Gelombang Elliott
Bitcoin - Volatiliti rendah bermaksud gerakkan besar akan datangAnalisis Bitcoin
Kini kelihatan Bitcoin sedang membuat satu corak Segitiga Menurun (Decending Triangle). Sekiranya paras konfirmasi dibolosi, maka kita akan menyaksikan kejatuhan besar buat bitcoin.
Namun sekiranya Bitcoin berjaya mengubah struktur kepada Higher High (HH), maka kemungkinan paras konfirmasi itu berjaya dihalang.
Kadar Volatiliti buat bitcoin kini sudah sama paras dengan paras ketika crash 2018 dan rally 2019.
Kita menantikan satu gerakkan besar buat Bitcoin.
Abang Doji.
S&P - Hampir menyiapkan corak Baji MenaikKemaskini S&P
S&P kini kelihatan ingin menyiapkan kaki terakhir untuk corak Baji Menaik (Ascending Wedge).
Oleh kerana gelombang 1 dan gelombang 3 dalam keadaan sama magnitud, maka gelombang kelima untuk corak ini bebas naik atau turun tanpa ada sebarang paras invalidasi.
Ia adalah satu senario yang rumit kerana gelombang kelima boleh menghasilkan "Throw over" atau menjadi lebih pendek (Truncated) berbanding gelombang yang lain.
Buat masa sekarang, kita mahu melihat 5 wave siap untuk wave C of 5.
Paras konfirmasi adalah apabila harga telah melepasi paras gelombang IV seperti dalam carta.
Abang Doji.
K1 - Cadangan entryAnalisis K1
Admin mengesyorkan dua cara entry yang baik.
Pertama, beli di paras sokongan RBS RM0.39 dan SL di paras sedikit rendah.
Kedua, tunggu sehingga paras laluan menurun dipecahkan menandakan kenaikan impulsif masih ada.
Di kedua dua situasi, paras RM0.39 masih kekal sebagai sokongan terakhir untuk K1.
Careplus - Tiada swing cuma fifoAnalisis gelombang Elliott buat Careplus.
Admin merasakan masih ada potensi kenaikan buat Careplus. Namun di tahap ini, admin sendiri tidak akan memilih untuk masuk. Admin lebih berminat untuk menunggu diskaun di paras yang lebih rendah.
Sekiranya paras harga RM1.54 dibolosi, admin rasakan itu adalah paras sokongan terakhir dan boleh lupakan Careplus buat seketika.
Abang Doji.
Ajiya - Di paras halanganAnalisis Ajiya
Ajiya kini kelihatan sudah menyentuh bahagian atas laluan menaik. Paras ini sepatutnya menjadi halangan buat Ajiya.
Admin tidak nampak potensi yang banyak buat Ajiya untuk meneruskan kenaikan.
Laluan menaik adalah sokongan terakhir buat Ajiya. Exit sekiranya sokongan ini dibolosi.
Abang Doji.
JCY - Belum tamat selagi belum terbuktiAnalisis gelombang Elliott untuk JCY
JCY kelihatan sudah membuat corak baji menaik yang sinonim dengan corak gelombang kelima dalam 5 pergerakkan impulsif.
Oleh kerana gelombang 1 dan gelombang 3 mempunyai magnitud yang sama, jadi gelombang kelima boleh jadi lebih panjang atau lebih pendek. Gelombang kelima hanya terbukti tamat jika ia memecahkan paras gelombang keempat di harga 0.450.
Untuk yang memegang saham ini, paras 0.450 adalah paras kritikal. Sekiranya ia bocor, JCY mungkin menyaksikan jualan yang lebih dalam.
Abang Doji
Solarvest - Jangan entry selagi..Analisis Gelombang Elliott untuk Solarvest
Solarvest kelihatan sudah menemui paras sokongan dengan ekor bawah yang panjang di fibo 50%.
Paras halangan kini adalah di laluan menurun serta paras overlap gelombang 1 di harga RM1.440.
Admin mencadangkan untuk menunggu harga memecahkan kawasan ini untuk memberi petanda awal bahawa potensi kenaikan masih ada.
Sekiranya gagal, admin berpendapat bahawa harga mungkin akan memecahkan channel aliran menaik dan kita bakal menemui satu gelombang jualan yang lebih besar.
Abang Doji.
Bursa Mingguan - Gagah di gelombang ketiga dari ketigaAnalisis Bursa dari sudut pandangan Gelombang Elliott
Bursa kini sedang berada di paras momentum, gelombang ketiga dari ketiga. Admin rasakan satu kerugian sekiranya kita terlepas untuk membeli saham baik seperti ini.
