihat untuk meneruskan perjalanan.
- MACD masih atas paras 0 menunjukkan momentum masih ada untuk meneruskan perjalanan.
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri. laporan pendapatan tahunan menunjukkan syarikat NGGB dalam fasa kembali pulih dan kukuh setelah mengalami kerugian teruk pada tahun 2019.
16 Januari 2022 | FCPO bakal ATH lagi?Analisa ringkas pandangan peribadi dagangan tempoh singkat peribadi FCPO kontrak semasa.
.
Perkara yang kita perlu lihat pada harga point FCPO
1. berpandukan carta harian, kontrak fcpo kembali berada di kawazan zon rintangan.
2. Aliran harga masih berada dalam channel trend kenaikan disokong dengan pembentukan swing high terbaharu.
3. Unjuran juga meramalkan pembentukan harga ATH berkemungkinan bakal terbentuk.
4. Perlu berhati hati pada paras mata harga rintangan kerana berlakunya perubahan reaksi harga pada paras tersebut.
.
Selamat Berdagang.
.
*PENAFIAN : Keputusan pelaburan/dagangan di pasaran saham ataupun niaga hadapan melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan . Ilustrasi/Peringatan ini hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu instrumen perdagangan. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
Tiga Cara Menggunakan Pemberitahuan ⏰Helo Semua! 👋
Sekarang, mari menyelami topik hari ini: Pemberitahuan.
Walaupun pemberitahuan mempunyai banyak aplikasi yang berpotensi untuk perdagangan, ia jarang digunakan kerana mengambil masa dan kepintaran untuk membina sistem di mana ia boleh berfungsi dengan baik. Mari kita mulakan:
1. Membina tabiat yang baik 💪
Mungkin ini biasa kedengaran: anda mendengar cerita pelaburan yang hebat, dan kemudian segera pergi ke pasaran dan membeli aset itu, tanpa sebarang pelan.
Walaupun boleh berhasil, ini bukanlah strategi yang bagus untuk kejayaan jangka panjang, kerana realitinya amat sukar untuk bertahan dalam sebarang posisi perdagangan tanpa rancangan dan berdagang dengan efisien. Anda mungkin memilih untuk keluar daripada posisi disebabkan ketamakan atau ketakutan seketika, dan langkah seperti itu boleh menghalang ketekalan dan keuntungan jangka panjang.
Pemberitahuan adalah bagus kerana ia boleh menghilangkan unsur tekaan untuk masuk dan keluar dari sesuatu posisi. Hanya tetapkan pemberitahuan untuk harga yang anda inginkan, kemudian baru berdagang jika, dan hanya jika syarat dipenuhi. Kemudian, biarkan pasaran berjalan, dan kebarangkalian bekerja memihak kepada anda.
Pemberitahuan boleh mengubah pengalaman berdagang daripada pencarian idea baru yang berterusan - dan sentiasa berasa ketinggalan - menjadi kerja yang santai menunggu syarat anda dipenuhi lalu mencetuskan pemberitahuan sebelum mengambil tindakan. Secara ringkasnya, pemberitahuan boleh menjadikan anda lebih bersedia untuk menghadapi ketidaktentuan pasaran.
2. Meningkatkan kebebasan dan mengurangi kerisauan 🧘
Terdapat pepatah yang terkenal dalam perdagangan dan kehidupan yang menyatakan bahawa emosi negatif dirasai dua kali lebih kuat daripada emosi positif. Fakta ini mempunyai banyak aplikasi, tetapi ia amat berguna untuk difahami sebagai seorang pedagang.
Pertimbangkan pelabur-pelabur berikut:
Seorang doktor gigi yang menyemak laporan suku tahunan daripada brokernya
Pedagang posisi yang menyemak posisinya sebulan sekali
Seorang pedang swing yang menyemak posisinya sekali seminggu
Pedagang harian yang menyemak posisinya sekali sehari atau lebih
Dengan ketidaktentuan pasaran yang sedia ada, peserta pasaran manakah yang paling kecil kemungkinan untuk marah atau kecewa? Doktor gigi. kenapa? Kerana dia menerima lebih kurang data daripada pasaran. Malah pedagang harian kelas dunia biasanya terdedah kepada puluhan atau ratusan situasi negatif dalam kedudukan mereka setiap hari akibat turun naik, yang tidak dapat dikawal oleh mereka. Tahap rangsangan negatif ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan keberkesanan perdagangan.
