Wellcall Holding dalam proses uptrend?Jika dilihat pada carta mingguan, Wellcal yang merupakan syarikat pembuat Industrial Rubber Hose telah breakout downtrend line.
Bila keadaan ini berlaku, ia biasa ada dua kemungkinan.
1) Harga akan mendatar dan membuat spring/sell off sebelum mula naik
2) Harga akan terus naik atau uptrend.
Jadi untuk tentukan antara dua ini, zon rintangan yang penting perlu diperhatikan ialah 1.14 - 1.19. Sekiranya harga berlegar dalam zon ini, ia ada peluang tinggi untuk membuat kenaikan. Namun untuk lebih kepastian, ia perlu melepasi 1.19 beserta volume. Namun tidak menjadi masalah untuk jika hendak masuk awal iaitu bila lihat harga stabil atas 1.14. Peraturan mudah, pecah sokongan, lari.
Jika dilihat pada moving average (MA). MA50 kelihatan cuba menuju dan melepasi MA200. Sekiranya ianya berjaya membuat penyilangan yang juga menandakan keadaan bullish atau uptrend, harga perlu tutup pada atau lebih tinggi dari MA50 mingguan atau MA200 harian untuk terus kekal berada dalam keadaan uptrend.
Trailing PE = 16.5
EPS = 6.86c
Peer Trailing PE(CHGP) = 31.7
Trailing PE kemuncak pada tahun 2017 yang pernah didagangkan = 23
Sekiranya ia dapat kembali dengan prestasi dagangan yang pernah dia capai dahulu iaitu Trailing PE 23, maka dengan EPS semasa, harga mampu mencapai ~RM3.80
Idea komuniti
ECOWLD - Boleh diperhatikan.KAJIAN ANALISA.
ECO WORLD GROUP BERHAD – Industri Hartanah.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa –Sedang Mendaki.
QR (Quarter Reports) dari iSaham:
Perolehan dan keuntungan yang baik sepanjang tahun.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 1.250 pada 28.10.2021.
Harga membuat penurunan semula.
Harga terendah di 0.810 pada 29.11.2021.
Harga sedang bergerak secara zigzag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Area 0.810 adalah kawasan Support.
Double Bottom dikawasan - Support 0.810.
Lilin telah berada di EMA100 - Momentum Buy.
Indi swing Buy telah terbentuk di kawasan support.
Dijangka akan membuat kenaikan semula.
Harga semasa - 0.860 pada 28.12.2021.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
StochRSI - Valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
EFI- Valid EP bila menujah keatas.
Accum/ Dist - Valid EP bila menghijau dan bergerak keatas.
Indi Ratings MA & OSC - Strong Buy
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.940,1.010,1.100,1.250.
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.740.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
FBMKLCI MEMBENTUK SUPPORT, REVERSAL BERLAKU DALAM MASA TERDEKAT?FBMKLCI MEMBENTUK SUPPORT, REVERSAL BERLAKU DALAM MASA TERDEKAT?
1. Indeks FBMKLCI dilihat telah membentuk support 52-week low
2. Momentum indikator memberi signal kekuatan
3. Adakah ini memberi signal yang FBMKLCI akan membuat perubahan arah dalam masa terdekat?, atau
4. FBMKLCI akan terus berada dalam sideway atau bearish? Sama-sama kita saksikan
5. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
HPMT- Breakout kotak sidewaySektor - Industrial Product, Packaging Materials
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- HPMT masih jelas major trend menaik. Ini ditunjukkan di dalam carta paras harga masih di atas garisan menaik.
- HPMT breakout kotak sideway yang mana paras harga bermain(ranging) di dalam kotak dan kemudianya melakukan breakout.
- Paras harga breakout kemudiannya retest base dan pulback semula.
- Volume belian melebihi kadar purata belian 20 hari dan keseluruhannya volume belian menguasai pasaran.
