RUBEREX SUDAH BERTAPAK KEMAS DI RBS?Saham-saham glove sudah berada dalam fasa downtrend untuk tempoh yang panjang. Setelah melakukan Breakout Downtrend line kini RUBEREX sedang bertenggek di Resistance Become Support (RBS).
Dilihat masih menguji ketahanan RBS. Apa jangkaan sekiranya berjaya bertahan di RBS?
Sekiranya RUBEREX berjaya bertahan di atas RM1.34 berkemungkinan besar RUBEREX akan cuba mencari halangan seterusnya pada Support Become Resistance (SBR) pada harga RM2.
Perkara yang perlu diberikan perhatian di dalam chart adalah:
1. Bullish Divergence di mana harga telah ditolak jatuh hingga membentuk lower low.
2. Indicator RSI juga tidak mampu untuk menolak harga lebih bawah lagi sehingga membentuk higher low. Ini menunjukkan momentum jualan sudah berkurang.
3. Terdapat 2 batang volume yang lain macam, melebihi volume ketika mana berjaya memecahkan garisan downtrend.
Kebanyakan sektor saham sektor glove lain sudah bergerak laju. Adakah RUBEREX akan mengikuti jejak langkah yang lain?
Salah satu saham yang menarik untuk diperhatikan.
Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
Glove
RUBEREX (Dibayangi Sejarah Lampau)Sektor:
- Rubber Gloves, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan RUBEREX dalam keadaan trend menaik dan dilihat sangat memberangsangkan. Keuntungan RUBEREX QoQ dan YoY masing² mencatatkan peningkatan sebanyak 1430.7% dan 1055.43%. Hasil (revenue) RUBEREX juga di dalam trend menaik dan meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 179.73% dan 86.75%. Fundamental RUBEREX secara keseluruhannya dilihat sangat baik dan cemerlang.
- Dari sudut Teknikal, RUBEREX dilihat telah gap up kemudian BDTL dan berjaya tutup di atas MA 50 tetapi masih berada di bawah MA 200 menandakan RUBEREX masih downtrend untuk long term.
- Sebelum ini, RUBEREX pernah juga gap up kemudian BDTL dengan volume yang lebih kurang seperti terkini tetapi tidak lama kemudian, RUBEREX meneruskan penurunan. History repeats itself?
- NTA (Net Tangible Assets) bagi RUBEREX adalah RM 0.45 berbanding dengan harga semasa adalah RM 1.320. Jadi, RUBEREX sekarang masih over value dan berkemungkinan harga akan jatuh lagi sehingga ke paras RM 0.45.
- Walaubagaimanapun, jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan support terbaru iaitu RM 1, kemungkinan reversal ini valid. Tetapi jika sebaliknya, kemungkinan kenaikan ini adalah technical rebound atau dead cat bounce semata.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Top Glove Aset Penting KLCISedikit idea kiraan gelombang untuk saham Top Glove. Bursa Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai saham saham getah dalam komponennya.
Admin cenderung kepada neutral dan mahu melihat lebih banyak gelombang seterusnya untuk menilai kiraan gelombang Elliott untuk Top Glove.
SUPERMAX masih lagi menunjukkan rejection yang tinggiSUPERMAX masih lagi mampu untuk mengekalkan daya saing tinggi untuk kekal uptrend.
Membentuk hammer dengan ekor yang agak panjang, juga disokong dengan volum.
Harga sehingga kini masih lagi berjaya untuk kekal pada atas EMA50 dan SMA200.
Jangkaan QR seterusnya masih lagi baik, dengan keadaan COVID19 yg masih lagi belum dapat ditangani.
TOP GLOVE dalam cubaan untuk mengatasi DTLTop Glove telah berjaya rebound daripada harga terendah tahun lalu pada 4.24 dan kini dalam cubaan untuk mengatasi downtrendline juga bersamaan dengan rintangan semasa 4.56
-namun belum ada signifikan volum untuk menyokong kuat untuk harga terus naik
-sokongan kini boleh dirujuk pada 4.50
Monitor jika harga mampu untuk mengatasi DTL dan untuk perubahan fasa
SUPERMAX - Benefit untuk tarif US kepada ChinaSUPERMAX masih lagi terus rally keatas selepas berita untuk efektif Sept 1, US akan mengenakan tarif sebanyak 15% kepada semua glove perubatan daripada China. Dengan itu, US akan menukarkan supply glove mereka ke negara Asean (Malaysia, Thai, Indon, Vietnam). Kesan daripada ini, pembuat glove, TOPGLOV, KOSSAN dan SUPERMAX juga akan mendapat benefit.
Harga kini masih lagi untuk cubaan mengatasi rintangan pada aras 1.67 dan seterusnya 1.71.
TP daripada MIDF untuk Supermax RM 2.07
RSI/Stoch juga masih lagi dalam keadaan neutral dan sedang rally keatas.
TOPGLOVE - terus trend and rally kembaliTOPGLOVE, terus trending dan rally selepas berjaya untuk break DTL. Harga kini masih lagi trending di atas EMA50 dan juga berjaya untuk mengatasi rintangan semasa pada aras 4.78.
Momentum pembelian masih lagi tinggi dan akan mencuba mengatasi rintangan pada 4.84 dan destinasi seterusnya pada kawasan SMA200 iaitu pada aras 4.90.
Sokongan boleh dirujuk pada harga 4.69.
Boleh lihat bagaimana reaction harga selepas berjaya untuk melepasi garis downtrend.
QR seterusnya pada pertengahan bulan October 2019.
RSI masih lagi neutral dan Stoch dalam baru mencapai area overbought.
SUPERMAX - BO dengan volume terbanyak FY19SUPERMAX telah melepasi rintangan semasa pada 1.58 dengan melakukan pertukaran volume terbanyak bagi tahun 2019.
Jika pembelian berterusan, ini akan menandakan perubahan trend seterusnya untuk rally semula. Juga telah menbentuk double bottom dengan harga terendah 1.40.
-RSI dan Stoch juga masih dalam keadaan neutral dan juga sedang rally ke atas.
-Juga telah melepasi DTL (downtrendline)
Monitor untuk momentum pembelian seterusnya