Tdex : Jangkaan Elliott Wave1. Secara keseluruhannya, lengkaplah wave 5 dalam kitaran Elliot Wave.
2. Sekarang harga akan membuat major correction iaitu wave abc.
3. Wave a dan b telah terbentuk. Wave c mungkin akan mencari garis-garis fibonacci untuk dijadikan support.
4. Jika berlaku rebound pada garis fibo atau kemunculan candle bullish, kaunter akan membuat wave baru.
5. Jika tidak berlaku rebound, kaunter akan downtrend memecahkan support yang ada. Seterusnya mencari satu paras harga untuk dijadikan base/consolidation/sideways
Idea komuniti
EFRAME : MENANTI PELUANG TERBAIK UNTUK BELIAN YANG TEPAT1. Kaunter baharu masih dalam trend kenaikan namun membuat pembalikan sementara. (retracement)
2. Berehat sebentar mencari aras sokongan (jangkaan saya pada Fibo Golden Ratio- warna kuning) sebelum melantun semula ke atas.
3. Menyentuh EMA21 : samada membuat fasa pengumpulan atau petanda lantunan ke atas pada hari berikutnya- rujuk reversal candle/trend.
4. Melepasi EMA21: akan turun menguji EMA34 pada aras Fibo Golden Ratio dan melantun semula ke atas.
5. Cadangan belian apabila wujud reversal candle dengan volume. (Pullback)
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
Jangkaan Elliott Wave Kaunter XOX1. Kaunter XOX telah melengkapkan sebuah elliott wave 12345 dan major correction abc.
2. Jika dilihat dalam trend keseluruhan, kaunter XOX masih dalam keadaan uptrend kerana tidak turun melebihi paras permulaan kenaikan.
3. Setelah selesai kitaran wave, sesuatu kaunter memerlukan masa yang lama untuk membuat wave yang baru.
4. Sebab itulah, harga sekarang berada dalam keadaan sideways/mendatar/consolidation untuk kaunter mendapatkan tenaga semula.
5. Tempoh masa yang lama diperlukan untuk melengkapkan fasa consolidation ini.
6. Jika breakout fasa consolidation dan disertai volume yang besar, maka akan berlakunya permulaan wave baru.
7. Untuk entry, kita akan tunggu retracement pada wave 2 yang baru habis.
8. Bila? sama-sama kita tunggu
Major Correction Mqtech1. Kaunter ini berada dalam fasa retracement kerana semasa retrace volume akan berkurang
2. Correction yang dibuat dalam bentuk abcde dan mengambil masa yang lama
3. tunggu sehingga wave e terbentuk iaitu wave terakhir pada support 0.110
4. Boleh entry pada support 0.110 atau atas sedikit atau tunggu selepas breakout upperline
SKPRES 5 Januari – Cubaan Pecahkan Garisan Downtrend?> Saham SKPRES tutup pada harga 2.20.
> Berdasarkan pada carta harian, harga membuat candle bullish engulfing dan berjaya bertahan di atas paras sokongan 2.10.
> MACD telah bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di atas paras 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga menunggu masa untuk bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 2.20, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 2.29.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
TFP (Masa Berehat Tamat)Sektor:
- Technology, Digital Services, Trading & Services.
Idea analisis:
- Break Accumulation Phase (BAP) dengan momentum:
1) Volume pembelian tertinggi
2) Line MACD dan Line Signal mula mendaki di atas paras 0
3) PARABOLIC SAR mula mendongak
- TFP bertukar kepada uptrend dan mencipta HHHL.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 0.230 atau untuk BOD atau;
- Entry apabila harga tutup di atas resistance 0.265 untuk BOB atau;
- Entry jika PARABOLIC SAR berada bawah candle (Pastikan kaunter dalam keadaan uptrend).
- CL jika harga jatuh dibawah RBS 0.230 atau;
- CL jika PARABOLIC SAR mula berada di atas.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Line MACD = Line berwarna biru.
* Line Signal =Line berwarna merah.
* RBS = Resistance become Support.
* BOD = Buy on Dip. Beli berhampiran support.
* BOB = Buy on Breakout. Beli apabila harga melebihi resistance.
* HHHL = Higher High Higher Low. Boleh rujuk di
OPTIMAX - mungkinkah akan kembali ke aras supportmengikut pada aras harga semasa (ketika ditulis), paras harga ini nampak sukar untuk melepasi garisan trendline resistant.
tetapi di rsi, rsi menunjukan signal bullish divergence.
Begitu juga di stocchastic yang menunjukkan, stoch-cross.
Pada pandangan saya harga mungkin akan membuat correction terlebih dahula ke paras support.
Namun begitu saya tidak menolak kemungkinan harga akan memecahkan resistant trendline dan meneruskan kenaikan.
