Analisis Fundamental
DANCOMECH - hilang tanpa bayangKemaskini carta DANCOMECH - apa yag dibayangkan tempohari tidak menjadi kenyataan dan harga belum nampak sebarang pembelian yang mampu menaikkan harga lagi.
Memandangkan hari laporan kewangan bagi suku ke-2 akan keluar tidak lama lagi, lebih baik tunggu sehingga carta benar-benar memberikan signal yang lebih jelas.
Kaitan antara laporan kewangan dengan pergerakan hargaSudah semestinya laporan kewangan yang baik akan menarik lebih ramai pelabur manakala laporan yang kurang baik, pelabur cuba menjauhkan diri.
Walaubagaimanapun, dalam kita memerhatikan pergerakan harga, secara visualnya kita mampu melihat lebih awal jangkaan laporan samada positif atau tidak.
Pergerakan harga selalunya seiring dengan prestasi syarikat.
Berikan lebih perhatian pada tarikh-tarikh jangkaan keluarnya laporan kewangan di masa akan datang supaya kita boleh membuat pelan dagangan yang terbaik.