- RSI atas paras 60 membawa maksud momentum kuat untuk meneruskan kenaikan.
Dari sudut Fundamental
- QR2 2021 mencatatkan keuntungan bersih 3.13m berbanding QR2020 iaitu sekadar 1.61m .
- Dari segi revenue, QR 2021 merekodkan revenue 22.27m berbanding QR2020 revenue mencatatkan 17.47m.
- Secara perbandingan QR2 2021 dan QR2 2020, jelas bisnes HPMT mencatatkan keuntungan dan mampu bersaing dikala musim covid19 melanda.
#TAYOR #BAYOR
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
Crude oil potensi arah pergerakan (Elliott Wave)Crude Oil WTI Kemungkinan telah masuk fasa "bearish" dan Wave 5 yang utama mungkin telah tamat dan memasuki fasa corrective wave ABC. pergerakan harga terkini mungkin dalam pembentukan corrective wave yang ke 4 dari wave 1-2-3-4-5 dari corrective wave 4.
sekarang. belum dapat di pastikan sama ada sub wave B dari wave 4 telah tamat, atau belum.
Short term (3-5 hari)
Nota 1. jika harga bergerak turun melepasi paras 70.32, sub wave B mungkin belum selesai, dan harga mungkin akan turun lagi, mungkin akan mencuba paras 68.90 di kawasan 50% retracement dari sub wave A.
Nota 2 Jika harga bergerak melepasi patas 73.34, wave B mungkin telah tamat, dan akan mulakan sub wave C untuk habiskan wave 4. Maksima kenaikan adalah sehingga 78.25 dimana jika paras ini jugak ditembusi, pengiraan semula wave diperlukan dan analisis ini akan terbatal.
Medium term (1-2 minggu)
Nota 3. jika harga bergerak melepasi patas 62.43, sub wave 4 dianggap dah selesai dan mungkin akan meneruskan penurunan ke sehingga 57 dolar sub wave 5 untuk selesaikan wave A
harga telah bergerak naik 10 mata dari analisis sedang dibuat (72.22 hingga 72.32)
YBS membentuk segitiga1. Fibo bertindak sebagai support dan resistance, Support S1 pada 0.59 ia juga adalah pada Fibo 61.8%.
2. SmartMCDX menunjukkan big money masih ada.
3. Jika candle break ke bawah dari garisan uptrend maka boleh meneruskan penurunnan..
4. Jika candle break ke atas dari garisan downtrend maka boleh meneruskan kenaikkan.
5. Kemungkinan candle akan break keluar dari garisan downtrend dan meneruskan kenaikkan jika BO dengan volume tinggi.
6. Volume masih bawah daily average.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
scable- adakah buruk padahnya jika bolos & kekal di bawah UTL ? NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
1.kelihatannya berada di area rb s , makanya mahu atau tidak
RCP harus berlaku untuk tidak mengecewakan pedagang yang
mungkin baru menjadi investo r
2.pun begitu jika bolos & kekal di bawah UTL , berkemungkinan
- menarik juga untuk di kaji bersama-
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "lower dead cross "
`RSI :21.35
`obv:menurun
`bb:17.85 % (lower band,20 hari)
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku .
SCNWOLF (Mencari Persinggahan Sebelum Meneruskan Kenaikan)Sektor :
- Industrial Products, Office Products, Plastics, Plastic Product (Consumer), Building Materials, Industrial Products & Services. (sumber: iSaham)
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Berpandukan garis MA, SCNWOLF masih boleh dianggap uptrend untuk midterm.
- Sebelum ini, terdapat tiga MA yang bertindak sebagai support dinamik SCNWOLF yang boleh diperhatikan:
1⃣ MA 50 yang merupakan support pertama (rujuk garis ungu).
2⃣ MA 100 yang merupakan support kedua (rujuk garis biru).
3⃣ MA 200 yang merupakan support terakhir (rujuk garis kelabu).
- Sekarang, SCNWOLF telah jatuh dibawah MA 50 dan berkemungkinan menuju ke MA 100 sebelum rebound.
- Harga juga berkemungkinan akan mula rebound dalam dua kawasan support:
1⃣ Zon RBS RM 0.500 - RM 0.600.
2⃣ Zon Fibonacci 61.8% - 100%.
- Mid boundaries channel (rujuk channel kelabu) juga boleh dijadikan trend line support SCNWOLF.
- Harga akan rebound dengan BDTL dan berpotensi menuju ke paras fibonacci 100% pada harga RM 0.670 (rujuk garisan ungu).
------------ Elliott Wave ------------
- SCMWOLF dilihat sedang melengkapkan intermediate wave (4) dengan membuat double zigzag (W-X-Y).
- Kemungkinan harga akan jatuh sehingga ke kawasan fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda minor wave W) - 100% (1 kali ganda minor wave W)
- Counting ini dikira valid selagi harga tidak jatuh sehingga menyentuh invalidation level iaitu RM 0.410.
- Jika SCNWOLF jatuh sehingga ke paras harga maksimum iaitu RM 0.415, harga mampu rebound sehingga ke paras fibonacci 100% (wave 5 = wave 1) iaitu pada paras harga RM 0.670 untuk melengkapkan intermediate wave (5) yang juga merupakan primary wave ((3)).
Analisis Fundamental :
- Pada quarter terbaru, SCNWOLF mencatatkan kerugian dan perolehan (revenue) juga menurun berbanding quarter sebelumnya.
- Untuk QoQ, keuntungan dan revenue SCNWOLF mencatatkan kerugian masing² sebanyak -141.14% dan -33.84%.
- Untuk YoY pula, keuntungan dan revenue SCNWOLF meningkat masing² sebanyak 78.27% dan 41.54%.
- iSaham mengkategorikan SCNWOLF sebagai syarikat 'negative earnings-' yang membawa maksud peringatan kepada pelabur baru supaya tidak membeli saham ini sekiranya masih belum mahir dalam cutloss.
Nota Kaki :
------------ Umum ------------
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik, trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
------------ Elliott Wave ------------
(Istilah² degree yang digunakan oleh penulis / penganalisis dalam idea analisis ini dan setiap idea analisis lain selepas ini adalah berdasarkan pautan dibawah bagi memudahkan penerangan):
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.
🎈 Semoga Bermanfaat 🎈
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
BTCUSDT: Double Top?Analisa BTCUSDT pada selang masa bulanan seakan memperlihatkan beberapa tanda kelemahan selepas matawang kripto ini melakukan kenaikan mendadak beberapa bulan lalu
Carta bulanan BTCUSDT seakan memperlihatkan kehadiran corak carta 'double top' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Petunjuk RSI juga dilihat membentuk 'exaggerated bearish divergence' sekiranya benar corak carta 'double top' telah terbentuk
Petunjuk OBV juga dilihat semakin berkurang tatkala harga melakukan kenaikan yang menunjukkan penurunan penyertaan belian
Analisa lilin individu juga memperlihatkan lilin seakan hendak membentuk 'twezzer top'
Harga terkini dilihat sedang bertahan di atas paras sokongan fibonacci dan masih lagi mematuhi garisan trend menaik yang dilukis pada selang masa mingguan
Trend secara amnya dilihat masih cenderung melakukan kenaikan
Namun sekiranya pergerakan harga melawan petunjuk, maka ini mengisyaratkan 'Hound of The Baskerville' berkemungkinan terbentuk menunjukkan pergerakan trend baharu yang kuat bakal berlaku (The New Trading For A Living, 2014, pg.89)
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
DATAPRP, Menuju ke atas RM 1 semula?1. Kaunter DATAPRP telah bergerak secara sideway semenjak penghujung oktober di julat harga 0.850 - 1.060.