Pemberitahuan membolehkan pedagang memiliki kelebihan untuk berundur dari pasaran dan membenarkan dagangan datang kepada mereka.
3. Pemberitahuan kami tidak membiarkan apa-apa jatuh melalui celah-celah ✅
Walaupun kedua-dua poin sebelumnya adalah kelebihan dari segi pemberitahuan harga, pemberitahuan kami juga meningkatkan utiliti pengguna dengan ketara. Sebaik sahaja anda mempunyai setup yang sesuai, anda boleh menetapkan pemberitahuan pada garis arah aliran, penunjuk teknikal, skrip yang boleh disesuaikan dan banyak lagi, supaya anda boleh memastikan bahawa setup kegemaran anda tidak terlepas.
Ini boleh semudah pelabur jangka panjang menetapkan pemberitahuan RSI pada saham Dow 30, untuk membeli penurunan , kepada yang lebih rumit seperti scalper niaga hadapan harian menggunakan pemberitahuan untuk mengenalpasti ketidakcekapan harga dalam 40 kontrak teratasnya.
Pemberitahuan kami yang boleh disesuaikan membolehkan pedagang yang teratur untuk menangkap setiap peluang yang sesuai untuk mereka.
Terima kasih kerana membaca, dan kekal sihat!
Pasukan TradingView
PRESTAR - Boleh diperhatikan.KAJIAN ANALISA.
PRESTAR RESOURCES BERHAD – Industri Produk Besi .
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa –Sedang Mendaki.
QR (Quarter Reports) dari iSaham:
Perolehan dan keuntungan yang baik.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.745 pada 18.10.2021.
Harga membuat penurunan semula.
Harga terendah di 0.530 pada 29.11.2021.
Harga sedang bergerak secara zigzag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Area 0.530 adalah kawasan Support terdahulu.
Harga masih berada di line UPTREND.
Dijangka akan membuat kenaikan semula.
Harga semasa - 0.645 pada 13.01.2022.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
StochRSI - Valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
EFI- Valid EP bila menujah keatas.
Accum Dist - Valid EP bila menghijau dan bergerak keatas.
Indi Ratings MA & OSC - Strong Buy
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.675,0.745,0.810,0.955.
Manakala CL yang terdekat pada bawah sokongan - 0.515.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
DESTINI Pelan Dagangan Singkat Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang berada di penghujung akhir gelombang Minute (iv)/Minit (iii) dalam Gelombang Minor 1 dan dia jangka akan membuat pembalikan menaik ke atas Gelombang Minor 1
"impulse 12345" dengan aras alat Fibonacci 227.2% sebagai sasaran utk pelan dagangan jangka masa singkat tempoh seminggu.
"Pengunaan Alat Fibonacci Extension dengan tahap sebagai anggaran unjuran setiap kenaikan harga dan juga panduan Rintangan serta Sokongan*
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
BITCOIN [S] BEREHAT SEKETIKA - MAMPUKAH IA BERTAHAN?BITCOIN BEREHAT SEKETIKA - MAMPUKAH IA BERTAHAN?
1. BTC kini dilihat berehat seketika setelah membuat penurunan demi penurunan
2. BTC menjadi penanda aras pasaran crypto seluruh dunia
3. Garisan support 41300 dilihat sebagai benteng terakhir untuk menahan BTC dari meneruskan penurunan
4. Adakah benteng ini akan pecah dalam masa terdekat?, atau
5. BTC akan kembali membuat kenaikan untuk menuju ke aras tertinggi dalam sejarahnya? Sama-sama kita saksikan
6. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
EMAS membentuk segitiga symmetrical1. Resistance R1 pada 1836 dan R2 pada 1881.
2. Support S1 pada 1791 dan S2 pada 1750.
3. Resistance yang terdekat terbentuk pada garisan downtrend.
4. Garisan downtrend menjadi support yang kukuh sejak Aug 2021.
5. MACD menunjukkan bullish momentum berkurangan.
6. Jika candle gagal stay atas garisan uptrend maka boleh test S2.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
P.A RESOURCES Mendaki Gelombang Ketiga1. P.A RESOURCES pada corak gelombang dilihat sedang dalam gelombang ketiga.
