CAREPLS- Menghampiri supportSektor/Bidang perniagaan:
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- Sebagai rujukan carta harian kaunter CAREPLS , CAREPLS masih menunjukan trend penurunan dan tiada tanda perubahan trend berlaku.
- Garisan ema semua di atas candle jelas membawa maksud trend masih dalam keadaan downtrend.
- Purata belian semakin menurun berdasarkan purata belian selama 20 hari.
- MACD dan Stoch RSI menyokong bahawa CAREPLS masih dalam keadaan downtrend.
- Paras harga CAREPLS betul-betul berada di atas garisan support. Sama ada berlakunya rebound ataupun meneruskan kejatuhan bergantung kepada volume .
Dari sudut fundamental
- Secara keseluruhannya, syarikat CAREPLS merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk sarung tangan yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan sempena musim covid-19.
- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan CAREPLS mengalami keuntungan besar iaitu sebanyak 123.54 juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 42.30 juta.
- EPS semasa syarikat iaitu 44.52 membuktikan stok CAREPLS adalah stok undervalue.
Artikel yang berkaitan dengan kaunter sarung tangan :
1. intraday.my
2. moneycompass.com.my
3. beritakini.biz
Berdasarkan analisis saya untuk bacaan saudara?.Apakah keputusan saudara?...Pepatah berbunyi 'Tepuk dada tanya selera'.
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Gloves
CAREPLS (Kembali Pulih)Sektor :
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- Hasil (revenue) CAREPLS berada dalam trend menaik dengan peningkatan QoQ dan YoY masing² sebanyak 18.95% dan 30.27%.
- Sebelum ini, CAREPLS lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. CAREPLS mula konsisten membuat keuntungan pada Q3 2020. Ini menjadikan keuntungan CAREPLS meningkat YoY sebanyak 2230.17%.
- CAREPLS juga memberikan dividen kepada para pemegang saham tetapi tidak konsisten. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan pada tahun in adalah tertinggi iaitu 2.5 sen sesaham.
~ Teknikal ~
- Pada mulanya, CAREPLS membuat kejatuhan dan membentuk descending triangle.
- CAREPLS cuba untuk BDTL tetapi tidak mampu.
- Harga meneruskan kejatuhan sehingga breakdown MA 200 menjadikan CAREPLS berubah arah kepada downtrend untuk long term.
- Kemudian, CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan sehingga breakdown descending triangle. CAREPLS jatuh melebihi paras supportnya pada RM 1.930. Support RM 1.930 kini menjadi resistance bagi CAREPLS (SBR).
- CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan lalu berjaya rebound di atas support terbarunya pada RM 1.240 dengan volume yang signifikan.
- Kemudian CAREPLS retest seketika di atas downtrend line sebelum breakout SBR setelah itu.
- Seperti biasa, CAREPLS sekali lagi retest dan kali ini di atas SBR pula.
- Setelah itu, CAREPLS meneruskan kenaikan dan terkini, CAREPLS berjaya tutup di atas MA 200. Ini menandakan CAREPLS akan berubah arah kepada uptrend untuk long term dengan disokong oleh indikator MACD.
- Jika CAREPLS mampu bertahan di atas MA 200 dan SBR, harga berpotensi menuju ke RM 4 dan seterusnya ke RM 5.830.
Nota kaki :
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q3 = Quarter ketiga. Kebiasaanya bulan Ogos. Dalam idea ini, Q3 bagi CAREPLS adalah pada bulan Julai.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'descending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Rubber Gloves (Comeback)Sektor 'Rubber Gloves' dilihat telah memecahkan downtrend line dengan volume yang besar. Pergerakan ini dapat dilihat pada saham HLT, RUBEREX, CAREPLS dan TOPGLOV.
Kenaikan saham sektor 'Rubber Gloves' ini juga memperlihatkan keadaan yang sama kepada indeks KLCI (Indeks KLCI BDTL seperti sektor 'Rubber Gloves'). Adakah kaunter² 'Rubber Gloves' ini akan terus menghijaukan KLCI?
*BDTL = Break Downtrend Line.
SUPERMAX - hampir mengatasi semua TP penganalisaSUPERMAX, masih terus rally sejak 2 minggu yang lalu dan telah mengatasi rata2 penganalisa bank dan telah mencipta sejarah harga tertinggi pada 2.47
Harga tertinggi ATL untuk FY18 juga tumpas pada 2.26.
Harga kini sedang menuju kepada TP revised Kenanga terbaru pada aras 2.50
Adalah agak risky untuk penambahan entri pada takat ini, dan mungkin harga akan retrace dahulu.
HLT syarikat gloves masih meneruskan kenaikkanHLT meneruskan kenaikkan selepas berjaya mengatasi rintangan kukuh pada aras 0.285, dengan jumlah purata volum dagangan yang semakin meningkat.
Rintangan seterusnya pada 0.335. Monitor jika harga mampu untuk mengatasi aras tersebut, untuk mengikuti trend seterusnya.
CAREPLUS - Semakin bersinarCAREPLUS meneruskan kenaikkan selepas berjaya tutup pada aras tertinggi FY20 pada 0.425 sebelum ini dengan volum dagangan yg agak tinggi. 0.43 merupakan harga tertinggi 52w baru untuk Careplus.
Kini menghampiri rintangan FY17 seterusnya pada 0.445. Harga dijangka akan terus rally jika berjaya melepasi rintangan tersebut.
RSI kini kembali kepada kawasan overbought.
CAREPLUS - masih mendapat perhatianCAREPLUS masih lagi mendapat perhatian daripada para pedagang dan pelabus selepas masih lagi melakar dagangan volum yang tinggi pada hari ini.
DTL juga telah dilepasi dan kini dalam cubaan untuk mengatasi ringtangan semasa pada aras 0.33. Jika lepas, maka TP seterusnya pada R2.
Uptrendline juga jelas terbentuk menandakan trend yg kuat untuk terus naik.
Careplus merupakan syarikat penghasilann glove lateks, surgical gloves yg pastinya hingga kini mendapat permintaan yg tinggi disebabkan issue virus C19 yg masih lagi berpanjangan di seluruh dunia sehingga kini.