2. Harga telah mencecah paras Gann di 0.860 dan membuat kenaikan sehingga 12 bid untuk ditutup pada harga 0.935 di jam terakhir dagangan.
3. Dapat dilihat dalam fasa sideway ini, ini adalah kali kedua harga membuat kenaikan yang tinggi selepas RSI mencatatkan bacaan oversold.
4. Volume Profile memberikan paras rintangan POC di harga 1.030.
5. Harga juga ditutup di hampir di zon 38.2% FR.
6. Possible Scenario:
a. Harga akan dibuka rendah menuju ke paras Gann di 0.910 untuk menarik minat membeli, di mana buy position boleh dibuka, sebelum harga menyambung kenaikan dengan paras Gann seterusnya di 0.960 menjadi TP1 dan juga paras EMA200 menjadi TP2. SL boleh diletakkan di bawah paras Gann 0.91 atau garisan sokongan di 0.895.
b. Minat membeli gagal memberikan momentum kenaikan harga dengan harga akan kembali menuju ke paras sokongan Gann di 0.860.
Wallahualam
Penafian: Kajian amatur untuk pembelajaran sendiri sahaja. Bukan nasihat pelaburan profesional.
Sebarang pelaburan mempunyai risiko.Sila buat keputusan pelaburan atas kajian anda sendiri.
#tpkecl #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #DYOR #kajiansaham
BSLCORP : Pending Flag BOTRADINGVIEW IDEAS
1. Teknikal : Pending Pennant BO
2. 2x test uptrendline
3. Bullish sekiranya berjaya melepasi resistance terdekat
4. Momentum baik sekiranya WaveTrend Osc berjaya melepasi line 0
Boleh monitor pergerakan harga seterusnya. Sekiranya bercadang untuk
entry, pastikan ianya berada pada support yang kuat dan ada trading plan.
Pastikan sudah jelas dengan support dan resistace.
Pecah support, cut like a robot tiada emosi supaya tidak menyesal di kemudian hari.
#Trading idea untuk tujuan pembelajaran
#Urusan jual beli saham adalah tanggungjawab sendiri
Carepls Betul-betul Ikhlas Membuat Kenaikan?Kaunter: Carepls
Sektor: Sarung Tangan , Penjagaan Kesihatan
Seperti yang kita sedia maklum indek mengalami kejatuhan teruk minggu ini dan pada hari Jumaat 26.11.21 sektor sarung tangan & penjagaan kesihatan
mendominasi pasaran bursa.
Carepls di lihat membuat reversal up dan percubaan ke fasa "uptrend'
-RSI atas 50 bullish
-ADX masih di bawah 20 (masih ada ruang momentum kenaikan di paras ADX atas 20)
-Stochrsi cross up di atas 50 (strong bullish)
-Super bullish morubozu candle hari jumaat, di jangka pada hari Isnin akan naik terbelih dahulu sebelum retrace pada aras golden fibo
atau 1/4 candle atau maximum 3/4 candle
*kajatuhan harga di bawah golden fibo 78.60 di anggap kaunter berada fasa sideways atau mula downtrend (aras cutloss)
*kejatuahan harga di bawah harga open candle Jumaat 26.11.21 juga boleh diambil sebagai aras cutloss kerana dibimbangi
kaunter mula sideways atau downtrend
*sekiranya di analisis berdasar GBS SMI kolam telah sempurna (fasa long accumulation-kolam smi hijau) line biru cross up line merah, dijangka untuk swing sekiranya harga tidak turun bawah harga open candle Jumaat lepas, dijangka boleh melonjak jauh ....lagi besar kolam lagi jauh harga akan bergerak ke atas (lagi lama fasa pengumpulan lagi tinggi harga dijangkakan naik)
Gann Support: 1.21/1.16 | Resistance: 1.27/1.33
Walaubagaimanapun ini hanyalah sekadar kajian & pandangan saya semata-mata. Sila teliti chart & buat trading plan sebelum masuk sesuatu kaunter. #tayor
AWC - Breakout dan gagal kekal. Masihkah ada sinar?Sektor - Industrial Services, Building Material
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- AWC dilihat dalam fasa menaik apabila berada dalam saluran menaik dan paras harga di atas garisan menaik.
