D&O (Meninggalkan Petunjuk Sebagai Panduan)Sektor:
- Technology, Electronic, Semiconductors, LED, Electric Vehicles.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) D&O dilihat uptrend. Sejak Ogos 2020, keuntungan dan hasil (revenue) meningkat dengan drastik. D&O telah mencatatkan keuntungan dan hasil (revenue) tertinggi dalam QR nya yang terbaru pada 24 Februari 2021.
- Dari sudut Teknikal, D&O dilihat menjadikan MA 20 atau mid BB sebagai dinamic support.
- Harga kebiasaanya akan pullback sehingga ke paras MA 20 atau mid BB sebelum rebound hingga ke upper BB.
- Dalam kenaikan ini, berlaku strong bearish divergence dan ini mungkin boleh dijadikan panduan sebagai langkah berhati² jika ianya berlaku sekali lagi.
- MACD juga dilihat sedang cross up di atas paras 0. Kebiasaanya selepas MACD cross up, harga akan mula naik.
Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* Pullback = Harga menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Mid BB = Middle Bollinger Bands yang merupakan MA 20.
* Upper BB = Upper Bollinger Bands yang merupakan garisan di atas mid BB.
* Strong bearish divergence = Keadaan di mana harga menaik tetapi oscilator seperti stochastic RSI menurun. Kebiasaanya harga akan menurun.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .
Electricvehicles
GREATEC (Masih Berbisa)Sektor:
- Automation, Technology, Solar, Green Tech, Semiconductors, Factory Automation, Electric Vehicles.
Idea analisis:
- Dari sudut fundamental, GREATEC merupakan syarikat yang membuat keuntungan secara konsisten QoQ.
- Dari sudut teknikal, GREATEC masih di atas uptrend line dan MA 50 menunjukkan GREATEC masih dalam keadaan uptrend.
- Dapat diperhatikan GREATEC rebound setelah menyentuh samada trend line atau MA 50.
- Lebih menarik, pembelian menggunakan Parabolic SAR menunjukkan keberhasilan 5/6 iaitu 5 kali berjaya dan sekali gagal.
- Kali ini, GREATEC seperti ingin rebound di atas MA 50 dan sekiranya muncul signal buy Parabolic SAR, adakah ia 'berjaya' memberi keuntungan sekali lagi?
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Titik Parabolic SAR di bawah merupakan signal buy.
* Titik Parabolic SAR di atas merupakan signal sell.
* Sebelum gunakan Parabolic SAR, pastikan kaunter dalam keadaan uptrend dan gandingkan indikator² lain juga.
* QoQ = Quarter over Quarter. Keuntungan quarter sebelum dengan quarter selepasnya.
* Rebound = Harga melantun keatas.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.