2 Jenis FibonacciTerdapat 2 Jenis Fibonacci iaitu Retracement dan Extension
Nilai Retracement adalah di bawah 1 atau 100%.
Nilai Extension adalah melebihi 1 atau 100%.
Retracement biasanya diwarnakan sebagai warna merah.
Extension biasanya diwarnakan sebagai warna biru.
Garis warna unggu adalah garis yang perlu dipantau semasa market sedang berjalan.
Fibonacci Retracement
Fibonachi RetracementFibonacci retracement (0.23, 0.382, 0.500, 0.618, 0.786)
Contoh Fibonacci retracement adalah apabila sesuatu saham itu mula membuat pembalikan selepas uptrend. Pembalikan harga yang menurun boleh dijangka berdasarkan Fibonacci retracement. Sila lihat nisbah Fibonachi yang di sebelah kiri carta dan perhatikan pergerakan harga seperti mematuhi nisbah Fibonacci itu.
KLCI: Analisa Awal Tahun 2019Indeks KLCI sedang cuba bertahan daripada meneruskan perjalanan menurun. Batang lilin (candlestick) bagi 4 hari minggu lepas seakan menyokong penyataan ini. Jika dilihat pada carta mingguan, ia menunjukkan corak batang lilin hijau yang kuat iaitu 'Piercing Pattern'. Indikator MACD pula telah menghasilkan 'Bullish Divergence' sebagai tambahan.
Jangkaan: Indeks perlu melepasi 4 halangan utama untuk meneruskan perjalanan ke atas semula.
1. Paras EMA21 dan kekal di atasnya.
2. Paras EMA50 dan kekal di atasnya.
3. Garis Kipas Gann 2x1. Indeks memberikan respons pada masa lalu iaitu sekitar bulan Ogos & September.
4. Paras 1726 & 1743 iaitu 2 titik struktur LH (lower high) terakhir.
Senario yang mungkin terjadi ditunjukkan seperti anak panah hitam pada carta.
Penafian: Analisa ini hanya bertujuan bagi pendidikan & perbincangan sahaja. Risiko kehilangan modal akibat merujuk analisa ini adalah tanggungjawab masing -masing & bukannya atas penulis.