- AWC dilihat telah breakout pada paras harga 0.595 namun gagal untuk kekal.
- Volume dilihat masih dikuasai oleh volume pembelian.
- RSI atas paras 50 membawa maksud momentum masih kuat untuk meneruskan kenaikan.
- Rumors QR yang akan datang positif menarik minat belian untuk membeli.
Kriteria Pemilihan Kaunter
- Uptrend kaunter
#TAYOR #BAYOR
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
PTRANS:ADAKAH MEMBUAT SOLID UPTREND@SIDEWAY?Hari ini harga PTRANS buka dan tutup di atas EMA200 dengan solid candle. Ia diikuti rapat EMA20 manakala EMA50 telah cross-up EMA100. Ia menunjukkan isyarat yang baik dari segi pergerakan harga purata dan berada dalam saluran menaik. Stoch-RSI juga berada pada paras melebihi 30%. Dalam tempoh ini juga ia membentuk pennant pattern(bullish).
Sebelum itu PTRANS dalam fasa uptrend JULAI 2020- APRIL 2021 dan downtrend dari MEI 2021-OGOS 2021.
Bermula pertengahan Ogos 2021 ia mula berubah kepada uptrend sehingga harga close hari ini iaitu 0.705.
Support & Resistance sila rujuk carta.
Carta mingguan juga dalam keadaan momentum yang baik. Sekiranya harga dapat melepasi 0.720 maka ia akan membuat solid uptrend.
Posisi sebelum EMA50 cross-up EMA200 adalah peluang yang perlu diberi perhatian ketika adanya momentum(volxprice). Adakah ia akan meneruskan konsistensi? sama-sama kita lihat. Wallahu a'lam.
PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANNYA BUY/SELL CALL, HANYA BERKONGSI IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
DSONIC - Boleh diperhatikan.KAJIAN ANALISA.
DSONIC GROUP BERHAD – Industri Produk Pengguna - Teknologi.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa –Sedang mendaki.
QR (Quarter Reports) dari iSaham:
Perolehan Menyusut.
Keuntungan pun menyusut.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.510 pada 11.10.2021.
Harga membuat pembalikan kebawah semula.
Harga terendah 0.455 pada 05 .11.2021.
Harga sedang bergerak secara zig zag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Area 0.460 adalah kawasan Support yang terdahulu.
Harga semasa - 0.485 pada 17.11.2021.
Terdapat corak segitiga (bulish pennant ) menunggu untuk pecah.
Terdapat Volume belian diikuti dengan kenaikan harga.
Harga masih bergerak diatas uptrend trendline.
Lilin berada di atas EMA100 - Momentum adalah buy.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
StochRSI - Valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
EFI- Valid EP bila menujah keatas.
Accum/ Dist - Valid EP bila menghijau dan bergerak keatas.
Indi Ratings MA & OSC - Buy
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.520,0.575,0.615..
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.435.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
# TAYOR.
COMFORT kombinasi analisa 5 Alat FibonacciAnalisa Teknikal Gelombang Elliot :
Analisa Teknikal dengan mengunakan 5 Alat Fibonacci untuk mencari arah aliran jangkaan gelombang bergerak dengan setiap tahap (level) Fibonacci.
1. Fibonacci Extension - kegunaan utk mencari unjuran arah tahap fibonacci di setiap gelombang menaik ataupun menurun
2. Fibonacci Retracement - kegunaannya adalah mengukur tahap penurunan di setiap kali gelombang pembetulan
3. Fibonacci Wedge - amat berguna utnuk pebngesahan unjuran arah tahap fibonacci extension di setiap gelombang menaik ataupun menurun
4. Fibonacci Trend Time Based - digunakan untuk mengukur tahap masa unjuran tren gelombang
5. Fibonacci Cluster - adalah kombinasi dengan mengunakan Alat Fibonacci "Extension dan Retracement" bagi mencari titik pertemuan (Confluence) bersama untuk penandaan gelombang C berakhir.
#MomentumBreakout
setelah Gelombang pembetulan yang panjang dalam sektor industri Penjagaan Kesihatan & Gloves.
kini sedang berada pembalikan untuk menaik ke gelombang satu yang baru dengan Corak "Impulse 12345" atau "Ending Diagonal"
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
EFORCE (s) WL November 2021Dalam keadaan major uptrend (harga di atas white rainbow) = Safer
Ia sedang buat pullback utk gerakan BO-pullback-BO (BPB) jangka pendek = Bullish
Jika tekanan belian masih kuat, mungkin juga pullback tidak berlaku
Candle berada di atas/luar upper BB band = Bullish tapi perlu beranggapan ia ada potensi utk membuat lanjutan pullback
Harga masih belum menyentuh zon sokongan yg ditanda
Red bar vs green bar sudah jadi majoriti dengan 58% vs 0% = Bullish
Perhatikan zon-zon yg dilukis sebagai S&R
Sebarang carta yg dikongsikan disini merupakan carta yg menarik perhatian penulis utk dikaji secara lebih mendalam pada masa yg dikeluarkan sahaja. Ia hanyalah pandangan penulis berdasarkan analisa teknikal yang terbatas, tiada sebarang jaminan terhadap pergerakan harga kaunter tersebut di masa hadapan, ia bukan nasihat pelaburan dan juga bukan nasihat belian. Sebarang keputusan pelaburan yg anda buat adalah keputusan anda sendiri di mana anda MESTI kaji sendiri dan anda perlu merujuk penasihat pelaburan berlesen anda atau DR anda.
SCOMNET : Corak Pennant BO1. Teknikal : Corak Pennant BO pada 15 Nov
2. Pada masa yang sama memecahkan Channel pada 23 Sept lalu
3. Sekiranya momentum cukup kuat akan menghasilkan SAUCER yang cantik
4. Volum semasa telah memecahkan purata volum
Ulasan : Boleh monitor rapat pergerakan harga seterusnya, sekiranya bercadang membuat pembelian,
boleh menunggu di support yang kuat ataupun ketika harga retest trendline.
#Trading idea untuk tujuan pembelajaran
#Urusan jual beli saham adalah tanggungjawab sendiri
DNEX [S] - MEMBUAT BREAKOUT PATTERN SYMMETRICAL TRIANGLE!DNEX - MEMBUAT BREAKOUT PATTERN SYMMETRICAL TRIANGLE!
1. DNEX pada hari ini telah membuat breakout pattern symmetrical triangle
2. Breakout dengan volume yang signifikan.
3. DNEX dilihat telah lama berada dalam sideway (sejak Mac 2021). Pergerakan harga pada hari ini pastinya telah lama dinanti-nantikan ramai shareholdernya.
4. Ke mana arah tuju DNEX dalam masa terdekat? Adakah ia akan berjaya menuju price objectivenya? Sama-sama kita saksikan.
5. Kepada subscribers channel SmartMind Academy, menggunakan ilmu chart pattern analysis yang telah anda pelajari, ke mana arah tujunya? (komen di ruangan komen di bawah)
6. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
ASTINO - PELUANG DI SUPPORTASTINO
CP 0.705
Main Market : Building Materials
Market Cap 342.9M
Shares (mil) 493.41
Ciri-ciri:
1. Overal trend= UPTREND dan sedang retrace
2. Nampak menarik bila line MA dah berkumpul dan stabil.
3. Ada peluang untuk BO DTL.
4. Technical rating = strong buy.
5. Dekat dengan support = low risk
Strategi
S = 0.680 / 0.635
R = 0.730 / 0.770 / 0.820 / 0.865 / 0.925
Penafian : Ini adalah kajian semata-mata & bukanlah buycall.