Pada pandangan anda pula bagaimana, share di ruang komen.
Hanya untuk pembelajaran*
SEKTOR TEKNOLOGY: KE MANA ARAH TUJUNYA DALAM MASA TERDEKAT?SEKTOR TEKNOLOGY: KE MANA ARAH TUJUNYA DALAM MASA TERDEKAT?
1. Sewaktu banyak sektor yang berada dalam fasa sideway & downtrend, sektor teknologi terus menujah meneruskan kenaikan demi kenaikan.
2. Jika sekarang sektor ini berada pada wave ke-2 (berdasarkan teori Elliot Wave), insyaAllah kelihatannya sektor ini masih jauh lagi akan terbang.
3. Namun seperti biasa, saham bergerak secara zig zag. Signal 'bearish divergence' juga telah kelihatan.
4. Adakah ini memberi signal yang sektor ini akan berehat seketika sebelum meneruskan kenaikan? Sama-sama kita saksikan.
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
MCT membentuk Cup & Handle...??1. Resistance R1 pada 0.235 dan Support S1 pada 0.19 dan S2 pada 0.16.
2. MCT nampak macam sedang membentuk cup & handle, selepas retrace dari R1.
3. SmartMCDX menunjukkan big money masih ada.
4. MACD masih di zon bullish.
5. VPVR menunjukkan volume tinggi masuk pada 0.19.
6. Harga mungkin retrace sampai garisan uptrend sebelum meneruskan kenaikkan.
7. Volume masih kurang.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
SALUTE (Memecahkan Rintangan Dengan Momentum Padu)Sektor:
- Consumer Products & Services, Electronic.
Idea analisis:
- Break Downtrend Line (BDTL) dengan momentum:
1) Volume spike. (Paling banyak dalam tempoh 5 bulan).
2) Candle Marubozu.
3) Tutup di atas MA200.
4) MACD cross up dan naik dia atas paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran MA 200 atau;
- Tunggu sehingga retrace dan entry berhampiran support baru yang terkuat.
- CL jika harga tutup dibawah MA 200 atau;
- CL jika MACD kembali ke bawah paras 0.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Candle Marubozu = Satu candle yang solid dimana harga open=low dan close=high.
* Apabila harga mula naik di atas MA 200, ia menunjukkan satu perubahan trend berlaku. Daripada downtrend kepada uptrend.
POHKONG [S]- Lai Lai Lai..Pohkong buka kedai..~~banyak-banyak benda, apa benda Makin lama makin dikenali, makin digemari? haaaa..
.
.
Jawapannya EMAS!! tanya la kepada penyimpan emas..wajib ketagih..macam isap gam ..hehe
begitu juga pedagang emas...lebih-lebih lagi dalam keadaan pasaran emas dunia melonjak naik hingga ke paras 1930 (hari ni)...
maka berbondong-bondongla mak cik kiah dan geng bawang yang lain ke kedai emas Abang Chong...
.
.
yang peliknya, harga tinggi, baru la sibuk membeli...
tapi pedagang sejati bijak..melihat kepada keadaan pasaran dunia..dan lebih bijak yang dapat mengesan awal perubahan harga melalui analisis...
perrghh...mmg padu siapa sempat sauk pohkong sebelum dia melemang hari ni...
.
.
di kala KLCI dilibas tunggang terbalik...(ingatkan tahun baru, dia pun ketum hijau merimbun...sekali...deyyyy~)
masih ada kaunter yang hijau merimbun...ini best kalau dapat...(lagi best kalau dah ada di dalam...heeee)
dengan harga terendah pohkong hari ni 04.01.2021 @ 0.845..sehingga kenaikan tertinggi 0.990..padu bak hang...mantoppp la yeop!!
+0.165 (+20.00%) tue...hampir LU @ 1.12..nampak gaya, akan terus mencari 52w/high @ 1.800...
Okay..!! Setakat itu coretan abam hari ini ..semoga profit besok...kalau dah hijau tu, ambil la profit ek...
Jangan TAMAK..Jangan TAMAK dan Jangan TAMAK...No..No..No..
Sentiasalah Ingat yang tersayang,,,(^^)v & Ride safely...samjeyy??!! Mere tumse pyar kar teyy ho...polis station bombay heyy (mula dah abam mencarut..)
DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR
**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran
DESTINI 4 Januari – Cubaan Pecahkan Garisan Downtrend?> Saham DESTINI tutup pada harga 0.280.
> Berdasarkan pada carta harian, harga membuat candle hammer dan berjaya bertahan di atas paras sokongan 0.255.
> MACD menunggu masa untuk bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di atas paras 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.280, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.310.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
NICE (Bersedia Dengan Signal)Sektor:
- Gold, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- EMAS baru-baru ini bergerak sideways (membuat accumulation).