2. Lilin dilihat telah melepasi garis EMA 100 dan juga telah retrace diatas garis TAD yang menunjukkan potensi tinggi untuk membuat kenaikan seterusnya.
3. Indi OSEM juga menunjukkan isyarat untuk Hold dan juga garis menegak hijau telah kelihatan menandakan kemungkinan permulaan untuk uptrend.
4. Petunjuk SMI walaupun menunjukkan penurunan kebawah, kemungkinan akan berubah keatas berdasarkan petunjuk-petunjuk lain yang positif.
Kawasan masuk: 0.405 - 0.420
Ambil untung: 0.43 , 0.46
Potong Rugi: 0.4
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
FM @ FREIGHT - QR Terbaik Kaunter ini menunjukkan hasil QR yang sangat cemerlang.
Dari segi carta ia menunjukkan trend kenaikan yang sihat kerana sentiasa mematuhi garisan MA200 dan telah beberapa kali membuat HH baru .
Kaunter ini juga kelihatan sentiasa membuat lantunan harga di garisan RBS .
Dari segi EW saya dapati ia sedang membuat Subwave 3 of Wave 3.
Hidden Bullish Divergence juga kelihatan di AO menunjukkan ada kemungkinan besar ia meneruskan trend menaik dalam masa terdekat ini.
Terkini, harga rebound di RBS 0.83 dan kelihatan cuba menutup gap sebelumnya, jika ia berjaya, ada kemungkinan ia akan memecahkan RBS 0.90 dan boleh target untuk setup trading plan di kawasan tersebut. Pada ketika itu Ma20 telah melintasi MA50, maka ia menjadi petanda kuat bahawa kaunter ini akan meneruskan kenaikan,Buat masa sekarang Ma20 masih di bawah ma50 , jadi ia ada potensi untuk membuat penurunan lagi.
Penulisan ini hanyalah idea saya dan bukan Buy Signal.
Wellcall Holding dalam proses uptrend?Jika dilihat pada carta mingguan, Wellcal yang merupakan syarikat pembuat Industrial Rubber Hose telah breakout downtrend line.
Bila keadaan ini berlaku, ia biasa ada dua kemungkinan.
1) Harga akan mendatar dan membuat spring/sell off sebelum mula naik
2) Harga akan terus naik atau uptrend.
Jadi untuk tentukan antara dua ini, zon rintangan yang penting perlu diperhatikan ialah 1.14 - 1.19. Sekiranya harga berlegar dalam zon ini, ia ada peluang tinggi untuk membuat kenaikan. Namun untuk lebih kepastian, ia perlu melepasi 1.19 beserta volume. Namun tidak menjadi masalah untuk jika hendak masuk awal iaitu bila lihat harga stabil atas 1.14. Peraturan mudah, pecah sokongan, lari.
Jika dilihat pada moving average (MA). MA50 kelihatan cuba menuju dan melepasi MA200. Sekiranya ianya berjaya membuat penyilangan yang juga menandakan keadaan bullish atau uptrend, harga perlu tutup pada atau lebih tinggi dari MA50 mingguan atau MA200 harian untuk terus kekal berada dalam keadaan uptrend.
Trailing PE = 16.5
EPS = 6.86c
Peer Trailing PE(CHGP) = 31.7
Trailing PE kemuncak pada tahun 2017 yang pernah didagangkan = 23
Sekiranya ia dapat kembali dengan prestasi dagangan yang pernah dia capai dahulu iaitu Trailing PE 23, maka dengan EPS semasa, harga mampu mencapai ~RM3.80
ECOWLD - Boleh diperhatikan.KAJIAN ANALISA.
ECO WORLD GROUP BERHAD – Industri Hartanah.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa –Sedang Mendaki.
QR (Quarter Reports) dari iSaham:
Perolehan dan keuntungan yang baik sepanjang tahun.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 1.250 pada 28.10.2021.
Harga membuat penurunan semula.
Harga terendah di 0.810 pada 29.11.2021.
Harga sedang bergerak secara zigzag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Area 0.810 adalah kawasan Support.
Double Bottom dikawasan - Support 0.810.