Kajian ini mungkin tepat, mungkin tidak.
Saya tidak bertanggungjawab atas keuntungan mahupun kerugian anda.
TRADE AT YOUR OWN RISK!
#remoratraders
YBS - Breakout garisan menurun & paten cup bergandaSektor:
- Industrial Products & Services,Electronic Manufacturing Services and Paper products.
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- YBS telah membuat breakout pada garisan menurun.
- YBS dilihat menanti untuk breakout paras 20 hari tertinggi dan kelihatan membentuk corak carta cup berganda.
- YBS dilihat menarik sekiranya paras harga terus kekal/sustain di atas 0.385 untuk meneruskan perjalanan.
- RSI atas level 50 -Momentum mulai kuat.
Dari sudut fundamental
- Keuntungan bersih Q1 2021 792.00k meningkat berbanding Q1 2020 iaitu 687.00k.😀
- Revenue turut meningkat Q1 202 119.83m berbanding Q1 2020 14.62m. 😀
Highlight
-YoY
#TAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Menunggu breakout Pola segitiga simitri/pennant-Penghujung EW 4#DNEX - DAGANG NEXCHANGE BERHAD
# SEKTOR - Teknologi, IT Solution/ IT Produk, Small & Mid Cap, Digital Services, Integrated Immigration System, Semikonduktor
# Elliot Wave - Fasa Gelombang pembetulan 4 - hampir sampai ke penghujung menunggu breakout.
# Pola Carta - Pennant @ segitiga simitri - masuki pasaran bila berlaku breakout dengan vol padu & keluar bila pecah pennant support.
# Trend keseluruhan - masih dalam posisi uptrend dgn pergerakan gelombang pembetulan mendatar @ akimulasi vol
Widad Berada Dalam Fasa Sideways "Berenang Bersama Jerung"Kaunter: Widad
Sektor : Industri Produk & Pembinaan
Jenis kaunter: Superpenny negative earning (overall fa+ta tidak memberasangkan)
Paparan masa 1 hari:
1. Sila rujuk pada kotak hijau, kaunter berada pada fasa sideways/ trade in range bermain-main dalam kotak harga di antara 0.355-0.385
Untuk membuat satu kenaikan baru (uptrend/ atau reversal uptrend) harga perlu break 0.385 dan bertahan di atas harga ini.
Sekiranya bocor 0.355 kaunter mungkin akan membuat fasa penurunan (downtrend). Jika anda ada posisi di dalam adalah baik untuk
elakkan sangkut di dalam fasa downtrend. Buat masa ini trading masih selamat kerana masih di fasa sideways.
2. Jika di rujuk pada fibo retracement (sila tick pada bahagian setting, lebel low & high) tarik dari low ke high. Kita dapat lihat harga membuat retracement sekitar 61.80%. Sekiranya tidak mampu bertahan harga akan cuba untuk mencari fibo retracement seterusnya iaitu di 78.60% retracement(lihat line fibo kuning) pada harga sekitar 0.26. Pada ketika ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya bocor akan berlakunya confirmation downtrend. Point selamat untuk entry jika merujuk kepada line fibo ini adalah apabila berlakunya 'reversal up' dan permulaan trend kenaikan baru (uptrend) confirmation pada aras fibo 50% ( entry harga sekitar 0.465) adalah entry yang selamat kerana ketika ini kaunter berada pada fasa uptrend.
3. Trendline - rujuk line trendline (merah) sekiranya bocor akan mencari line trendline seterusnya. Status semasa masih berada di atas trendline (UTL-uptrend line).