- EMAS kemudian keluar daripada petak accumulation (Breakout). NICE ketika ini juga breakout (BDTL).
- Walaubagaimanapun, EMAS jatuh menjunam keesokkan harinya.
- Kejatuhan ini memberi signal kepada para pemegang saham NICE dan kaunter² emas yang lain supaya bersedia untuk CL.
- Emas rebound di atas support USD 1775 dan bertukar menjadi uptrend kemudian membuat HHHL.
- Pada 4 Januari, EMAS breakout. Ketika ini, NICE juga breakout.
- Boleh bersedia untuk CL jika harga EMAS menunjukkan signal penjualan.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 1 (0.275) @ RBS 2 (0.255) atau;
- Entry berhampiran MID BB.
- CL jika harga jatuh dibawah 0.255 atau;
- CL jika harga EMAS turun dibawah uptrend line.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* UPPER BB Squeeze = Upper bollinger band squeeze. Bollinger band yang semakin merapat.
* BDTL = Break Downtrend Line.
* HHHL = Boleh rujuk di
* MID BB = Middle Bollinger Band.
TDEX (Meninggalkan Tiga Petunjuk Sebagai Rujukan)Sektor:
- Technology, Consumer Products, Software
Idea analisis:
- TDEX masih dalam keadaan uptrend (Berada di atas trend line dan MA 50).
- TDEX mula membuat Higher High Higher Low (HHHL).
- MACD juga masih di atas paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support 0.275 atau;
- Entry berhampiran trend line @ MA 50 atau;
- Entry apabila STOCH RSI mula mendongak dan naik ke atas 20.00 atau;
- Entry berhampiran MID BB.
- CL jika harga tutup di bawah support 0.275 atau;
- CL jika harga mula turun dibawah trend line @ MA 50.
- TP jika STOCH RSI semakin hampir ke oversold (menghampiri 80.00) atau;
- TP apabila MACD menunduk setelah cross up.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Line MACD = Line biru.
* Line Signal = Line merah.
* MID BB = Middle Bollinger Band @ MA 20.
* UPPER BB = Upper Bollinger Band.
* Golden Cross = MACD cross up di atas paras 0.
* HHHL = Boleh rujuk di
PUNCAK (Mencari Peluang Ke-4 Sebelum Memuncak untuk Kali Ke-5)Sektor:
- Construction, Infrastructure, Water Utilities.
Idea analisis:
- Setelah berjaya tutup di atas MA 200, PUNCAK membuat short accumulate.
- Seterusnya, PUNCAK bertukar arah kepada uptrend dan membentuk Higher High Higher Low (HHHL).
- Selepas satu candle hijau yang besar muncul, PUNCAK mencari support @ higher low sebelum meneruskan kenaikan.
- Adakah PUNCAK akan teruskan kenaikan? Does history repeat itself?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support atau higher low 4 (higher low terbaru).
- CL jika harga 'tutup' dibawah higher low 4.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* HHHL dan Higher Low = Penerangan di pautan:
* Golden Cross = Line MACD (biru) cross up line signal (merah) di atas paras 0.
JHM - Jangan Tinggalkan Daku..Fly!!Auummm!!! JHM dalam diam tiba-tiba memecut 200m ke hadapan gagah bak watson nyambek...tanpa menoleh sedikit pun ke belakang...(geng-geng D&O la ni..huhu)
Abam menunggu di tingkat bawah, dia pula naik lif...akhirnya...mendongak la abam melihat JHM di atas...
.
.
Padu bak hang...JHM ni banyak yang sangat positif untuk tahun 2021 ni...oh yaa...Happy New Year semuaa!!! (lupa pula dah tahun baru..heee)
Abam buka isaham screener...perrghhhhhh Hijau- hijau semuanya...(tak caya, cer buka...kalau isaham premium, untung laa dapat tengok semua....)
kelihatan candle JHM dah breakout 2 hari dari bullish reversal pattern...
.
.
Apa maknanya tu??haaaa
abam tak boleh suruh buy or sell tau...tu semua dari penilaian abang hakak...kang tak pasal-pasal abam kena denda 10 juta woooo,.,,,
10 juta bagus abam jadi jerung beli semua bullish stocks...hehe
Abam cuma boleh tolong highlight di mana potensi-potensi yang wujud untuk abang hakak EP dan TP..
sharing is caring gittewww.....careing tau...bukan 'Kering'...
abam tak nak korang kering sebab trade tanpa kajian..No..No..No...Tettt!!!
