Ramalan dan Analisis

Gartley

Gartley Pattern adalah salah satu corak harmonik yang paling selalu didagangkan yang boleh digunakan dalam banyak pasaran dan tempoh masa. Struktur anjakan 5-titik yang pada dasarnya digariskan oleh H.M. Gartley dan terperincikan lagi oleh Scott Carney. Ia mempunyai ukuran spesifik Fibonacci untuk setiap titik dalam strukturnya dan ia adalah penting untuk diperhatikan bahawa D bukan lah satu titik, tetapi sebaliknya ia merupakan zon di mana harga kemungkinan akan terbalik, yang dikenali sebagai Potential Reversal Zone (PRZ). Anjakan titik B pada kaki utama XA terletak pada 0.618 dan PRZ terdiri daripada 3 tahap terkumpul harmonik: 1) 0.786 penarikan semula kaki utama XA, 2) Pola AB = CD dan 3) unjuran BC ialah 1.27 atau 1.618.

Sasaran pertama adalah pada penarikan semula AD 382 dan sasaran kedua penarikan semula AD 618. Titik hentian selalunya akan berada pada belakang titik X. Pedagang konservatif akan mendapatkan pengesahan tambahan untuk analisa ini. Corak Gartley boleh menjadi bearish atau bullish. TradingView mempunyai alat lukisan pintar iaitu XABCD Pattern yang membolehkan pengguna mengenal pasti secara visual 5-titik struktur pembalikan tersebut pada carta.
Tunjuk lebih banyak idea
1
2345
1
2
...
5