4. MACD - positif (line macd biru berada di atas line signal merah) sedang menghampiri nilai 0 (sekiranya nilai line macd berjaya berada di atas 0 momentum untuk sesuatu kuanter melakukan kenaikan adalah lebih tinggi berbanding nilai MACD di bawah 0)
5. Stochastic RSI - positif ( line biru cross ke atas line merah) menunjukan minat belian dan pergerakan harga yang positif (bullish).
6. RSI - negatif pada nilai di bawah RSI 50 % iaitu 43.46 (untuk pergerakan bullish trend, kaunter yang membuatkan momentum kenaikan adalah kaunter yang berada di atas RSI 50) . Status semasa perlu membuat kenaikan di atas paras 50.
7. GBS SMI+ - jika merujuk kepada GBS SMI+ Widad sebenarnya sudah berjaya keluar dari fasa pengumpulan (accumulation- kolam hijau GBS SMI+) namun line biru telah cross ke bawah line merah menunjukkan kebarangkalian berlakunya 'retracement'. Status semasa line biru perlu cross up line merah untuk signal positif. Sekarang masih dalam keadaan negatif.
8. Slow EMA & Fast EMA - kedua-duanya masih menunjukan dalam fasa downtrend, belum ada tanda-tanda reversal. Ketiga-tiga line utama EMA 50, EMA 100 & SMA 200 masih berada di atas candle. Line fast ema merah perlu membuat persilangan ke atas line fast ema kuning untuk menunjukan reversal up berlaku, confirmation adalah apabila line fast ema membuat susunan traffic light dari atas merah, kuning, hijau. Status semasa adalah belum selamat untuk entry.
Paparan masa 1 minggu:
1. Berada pada fasa sideways/accumulation (pengumpulan)
2. GBS SMI + - kolam smi hijau belum siap (masih di fasa pengumpulan) betul-betul berada pada fasa oversold (terlebih jualan)
3. RSI berada di bawah 50 - nilai semasa 34.69% berada pada fasa oversold (terlebih jualan). Peluan untuk BOD (buy on deep). Selalunya RSI 30 adalah di mana jerung/swing trader masuk membuat belian (collection/pengumpulan). Jika entry sekarang dikatakan berenang bersama jerung.
4. MACD GC (golden cross) - persilangan emas (line MACD biru di atas line signal merah) di bawah nilai 0 adalah sesuai untuk swing (entry awal/BOD).
5. Stochrsi positif - line biru cross up line merah, keberangkalian untuk membuat kenaikan adalah tinggi. Status semasa penampakan tanda awal kenaikan bermula 9point of reversal up)
6. Slow EMA & Fast EMA - kedua-duanya masih menunjukan dalam fasa downtrend, belum ada tanda-tanda reversal. Ketiga-tiga line utama EMA 50, EMA 100 & SMA 200 masih berada di atas candle. Line fast ema merah perlu membuat persilangan ke atas line fast ema kuning untuk menunjukan reversal up berlaku, confirmation adalah apabila line fast ema membuat susunan traffic light dari atas merah, kuning, hijau. Status semasa adalah belum selamat untuk entry.
Overall kaunter widad ini boleh masuk untuk buy on deep tetapi perlu jaga support, jika support bocor kebarangkalian membuat fasa downtrend (perlu dielakan trade kaunter downtrend). Untuk entry based on reversal up belum sesuai kerana belum ada sebarang confirmation reversal up.
Nota: "Sesuai berenang-renang bersama jerung" kalau ada di dalam boleh bersabar beberapa minggu boleh sahaja stay asalkan support tak bocor.
Gann Support: 0.34/0.31 | Resistance: 0.4/0.43
Sekadar kajian & pandangan semata-mata di atas permintaan Geng Borak Saham (GBS) . Bukanlah khidmat nasihat belian atau jualan saham mahupun "buycall". Trade at your own risk (tayor). Saya tidak bertanggungjawab di atas keuntungan mahupun kerugian tuan/puan. Sila bertanggungjawab di atas dagangan saham anda! jangan salahkan orang lain sekiranya trading anda gagal!