Seperti biasa...Bagi Abang_ManuK,
penting untuk abang hakak WAJIB kenalpasti RISK & REWARD RATIO (RRR) sebaik mungkin bagi mengelakkan anda tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'
Bagi Abam, Strong R/ RBS boleh dijadikan sebagai Target Profit (TP)..sekurang-kurangnya, kalau tak berjaya Breakout, dapatlah juga secure profit kan ...~~
nak selamat...TP la 1 bid di bawah Strong R...tapi camna nak tau R tu strong atau tak?? haaa tengok la sejarahnya...sebab History will repeat itself ..itu sudah pasti..ngehh..ngehh..ngehh
DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR
Rezeki itu Allah yang punya...adioss!! peace yaww
**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran
IBHD (SHARIAH) REVIEW- bermula Dec 2020, jerung-jerung telah memborong unit share kaunter ini
- menurut "fixed range" oleh TradingView, transaksi yang banyak berlaku pada harga 0.220, boleh jadikan harga sokongan
- RSI di atas paras 50, menujukkan momentum untuk ke atas
- STOCH RSI tengah mendongak ke atas, menunjukkan permintaan yang tinggi
- MACD selesa di atas centre line, mode bullish
- boleh cuba lakukan pembelian di sekitar harga 0.235-0.245
p/s: sekadar kajian
AT : BELI PADA HARGA SOKONGAN- Berada pada harga sokongan RM0.185.. Julan sudah berkurang dan minat belian masih ada.
- Kembali pada harga upgap sebelum ini untuk membentuk "flag"
- Masih dalam keadaan sideway dan pelu memecahkan harga rintangan RM0.21 untu meneruskan kenaikan.
- Cutloss jika harga jatuh pada RM0.15
- FA baik dengan pembinaan kilang sarung tangan yang dalam memasuki fasa pengeluaran.
- Kaunter spekulasi sebelum ini, tetapi dengan bukti fasa akhir pengeluaran glove menunjukkan ianya bukan lagi omong-omong kosong.
- Swing 100% keuntungan dengan izinya.
*Kajian penulis hanyalah untuk pembelajaran sahaja dan bukannya "buycall".
TASHIN - dalam uptrend channelSector : Industrial Products & Services
Sub-Sector : Metals (sektor uptrend)
Market Capital (RM): 144.83m
Number of Share: 348.99m
EPS (cent): 0.20 *
P/E Ratio: 207.50
ROE (%): 0.36
TTM Profit Margin (%): 0.3
FA: QR dan Annual Revenue/profit adalah positif
TA:
Dalam uptrend channel
Retrace ke harga RBS yang kuat dan betul-betul diatas Fibo 23.6%
Line %K Stochastics masih menurun semalam
Samada akan terus retrace ke line EMA 7 (0.405) , dan terus ke next support (0.375/0.380) sebelum melantun balik
ATAU terus melantun dari support sekarang menuju ke HH seterusnya (0.50 - iaitu 20% reward dari harga sekarang ???)
Uptrend channel bocor kalau turun hingga 0.370
Ini bukan buy/sell call, hanya kajian pembelajaran utk diri sendiri sahaja
Kaunter Kajian: MYEG : Bullish Hammer- CS pada jumaat telah membentuk Bullish Hammer.
- Harga telah tutup 1bit diatas garis biru.
- Ini menunjukkan minat belian terhadap kaunter myeg kuat.
- Aras sokongan pada garis merah dan paling akhir garis sokongan pada 1.810 sen.
- Jika bocor paras ni boleh cut loss dulu.
- Target kenaikan seterusnya pada harga 2.00 dan 2.045sen.
P/s: Ini adalah sekadar kajian sahaja. TAYOR.
ENGTEX 02/01/2021 MENANTI DIKAWASAN TUMPUAN1) Harga Kaunter ENGTEX telah berjaya melepasi garisan trend menurun ( mingguan )
2) Jika harga mampu bertahan dan membuat lantunan semula pada kawasan rintangan menjadi sokongan maka
aras tertinggi 52 minggu diatas boleh dijadikan kawasan potensi target seterusnya..
3) Kawasan rintangan menjadi sokongan dan garisan trend menurun dibawah boleh dijadikan kawasan lantunan semula harga @
kawasan menghentikan kerugian yang terdekat.
PENAFIAN : Kajian diatas bukanlah bertujuan membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri
KRONO 02/01/2021 MAMPUKAH ?1) Harga kaunter KRONO masih bertahan diatas kawasan sokongan menjadi rintangan..
2) Mampukah harga kaunter ini membuat lantunan pada kawasan tersebut ?
3) Terdapat kawasan sokongan menjadi rintangan diatas dan garisan trend menurun untuk diberi perhatian..
4) Jika harga tidak mampu untuk melepasi 2 kawasan diatas maka kawasan rintangan menjadi sokongan dibawah boleh
dijadikan kawasan lantunan semula harga @ kawasan menghentikan kerugian terdekat..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri.