TELADAN (Dua Garisan untuk Melawan Dua Petunjuk Penurunan)Sektor :
- Property.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- TELADAN baru sahaja disenarai awamkan di Bursa Malaysia pada 16 Mac 2021.
~ Teknikal ~
- TELADAN masih berada di atas trend line dan meneruskan kenaikan dengan membuat HHHL.
- Terkini, muncul dua petunjuk yang menandakan harga akan membuat reversal:
1) Signal 'strong bearish divergence' daripada indikator stochastic RSI.
2) Candlestick shooting star.
- Adakah dua signal ini akan menamatkan riwayat kenaikan TELADAN?
- TELADAN perlu bertahan di atas dua paras support bagi melawan dua petunjuk reversal ini:
1) Trend line (rujuk garisan trend berwarna biru).
2) RBS pada paras harga RM 0.695.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas dua paras support ini, TELADAN berkemungkinan akan meneruskan penurunan sehingga ke support seterusnya pada paras harga RM 0.645.
Nota kaki :
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Higherhighhigherlow
INARI (Terus Berlari di atas Landasan Kenaikan)Sektor :
- Technology, Exports, Electronic, Semiconductors, OSAT.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- INARI merupakan kaunter saham pegangan beberapa institusi² (jerung) besar antaranya:
1) Kumpulan Wang Persaraan (pegangan sebanyak RM 1,370.31 juta).
2) EPF (pegangan sebanyak RM 841.93 juta).
3) AIA (pegangan sebanyak RM 522.58 juta).
4) Great Eastern Life Assurance (pegangan sebanyak RM 238.06 juta).
5) Lembaga Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 226.45 juta).
6) PNB (pegangan sebanyak RM 88.26 juta).
7) Takafulink Dana Ekuiti (pegangan sebanyak RM 70.84 juta).
- Keuntungan dan hasil (revenue) INARI juga berada dalam trend menaik dengan mencatatkan kenaikan YoY masing² sebanyak 42.68% dan 8.23%.
- INARI juga konsisten dalam pemberian dividen. Terbaru, dividen yang diberikan adalah sebanyak 6.6 sen sesaham meningkat berbanding tahun lepas, 2020 sebanyak 4.4 sen sesaham. Walaubagaimanapun, sebelum ini, INARI pernah memberikan dividen yang lebih tinggi iatu sekitar 8 sen hingga 9.8 sen sesaham.
~ Teknikal ~
- INARI berada dalam keadaan uptrend dengan membuat HHHL.
- INARI membuat trend line support sepanjang kenaikan ini.
- Muncul signal 'hidden bearish divergence' daripada stochastic RSI menandakan momentum pembelian masih tidak berjaya menaikkan harga kerana momentum penjualan masih kuat. Harga meneruskan kejatuhan dan membentuk bullish symmetrical triangle di atas trend line support.
- Terkini, INARI berjaya memecahkan bullish symmetrical triangle dengan volume signifikan.
- Jika INARI mampu bertahan di atas RM 3.350 atau trend line support, harga mampu melebihi resistance RM 3.750 dan terus membuat higher high yang baru.
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik.
* Lower high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
TDEX (Meninggalkan Tiga Petunjuk Sebagai Rujukan)Sektor:
- Technology, Consumer Products, Software
Idea analisis:
- TDEX masih dalam keadaan uptrend (Berada di atas trend line dan MA 50).
- TDEX mula membuat Higher High Higher Low (HHHL).
- MACD juga masih di atas paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support 0.275 atau;
- Entry berhampiran trend line @ MA 50 atau;
- Entry apabila STOCH RSI mula mendongak dan naik ke atas 20.00 atau;
- Entry berhampiran MID BB.
- CL jika harga tutup di bawah support 0.275 atau;
- CL jika harga mula turun dibawah trend line @ MA 50.
- TP jika STOCH RSI semakin hampir ke oversold (menghampiri 80.00) atau;
- TP apabila MACD menunduk setelah cross up.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Line MACD = Line biru.
* Line Signal = Line merah.
* MID BB = Middle Bollinger Band @ MA 20.
* UPPER BB = Upper Bollinger Band.
* Golden Cross = MACD cross up di atas paras 0.
* HHHL = Boleh rujuk di
PUNCAK (Mencari Peluang Ke-4 Sebelum Memuncak untuk Kali Ke-5)Sektor:
- Construction, Infrastructure, Water Utilities.
Idea analisis:
- Setelah berjaya tutup di atas MA 200, PUNCAK membuat short accumulate.
