Kipas Gann
EMAS (GC): Analisis ringkas minggu ke-3 Mac 2019Setakat ini struktur instrumen emas masih lagi menaik. HL baru telah dibentuk tetapi belum menembusi 2 HL sekaligus.
Satu petanda teknikal menarik pada indikator MACD boleh dilihat iaitu ''MACD Convergence'' di mana harga membentuk HL tetapi histogram MACD membentuk 'lower low' (LL). Ini menunjukkan penurunan harga hanya sementara atau pengambilan keuntungan. Bagaimanapun, jika HL ditembusi, struktur telah bertukar menjadi menurun.
KLCI: Kemaskini analisis teknikal minggu ke-3 Mac 2019Indeks sedang berada pada paras sokongan penting. Pada masa sama, indikator berikut menyokong pertahanan daripada terus menurun:
1) awan Ichimoku
2) paras Fibo Retracement 61.8%
3) histogram MACD yang semakin menaik.
Indeks perlu terus kekal berada di atas paras 1680 untuk mengembalikan semula momentum kenaikan.
Minyak Mentah (CL): Analisa Teknikal Minggu-2 Mac 2019Harga minyak dunia sedang bertahan di paras yang ditunjukkan pada carta. Walaubagaimanapun, pergerakan masih di dalam julat (kotak) pada 2 minggu lepas. Mungkin ini disebabkan paras sokongan & rintangan yang kuat di masa lepas (garisan merah) dan juga paras Fibonacci Retracement.
Jangkaan buat masa ini masih menuju ke atas.
FCPO: Analisis Teknikal Awal Mac 2019Ini adalah apa yang dapat dilihat dari pandangan saya. Struktur jelas kelihatan telah berubah dari menurun cuma belum pasti akan menjadi sisi@menaik. 1 HH (higher high) perlu ada untuk menjadi menaik. Jika gagal, harga akan menjadi struktur sisi buat waktu ini.
Jangkaan adalah seperti anak panah hitam & biru iaitu jangkaan berdasarkan corak carta Cup & Handle. Setakat ini, harga telah mencapai jangkaan anak panah biru (handle).