5 gelombang telah seakan lengkap dalam darjah yang lebih kecil, admin menantikan satu harga yang lebih rendah untuk mengambil posisi beli.
Abang Doji
Dufu - 5 Gelombang telah LengkapPerkongsian Idea Gelombang Elliott untuk Dufu -
Dufu kelihatan sudah menyiapkan 5 gelombang untuk gelombang 1 dari 3. Gelombang ketiga adalah gelombang yang paling panjang dan penuh momentum, bermakna saham ini sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. (Faktor fundamental perlu diambil kira, potensi sektor cakera keras dll).
Jumaat lepas Dufu telah berjaya memecahkan paras halangan 0.618% fibo (hubungan gelombang 5 = 0.618% gelombang 1-3). Paras penutupan mingguan ini kelihatan kuat.
Bagaimanapun, sekiranya Dufu memecahkan laluan menaik di kotak biru, itu menandakan bahawa gelombang 1 telah tamat dan gelombang kedua telah bermula.
Abang Doji
Nasdaq - 3000 mata kejatuhan di hadapanNasdaq mingguan:
Kelihatan Nasdaq sudah menyiapkan gelombang ketiga dalam darjah yang besar. Gelombang ketiga ini seakan sudah terhenti di paras 50% projeksi fibonacci (hubungan gelombang 5 = 50% gelombang 1 - gelombang 3).
Nasdaq sudah naik secara agresif dalam darjah kenaikan yang tinggi, hampir 90 darjah!
Pada ketika ini, admin ingin menyaksikan satu kejatuhan sekurang kurangnya 23.6% hingga 38.2% dari kenaikan sejak 2008. Bermakna hampir 3000 mata!
Sekiranya paras fibonacci 50% dibolosi, maka admin hampir pasti Nasdaq ingin mencari paras 61.8% untuk melengkapkan kitaran kenaikan.
Bersedialah.
Abang Doji.
Minyak Mentah - Harga yang sangat menarik untuk short!Kemaskini harga Minyak Mentah Mingguan:
Minyak mentah kini terhalang di paras fibo 50% dari kenaikan. Paras ini dilihat menjadi satu rintangan buat minyak mentah buat masa sekarang.
Sekiranya kiraan gelombang admin betul, Minyak mentah masih memerlukan satu lagi kerendahan rendah (Lower Low) untuk gelombang kelima, dan kenaikan ini tidak boleh melepasi paras gelombang pertama (Peraturan Gelombang Elliott - Gelombang 4 tidak boleh masuk ke kawasan gelombang 1)
Harga ini adalah satu harga yang cantik untuk mencari posisi jual, memandangkan ratio risiko - ganjaran yang tinggi!
Abang Doji.
Dow Jones - Kemungkinan Minggu Sell OffUpdate Dow Jones:
Paras invalidasi admin minggu lepas telah dibolosi. Kini setelah Dow Jones membuat satu lagi kenaikan 5 gelombang, kelihatan bar penjualan itu agak signifikan dan berpotensi untuk menjadi wave 1 dari 5 gelombang jualan.
Kini kita menantikan kenaikan korektif ke paras 50% hingga 61.8% untuk gelombang kedua dan seterusnya menyambung kejatuhan.
Kita nantikan bersama sama.
US Dollar Indeks - Matawang Safe Haven yang bakal terbang?USD Indeks telah kelihatan menemui satu paras sokongan di sekitar paras 1 fibo (Hubungan A = C)
Sekiranya USD Indeks terbukti sudah membuat satu gerakkan impulsif 5 gelombang, kita mungkin bakal menyaksikan satu lagi lonjakkan naik.
Pecahnya laluan menurun itu bakal menunjukkan kecenderungan untuk terus terbang, dan paras invalidasi adalah seperti di garisan merah.
Abang Doji
Crude Oil - Bakal memulakan impuls ke bawah?Update Minyak Mentah:
Minyak mentah jatuh tiruk selepas pecah corak baji menaik (Rising Wedge) pada 9 Julai 2020. Puncak tertinggi bertepatan di fibo 1.618 setakat ini berpotensi menjadi calon puncak tertinggi interim.
Admin menunggu cara kenaikan seterusnya sama ada kenaikan itu bersifat korektif ataupun cara kenaikannya impulsif; yang mungkin menandakan minyak mentah bakal menyambung kenaikkan.
Admin masih memegang posisi jual dan bercadang ingin menambah posisi sekiranya ia membuat lantunan korektif.
Abang Doji.