- Seterusnya, PUNCAK bertukar arah kepada uptrend dan membentuk Higher High Higher Low (HHHL).
- Selepas satu candle hijau yang besar muncul, PUNCAK mencari support @ higher low sebelum meneruskan kenaikan.
- Adakah PUNCAK akan teruskan kenaikan? Does history repeat itself?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support atau higher low 4 (higher low terbaru).
- CL jika harga 'tutup' dibawah higher low 4.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* HHHL dan Higher Low = Penerangan di pautan:
* Golden Cross = Line MACD (biru) cross up line signal (merah) di atas paras 0.
SKPRES (Slow & Steady)Sektor:
- Industrial Products & Services, Manufacturing, Exports, Electronic, Plastic Products (Consumer).
Idea analisis:
- SKPRES mula menunjukkan perubahan pergerakan sejak April apabila harga mula naik di atas MA 50 dan MACD mula naik ke atas 0.
- SKPRESS membentuk uptrend corridor.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support 2.02 atau;
- Entry berhampiran trend line.
- CL jika harga tutup di bawah support 2.02 atau;
- CL jika harga tutup di bawah trend line.
- TP jika harga menyentuh resistance 2.290.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Uptrend corridor =
XINHWA (Permulaan Kenaikan)Sektor:
- Transportation & Logistics, Consumer Products.
Idea analisis:
- XINHWA membentuk uptrend corridor.
- STOCH RSI hampir cross up ke atas di area oversold.
- Dalam 3 minggu, transaksi jual beli paling banyak adalah pada harga 45 sen. (Boleh dijadikan support atau resistance)
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line bawah atau;
- Entry berhampiran support 0.410.
- CL jika harga tutup di bawah trend line atau;
- CL jika harga jatuh di bawah support 0.410.
- TP berhampiran trend line atas atau;
- TP jika harga menyentuh resistance 0.475 atau;
- TP jika STOCH RSI mula cross down (menunduk kebawah).
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Apakah uptrend corridor? Boleh klik pautan ini:
EKOVEST (Membina Terowong)Sektor:
- Construction, Highway
Idea analisis:
- EKOVEST mula membentuk terowong (uptrend corridor).
- Bagaimana strategi uptrend corridor? Strateginya adalah buy ketika saham bergerak menyentuh trend line di bawah (line merah) dan sell ketika saham bergerak menyentuh line di atas (line hijau).
- Adakah EKOVEST akan meneruskan kenaikan (uptrend) atau akan membuat accumulation (sideways)?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line berwarna merah atau;
- Entry berhampiran support 0.520.
- CL jika harga melepasi trend line berwarna merah atau;
- CL jika harga tutup di bawah support 0.520.
- TP jika harga menyentuh trend line berwarna hijau atau;
- TP jika harga menyentuh resistance 0.565.
DANCO (Tiga Pilihan Jalan)Sektor:
- Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipments.
Idea analisis:
- Selepas fasa accumulation (fasa pengumpulan), DANCO meneruskan kenaikan dan membentuk HH HL.
- Satu volume besar muncul dan DANCO breakout keesokannya (lihat #3).
- Kemudian DANCO terciduk di bawah trend line (lihat #1) dan pada ketika itu STOCH RSI juga dalam keadaan oversold (lihat #2).
- Kemudian sejarah berulang kembali. DANCO breakout dengan volume spike (lihat #4).
- Selepas breakout, transaksi banyak berlaku pada harga 70 sen. Mungkin boleh dijadikan support atau resistance pada paras harga ini.
- Tiada volume penjualan yang spike setakat ini.
- Selepas breakout, DANCO membentuk support baru terkuat pada paras harga 65 sen.
- DANCO cuba memecahkan minor trend line.
- Terdapat 3 persoalan disini:
1) Adakah DANCO akan bertukar trend kepada sideways dengan membentuk fasa re-accumulation @ distribution?
2) Adakah DANCO berehat sebentar di atas trend line kemudian kembali terbang lebih tinggi dan menyambung kenaikan HH HL?
3) Adakah DANCO akan memecahkan uptrend line seperti sebelum ini? (lihat #1 dan #2)
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line atau;
- Entry berhampiran support 0.650 atau;
- Tunggu sehingga STOCH RSI mendongak ke atas untuk entry atau;
- Tunggu sehingga DANCO berjaya tutup di atas minor trend line.
- CL jika harga turun dibawah paras support 0.650 atau;
- CL jika harga tutup dibawah trend line dan STOCH RSI di atas paras oversold (atas 20.00) atau;
- CL jika harga turun di bawah minor trend line.
