naimmp98

INARI (Terus Berlari di atas Landasan Kenaikan)

MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD
Sektor:
- Technology, Exports, Electronic, Semiconductors, OSAT.

Idea analisis:
~Fundamental~
- INARI merupakan kaunter saham pegangan beberapa institusi² (jerung) besar antaranya:
1) Kumpulan Wang Persaraan (pegangan sebanyak RM 1,370.31 juta).
2) EPF (pegangan sebanyak RM 841.93 juta).
3) AIA (pegangan sebanyak RM 522.58 juta).
4) Great Eastern Life Assurance (pegangan sebanyak RM 238.06 juta).
5) Lembaga Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 226.45 juta).
6) PNB (pegangan sebanyak RM 88.26 juta).
7) Takafulink Dana Ekuiti (pegangan sebanyak RM 70.84 juta).
- Keuntungan dan hasil (revenue) INARI juga berada dalam trend menaik dengan mencatatkan kenaikan YoY masing² sebanyak 42.68% dan 8.23%.
- INARI juga konsisten dalam pemberian dividen. Terbaru, dividen yang diberikan adalah sebanyak 6.6 sen sesaham meningkat berbanding tahun lepas, 2020 sebanyak 4.4 sen sesaham. Walaubagaimanapun, sebelum ini, INARI pernah memberikan dividen yang lebih tinggi iatu sekitar 8 sen hingga 9.8 sen sesaham.

~Teknikal~
- INARI berada dalam keadaan uptrend dengan membuat HHHL.
- INARI membuat trend line support sepanjang kenaikan ini.
- Muncul signal 'hidden bearish divergence' daripada stochastic RSI menandakan momentum pembelian masih tidak berjaya menaikkan harga kerana momentum penjualan masih kuat. Harga meneruskan kejatuhan dan membentuk bullish symmetrical triangle di atas trend line support.
- Terkini, INARI berjaya memecahkan bullish symmetrical triangle dengan volume signifikan.
- Jika INARI mampu bertahan di atas RM 3.350 atau trend line support, harga mampu melebihi resistance RM 3.750 dan terus membuat higher high yang baru.

Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik.
* Lower high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.