Lilin telah berada di EMA100 - Momentum Buy.
Indi swing Buy telah terbentuk di kawasan support.
Dijangka akan membuat kenaikan semula.
Harga semasa - 0.860 pada 28.12.2021.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
StochRSI - Valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
EFI- Valid EP bila menujah keatas.
Accum/ Dist - Valid EP bila menghijau dan bergerak keatas.
Indi Ratings MA & OSC - Strong Buy
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.940,1.010,1.100,1.250.
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.740.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
FBMKLCI MEMBENTUK SUPPORT, REVERSAL BERLAKU DALAM MASA TERDEKAT?FBMKLCI MEMBENTUK SUPPORT, REVERSAL BERLAKU DALAM MASA TERDEKAT?
1. Indeks FBMKLCI dilihat telah membentuk support 52-week low
2. Momentum indikator memberi signal kekuatan
3. Adakah ini memberi signal yang FBMKLCI akan membuat perubahan arah dalam masa terdekat?, atau
4. FBMKLCI akan terus berada dalam sideway atau bearish? Sama-sama kita saksikan
5. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
Petua & alatan untuk melindungi akaun andaKeselamatan dan privasi adalah sangat penting bagi kami. Kami mempunyai seluruh pasukan yang berdedikasi untuknya! Kami mahu semua ahli benar-benar yakin bahawa mereka mempunyai alatan yang mereka perlukan untuk memastikan akaun mereka selamat dan dilindungi. Mari kita mulakan.
Petua yang Cukup Jelas
Jangan gunakan kata laluan yang sama di mana-mana atau satu pelanggaran boleh mendedahkan semua akaun. Pastikan kata laluan anda unik dan tidak mudah diteka. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang kukuh dan aksara khas seperti @ # ! / < ? % jika boleh.
Jangan tertipu! Sentiasa semak beberapa kali pautan yang anda klik . Jangan berikan maklumat kelayakan log masuk anda kepada sesiapa. Satu petua yang berguna ialah memastikan anda mempunyai halaman utama www.TradingView.com rasmi yang ditanda buku pada pelayar anda. Anda juga perlu memastikan anda mempunyai aplikasi mudah alih TradingView pada iOS atau Android. Jangan muat turun peniru! Hanya gunakan platform dan aplikasi rasmi TradingView.com.
Peralatan yang Tersedia untuk Anda
Semua ahli TradingView mempunyai akses kepada ciri keselamatan individu dalam Tetapan Profil mereka . Pergi ke halaman Tetapan Profil anda untuk bermula. Sebaik sahaja anda sampai ke Tetapan Profil anda, klik tab Privasi dan Keselamatan . Dari sini anda boleh mengurus keselamatan akaun anda dengan sepenuhnya termasuk beberapa ciri unik:
• Mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor
• Meninjau akaun sosial yang disambung
• Menyemak sesi log masuk dalam sejarah
• Log keluar dari peranti tertentu
• Log keluar dari semua peranti
• Mengaktifkan/menyahaktifkan sembang
• Mengabaikan pengguna
• Mengendalikan profil anda sepenuhnya, bagaimana ia dipaparkan dan maklumat apa yang ditunjukkan
Bagi mereka yang berminat untuk menguruskan Profil pedagang individu mereka, kami mempunyai alatan yang membolehkan anda menukar gambar profil anda dengan cepat, akaun media sosial yang disambungkan , tentang & bio, lokasi dan seluruh rangkaian notifikasi untuk platform dan e-mel.
Petua Tambahan!
Pengesahan dua faktor diperlukan bagi mereka yang berminat dengan tahap keselamatan tertinggi. Ini bermakna anda boleh menggunakan peranti kedua, seperti telefon anda atau aplikasi pengesahan untuk mengesahkan setiap log masuk.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang semua ciri keselamatan yang tersedia untuk anda, sila rujuk Pusat Bantuan kami. Sebagai contoh, hantaran ini menerangkan lebih lanjut petua biasa untuk melindungi akaun anda ! Terdapat lebih banyak lagi dalam Pusat Bantuan kami , yang percuma untuk semua orang mengetahui lebih lanjut tentang pasaran dan TradingView.
Terima kasih kerana membaca!
- Pasukan TradingView