- TP pada harga 0.720 atau;
- TP jika STOCH RSI mula menunduk ke bawah.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* HH HL = Higher High Higher Low. Penerangan di
* #1 = Harga jatuh dibawah trend line.
* #2 = STOCH RSI oversold.
* #3 & #4 = Breakout dengan volume spike (tinggi).
MR DIY (Contoh Terbaik Kaunter Higher High Higher Low)Apakah higher high higher low. Secara asasnya Higher High Higher Low (HH HL) adalah kaunter yang mencipta harga tinggi yang lebih tinggi daripada sebelumnya (higher high). Kemudian jika menurun, ia membuat harga rendah yang lebih tinggi daripada sebelumnya (higher low).
MR DIY dapat memberikan contoh terbaik untuk ini.
Analisis ini hanya bertujuan untuk penggunaan pendidikan sahaja dan untuk memberi kefahaman tentang terma dalam saham terutama terma yang dibincangkan ini iaitu 'Higher High Higher Low'.
DELEUM (Panaskan Enjin)Sektor:
Energy, Oil & Gas, Trading & Services, Equipment & Services
Idea analisis:
- Meneruskan kenaikan setelah breakout (Rujuk #1)
- Masih berpotensi untuk meneruskan kenaikan kerana MACD (setting 3 18 4) menunjukkan signal buy.
- Sentiasa mencipta harga tinggi yang baru (new high).
- Adakah DELEUM akan teruskan kenaikan dan menjadi kaunter HH HL?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line atau;
- Entry berhampiran RBS 0.650.
- CL jika MACD (default setting) cross down atau;
- CL jika harga tutup di bawah EMA 7 atau;
- Tunggu sehingga harga tutup di bawah trend line atau;
- CL jika harga tutup dibawah RBS 0.650.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* HH HL = Boleh rujuk penerangan di
* RBS = Resistance Become Support. Boleh lihat horizontal oren di dalam carta pada harga 0.650. Asalnya 0.650 ini merupakan resistance kemudian bertukar menjadi support apabila harga telah melepasi line ini.
MIECO (Memecahkan Bumbung dengan Momentum)Sektor:
Industrial Products & Services, Wooden Products, Exports
Idea analisis:
- Kaunter dalam keadaan HH HL. (Penerangan ada di dalam kajian saya pada kaunter MENANG)
- Breakout jangka masa pendek.
- STOCH RSI dalam keadaan menaik.
- Volume melebihi VOL MA.
- EMA 7 berada di atas EMA 21 sejak awal Jun.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran kawasan RBS 0.695 atau;
- Entry ketika STOCH RSI menaik.
- CL jika harga tutup dibawah RBS 0.695 atau;
- STOCH RSI mula menunduk atau;
- Tunggu STOCH RSI menunduk berhampiran kawasan tengah (50%) atau;
- CL jika EMA 7 cross down EMA 21.
MENANG (Kalah atau Menang untuk Melawan Arus?)Sektor:
Property
Idea analisis:
- Merupakan kaunter higher high higher low (HH HL) yang cantik.
- Apakah HH HL? Bahasa mudah adalah harga pada paras tinggi terkini lebih tinggi daripada paras tinggi sebelum. Harga pada paras rendah terkini lebih tinggi daripada paras rendah sebelum. Kaunter yang sentiasa mencipta 'new high'. Boleh lihat pada line yang berwarna oren pada carta (penurunan yang berlaku tidak teruk sehingga jatuh ke bawah line oren sebelumnya).
- MACD berada di atas paras 0 dan hampir melakukan cross up.
- Walaubagaimanapun, uptrend line bertukar menjadi semakin landai.
- MACD juga memberi petunjuk bahawa harga akan jatuh kerana berlaku bearish divergence (MACD menurun, harga meningkat).
- Harga cuba berkali² untuk memecahkan resistance tetapi belum berjaya.
- Adakah kekuatan uptrend MENANG ini dapat melawan bearish divergence?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line dan 'ride the trend' atau;
- Breakout entry diatas 0.625.
- CL apabila harga menjejak ke bawah paras trend line kerana mungkin akan jatuh dengan lajunya atau;
- CL jika turun di bawah paras support 0.565.
CJCEN (Meneruskan Kenaikan atau Kembali Berehat?)Sektor:
Transportation & Logistics, Trading & Services, Courier Services.
Idea analisis:
- Menunjukkan kenaikan selepas fasa re-accumulation (pengumpulan).
- Mencipta trend terbaru.
- EMA 7 di atas EMA 21.
- MACD berada di atas paras 0.
