PRESBHD MULA NAK NAIK TUUU...Konter ni nampak berpotensi untuk naik lagi.. walaupun sebenarnya dari bulan jun dah ada bunga2 naik.. lepas tu dia malu2 pegi sideway.. tapi sapa yang layan short term.... banyak kali makan dah ni kot.. so boleh laa masuk WL... kalau daku sebab apa nak masuk konter ni adalah:
1. Kalau ikut pakcik Gan kat daily TF.. dia punya zone retracement tu dah masuk kedalam zone ke empat.. kalau zone tiga tu dah macam tinggi kebarangkalian nak rebounce.. jadi daku pikir kat zone 4 ni sodap jugak nak accumulate.
2. Cuba tengok pakai BB pulak, pair dengan OBV dan Volume
a. Harga sekarang dok satu bid kat atas BB line tengah.. macam best nak sesah ni naik atas.. kurang2 boleh pi 0.505 pun boleh laaa.. nak longer term pun ok sebab harga kat bawah tuu..
b. Volume: last candle kaler merah.. tapi vol hijo... dan tak sampai MA(5).. so sell melemah la kan..
c. Nampak OBV dia naik turun (kalau zoom in)... padan laa dengan volume jual beli dia..
3. Tengok kat TF30 untuk entry... daku entry dah hari isnin ni kot...
4. Trading Plan daku:
a. Entry: @ 0.48
b. CL @ 0.46 (4 bid bawah)
c. Exit: TP1 @ 0.505 TP2 0.530
NOTA KAKI: SAYA NUBIE LOOSER TRADER, SAYA KENA SENTIASA BERHATI HATI AGAR TIDAK TERUS RUGI. JANGAN IKUT SAYA, BERDAGANG ATAS RISIKO SENDIRI.
Gann
SMTRACK - (BO 52w) memecah harga 52minggu tertinggi 25sen1. sekiranya minat belian tinggi esok dan lusa, ia akan menyambung kenaikan dan boleh mencapai harga 28/30sen soon.
2. untuk meneruskan kenaikan ianya perlu maintain harga above 25sen (RBS).
3. sekiranya seller lebih tinggi, ia akan mencari sokongan mungkin pada paras 24/24.5sen trendline atau pada paras fibo
4. ape pun perlu berhati2 kerana history saham ini pernah membuat penurunan mendadak sbyk 23%-27% dalam masa sehari. xmustahil boleh berulang lg.
Trading plan:
CP : 25.5 sen
EP : 24-25 sen
TP : 28-30 sen (20% Above)
CL: below 23 sen
SCOMNET buat pullback selepas BO1. SCOMNET BO paras tertinggi bulanan 825 sen pada hari rabu
2. Kini sedang membuat pullback untuk mencari paras sokongan baru.
3. Jika paras sokongan 82 sen mampu bertahan, potensi untuk saham ini meneruskan kenaikan dan berada dlm faas uptrend
4. Ada gap di paras 0. 93 - 1.00. potensi untuk harga menuju ke paras ini untuk menutup gap
5. Sokongan dan rintangan Gann S3 = 73 , S2 = 77 , S1 = 81 , R1 = 86 , R2 = 91 , R3 = 96
DRBHCOMMelihat pada carta harian DRBHCOM yang dipadankan dengan petunjuk Gann, saya mendapati ia telah jatuh di bawah garisan sokongan nuetral nya. maka kemungkinan kemungkinan yang bakal berlaku ialah, ia mungkin akan meneruskan lagi kejatuhan, dan ini disokong oleh petunjuk MACD yang menunjukkan trendnya yang negatif. Petunjuk RSI pula dilihat sedang mempunyai momentum bearish yang agak kuat.
SINARAN AKHIR VSOLARKIRANYA 120/125 KEDUDUKAN SEKARANG ADALAH BENTENG YG PALING KUAT BAGI VSOLAR.mgkn ramai yg terkena gula-gula vsolar jika tidak berhati-hati...adakah ia akan melanjutkan kejatuhan ataupun memperbaiki kedudukan..terpulang kepada harga vsolar adakah ia menari atau tidak..Pada saya ini seperti meliha filem pada saat2 klimaks...adakah hero akan menang..
FBMKLCI: Patah Arah Aliran yang terhad
Pada Ketika ini, FBMKLCI dilihat sedang dalam percubaan untuk berpatah arah, halangan terdekat adalh di paras 1609. melihat pula pada petunjuk petunjuk yang lain, didapati kesemuanya masih negatif, oleh itu, FBMKLCI memerlukan kenaikan yang kuat untuk naik diatas paras halangan 1609.
FBMKLCI: Ulasan GANN
melihat pada carta FBMKLCI dan Gann yang di plotkan, nampaknya ineks sedang menyusur halangan Gann dan ada kemungkinan indeks berkemungkinan sedang dalam fasa correction. Ada kemungkinan ia akan cuba paras sokongan 1653, dan paras ini haruslah disokong dengan kuat, kerana menurut Gann, jika paras ini ditembusi ke bawah maka, berkemungkinan ia memberi petunjuk jual ,kejatuhan di bawah paras 1653 juga bermakna ia telah jatuh di bawah sokongan dinamik nuetral.
FBMKLCI: kitaran kejatuhan sudah lengkap
mengikut teori GANN hexagon. kemungkinan kitaran gann pada fbmklci sudah lengkap dan kini kemungkinan akan cuba naik semula, ia mungkin benar jika indeks dapat memanjat semula di atas paras 1630an. dan kemudian menyambungnya semula sehingga paras 1680an. jika arah aliran indeks masih kuat. berkemungkinan juga ia akan jatuh semula ke paras 1525 atau 1502 sebelum membuat panjatan ke atas semula.