GFM
GFMAdvance Technical Analysis
-
Ilmu FOC
-
-
-
Pada 26 Feb 2021, GFM ni dah buat kenaikan atau breakout dengan nisbah volum 20 dari volume purata. Ini adalah legit breakout atau asli breakout dari fasa sideways.
Kebiasaan keadaan ini akan berterusan utk beberapa ketika kerana keadaan bermomentum. Momentum ni sifatnya, sapa cepat dia dapat.
Selepas kenaikan tidak sihat, kaunter telah membuat downtrend dari Mac 2021 sehingga Aug 2021. Downtrend masih tidak reda dan bakal kembali ke nilai harga sokongan asal iaitu 0.175 dan membuat pengmpulan semula.
Jika dilihat pada keadaan BB, harga masih tidak mampu menembusi middle band, ini menandakan keadaan lemah dan masa untuk short kecuali harga menembusi atas mid band.
22 Jul 2021 harga telah menembusi downtrend, walaupun begitu, keadaan volume yang lemah, tidak menjanjikan bperubahan trend.
Garisan merah adalah 200MA dan harga telah berada di bawah 200MA yang jelas menyatakan keadaan kaunter GFM ini adalah di dalam fasa uptrend yang kuat.
GFM (Berehat Sebentar)Sektor:
- Integrated Facilities Management, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, GFM dilihat membuat keuntungan secara konsisten. Keuntungan GFM meningkat QoQ sebanyak 199.18% dan YoY sebanyak 41.26%. Hasil (revenue) GFM juga meningkat QoQ tetapi menurun YoY sebanyak 10.51%.
- Dari sudut Teknikal, GFM dilihat meneruskan kenaikan drastik apabila harga cross up MA 50 dan MA 200 serta MA 50 cross up MA 200.
- GFM kemudiannya turun sehingga ke RM 0.305 sebelum cuba untuk rebound.
- Stochastic RSI juga cross up menunjukkan harga cuba untuk reversal tetapi masih di paras oversold menunjukkan momentum penjualan masih mengatasi momentum pembelian.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Cross up = Melintas ke atas.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Oversold = Keadaan di mana saham terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
GFM Lembu KuatGFM jika dilihat pada corak carta, dapat dilihat kekuatan lembu untuk terus mendaki. Aras target secara teorinya untuk dagangan singkat adalah di 0.525 dan 0.585. Jika berjaya memecahkan aras 0.585, maka sahihlah kekuatan si lembu menguasai pasaran GFM. Sama-sama kita kaji mengkaji. Tradingview nak kita tulis Bahasa Malaysia, kita tulis dalam Bahasa Malaysia. Semoga faham la terma yang digunapakai. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
GFM (0039) : Keluar dari Fasa Pengumpulan?Sektor :Penny Stocks, Integrated Facilities Management, Industrial Services, Industrial Products & Services
1. Kaunter MYX:GFM mengalami fasa pengumpulan yang panjang mula menunjukkan peningkatan positif dengan kadar volume yang tinggi pada jumaat lepas (26 Feb 2021) dengan memecahkan rintangan terdekat. Baharu mengeluarkan QR positif untuk Feb 2021.
2. Apa yang menarik dari segi Fundamental yang BAIK dan 4 Suku Tahunan Quarter Report POSITIF tapi masih harga PENNY!
3. Cadangan belian: Selamat jika memecahkan harga 0.225 untuk melakukan pendakian ke 0.250.
4. Berhati-hati dengan kaunter sikat. Jangan la guna teknik HARAPAN..
ps: mungkin jadi DATAPRP 2.0 atau DNEX 2.0? hahaha..:P
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
GFM Seperti Sudah Bersedia Untuk Membuat PendakianGFM pada hari Rabu ditutup diatas garisan EMA50 dan Khamis ditutup doji dengan volume dua kali ganda volume hari Rabu. Petanda GFM telah menarik fresh volume yang baru. Aras yang perlu dipecahkan adalah aras EMA200 dan juga garisan menurun 1 tahun (1yr DTL) di 0.230. Jika berjaya, GFM akan mencari garisan menurun 3 tahun (3yrs DTL) di aras 0.400. Jika berjaya memecahkan kedua-dua garisan menurun ini, GFM akan menukar trend daripada menurun kepada menaik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
GFM - Rehat Sebelum Mengorak Langkah.Pemerhatian:
a) Harga melalui beberapa fasa Accumulation & Reaccumulation.
b) Pada setiap fasa, harga bergerak secara sideway dengan vol. yang rendah.
c) Pada waktu penulisan, harga berada pada garisan Support dan mencecah 20MA.
Rumusan:
- Boleh pertimbangkan satu trade Entry kerana SL yang rendah.
- Potensi untuk harga naik adalah tinggi, namun perlu mempunyai trade setup yang baik dan trading plan sebelum membuat sebarang trade.
GFM Pattern Yang Menarik Untuk DiperhatikanGFM telahpun memecahkan awan ichimoku dengan volume yang besar. Chart pattern juga menarik. Aras yang perlu dilepaskan ada EMA200 di 0.260. Jika berjaya dilepaskan, GFM akan menukar pergerakan dari bearish kepada bullish. EMA 200 garisan purple diatas ya. Typo pula & dah tak boleh nak edit di chart. Garisan pink adalah EMA50. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
GFM BeliSaham GFM telah mencapai harga terendah. Dengan potensi keuntungan syarikat, saham ini amat baik untuk di beli dan disimpan
dalam jangkamasa sederhana sehingga 3 bulan.
Kita mencari idea BELI setelah harga menunjukkan berlakunya reversal.
Harga 0.345 dirasakan sebagai harga berpadanan untuk mood beli
0039 GFM : Bullish Engulfing??? Retracement Tamat?Bullish engulfing muncul. Petanda retracement mungkin sudah tamat. Besar kemungkinan esok GFM akan meneruskan kenaikan.
Ratio: 2.0 (Ringan)
Kiraan Support dan Resistance untuk hari Isnin 11 Mac 2019
Jika harga kekal di atas 0.505
Resistance 1 : 0.525 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.535 (+-0.005)
Perhatikan volume yang akan masuk esok. Jika volume melepasi 6 Juta dengan buyrate maintain di atas 67%, kemungkinan untuk Resistance 2 pecah adalah sangat tinggi.
Jika harga kekal di bawah 0.505
Support 1 : 0.485 (+-0.005)
Support 2 : 0.470 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock
GFM : Adakah kesan QR telah berakhir?GFM kelihatan rebound pada paras support lama. Sebelum ni ia pernah bangkit dari paras yang sama sebanyak 2 kali.. dan selepas itu, kebiasaannya kebangkitannya agak kuat.
Adakah kali ini sama perangai nya?
Indikator masih belum meyakinkan bagi saya.
Namun kaunter ini mungkin boleh di beri perhatian..