- Adakah CJCEN akan teruskan mendaki atau membuat distribution kemudian bertukar ke downtrend?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line dan 'ride the trend' atau;
- Tunggu MACD membuat cross up atau;
- Tunggu candle close di atas EMA 7 atau;
- Tunggu candle close di atas paras breakout 0.49.
- CL jika harga close dibawah trend line atau;
- MACD menurun ke bawah paras 0 atau;
- EMA 7 cross down EMA 21.
TRIMODE (Menunggu Peluang Ke-6)Pengenalan ringkas:
TRIMODE melaksanakan penyediaan perkhidmatan pengangkutan laut, perkhidmatan pengangkutan kontena, perkhidmatan pengangkutan udara, perkhidmatan penghantaran barang, perkhidmatan pergudangan dan perkhidmatan insurans laut terutama di pintu masuk pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada tahun 2019, TRIMODE juga terlibat dalam perniagaan logistik di Vietnam yang telah mula beroperasi pada bulan Mac 2019 yang terdiri daripada syarikat tempatan dan multinasional, pengimport dan pengeksport dari pelbagai industri yang merangkumi tekstil, bahan penebat, produk kertas, sarung tangan, bahan bangunan, produk plastik, bahagian automotif, bahan pembungkusan, produk getah, perabot, peralatan rumah dan elektronik, produk kimia dan minyak yang boleh dimakan. Sektor: Transportation & Logistics
Idea analisis:
- Berada atas dua uptrend line (hitam dan biru).
- Trend line hitam (trend panjang) bermula pada bulan Mac.
- Trend line biru (trend pendek) baru muncul pada awal bulan Oktober.
- Telah melepasi Double Golden Cross (EMA 7 cross up EMA 21 + MACD) sejak 29 Mei.
- MACD retrace sebanyak 5 kali.
- Adakah peluang untuk MACD retrace sekali lagi? Kami menunggu untuk entry di Golden Cross ke-6.
Idea trading plan:
- Tunggu golden cross di MACD untuk entry atau:
- Pullback entry 0.475 - 0.490 (Smart Robie).
- Cutloss jika pecah support 0.475.
RGTBHD (Accumulation atau Distribution?)Pengenalan ringkas:
RGTBHD disenaraikan di Pasaran Utama (Main Market) Bursa Malaysia Securities Berhad pada 1 Disember 1995 dengan nama Pahanco Corporation Berhad. Pembuatan produk plastik acuan adalah perniagaan utama syarikat ini yang menyumbang sebahagian besar pendapatan. Di samping itu, syarikat ini terlibat dalam operasi hotel dan pelbagai aktiviti lain. Aktiviti syarikat ini juga dijalankan terutamanya di Malaysia. Sektor: Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Uptrend line terbentuk pada awal bulan Mei.
- Berlaku fasa re-accumulate pada awal bulan Ogos. sehingga awal bulan Oktober sebelum meneruskan kenaikan. MACD cross down tapi masih dalam keadaan uptrend (atas 0).
- Adakah rgtbhd akan teruskan kenaikan atau membuat distribution kemudian bertukar kepada downtrend?
- Potensi masih ada kerana MACD masih dalam keadaan uptrend walaupun telah berlaku crossdown dua minggu lepas.
Idea trading plan:
- Entry atas resistance 0.690 atau pullback entry 0.635 - 0.645.
- Cutloss dibawah support 0.585 atau 'ride the trend' selagi belum pecah trend.
Wegmans (Ride the Trend)Pengenalan ringkas:
Wegmans Holdings Bhd adalah sebuah syarikat berhad persendirian. Sektor utama syarikat ini adalah pengeluar perabot rumah, yang terlibat dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan produk perabot rumah. (Consumer Products & Services)
Idea analisis:
- Terdapat dua trend line yang dilukis dalam carta ini. Kedua² trend ini dalam keadaan uptrend.
- Trend berwarna hitam adalah trend jangka masa panjang (bermula daripada 18 Mac).
- Trend berwarna biru pula merupakan trend terbaru apabila 3 candle dalam kotak ungu secara berturut² menyentuhnya lalu meneruskan kenaikan.
- Masih dalam keadaan uptrend kerana masih berada di atas dua trend line dan MACD juga diatas tahap 0 dengan line biru di atas line merah.
- Higher high Higher low. Sentiasa mencipta new high.
Idea trading plan:
Entry jika pecah resistance 0.385 atau pullback entry di 0.350 - 0.355.
Cutloss bawah 0.345 atau 'ride the trend' selagi tidak pecah trend.